Anda di halaman 1dari 17

BDPL4103

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEMESTER SEPTEMBER TAHUN 2013

BDPL4103

PENGENALAN PENGURUSAN PELABURAN

NO. MATRIKULASI : 880224495355001


NO. KAD PENGNEALAN : 880224-49-5355
NO. TELEFON : 019-5364944
E-MEL : skyblue88.oum.edu.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN

0
BDPL4103

ISI KANDUNGAN

BILANGAN KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2-4

2.0 DANA PENDAPATAN 5-8

3.0 DANA PENGEMBANGAN ATAU PERTUMBUHAN


MODAL 9-11

4.0 RISIKO BERKAITAN DENGAN UNIT AMANAH 12-14

5.0 KESIMPULAN 15

RUJUKAN
16

1
BDPL4103

1.0 PENGENALAN
Tugasan ini bertujuan untuk memahami ciri-ciri dana unit amanah yang terdapat
di Malaysia serta perbandingan ke atas unit amanah tersebut yang merujuk kepada
komposisi dan risiko unit amanah yang berkaitan. Untuk memahami topik ini dengan
lebih lanjut, kefahaman yang berkaitan dengan unit amanah adalah salah satu aspek yang
amat penting kepada pelabur. Unit amanah (unit trust), merupakan satu pelaburan yang
kolektif di mana wang para pelabur akan dikumpulkan dalam satu dana untuk diuruskan
oleh pengurus-pengurus dana profesional. Setiap dana mempunyai objektif pelaburan dan
masa matang yang berbeza mengikut kesesuain pelabur. Kebiasaanya masa matang dana
adalah 3 ke 5 tahun. Dana tersebut seterusnya akan dilaburkan ke pelbagai portfolio
seperti ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap, wang pasaran dan bond. Ia juga perlu
mematuhi Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC). Dalam pelaburan unit amanah,
terdapat hubungan 3 pihak di antara pelabur, pengurus dana iaitu public mutual dan
pemegang amanah (iaitu Amanah Raya dan Maybank Trustee). Tanggungjawab pengurus
dana adalah untuk membuat analisis dan mengenalpasti kaunter yang berpotensi untuk
dilaburkan. Kebiasaannya pelaburan hanya dibuat di dalam syarikat-syarikat kukuh yang
tersenarai di Bursa Saham. Tanggungjawab pemegang saham pula adalah untuk menjaga
wang pelabur di mana setiap urusan pelaburan akan melalui pemegang amanah bagi
memastikan pengurus dana tidak menyelewengkan wang pelabur. Bagi membandingkan
dan membuat penilaian ke atas unit amanah yang terdapat di Malaysia, saya telah
memilih Amanah Saham Nasional Berhad untuk tujuan perbandingan komposisi dan juga
risiko unit amanah tersebut.

1.1 LATAR BELAKANG AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB)

2
BDPL4103

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah syarikat milik penuh
Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bertanggungjawab untuk mengurus tabung unit
amanah ASN, ASN 2, ASN 3, ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan, ASG-Persaraan, ASB,
ASW 2020, ASM dan ASD. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah ditubuhkan
pada 22 Mei 1979 untuk mengurus tabung unit amanah yang dilancarkan oleh
Permodalan Nasional Berhad (PNB). Selama lebih 25 tahun bertapak dalam industri
tersebut, ASNB terus mengekalkan kedudukannya sebagai syarikat pengurusan unit
amanah utama di negara ini dengan memegang lebih 40% daripada jumlah keseluruhan
unit dalam edaran.

Visi
Menjadi sebuah organisasi pelaburan bertaraf dunia, tersendiri dan berjaya dalam segala-
gala yang mereka lakukan.

Misi
Organisasi pelaburan ulung yang komited untuk meningkatkan kekayaan ekonomi
masyarakat Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan
kemakmuran negara bagi faedah rakyat Malaysia.

1.2 KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH


Unit amanah adalah satu mekanisma tidak langsung untuk menyertai dalam
instrumen pasaran modal. Umumnya ia adalah pelaburan berisiko rendah. Oleh itu ia
amat bersesuaian bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam jangka masa yang
panjang tetapi kesuntukan masa dan kemahiran untuk mengawasi sendiri prestasi
pelbagai instrumen pasaran modal. Berikut adalah kelebihan-kelebihan melabur dalam
unit amanah:

A. Kepelbagaian
Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza
akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia

3
BDPL4103
memerlukan jumlah wang besar dan banyak. Pelaburan melalui tabung unit amanah akan
membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada
pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan
dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang
dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat
disebarkan.

B. Pengurus yang profesional


Melalui pelaburan dalam unit amanah tersebut, para pelabur berpeluang untuk
mendapatkan khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh
pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur
dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.

C. Pentadbiran yang mudah


Pentadbiran jual, beli dan pegangan pelaburan dalam unit amanah adalah lebih mudah
jika dibandingkan dengan pegangan portfolio pelaburan dalam pasaran modal yang
dibuat secara langsung oleh pelabur.

D. Kecairan
Pelabur boleh menjual balik sebahagian atau semua unit amanah mereka pada bila-bila
masa dalam waktu perniagaan.

E. Berkemampuan untuk melabur


Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang
diuruskan oleh pengurus profsional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka
yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah
dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah
sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.

4
BDPL4103

2.0 DANA PENDAPATAN


Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya dalam sekuriti pasaran
saham di Bursa Saham manakala sebahagian lagi akan dilaburkan dalam instrumen
pasaran wang tempatan. Kebiasaannya, orang ramai amat menggemari dana jenis ini
kerana pelabur dapat menikmati pulangan daripada pelaburan mereka menerusi dua cara
iaitu pengembangan modal hasil daripada kenaikan harga unit ataupun dividen apabila
diisytiharkan. Prestasi dana ini sebahagian besar bergantung kepada prestasi Bursa Saham
kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham yang diniagakan di situ.
Contoh bagi jenis dana ini adalah pembiayaan yang kita buat dalam Amanah Saham
Bumiputera (ASB), di mana kadar pembiayaan yang kompetitif sehingga KPA 1.65%
setahun. Terdapat ramai orang yang ingin membeli Amanah Saham Bumiputera (ASB),
tetapi tidak mempunyai wang untuk membeli jumlah yang besar. Sesetengah bank
menawarkan pinjaman ASB bagi pelabur untuk membiayai pelaburan mereka di dalam
Amanah Saham Bumiputera (ASB). Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana
unit amanah untuk Bumiputera Malaysia yang perlu dimiliki. Namun demikian, bukan
semua orang memahami ASB dan apakah yang menjadikan ASB begitu menarik. ASB
telah dilancarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 untuk semua
Bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan
alternatif bagi Bumiputera Malaysia. Ia bertujuan untuk menjana pulangan jangka
panjang yang konsisten dan berdaya saing untuk pelabur-pelabur. Oleh itu, ASB telah
direkakan sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap di mana harga seunit untuk dana itu
ditetapkan pada RM1.00 serta tiada caj jualan dan yuran penebusan unit dikenakan. ASB
mempunyai had input sehingga RM200,000 di mana pelabur hanya boleh meningkatkan
jumlah pelaburan mereka sehingga had input itu. Walaubagaimanapun, dana ini tidak
mempunyai had atas nilai akaun. Oleh itu, perolehan modal yang disimpan dalam akaun
ASB adalah dibenarkan maka dengan itu jumlah dalam akaun boleh melebihi
RM200,000. Pelabur adalah bebas untuk menentukan jumlah yang hendak dilaburkan
oleh mereka pada bila-bila masa sahaja, serta boleh melanggan unit tambahan melalui
agen ASB berkenaan. Dividen ASB diedarkan pada setiap tahun tetapi dikira secara
bulanan berdasarkan jumlah minimum setiap bulan, selain daripada modal yang dijamin

5
BDPL4103
oleh kerajaan. ASB sangat menarik dan diterima dengan baik oleh semua Bumiputera
kerana risikonya yang rendah dengan pulangan dividen yang tinggi dan memberikan
bonus tambahan kepada pelabur.

