Anda di halaman 1dari 3

Terdapat enam prinsip

Prinsip Motif Ukiran Kayu Tradisional Daya kreativiti dan pemikiran melayu dapatlah
dipastikan dari jenis daun, ranting dan bunga yang ada pada bahagian-bahagian rumah yang
dihiasi dengan ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang, dinding. Pengukir melakukan
proses pengolahan idea dalam memenuhi prinsip kesenian melayu Motif ukiran kayu
tradisional melayu yang menjadi tunjang pada daya kreativiti dan pemikiran dalam
menghasilkan seni kraf tradisional.

a) Halus

Prinsip halus diterapkan dalam motif ukiran kayu tradisional Melayu menggambarkan
daya kreativiti dan pemikiran Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau kemahiran
dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni. Kemahiran
dan kepakaran amat penting dalam menghasilkan karya seni yang sempurna. Prinsip halus
ini di dasari oleh dua faktor iaitu cara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Tukang ukir
melayu yang menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras,
berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran
semasa menghasilkan seni ukiran dilihat daripada bermulanya proses pembuatan hingga
akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan
bahan-bahan lain. Kedua- dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan
sesuatu hasil seni ukiran yang dihasilkan. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada
tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebagainya. Sebagai contoh,
kreativiti melayu dilihat dalam menghasilkan seni rupa mata keris. Prinsip halus ini
memperlihatkan pemikiran melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alam
semula jadi di dalam hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang
berlaku dalam alam sekitar dirakamkan sebagai hasil seni rupa melayu yang akhirnya
terhasillah motif ukiran kayu yang halus karyanya.

b) Berguna

Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga mempunyai
kegunaannya yang tertentu. Faedah yang diperolehi adalah untuk kegunaan kehidupan
seharian. Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan, tembikar
mengisi air atau sarapan, keris sebagai senjata dan lambang, dan ukiran di tangga, di
tingkap serta di dinding sebagai hiasan permukaan dan sebagainya. Tembikar yang indah
bentuknya digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran di
tingkap dan dinding rumah juga mempunyai kegunaan yang tersendiri. Ukiran-ukiran
yang terdapat di dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi
sebagai pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan
mengurangkan haba di dalam rumah ketika cuaca panas. Prinsip berguna ini telah
memperkayakan lagi daya kreativiti dan pemikiran melayu dengan kegunaan kraf
tradisional itu.

c) Bersatu Prinsip

bersatu bererti keharmonian karya seni itu. Kebiasaannya, prinsip ini dilihat daripada
penggunaan warna dan corak yang dihasilkan. Ia juga mempunyai maksud tersirat tentang
integrasi sesama masyarakat melayu. Perkaitan yang terhasil daripada motif ukiran kayu
memeberi makna komposisi yang kukuh. Di antara permulaan dan penamatnya, wujud
pula perkaitan dan intergrasi. Oleh itu, jelaslah prinsip bersatu dalam ukiran kayu
tradisional memaparkan daya kreativiti dan pemikiran melayu yang mementingkan nilai
permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian melayu.

d) Berlawan Prinsip

berlawan dalam motif ukiran kayu tradisional melayu menggambarkan manifestasi daya
kreativiti dan pemikiran melayu. Prinsip ini merupakan pertentangan yang terkawal
antara dua atau lebih jenis permukaan, contohnya permukaan yang kasar dan licin.
Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan kesudahan yang baik dan
sempurna. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat orang melayu yang enggan
bertegang atau berlawan tetapi sebenarnya pemikiran melayu yang cuba disampaikan
dalam hasil seni rupa melayu ini menegaskan bahawa cara orang melayu mengawal
perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu.

e) Berlambang
Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk.
Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa
segala unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang melayu.
Keris bermata dua mampu menjadi lawan dan kawan kerana ia merbahaya tetapi indah.
Nilai estetika sesuatu karya seni melayu harus melambangkan budaya dan hasil seni
masyarakat melayu yang memiliki daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan
luas. Kebanyakan hasil ukiran tradisional melambangkan kebudayaan masyarakat itu
sendiri. Justeru, setiap hasil ukiran kayu melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta
pemikiran melayu dalam menghasilkan seni rupa melayu.

Bermakna

Prinsip kesenian orang melayu yang terakhir ialah bermakna. Setiap hasil seni tradisional
melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan amanat, mesej
atau nasihat yang tersurat. Prinsip bermakna dalam hasil seni tradisional melayu wujud
secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga
yang diketahui nama bunga-bunga dan juga kaligrafinya. Biasanya ukiran dilihat pada
abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi,
doa, mantera, perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud
itu sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik.
Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk
menerangkan makna yang terkandung di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai