Anda di halaman 1dari 4

KEBAIKAN PENEROKAAN ANGKASA LEPAS BUAT MALAYSIA

Penerokaan angkasa lepas telah membuka banyak ruang kepada manusia memperkembang sains dan
teknologi sejagat. Huraikan.

Penerokaan angkasa lepas memang banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan
teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung
kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan
penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta
India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif
yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.

Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat
terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa
bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan
dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan
semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu. Jelaslah, teknologi
angkasa lepas menyebabkan bidang teknologi maklumat manusia menjadi lebih baik dan moden.

Malah, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan
manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah
untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan
ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia
untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi
moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan
lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang
dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

Malahan, industri teknologi robotik turut berkembang selari dengan usaha meneroka angkasa lepas ini.
Kebanyakan peralatan teknologi yang dihantar ke angkasa lepas atau kawasan ruang udara bumi dikawal
oleh robot atau peranti kawalan. Keadaan ruang angkasa yang begitu bahaya dan sukar diramal
menyebabkan robot lebih sesuai digunakan berbanding dengan manusia. Semua tindakan menggunakan
robotik ini boleh memberikan satu tafsiran awal akan keperluan untuk mewujudkan koloni manusia di
angkasa lepas pula. Maka, teknologi robotik manusia juga akan mengalami perubahan drastik kerana
usaha penerokaan angkasa lepas memerlukan penggunaan robotik yang begitu banyak.

Selain itu, pelbagai ujikaji atau kajian sains boleh dijalankan menerusi usaha penerokaan angkasa lepas
itu. Para saintis sudah mula membuat kajian tentang kesan gravity terhadap manusia di luar ruang
angkasa bumi terutama aspek ketumpatan tulang dan kadar kehilangan jisim tulang manusia.
Penerokaan angkasa lepas memberikan satu platform untuk melakukan pelbagai kajian yang boleh
memberikan pengetahuan baru kepada manusia tentang sains pula.

Konklusinya, semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil
yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna pula terutama
jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak
maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi,
usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan tanpa sebarang sekatan lagi

POSTED BY GEGE PLACE AT 10:08 PM

NO COMMENTS:

POST A COMMENT
Newer PostOlder PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)