Anda di halaman 1dari 7

SK PERMAS JAYA 5

PEPERIKSAAN PKSR AKHIR TAHUN 2014


BAHASA MELAYU TAHUN 2 KERTAS 1

Nama:______________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang
betul pada kertas soalan.

Soalan 1 hingga Soalan 19.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah ini.

1. Kakak mengayuh ____________ ke sekolah.

A basikal
B kereta
C motorsikal

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

2. itu telah disertai oleh ramai orang.

A Pertandingan memasak
B Pertandingan masakan
C Pertandingan masak

3. Pada waktu rehat, murid-murid perlu makan di _________________________.

A kelas
B kantin
C perpustakaan
4. Buaya dikenali sebagai ________________ dalam cerita binatang.

A Sang Kancil
B Sang Buaya
C Sang Bedal

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5. Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di tepi ______________.

A kolam
B perigi
C pantai

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

6. ___________________ berasa sungguh sedih apabila anak cucunya tidak pulang


berhari raya bersamanya.

A Kakak Suri
B Nenek Bedah
C Datuk Leman
7. Kakak mencuci pinggan _________ menyanyi di dapur

A lalu
B sejak
C sambil

8. Adik _______ abang sedang membaca buku.

A dan
B atau
C tetapi

9. _______________, cantiknya rumah kamu! puji Aiman

A Eh
B Wah
C Aduh

10. Di manakah _________ tinggal? tanya Aiman kepada Azmi.

A beta
B patik
C kamu

11. __________________kah Siva tidak hadir ke sekolah?

A Apa
B Bagaimana
C Mengapa

12. Bau longkang itu sungguh ______________ dan meloyakan.

A harum
B hapak
C busuk

Soalan 13 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

13. Farhan menyapu tingkap dengan menggunakan se _____________ bulu ayam.

A harum
B hapak
C busuk
14. Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola kepada anaknya.

A menyambut
B memegang
C menghadiahkan

15. Ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya ______ Gunung Everest.

A melalui
B mendaki
C merentasi

16. Perbuatan ________________ dinding sekolah adalah perbuatan yang dilarang.

A mengecat
B melukis
C menconteng

17. Buku itu _________ tetapi mahal harganya.

A kecil
B tetapi
C dan

18. Awak suka makan durian __________ rambutan?

A dan
B lalu
C atau

19. ___________, sakitnya kakiku ini!

A Eh
B Aduh
C Amboi

20. Bau bunga ros ini sungguh __________.

A harum
B pahit
C busuk

21. Cikgu itu sedang ______ kami Bahasa Malaysia.

A menyanyi
B mengira
C mengajar
22. Zulkarnain lari sekuat hati apabila dikejar anjing yang _______________ itu.

A baik
B sakit
C garang.

23. _______________ itu telah dibaca oleh Hakimi

A Buku-buku
B Pensil-pensil
C Meja-meja

24. ________________ yang dipakai oleh Ain cantik-cantik belaka.

A Baju-baju
B Kerusi-kerusi
C Penyapu-penyapu

25. Saya _________ air di kantin

A makan
B minum
C mengunyah

26. Ibu ________ abang untuk pergi ke kedai.

A memarahi
B membuat
C menyuruh

27. Alina _____________ Melayu.

A dibangsa
B berbangsa
C membangsa

28. Saya memakai ______ kerana hari hujan

A pen
B pembaris
C payung

29. Kamal rajin tetapi adiknya ____________

A baik
B malas
C sombong
30. Sofia cantik dan adiknya __________.

A jelita
B buruk
C besar

Soalan 31 hingga 35. Baca petikan dibawah . Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba sebuah lori berhenti
di hadapan rumahnya. Lori itu sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang
sedang menurunkan barang-barang itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu. Mereka bersalaman dan
memperkenalkan diri kepada jiran baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan
Puan Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu David dan Jayati.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain membantu Encik Kumar
mengangkat barang-barang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar mengemas
barang-barang. Alya juga membantu Encik Kumar mengemas barang-barang mereka.

31. Siapakah jiran baru Alya?

A Encik Kumar sekeluarga


B Puan Kamala
C David

32. Apakah yang sedang dilakukan oleh Alya semasa jiran barunya tiba?

A Memetik bunga
B Menanam bunga
C Menyiram pokok bunga

33. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?

A dua orang
B empat orang
C enam orang

34. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud _______

A penuh
B sesak
C melebihi

35. Pilih tajuk yang sesuai bagi petikan di atas.

A membantu jiran
B Jiran-jiran
C Jiran baru
Soalan 36 hingga 40. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut.

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah
bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.

Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram
pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk
Jia Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.

Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang
sedap untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka
menjadi bersih dan cantik.

36. Di manakah Jia Jia tinggal?

A Taman Damai
B Taman Aman
C Taman Sentosa

37. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah?

A Pada hari Ahad yang lalu.


B Pada hari Sabtu yang lalu.
C Pada hari Selasa yang lalu.

38. Siapakah yang berehat di kerusi?

A Nenek
B Datuk
C Ibu

39. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya?

A Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.


B Menyiram bunga dan memotong rumput
C Mencuci longkang dan mengelap tingkap

40. Mengapakah mereka berasa gembira?

A Kerana halaman rumah mereka kotor.


B Kerana halaman rumah mereka besar.
C Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai