Anda di halaman 1dari 1

Ya AllahYang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada pagi yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, kami berhimpun bersempena Hari Sukan

Tahunan Tadika Tunas Harmoni 2017, kami menadah tangan memohon rahmat dan keberkatan

serta petunjuk al-Quran yang sentiasa Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga

akhirat.

Ya Allah

Ampunilah segala dosa kami dan juga dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka keduanya

sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami di masa kecil. Ya Allah, kurniakanlah kepada

guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang

telah mereka curahkan kepada anak-anak kami.

Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah anak-anak kami sebagai insan yang pintar dan bertaqwa, yang menjadi harapan untuk

memimpin negara pada masa hadapan, serta golongkanlah kami di kalangan orang-orang yang soleh dan

solehah. Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan

kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.