Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA : PAMERAN SOLO 2017

Pendahuluan

Aktiviti pameran seni merupakan satu landasan awal untuk memperlihatkan hasil karya yang
telah diciptakan oleh pelukis-pelukis tertentu dalam memperkenalkan diri mereka sebagai
insan seni yang berjaya. Ia adalah satu tempat di mana para pecinta seni tanahair dapat
berbicara seni dengan melihat, menilai dan seterusnya memiliki hasil lukisan berkenaan.
Dengan adanya pameran ini juga para penggiat seni dapat belajar dan seterusnya dapat
menghasilkan karya seni yang lebih bermutu dan mempunyai nilai yang tinggi dan dapat
menembusi pasaran dunia.

Pameran ini merupakan pameran solo kali pertama bagi pelukis Hj Mohamed Taufik bin Hj Omar.
Beliau merupakan seorang yang sangat banyak pengalaman dalam bidang seni visual khususnya
dalam mengendalikan beberapa acara yang berkaitan dengan pameran. Pada kali ini saya
mengambil peluang ini untuk mengetengahkan hasil lukisannya yang bertajuk The Forest City
untuk ditatapi oleh penggiat seni seluruh tanah air dan juga peminat seni luar negara. The Forest
City merupakan hasil karya yang mendapat permintaan di beberapa negara luar.

Rasional

Memberi pendedahan kepada semua peminat seni untuk mendalami lagi bidang seni khususnya
Catan Cat Air tanpa mengira pangkat dan usia.

Matlamat:

1. Memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada pelukis untuk mengendali dan
mengadakan pameran secara solo .
2. Memperkenalkan karya hasil seni kepada masyarakat umum dan khusus untuk peminat seni.
3. Menambah dan menarik minat pelukis baru untuk terus menghasilkan karya yang bermutu.
4. Menambahkan sumber pendapatan melalui hasil jualan karya.

Maklumat Pameran :

i. Jenis Pameran : PAMERAN SOLO


ii. Nama Pelukis : HJ MOHAMED TAUFIK BIN HJ OMAR
iii. Nama Galeri Seni : SANTAN EMAS GALERI
iv. Lokasi Galeri : Dewan Lembah Keramat, Kuala Lumpur
KERTAS KERJA : PAMERAN SOLO 2017

Objektif Pameran :

1. Menarik ramai pelawat untuk mengunjungi pameran.


2. Memperkenalkan hasil karya pelukis
3. Masyarakat dapat berfikir dan dapat memahami dengan lebih jelas apa yang terkandung
dalam hasil karya yang dipamerkan.

Jenis hasil kerja seni yang akan dipamerkan : 10 buah Catan Cat Air yang menggambarkan The
World Forest City .

Tarikh / Hari Perasmian Pameran : 30 September 2017 / Hari Sabtu

Masa Perasmian : Jam 9.30 pagi oleh Datin Salmah Hj Abdullah isteri Datuk Bandar Wilayah Utara

Tempoh Pameran : 2 minggu ( 30/9/ 2017 14 /10/ 2017 )

Konsep Pameran : Pameran hasil kerja Cat Air yang memperlihatkan kebolehan kebolehan pelukis
menggunakan kemahiran dan teknik sapuan Cat Air secara realistik.

Anggaran Belanjawan : RM20000 ( dua puluh ribu ringgit sahaja )

Bil Butiran Kos Jumlah


1 Sewa tapak 15 hari x rm1000 RM1000 x 15 hari RM15000
2 Kadar Elektrik RM 200 x 15 hari RM 3000
3 Pengawal keselamatan RM 100 x 15 hari RM 1500
4 Sewa lori RM 250 x 2 kali RM 500
RM 20000

Ringkasan biodata pelukis :


Merupakan seorang:

i. Pelukis Di New Straits Times Press, Kuala Lumpur


ii. Guru Pendidikan Seni Visual yang telah mengajar selama 10 tahun di sebuah sekolah
menengah di Kuala Lumpur
iii. Mengajar selama 5 tahun di sebuah kolej di Petaling Jaya, Selangor
iv. Ahli perniagaan berjaya juga dalam bidang seni lukis khasnya Catan Cat Air
v. Pelukis Bebas.
Pernah memenangi anugerah pelukis muda tahun 1985
Pernah menyertai Pameran Seni anjuran Kementerian Kebudayaan di Korea dan Jepun.
KERTAS KERJA : PAMERAN SOLO 2017

Kenyataan Kerja :

Bandar Hutan Semulajadi adalah suatu sumber yang sangat menarik untuk digambarkan dan sangat
sukar untuk dihasilkan dengan menggunakan medium cat air. Pelukis telah memfokuskan kepada
unsur-unsur seperti rupa, warna, garisan, serta ton dalam menghasilkan karya-karyanya. Pemilihan
warna adalah hasil penelitian yang rapi pada objek yang dilukis yang kemudian disesuaikan dengan
warna persekitarannya.
KERTAS KERJA : PAMERAN SOLO 2017

Anda mungkin juga menyukai