2.1 MAKLUMAT BAGI REKOD DIVIDEN DAN BONUS ASB SELAMA 1O


TAHUN YANG LEPAS

TAHUN DIVIDEN BONUS


2002 7.00% 2.00%
2003 7.25% 2.00%
2004 7.25% 2.00%
2005 7.25% 1.75%
2006 7.30% 1.25%
2007 8.00% 1.00%
2008 7.00% 1.75%
2009 7.30% 1.25%
2010 7.50% 1.25%
2011 7.65% 1.15%
2012 7.75% 1.15%

Merujuk kepada maklumat bagi rekod dividen dan bonus ASB yang terdapat di atas,
maka jelaslah bahawa pelaburan dalam ASB mampu menjana pulangan pendapatan para
pelabur yang memberangsangkan dimana bayaran dividen tahunan oleh Amanah Saham
Nasional Berhad adalah tinggi. Melalui jadual di atas juga, peratus dividen yang
dicatatkan tidak jatuh daripada nilai 7.00% dan telah mencatatkan nilai peratus dividen
yang tertinggi pada tahun 2007 iaitu sebanyak 8.00%. Dividen dikira berdasarkan purata
baki terendah bulanan untuk tahun semasa. Dengan membuat pinjaman, kita boleh
mendapat pulangan yang maksimum kerana dividen dikira berdasarkan jumlah pokok
tersebut. Sekiranya kita membuat pelaburan sendiri, dividen dikira berdasarkan jumlah
simpanan kita. Contoh di bawah bagi simpanan sebanyak RM500 sebulan pada kadar
dividen 7.5%:

BULAN SIMPANAN JUMLAH


1 500.00 500.00
2 500.00 1,000.00
3 500.00 1,500.00
6
BDPL4103
4 500.00 2,000.00
5 500.00 2,500.00
6 500.00 3,000.00
7 500.00 3,500.00
8 500.00 4,000.00
9 500.00 4,500.00
10 500.00 5,000.00
11 500.00 5,500.00
12 500.00 6,000.00
JUMLAH 6,000.00 39,000.00

Pengiraan dividen untuk jumlah simpanan diatas berdasarkan dividen 7.5% adalah seperti
berikut:
(RM39,000.0012) x 7.5%=RM243.75

Bonus dikira berdasarkan baki terendah bulanan untuk 10 tahun. Untuk jumlah di atas,
jumlah bonus yang dibayar berdasarkan kadar 1.25% adalah seperti berikut:

(RM39,000.00 120) x 1.25% = RM4.06

Dengan membuat pinjaman, kita dapat memaksimumkan jumlah pendapatan dan dividen
kita. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai jumlah pelaburan ASB sebanyak
200,000. Jika genap satu tahun pelaburan kita, berikut adalah jumlah dividen dan bonus
yang akan diperolehi:

Tahun Pertama:
Dividen (7.5%) : RM200,000.00 x 7.5% = RM15,000.00
Bonus (1.25%) : RM200,000.00 x 0.125% = RM250.00
JUMLAH : RM15,250.00

Tahun Kedua:

7
BDPL4103
Dividen (7.5%) : RM200,000.00 x 7.5% = RM15,000.00
Bonus (1.25%) : RM200,000.00 x 0.25% = RM500.00
JUMLAH : RM15,500.00

Tahun Ketiga:
Dividen (7.5%) : RM200,000.00 x 7.5% = RM15,000.00
Bonus (1.25%) : RM200,000.00 x 0.375% = RM750.00
JUMLAH : RM15,750.00

Kita masih akan mendapat bonus untuk tempoh 10 tahun berikutnya walaupun kita tidak
mempunyai baki unit di dalam akaun ASB. Sebagai contoh, kita membatalkan pinjaman
kita selepas tahun ketiga:

Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Simpanan 200,000 200,000 200,000 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Bonus 250 500 750 750 750 750 750 750 750 750 500 250

3.0 DANA PENGEMBANGAN ATAU DANA PERTUMBUHAN MODAL


Pelabur pada masa kini amat mengharapkan pulangan pelaburan yang dibuat
dapat diterima dengan jumlah yang tinggi. Untuk menjana pulangan jangka panjang yang
kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit, pemahaman tentang jenis
unit amanah yang berkaitan dengan dana pertumbuhan adalah amat penting kerana ianya
dapat membantu bagi memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang
minimum. Dari segi pelaburan dana, ia menyerupai Dana Pendapatan. Perbezaannya

