Modul Latihan - SKOP01 PDF

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 10

SKOP 1

DOKTOR MUDA

SKOP Unit 1 : Saya Doktor Muda


Unit 2 : Mengenali Kemudahan Kesihatan
1 Unit 3 : Menyampaikan Mesej Kepada Rakan dan
Keluarga

UNIT 1 : SAYA DOKTOR MUDA

PENGENALAN

Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada maksud peranan dan aktiviti Doktor Muda.
Kejayaan program ini bergantung kepada setakat mana mereka memahami maksud,
peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan denisi Doktor Muda.


2. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.
3. Menyenaraikan aktiviti Doktor Muda.
4. Membuat catatan dalam Buku Catatan Harian dan Buku Catatan Bilik Darjah.

ISI PENTING

1. Denisi Doktor Muda.


2. Peranan dan tanggungjawab Doktor Muda.
3. Aktiviti Doktor Muda.
4. Merekodkan aktiviti.

KANDUNGAN

1. Denisi Doktor Muda


Doktor Muda adalah murid yang dipilih oleh guru berdasarkan ciri-ciri
tertentu dan kemudiannya diberi latihan dari segi pengetahuan dan
kemahiran dalam beberapa tajuk kesihatan. Seterusnya mereka akan
membantu dalam memberi perkhidmatan kesihatan di sekolah dan bertindak
sebagai agen perubahan kepada pengetahuan, sikap dan amalan serta
tingkahlaku kesihatan untuk diri sendiri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat
dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan.

2. Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda


Sentiasa bersikap dan bertingkah laku sihat.
Mendorong rakan-rakan supaya menjaga kebersihan diri, bersikap positif dan
bertingkah laku sihat.
Mempromosikan sikap dan tingkahlaku sihat di kalangan anggota keluarga di
rumah.
Berusaha mencapai keadaan persekitaran yang bersih dan sihat di sekolah
dan rumah.

10
Membantu guru dan anggota kesihatan semasa pasukan kesihatan sekolah
mengadakan lawatan ke sekolah.
Memainkan peranan yang aktif dalam kempen-kempen kesihatan yang
diadakan di sekolah.

3. Aktiviti Doktor Muda


Penimbangan berat badan.
Pengukuran tinggi.
Pemeriksaan ketajaman penglihatan (Carta Snellen).
Pemeriksaan gigi.
Pemeriksaan rambut dan telinga.
Pemeriksaan pakaian sekolah.
Pemeriksaan kuku tangan dan kuku kaki.
Melaporkan kejadian demam, muntah dan masalah-masalah kesihatan lain
kepada guru kesihatan.
Menjaga kebersihan sekolah dan kawasan sekitar bersama murid lain (kantin,
tandas, bilik darjah, padang).
Mengesan dan memberi rawatan terhadap penyakit atau kemalangan ringan
seperti luka atau calar.
Memberi ceramah kesihatan kepada murid lain.
Mengawasi kotak pertolongan cemas.
Mencatat aktiviti dalam Buku Catatan Harian dan Buku Laporan Bilik Darjah.
Menghadiri perjumpaan dengan anggota kesihatan dan ibu bapa.

4. Merekodkan Aktiviti
Aktiviti Doktor Muda di Bilik Darjah (aktiviti ini dicatat dalam Buku Catatan Bilik
Darjah)
- Aktiviti yang dilaksanakan untuk murid darjah berkenaan.
- Cadangan untuk meningkatkan lagi kesihatan murid atau meningkatkan
kebersihan darjah.

(Buku ini hendaklah diserahkan kepada guru darjah untuk ditandatangani dan
diberi komen)

Aktiviti Doktor Muda di Rumah atau Sekolah (aktiviti ini dicatat dalam Buku
Catatan Harian)
- Tingkahlaku sihat yang saya lakukan di rumah atau sekolah.
- Tingkahlaku tidak sihat yang saya lihat di rumah atau sekolah.
- Tingkahlaku sihat yang saya anjurkan kepada anggota keluarga di rumah atau
rakan-rakan di sekolah.

11
SKOP 1
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : TAYANGAN VIDEO SAYA DOKTOR MUDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru akan menayangkan video Skop 1 Unit 1 mengenai Saya Doktor Muda.
2. Guru memilih beberapa orang pelajar untuk menerangkan semula kandungan
video yang ditayangkan.
3. Guru menerangkan kembali maksud, peranan dan tugas Doktor Muda.

B. Sumber
Video Skop 1, Unit 1
Pemain DVD
Projektor Video

C. Masa
1 jam

D. Penilaian
Soal Jawab

AKTIVITI 2 : BUKU CATATAN DOKTOR MUDA

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru mengedarkan Buku Catatan Harian dan Buku Catatan Bilik Darjah kepada
semua Doktor Muda.
2. Guru menerangkan cara mengisi kedua-dua buku tersebut dengan betul.

