Anda di halaman 1dari 20

TALI DAN IKATAN

SIMPULAN BUKU SILA


Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah
lucut. Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal,
bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-
kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.

SIMPULAN BUNGA KETI


Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.
Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag
break.

SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing. Ia
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan. Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.

SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat, kuat, dan mudah
terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan
akhir. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas
contohnya simpulan angka no.8 ke hujung tali untuk keselamatan.

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL


Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana
cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal.

SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan
tujuan untuk menarik sesuatu barang.
SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan
memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan
lutut.

SIMPUL PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki dan turun bukit.

SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada
bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.

IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet.
IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik. Permulaan kepada ikatan serong.

IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gajet, menara,
tiang, bendera dan lain-lain. Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk (cuba lihat
gambar no.1) kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul
manuk juga.

IKATAN SERONG/SILANG
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.
IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh
untuk membuat kaki yang bersilang.

SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet, dan menyambung
kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.

Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:

1.Mendaki
2.Kehidupan seharian
3.Memancing
4.Seni
5.Pengakap
6.Mencari dan Menyelamat
7.Bidang Perkapalan dan sebagainya
KEMAHIRAN KRAF PERKHEMAHAN
1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling menarik bagi pengakap.
Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal,
mental dan kematangan berpengakap.

2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gejet perkhemahan:
lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan
sekitar perkhemahan.
kedudukan gadjet.
aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GEJET


Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet
yang berfaedah.

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET


Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET


Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang
berhampiran.

6. JENIS-JENIS GEJET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan tempat basuhan.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
Lain-lain gadjet.
7.GEJET KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan
adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan
menggunakan batang kayu.

8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR


Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.

9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH


Gejet tempat meletak besen air.
Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat menyimpan sabun.
Gejet mengantung tuala mandi.
Gejet kawasan tempat basuhan.

10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL


Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut,
penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut
lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN


Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

12. GEJET-GEJET LAIN


Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)
13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan
kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak,
gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat
letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJET


Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua
pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET


Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih
dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang
kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet
yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu
pagar.
Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil
diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong.
Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk
membuat sesuatu loop pada tali.

Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.


IKHTIAR HIDUP
Api

Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau
binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan
diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan
api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa
peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba
berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk
digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama,
kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara
membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun
api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan
membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding
seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda
dapat menerima pemanasan dari belakang.

Makanan/Air

Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya
mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum
air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari
lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan
sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya
membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan
makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas
yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada
setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit
atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut.
Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar
daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak
mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-
buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan
menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas
permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
ASAS MASAKAN HUTAN

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap.
Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk
membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat
dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa
kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan
belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan
alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan
dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan
ringan.

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan
buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan
cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi
doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan
kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu
tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi.
Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua
bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas
daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang
berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk
meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api


1. melindungi tiupan angin
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak
3. kekemasan dapur bawah (tanah)
4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta
1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal
2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)
5. atau kapas sebagai bahan bantu mula
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama
7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun
pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang
di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras
yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa
yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa
berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika
ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali,
masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih
dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus.
Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat
sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang
dewasa.
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
SEBELUM PERKHEMAHAN

1. MENGETAHUI TUJUAN BERKHEMAH

a) rekreasi

- mementingkan kemudahan / keselesaan makan-minum / tempat tidur. Tidak


mementingkan kegiatan

kemahiran Ilmu perkhemahan.

b) khusus

- kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran- kemahiran


ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana back woods . ( ala hutan ).

c) pengembaraan ekspedisi

- berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan
berehat / perancangan baru.

d) misteri

- siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan yang
diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya.

e) penyelidikan

- membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangkamasa yang lama di
sesuatu

lokasi.

f) ikhtiar hidup ( survival )

- untuk tujuan yang lebih khusus

- biasanya untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah
dipelajari dan membina semangat serta ketahanan diri.

2. PERANCANGAN

Membuat kertas kerja ( organisasi / bajet / kos / logistik ).


Mengadakan mesyuarat dengan J/K Pengelola.
Senarai petugas / Jadual bertugas.
Penentuan jumlah penyertaan / syarat / peraturan.
Peralatan / Perkakasan untuk kemudahan pegawai / peserta.
Pengisian aktiviti
Senarai pegawai & peserta
Atur cara program a) Pelan A b) Pelan B
Makan minum ( Kaedah )
Pengangkutan peserta ( persendirian atau berkumpulan )
Peralatan perhubungan radio komunikasi .
Mengambil insuran tambahan ( jika difikirkan perlu ).

3. PEMILIHAN LOKASI

Berdasarkan objektif / keperluan / kemudahan / kesesuaian & keselamatan.

4. MEMPEROLEHI KEBENARAN

Pemilik / Penguasa Lokasi ( Ikuti prosedur )


Kementerian / JPN / PPD / pihak swasta dll.
Surat Permohonan / Lantikan / jemputan / makluman
Surat kebenaran membawa pelajar keluar daripada kawasan sekolah daripada
Pengetua.
Surat kebenaran ibu bapa pelajar.