8
BDPL4103
hanya dari segi pulangan di mana dana jenis ini lebih mengutamakan pengembangan
modal berbanding pembahagian dividen. Pelabur yang melabur dalam dana ini dapat
mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama
apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan adalah terhad. Strategi pelaburan dana
pertumbuhan adalah untuk memberi tumpuan ke atas sekuriti yang mempunyai prospek
yang tinggi untuk keuntungan modal dan potensi pertumbuhan. Oleh itu, risiko yang
terlibat dalam pelaburan jenis ini adalah lebih tinggi barbanding dengan dana pendapatan.
Di antara contoh yang berkaitan dengan jenis dana ini adalah pelaburan atau pembiayaan
dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Kebiasaannya, pelabur-pelabur yang melabur
dalam dana unit amanah ini akan lebih mengutamakan pengembangan modal yang
dilaburkan. Pengembangan modal tersebut berlaku apabila dividen dan bonus yang
diterima pada setiap tahun tidak akan dikeluarkan oleh pelabur tersebut sebaliknya
dividen tersebut dilaburkan kembali bersama-sama dengan modal yang telah dilaburkan.
Oleh yang demikian, pada tahun berikutnya dividen dan bonus yang diterima akan
sentiasa bertambah kerana pengiraan dividen dibuat mengikut jumlah modal yang
dilaburkan dan juga bonus dan dividen yang tidak dikeluarkan oleh pelabur tersebut. Bagi
memahami dengan lebih lanjut tentang jenis unit amanah ini, berikut adalah jadual yang
menunjukkan pengembangan modal dalam pelabuaran Amanah Saham Bumiputera
(ASB), dimana jumlah dividen dan bonus yang diterima akan dilaburkan semula sebagai
unit tambahan dalam akaun ASB. Jika sekiranya unit tersebut tidak dikeluarkan, maka
unit tersebut juga akan dibayar dividen dan bonus untuk tahun-tahun berikutnya. Jadual
di bawah adalah menunjukkan contoh pengiraan bagi pelaburan RM200,000 berdasarkan
pulangan 8% setahun:

TAHUN POKOK DIVIDEN JUMLAH


1 200,000.00 16,000.00 216,000.00
2 216,000.00 17,280.00 233,280.00
3 233,280.00 18,662.40 251,942.40
4 251,942.40 20,155.39 272,097.79
5 272,097.79 21,767.82 293,865.62
6 293,865.62 23,509.25 317,374.86
7 317,374.86 25,389.99 342,764.85
8 342,764.85 27,421.19 370,186.04
9 370,186.04 29,614.88 399,800.93

9
BDPL4103
10 399,800.93 31,984.07 431,785.00
11 431,785.00 34,542.80 466,327.80
12 466,327.80 37,306.22 503,634.02
13 503,634.02 40,290.72 543,924.75
14 543,924,75 43,513.98 587,438.72
15 587,438.72 46,995.10 634,433.82
16 634,433.82 50,754.71 685,188.53
17 685,188.53 54,815.08 740,003.61
18 740,003.61 59,200.29 799,203.90
19 799,203.90 63,936.31 863,140.21
20 863,140.21 69,051.22 932,191.43
21 932,191.43 74,575.31 1,006,766.74

Peraturan 72 = menggandakan wang anda dimana wang kita akan berganda dalam satu
tempoh berdasarkan kepada kadar sesuatu pendapatan.

Contoh: 72 8 = 9

Untuk kadar pendapatan 8% setahun, wang kita akan berganda dalam tempoh 9 tahun.
Sekiranya kita mendapat purata dividen sebanyak 8% setahun tanpa mengeluarkannya,
kita akan mendapat jumlah dividen sebanyak RM200,000 dalam tempoh 9 tahun. Dalam
tempoh 21 tahun, anda akan bergelar jutawan.