B. Sumber
Buku Catatan Harian
Buku Catatan Bilik Darjah

C. Masa
1 jam

D. Penilaian
Soal Jawab

12
UNIT 2 : MENGENALI KEMUDAHAN KESIHATAN

PENGENALAN

Unit ini memberi pendedahan kepada Doktor Muda tentang kemudahan dan
perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian yang terdapat di tempat mereka
serta fungsi dan peranan yang dimainkan. Masyarakat awam sering terkeliru tentang
fungsi dan peranan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menerangkan perbezaan di antara kemudahan dan perkhidmatan perubatan,


kesihatan dan pergigian.

2. Menyenaraikan perkhidmatan yang disediakan di :


Hospital.
Pejabat Kesihatan Daerah.
Klinik Kesihatan.
Klinik Desa.
Klinik Pergigian.

ISI PENTING

1. Fungsi, peranan dan perkhidmatan perubatan.

2. Fungsi, peranan dan perkhidmatan kesihatan :


Pejabat Kesihatan Daerah
Klinik Kesihatan
Klinik Desa

3. Fungsi, peranan dan perkhidmatan pergigian

KANDUNGAN

1. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Perubatan


Perkhidmatan perubatan terdapat di hospital. Di setiap negeri terdapat sebuah
hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Besar dan di hospital ini
terdapat perkhidmatan Doktor Pakar. Sementara di setiap daerah pula terdapat
sebuah hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Daerah. Di hospital ini,
Doktor Pakar cuma membuat lawatan sebulan sekali bagi memeriksa dan
merawat pesakit yang telah diberi temujanji.

Ketua di sebuah hospital dikenali sebagai Pengarah Hospital. Peranan utama


hospital adalah memberikan rawatan kepada pesakit. Di antara perkhidmatan
yang disediakan di sesebuah hospital adalah :

13
SKOP 1
a. Rawatan Pesakit Luar :
Jabatan Pesakit Luar (OPD @ Out Patient Department).
Unit Kecemasan dan Kemalangan (A & E @ Accident and Emergency
Department).
Klinik Pakar (terdapat di hospital negeri sahaja).

b. Rawatan Pesakit Dalam :


Wad Perubatan (lelaki dan perempuan).
Wad Pembedahan (lelaki dan perempuan).
Wad Kanak-kanak (12 tahun ke bawah).
Wad Perbidanan dan Sakit Puan (O & G @ Obstetric and Gyneacology).
- Wad Ante-Natal (sebelum bersalin)
- Wad Post-Natal (selepas bersalin).
- Bilik Bersalin
- Wad Sakit Puan.
Wad Orthopedic (Tulang) (lelaki dan perempuan).
Wad ENT @ Ear, Nose & Throat (Telinga, Hidung dan Tekak).
Wad Mata.
Wad Psikiatrik (Rawatan Jiwa).
Unit Rawatan Rapi (ICU @ Intensive Care Unit).
Unit Rawatan Jantung (CCU @ Cardiac Care Unit).
Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU @ Neonatal Intensive Care Unit).

c. Dewan Bedah (OT @ Operation Theatre) di hospital tertentu sahaja.

d. Unit Farmasi (ubat-ubatan).

e. Unit Makmal Perubatan.

f. Unit Radiologi (x-ray).

g. Unit Tabung Darah.

h. Unit Fisioterapi dan Rawatan Cara Kerja di hospital tertentu sahaja.

i. Unit Pentadbiran.

2. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Kesihatan


Perkhidmatan Kesihatan di daerah terdapat di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),
Klinik Kesihatan (KK) dan Klinik Desa (KD) yang mempunyai fungsi dan peranan
masing-masing yang tertentu. Pentadbirannya terdapat di Pejabat Kesihatan
Daerah yang diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah. Perkhidmatan kesihatan
lebih mementingkan aspek pencegahan. Namun begitu, perkhidmatan rawatan
turut disediakan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.

Di Pejabat Kesihatan Daerah terdapat Unit Pengurusan dan Pentadbiran serta


Unit Inspektorat. Unit Inspektorat pula terbahagi kepada beberapa unit kecil
iaitu:

14
Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC @ Communicable Disease Control).
Unit Kawalan Mutu Makanan (KMM).
Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (KPBV).
Unit Promosi Kesihatan.
Unit Am.
Unit Bekalan Air dan Kawalan Alam Sekitar (BAKAS).

