Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Pendahuluan

Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan


sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan
hidup. Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan
sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan
yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia
mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif
antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan
kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan.

Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang
diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi
respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci.
Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu
substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan
amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut.

Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian,
Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme.
Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di
kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah
antara satu sama lain seperti praanimisme, animisme, fetisyme, shamanisme, dan
totemisme.

Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan


asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak
mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh
manusia sama ada manusia moden ataupun primitif. Pemikiran tentang agama sudah wujud
dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi.

Saya sebagai seorang penganut roma katholik akan terus membincangkan tentang
agama Kristian secara lebih lanjut dalam kerja kursus Pendidikan Moral ini.
2.0 Pengenalan

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut,
atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Agama Kristian asalnya merupakan mazhab
daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Yesus dari Nazaret sebagai messiah atau
kristus, iaitu juruselamat bagi seluruh umat manusia. Yesus yang menebus manusia
daripada dosa dan digelar sebagai penyelamat orang Yahudi seperti yang dijanjikan dalam
Kitab Perjanjian Lama. Dua belas muris Yesus yang terawal dipanggil Kristian di Antiokia
dan kemudiannya disebut rasul. (Kisah Para Rasul 11:26). Mereka adalah: Simon Petrus,
Andreas, Yakobus, Yohanes, Filipus, Bartolomeus, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Matius,
Simon orang Zelot, Yudas Iskariot, dan Yudas anak Yakobus. Di antara kedua belas murid
tersebut terdapat tiga orang murid yang sering diajak oleh Yesus untuk menyaksikan dan
belajar dari pelbagai mukjizat yang diadakan oleh Yesus iaitu Simon Petrus, Yakobus dan
Yohanes. Dari ketiga murid tersebut, Yohanes merupakan murid yang paling dikasihi Yesus
(Yohanes 21:20).

Agama Kristian mempunyai tiga aliran iaitu Katholik, Protestan dan Ortodoks Timur.
Roman Katholik mempunyai sejarah hampir dua ribu tahun dan merupakan cabang
kekristenan tertua dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis. Protestan pula
mempunyai pelbagai aliran pemikiran seperti Lutheranisme, Anglikan, Calvanis,
Pentakostalis, Metodis, Gereja Baptis, Karismatik, Presbyterian, Anabaptis dan sebagainya.
Penganut Kristian sama ada Roman Katholik, Ortodoks Timur mahupun Protestan
menerima Doktrin Triniti atau Tritunggal sebagai ajaran utama agama Kristian. Tritunggal
bermaksud persatuan Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk
satu Tuhan. Kami juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Tuhan Bapa sebelum
terciptanya dunia dan dilahirkan di dunia menerusi Maria dan dibangkitkan dari kubur
setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Tuhan Bapa di syurga.

Manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa kerana Adam dan
Hawa telah melanggar perintah Tuhan dengan memakan buah dari pohon larangan yang di
dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut The Garden Of Eden. Oleh itu, Adam dan
Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga. Hasil dari perbuatan mereka itu.
menyebabkan keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan.
Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk
menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi
mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk
membersihkan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang agung perlu dilakukan
iaitu dengan kematian Anak Tuhan (Yesus).
2.1 Pengasas Agama Kristian (Yesus Kristus)

Gambar 2.1.1: Gambar ini menunjukkan Yesus Kristus.

Sumber-sumber maklumat yang utama mencatat mengenai kehidupan dan ajaran


Yesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark,
Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah
bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai
penyembuh, dibaptiskan oleh John dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius
Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom.

Saya sebagai penganut agama Kristian mempercayai bahawa Yesus adalah


Messiah atau Christ yang dijanji dalam Perjanjian Lama serta mempercayai kepada
kebangkitannya selepas penyaliban. Yesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk
memberikan penyelamatan dan perdamaian melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan.
Yesus juga akan datang ke bumi kedua kali pada masa hadapan. Yesus telah banyak
melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

Sesuai dengan petunjuk sejarah, Yesus Kristus adalah pembawa agama


Katholik. Menurut Matthew dan Luke, Jesus dilahirkan di Bethlehem, Judea, kepada Mary,
seorang dara, melalui mukjizat Roh Kudus. Gospel Luke memerihalkan malaikat Gabriel
melawat Mary untuk memberitahunya bahawa dia telah dipilih untuk melahirkan Anak Tuhan
(Luke 1:2638). Menurut Luke, suatu perintah Caesar Augustus memaksa Mary dan Joseph
meninggalkan rumah mereka di Nazareth dan pergi ke tempat nenek moyang Joseph.
Semasa kelahiran Jesus, Joseph dan Mary terpaksa menggunakan palung sebagai ganti
untuk katil bayi kerana tidak ada lagi bilik untuk mereka di rumah penginapan bandar itu dan
akhirnya Yesus Kristus dilahirkan di Bethlehem. (Luke 2:17).

