Tomyam Thai
Tomyam Thai
Bahan-Bahan:
Bahan untuk tomyam paste:
3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
udang, dibuang kepala
sotong, potong ikut kesukaan anda
1/2 batang karot
1 biji tomato, potong 4
cendawan tiram, jika suka
1 batang serai
4 helai daun limau purut
10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
2 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis, ambil jus
tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
sedikit daun ketumbar
1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4
Cara Penyediaan:
Cara untuk tomyam paste:
1. Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga
halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api
yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
3. Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak.
Anggaran masa 20-30 minit.
4. Angkat dan sejukkan.
1. Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di
atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama karot dan masak
seketika hingga karot sedikit lembut.
2. Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang
holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam
dan gula secukup rasa. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Tips
Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras,
sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam
kuah yang mendidih.