Kemudahan dan Perkhidmatan di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa :


Klinik Ibu Mengandung.
Klinik Kanak-kanak dan Imunisasi.
Jagaan Selepas Bersalin dan Perancang Keluarga.
Perbidanan di Rumah.
Pusat Bersalin Alternatif (di Klinik Kesihatan tertentu sahaja).
Rawatan Pesakit Luar (OPD) di Klinik Desa bagi rawatan kes-kes ringan
sahaja.
Klinik Warga Sihat.

Kemudahan lain di Klinik Kesihatan :


Unit Kecemasan.
Unit Makmal Perubatan.
Unit Farmasi.
Unit X-ray (di Klinik Kesihatan tertentu sahaja).
Unit BAKAS.

3. Fungsi, Peranan dan Perkhidmatan Pergigian


Perhidmatan pergigian boleh didapati melalui Klinik Pergigian Besar, Klinik
Pergigian di Klinik Kesihatan / Poliklinik, Klinik Pergigian Sekolah atau Pusat Pergigian
Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak, Pasukan Pergigian Bergerak, Pasukan
Pra-sekolah dan Klinik Pergigian Pakar.

Penjagaan kesihatan pergigian di Kementerian Kesihatan terdiri daripada


penjagaan asas dan penjagaan pakar.

Penjagaan kesihatan pergigian asas merangkumi :


Pemuoridan bekalan air.
Promosi kesihatan pergigian.
Program-program untuk murid sekolah, murid pra-sekolah dan ibu
mengandung.
Perkhidmatan pesakit luar.

Penjagaan kesihatan pergigian pakar termasuk :


Ortodontik
Periodontik.
Pembedahan mulut.
Pediatrik Pergigian.
Perubatan / patologi mulut.

15
SKOP 1
Kemudahan rawatan pergigian yang disediakan di klinik pergigian termasuk :
Tampalan gigi.
Cabutan gigi.
Penskaleran dan penggilapan.
Rawatan endodontik (salur akar gigi).
Sealan sur.
Pembuatan dentur (gigi palsu).
Rujukan untuk rawatan pakar seperti rawatan ortodontik, periodontik dan
pembedahan mulut.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : KENALI KEMUDAHAN KESIHATAN

A. Cara Pelaksanaan
1. Guru akan menayangkan video Skop 1 unit 2 mengenai Kenali Kemudahan
Kesihatan.
2. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan semula kandungan
video yang ditayangkan.
3. Guru menerangkan kembali perkhidmatan kesihatan yang disediakan.

B. Sumber
Video Skop 1 Unit 2
Pemain DVD
Projektor video

C. Masa
1 jam

D. Penilaian
Soal Jawab

AKTIVITI 2 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR

A. Cara Pelaksanaan

1. Guru menganjurkan lawatan ke premis kesihatan seperti Klinik Kesihatan, Klinik


Desa dan Hospital.

C. Masa
3 jam

D. Penilaian
Soal Jawab

16
UNIT 3 : MENYAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN DAN KELUARGA

PENGENALAN

Kebolehan dan kemahiran menyampaikan mesej kepada orang lain merupakan aspek
yang perlu ada pada Doktor Muda. Dengan kebolehan dan kemahiran tersebut,
Doktor Muda akan mempunyai keyakinan untuk menyampaikan mesej secara
berkesan. Secara tidak langsung mereka yang menerima maklumat tersebut akan
memberi tumpuan untuk mendengar dan cuba memahami serta mengikuti apa yang
disampaikan. Kebolehan dan kemahiran ini akan meningkatkan lagi kredibiliti Doktor
Muda dalam menjalankan tugas-tugas beliau.

OBJEKTIF

Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :

1. Menyenaraikan kaedah-kaedah dan teknik-teknik penyampaian mesej secara


berkesan.
2. Menyenaraikan cara-cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan maklumat
kepada rakan dan keluarga.

ISI PENTING

1. Kaedah-kaedah dan teknik-teknik penyampaian mesej secara berkesan.


Membuat persiapan tajuk.
Membuat persiapan diri.
Adab semasa berucap.
Petua komunikasi berkesan.

2. Petua komunikasi berkesan.

3. Cara-cara meningkatkan kredibiliti semasa menyampaikan ucapan atau ceramah.

KANDUNGAN

1. Kaedah-kaedah dan Teknik-teknik Penyampaian Mesej Secara Berkesan


Membuat persiapan tajuk
- Memahami tajuk atau topik yang akan disampaikan.
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami.
- Memberi contoh-contoh yang berkaitan.
- Mempunyai pertalian antara isi-isi penting.
- Menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai seperti gambar, carta
selak atau poster.

Membuat persiapan diri


- Pakai pakaian seragam Doktor Muda atau berpakaian kemas dan bersih.
- Pakaian mestilah bersih.
- Air muka mestilah baik senyum dan kelihatan bersedia.
- Berjalan dan melangkah dengan tenang dan tidak menggelabah.