5. IKLAN / PENGUMUMAN / MAKLUMAN

Memaklumkan kepada pihak polis / pusat kesihatan / renjer hutan


Memaklumkan kepada pelajar / peserta program
Taklimat awal kepada para peserta program

a) barangan yang dibawa dll.

b) apa yang perlu dan yang tidak perlu disediakan.

c) hal-hal lain yang berkaitan kebajikan / keselamatan & kemudahan ibubapa.

SEMASA DI LOKASI PERKHEMAHAN

1. TAKLIMAT KETUA PERKHEMAHAN / PENYELARAS PROGRAM

Peraturan / Larangan & Disiplin

Taklimat program aktiviti

Menyelia perjalanan program.

2. MENJALANKAN MESYUARAT / PERJUMPAAN DGN PEGAWAI KEM

Hari - 1 / 2 / 3
3. GOTONG ROTONG / KEBERSIHAN / PERJALANAN KEM

SELEPAS TAMAT PROGRAM PERKHEMAHAN

1. Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan perlu berada di sekolah atau lokasi tertentu
untuk mempastikan semua peserta telah pulang.

2. Membuat laporan.

3. Menghantar surat penghargaan.

4. Mesyuarat post mortem.

Pemilihan Tempat

Beberapa perkara perlu diteliti semasa memilih sesuatu tempat perkhemahan.

a) Keselamatan Peserta dan harta-benda


- Keluasan kawasan yang mencukupi bagi semua peserta dalam kumpulan
- Pemimpin unit atau kumpulan berpengetahuan dalam mengatasi sesuatu
kecemasan semasa berkhemah
- Taklimat diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak
semasa berlakunya sesuatu kecemasan

b) Kemudahan-kemudahan asas
- Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan wajib mempunyai kemudahan
asas seperti sumber air dan sebagainya.
- Meneliti sama ada terdapat kedai menjual bahan makanan mentah di kawasan
berhampiran tapak perkhemahan
- Terdapatnya sistem perhubungan seperti jalan raya, talian telefon dan
sebagainya

c) Tempat menarik dan selesa


- Kawasan tepi pantai, sungai, tasik, hutan simpan boleh dijadikan pilihan untuk
tapak perkhemahan
- Kawasan haruslah jauh dari sebarang ancaman bahaya seperti banjir, haiwan
buas dan sebagainya.
Surat Kebenaran

- Beberapa keperluan perlu diperoleh sebelum mengadakan sesuatu aktiviti


perkhemahan iaitu :
a) Kebenaran pengetua/ guru besar
b) Kebenaran pemilik tanah/ tapak perkhemahan
c) Pemberitahuan dan kebenaran daripada Ketua Balai Polis berdekatan
d) Kebenaran ibu bapa atau penjaga

- Surat kebenaran perlu dihantar lebih kurang satu setengah atau dua bulan
sebelum perkhemahan diadakan
- Kebenaran dan persetujuan daripada pengetua atau guru besar dan pemilik
tapak perkhemahan diperolehi terlebih dahulu sebelum kebenaran lain dipohon.

Bajet/Belanjawan

- Bajet mensti dirancang dengan sebaiknya supaya keperluan perkhemahan dapat


ditanggung dengan baik dan teliti
- Butiran-butiran bajet adalah seperti kos peralatan, perubatan, makanan dan
pengangkutan
- Jenis aktiviti yang dijalankan dan jumlah peserta akan menentukan kos bajet

Peralatan Perkhemahan

- Peralatan perkhemahan dikelaskan kepada 3 kategori iaitu :


a) Peralatan individu
b) Peralatan kumpulan
c) Peralatan dapur
- Peralatan individu terdiri dari berus gigi, baju, tuala wanita, sabun, air, kasut,
wisel, sleeping bag, seluar dan sebagainya.
- Peralatan kumpulan : sebelum pergi ke sesuatu perkhemahan, Quarter Master
setiap kumpulan akan mencatatkan peralatan dan bilangannya. Contoh peralatan
seperti parang, cangkul, kotak pertolongan cemas, gergaji, lampu, pisau, mancis
dan banyak lagi.
- Peralatan dapur pula ialah kuali, pisau, bekas makanan, tikar, pencuci pinggan
mangkuk, pinggan dan sebagainya.

Merangka Aturcara

- Pemimpin atau pihak penganjur menetapkan aktiviti yang hendak dijalankan


- Aturcara biasanya disediakan dalam tempoh dua minggu sebelum diadakan
sesuatu perkhemahan. Dua perkara penting ialah masa dan perkara/aktiviti
- Penyediaan buku aturcara juga penting bertujuan memastikan kelancaran aktiviti
perkhemahan.
- Aturcara juga haruslah menepati tema atau tujuan sesuatu perkhemahan.
BUKU LOG PENGAKAP

NAMA: AMMAR WAZIEN BIN HAJUDIN


UNIT : 6 PISMP TESL AMBILAN JUN 2014

Anda mungkin juga menyukai