Pameran
ini jiga merupakan salah satu tugasan Kerja Kursus HBAE4403. Pameran SOLO 2017
memberi ruang dan peluang kepada rakan-rakan pelatih, rakan sekerja dan murid-murid
untuk melihat karya lukisan pelukis tempatan, di samping mendidik masyarakat untuk
menghargai dan mencintai seni. Pameran ini merupakan aktiviti tahunan yang dikendalikan
dan dilaksanakan oleh Panitia Seni Visual.
Pendahuluan
Menurut Myers, B. (1985) dalam penulisannya yang berjudul How to Look at Art
mentafsirkan pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri
ataupun dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, arca,
ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork).
Hasil-hasil karya berkenaan secara umumnya akan dipamerkan untuk tontonan dan dihayati
oleh orang ramai. Aktiviti pameran ini selalunya berlaku hanya sementara pada masa yang
tertentu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur serta mereka yang
terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut.
Secara umumnya, pameran itu adalah merujuk kapada satu tempat yang mempamerkan hasil-
hasil karya seni melibatkan individu yang tertentu ataupun kumpulan yang tertentu di
dalamnya. Manakala tempat yang digunakan pula mempunyai kemudahan dan mudah bagi
masyarakat setempat untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan itu.
Aktiviti pameran seni merupakan satu landasan awal untuk memperlihatkan hasil karya yang
telah diciptakan oleh pelukis-pelukis tertentu dalam memperkenalkan diri mereka sebagai
insan seni yang berjaya. Ia adalah satu tempat di mana para pecinta seni tanahair dapat
berbicara seni dengan melihat, menilai dan seterusnya memiliki hasil lukisan berkenaan.
Dengan adanya pameran ini juga para penggiat seni dapat belajar dan seterusnya dapat
menghasilkan karya seni yang lebih bermutu dan mempunyai nilai yang tinggi dan dapat
menembusi pasaran dunia.
Latar Belakang
Pameran ini merupakan pameran solo kali pertama bagi pelukis Hj Mohamed Taufik bin Hj
Omar. Beliau merupakan seorang yang sangat banyak pengalaman dalam bidang seni visual
khususnya dalam mengendalikan beberapa acara yang berkaitan dengan pameran. Pada kali
ini saya mengambil peluang ini untuk mengetengahkan hasil lukisannya yang bertajuk The
Forest City untuk ditatapi oleh penggiat seni seluruh tanah air dan juga peminat seni luar
negara. The Forest City merupakan hasil karya yang mendapat permintaan di beberapa
negara luar.
Rasional
Memberi pendedahan kepada semua peminat seni untuk mendalami lagi bidang seni khususnya
Catan Cat Air tanpa mengira pangkat dan usia.
Matlamat:
1. Memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada pelukis untuk mengendali dan
mengadakan pameran secara solo .
2. Memperkenalkan karya hasil seni kepada masyarakat umum dan khusus untuk peminat seni.
3. Menambah dan menarik minat pelukis baru untuk terus menghasilkan karya yang bermutu.
4. Menambahkan sumber pendapatan melalui hasil jualan karya.
Maklumat Pameran :
Objektif Pameran :
Jenis hasil kerja seni yang akan dipamerkan : 10 buah Catan Cat Air yang menggambarkan The
World Forest City .
Masa Perasmian : Jam 9.30 pagi oleh Datin Salmah Hj Abdullah isteri Datuk Bandar Wilayah Utara
Tempoh Pameran : 2 minggu ( 30/9/ 2017 14 /10/ 2017 )
Konsep Pameran : Pameran hasil kerja Cat Air yang memperlihatkan kebolehan kebolehan pelukis
menggunakan kemahiran dan teknik sapuan Cat Air secara realistik.
Kenyataan Kerja :
Bandar Hutan Semulajadi adalah suatu sumber yang sangat menarik untuk digambarkan dan sangat
sukar untuk dihasilkan dengan menggunakan medium cat air. Pelukis telah memfokuskan kepada
unsur-unsur seperti rupa, warna, garisan, serta ton dalam menghasilkan karya-karyanya. Pemilihan
warna adalah hasil penelitian yang rapi pada objek yang dilukis yang kemudian disesuaikan dengan
warna persekitarannya.