17
SKOP 1
- Berlatih berucap beberapa kali sebelum memberi ceramah sebenar.
- Berlatih menggunakan alat bantu.
- Telitilah cara-cara berucap yang dilakukan oleh orang lain yang mahir
berucap.

Adab Semasa Berucap


- Wujudkan kemesraan dengan audien.
- Mulakan dengan bertanya soalan berkait dengan tajuk ceramah atau
cerita pendek.
- Terangkan kaitan tajuk ceramah dengan kesihatan kita.
- Beri pujian kepada audien kerana sudi mendengar ceramah.
- Bercakap dengan sopan santun.
- Suara mestilah jelas dan terang.
- Berdiri dengan yakin.
- Memandang kepada audien.
- Tidak terlalu kerap melihat nota.
- Tidak mengkritik audien.
- Layan semua pertanyaan dengan adil.
- Jawab semua soalan dengan memuaskan.
- Ringkaskan idea sebelum berhenti.
- Ulangkan kepentingan tajuk ceramah sebelum berhenti.

2. Petua Komunikasi Berkesan


A - Accurate (Tepat)
Maklumat atau mesej mestilah betul, tepat dan boleh dipercayai.

B - Brief (Ringkas)
Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, padat dan
difahami oleh audien.

C - Clear (Jelas)
Jelas dari segi suara dan alat atau gambar yang ditunjukkan serta
jelas dari segi perkataan (tidak mempunyai banyak makna).

D - Direct (Secara Langsung)


Maklumat yang ingin disampaikan mestilah mempunyai ciri
berterus terang atau direct to the point dan tidak berbelit-belit.

E - Easy (Mudah)
Kaedah penyampaian maklumat mestilah mudah dan tidak
mengelirukan.

F - Fast (Lancar)
Penyampaian maklumat mestilah lancar, tidak tersekat-sekat dari
segi tutur kata dan bahasa.

G - Good Taste (Sedap Didengar)


Penyampaian maklumat mestilah menggunakan bahasa yang
bagus, bersopan dan sedap didengar. Elakkan mengutuk dan
memperbodohkan audien.

18
3. Cara-cara Meningkatkan Kredibiliti Semasa Menyampaikan Ucapan atau Ceramah
Mempunyai sikap dinamik iaitu bertenaga, aktif dan penuh minat semasa
menyampaikan ucapan atau ceramah.
Konsisten mengambil pendirian yang sama sepanjang ucapan.
Keramahan lemah-lembut dan menekankan persamaan beliau dengan
audien; tidak bongkak.
Kejujuran bercakap benar.
Keikhlasan tidak berpura-pura.
Memberi penekanan kepada mesej memberi penekanan pentingnya mesej
atau maklumat tersebut.
Mengambil berat terhadap audien layan dan jawab setiap soalan dengan
memuaskan.
Kebolehpercayaan mengambil pendirian yang sama sepanjang masa
tanpa mengira siapa audien mereka.
Kepakaran berpengetahuan luas dalam topik yang diperkatakan.
Daya tarikan peribadi menarik, berpakaian kemas dan mampu
mempamerkan keramahan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI 1 : PENGUCAPAN AWAM

A. Cara Pelaksanaan
1. Guru menerangkan kaedah dan teknik menyampaikan ceramah atau
syarahan secara berkesan.
2. Guru membahagikan Doktor Muda kepada beberapa kumpulan.
3. Guru membacakan senario kepada kumpulan. Senarionya ialah :

Seorang Doktor Muda ternampak rakannya yang tidak mencuci tangan sebelum
makan di kantin sekolah. Setelah menghampiri rakannya, beliau juga ternampak kuku
rakannya panjang dan kotor. Doktor Muda merasa bertanggungjawab untuk
memberi penerangan dan menasihati rakannya tentang amalan kebersihan diri.

4. Guru meminta setiap kumpulan berbincang mengenai senario tersebut dan


membuat persediaan untuk menyampaikan ceramah yang berkesan.
5. Guru memilih seorang wakil setiap kumpulan untuk menyampaikan ceramah
berpandukan kepada senario berkenaan.
6. Guru akan memberikan markah kepada Doktor Muda berdasarkan isi,
bahasa, kelancaran, gaya, intonasi dan susunan ceramah menggunakan
Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam seperti Lampiran 1.3.
7. Guru membuat ulasan terhadap pencapaian penceramah dan
kumpulan masing-masing berpandukan Borang Penilaian dan Ulasan
Pengucapan Awam (Lampiran 1.3)

B. Sumber
Borang Penilaian dan Ulasan Pengucapan Awam (Lampiran 1.3)

C. Masa
1 jam

D. Penilaian
Soal Jawab

19

Anda mungkin juga menyukai