3.1 PERBANDINGAN PELABURAN MELALUI SIMPANAN PERIBADI DAN


PEMBIAYAAN

PEMBIAYAAN ASB
SIMPANAN PERIBADI (RM50,000, 30 TAHUN)
KOMITMEN
BULANAN RM267.00 RM267.00
KOMITMEN
TAHUNAN RM3,204.00 RM3,204.00
DIVIDEN^^ RM1,735.00^^ X RM50,000 X 7.75%=

10
BDPL4103
@7.75% 7.75%=RM134.46 RM3,875.00
APABILA BERLAKU RM3,204.00 + RM134.46 RM50,000.00 +
KEMATIAN/HILANG =RM3,338.46 RM3,875.00
UPAYA KEKAL = RM53,875.00

Merujuk kepada jadual di atas, jelaslah bahawa modal yang dilaburkan melalui simpanan
peribadi dan juga modal yang dilaburkan melalui pembiayaan Amanah Saham
Bumiputera (ASB), adalah dua jenis cara pelaburan yang dapat menjana pulangan serta
kadar pertumbuhan dana yang berbeza di mana pelaburan melalui simpanan peribadi
menunjukkan pertumbuhan dana yang rendah berbanding dengan pembiayaan yang
dibuat di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Oleh itu, pada masa kini, kebanyakan
pelabur lebih cenderung untuk memilih pembiayaan melalui Amanah Saham Bumiputera
(ASB) kerana dividen dan bonus yang diterima pada setiap tahun adalah lebih tinggi dan
pelabur tersebut juga dapat menikmati pertumbuhan modal yang lebih tinggi.

3.2 PERBANDINGAN UNIT AMANAH (DANA PENDAPATAN DAN DANA


PERTUMBUHAN)
Walaupun kedua-dua unit amanah ini merupakan salah satu bentuk pelaburan
yang menguntungkan, namun wujud perbezaan yang perlu diketahui oleh pelabur
sebelum membuat pelaburan ke atas unit amanah tersebut. Merujuk kepada dana
pendapatan, pelabur akan memperolehi setiap dividen yang dibayar mengikut jumlah
pelaburan yang dilabur dalam unit amanah tersebut. Semakin tinggi pelaburan yang
dibuat, semakin tinggi pendapatan dividen yang diterima, manakala semakin rendah
jumlah pelaburan, semakin rendah jumlah dividen yang diterima. Merujuk kepada dana
pertumbuhan pula, pelabur terpaksa menahan dividen yang diterima untuk tujuan
menggalakkan lagi pertumbuhan dana yang dilabur kerana sekiranya dividen yang
diterima dikeluarkan, ianya akan mengakibatkan kadar pertumbuhan dana tidak dapat
berkembang dengan jumlah yang lebih tinggi. Dalam perkara ini, pertumbuhan dana
memerlukan jangka masa yang panjang untuk menggalakkan lagi pertumbuhan dana
yang dilabur dan ianya berisiko kerana jangkaan peratusan dividen yang dibayar pada
setiap tahun adalah tidak menentu. Selain itu, pertumbuhan dana tersebut boleh
dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa. Ini kerana, sekiranya keadaan ekonomi tidak

11
BDPL4103
baik, maka ianya akan mempengaruhi keatas pendapatan pelaburan yang dibuat oleh
pelabur-pelabur tersebut. Namun demikian, kebaikan dana ini pula adalah pelabur
berupaya untuk berhadapan dengan situasi masa depan yang tidak dijangka kerana
mereka memiliki pelaburan jangka panjang yang dapat memberi harapan kepada mereka
sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi yang tidak dijangka. Berbeza dengan dana
pendapatan di mana dalam unit amanah ini, pendapatan yang diterima biasanya
digunakan untuk keperluan seharian dan sebagai sumber pendapatan dalam tempoh masa
tertentu. Dalam unit amanah ini, pelabur tidak dapat merancang dan menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku di masa akan datang kerana
kebiasaannya dana pendapatan yang diterima lebih cenderung untuk digunakan dalam
jangka masa yang pendek. Oleh yang demikian, kedua-dua jenis unit amanah ini masing-
masing mempunyai kelebihan dan kelemahannya dan perancangan yang bijak serta
matlamat seseorang pelabur haruslah dititikberatkan sebelum memilih unit amanah yang
hendak dilaburkan.
4.0 RISIKO BERKAITAN DENGAN UNIT AMANAH

1. Risiko Pengurusan Tabung


Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset tabung unit amanah merupakan satu
proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seseorang pengurus portfolio
mempunyai risiko turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh
pengurus portfolio lain.

