OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri.
Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan potensi diri.
Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan
dalam sesuatu kerjaya yang diceburi
PILIHAN KERJAYA
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang
ilmu pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi
pendidikan.
Contoh: PT3 ( PMR) ,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan
khusus dalam sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki
Diploma Perguruan bagi memenuhi kerjayanya.
Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang
dilakukan.
Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya
Internet.
Iklan di surat khabar.
Internet.
Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.
Program karnival atau Minggu Kerjaya.
Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
Kelayakan akademik.
Minat dan potensi
Pengalaman/kemahiran.
Pengaruh persekitaran.
Faedah sampingan.
Taraf hidup.
Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya
Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam
pekerjaan.
Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan
berkaitan kursus yang hendak diambil.
Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah.
Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat
dalam aktiviti kokurikulum.
Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap
bidang yang diceburi.
KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia
membuat keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan
bagi membantu pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat
kerjaya.
Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang
boleh dipercayai.
Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa
membuat keputusan.
PILIHAN JURUSAN
SAINS
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English
for Science and Technology (EST).
TEKNIKAL
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan,
EST.
SASTERA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan
Melayu, Sains dan Pendidikan Seni Visual.
AGAMA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
Meringankan beban masalah.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT
KEPUTUSAN.
Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.
Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.
TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan
kekeluargaan yang erat.
Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota
keluarga.