2. Risiko Pematuhan
Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti,
1993 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan
Surat Ikatan, mungkin akan memberi kesan ke atas wang pelabur.

3. Risiko Kecairan
Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Tabung unit
amanah yang melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah
disebabkan oleh pasaran bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak

12
BDPL4103
mudah untuk menjual dan membeli bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan
memberi kesan kepada kemampuan tabung untuk membayar balik pelabur apabila tabung
unit amanah itu dibubarkan.

4. Risiko Inflasi Atau Risiko Penurunan Kuasa Membeli


Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di
mana ia boleh mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan.
Dalam suasana inflasi, sekiranya pulangan pelaburan rendah daripada kadar inflasi, ianya
akan menurunkan nilai sebenar pelabuaran atau kuasa membeli.

5. Risiko Pembiayaan Pinjaman


Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding dengan
menggunakan wang sendiri. Tabung unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran
saham dan instrumen pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan
turun naik mengikut portfolionya. Apabila pasaran saham mencatatkan penurunan,
pelabur terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman mereka.
Begitu juga apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan menanggung kos pinjaman
yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami kerugian modal pelaburan mereka.

6. Risiko Pasaran Modal


Pelabur perlu memahami bahawa tabung unit amanah adalah terdedah kepada turun naik
pasaranmodal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran
modal dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan
kadar faedah, prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara.
Bagi tabung unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti,
prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham
antarabangsa dan polisi fiskal negara tersebut. Bagi tabung unit amanah yang mempunyai
majoriti pelaburan dalam sekuriti pendapatan tetap, prestasinya akan dipengaruhi oleh
pergerakan kadar faedah dan polisi fiskal.

7. Risiko khusus Atau Risiko Saham

13
BDPL4103
Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang
menerbitkan saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat
yang tidak cekap, perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan,
tindakan perundangan dan suasana industri yang kompetitif.

5.0 KESIMPULAN
Terdapat pelbagai dana unit amanah di pasaran untuk dijadikan pilihan oleh
pelabur-pelabur. Di antaranya adalah dana pelaburan, dana bon, dana pendapatan, dana
pendapatan tetap, dana indeks komposit, dana pasaran wang, dana sektor kewangan, dana
pertumbuhan, dana pertumbuhan agresif, dana ekuiti, dana seimbang, dana syariah dan
lain-lain. Untuk membuat keputusan mengenai kesesuaian pelaburan tersebut, pelabur
haruslah melihat kepada beberapa faktor seperti objektif pelaburan, toleransi risiko dan
jangkaan pulangan yang diperlukan. Peruntukan portfolio setiap dana individu berbeza-
beza mengikut jenis dana. Di Malaysia, pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)
adalah merupakan salah satu bentuk pelaburan yang dapat menjana pendapatan serta
dapat menjana pertumbuhan modal pelabur sehingga mampu memberikan pulangan yang
tinggi kepada pelabur-pelabur. Kebanyakan pelabur pada masa kini lebih cenderung
untuk membuat pelaburan melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB), kerana unit
amanah tersebut menunjukkan prestasi keuntungan tahunan yang memberangsangkan.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa semua orang mempunyai matlamat kewangan yang
berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Kecenderungan
seseorang itu untuk membuat pelaburan adalah bergantung kepada kesesuaian beberapa
14
BDPL4103
jenis unit amanah yang terdapat. Maka itu, sekiranya seseorang individu itu ingin
membuat pelaburan, sama ada dalam unit amanah ataupun pelaburan lain, adalah
disarankan supaya seseorang individu tersebut mengambil kira perancangan kewangan,
risiko dan bukannya produk kewangan.

(2937 pp)

RUJUKAN

1. http://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/amanah-saham-bumiputera-
dijelaskan#sthash.UgFD0CW4.dpuf

2. BDPL4103 Introductory Investment Management

3. www.cimbbank.com.my

4. http://pemikirkaya.com/kewangan-peribadi/perbandingan-asb-dengan-unit-trust/

5. http://www.asnb.com.my/asb.htm

6. http://unittrust.rohayatiismail.com/2011/02/20/apa-itu-unit-trust/

7. ASB Annual Report 2012

15
BDPL4103

16

Anda mungkin juga menyukai