Menurut Luke, malaikat mengumumkan kelahiran Yesus Kristus kepada gembala-


gembala yang datang untuk melihat bayi baru dan kemudian mengumumkan apa yang
disaksikan mereka ke seluruh kawasan. Matthew juga mengisahkan "Tiga orang Majusi
yang membawa hadiah kepada bayi Jesus selepas mengikut sebuah bintang yang
dipercayai mereka sebagai tanda kelahiran Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi,
(Matthew 2:1-12), dan pelarian ke Mesir selepas kelahiran Yesus Kristus untuk melepaskan
diri daripada Pembunuhan Beramai-ramai Orang Teraniaya.

Pada usia 12 tahun Yesus Kristus mula mengkhorbat injil pada pasar raya ketika itu
dan ini telah menarik perhatian penduduk-penduduk di situ. Mulai ketika Yesus Kristus
berusia 30 tahun, khususnya pada minggu terakhir, dimana kematian dan kebangkitan-Nya
dari kubur menjadi pusat perhatian dari keempat Injil di Al-kitab serta tulisan-tulisan Paulus
dan murid-muridNya yang lain. Gospel-gospel menyatakan bahawa Yesus, sebagai Messiah,
telah dihantar untuk "memberikan nyawanya sebagai tebusan untuk banyak orang" dan
untuk "mengkhutbahkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan ". Pada sepanjang tempoh
pengkhutbahannya, Yesus Kristus dikatakan melakukan berbagai-bagai mukjizad, termasuk
menyembuhkan pesakit, menghalau hantu, berjalan di atas air, mengubahkan air menjadi
wain, dan menghidupkan semula banyak orang, umpamanya Lazarus (John 11:144).

Menurut gospel-gospel sinoptik, Yesus Kristus merayakan makan Passover dengan


hawari-hawarinya yang dikenali sebagai Santapan Terakhir dan semasa itu makan terakhir
ini meramalkan pengkhianatan oleh salah satu hawari dan pelaksanaan hukuman mati ke
atasnya. Dalam upacara amal ini, beliau mengambil roti dan wain dan berkata: "ini ialah
badanku yang diberikan kepadamu" dan "cawan ini yang dituang untuk kamu ialah
Perjanjian Baru dalam darahku", dan mengarahkan mereka "membuat ini sebagai kenangan
bagiku" (Luke 22:7-20). Selepas makan lewat malam, Yesus Kristus dan hawari-hawarinya
pergi bersembahyang di Taman Gethsemane.

Semasa di taman itu, Yesus Kristus ditangkap oleh askar-askar Rom atas perintah
Sanhedrin dan sami besar, Caiaphas. Penangkapan itu dilakukan secara rahsia pada waktu
malam untuk mengelakkan rusuhan kerana Yesus Kristus telah menjadi popular dengan
orang ramai (Mark 14:2). Menurut gospel-gospel sinoptik, Judas Iscariot, salah satu hawari,
mengkhianati Yesus Kristus dengan mengenal pastinya kepada pengawal-pengawal dengan
ciuman. Lagi seorang hawari menggunakan pedang untuk menyerang salah seorang
penawan dan memotong telinganya. Menurut Luke, Yesus Kristus menyembuhkan penawan
itu dengan segera. Yesus Kristus memarahi hawari itu, dan menyatakan "semua mereka
yang mengambil pedang akan mati dengan pedang" (Matthew 26:52). Selepas
penangkapannya, hawari-hawari Yesus Kristus menyembunyikan diri mereka.

Menurut Gospel-gospel, Prefect Rom Pontius Pilate sendiri berasa Yesus Kristus
tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah terhadap orang-orang Rom dan oleh sebab
terdapat adat pada perayaan Passover untuk gabenor Rom membebaskan seorang
banduan (suatu adat yang tidak direkodkan di luar Gospel-gospel), Pilate menawarkan
orang ramai pilihan antara Jesus dari Nazareth dan seorang pemberontak bernama
Barabbas. Orang ramai memilih untuk Barabbas dibebaskan dan Jesus disalib. Pilate
mencuci tangannya untuk menunjukkan bahawa beliau sendiri tidak terlibat dalam
ketidakadilan keputusan ini (Matthew 27:1126).

Menurut keempat-empat Gospel, Yesus Kristus meninggal dunia sebelum lewat


petang. Seorang Judea yang kaya, Joseph dari Arimathea, dan menurut Gospel Mark dan
Luke merupakan seorang ahli Sanhedrin, mendapat kebenaran Pilate untuk mengambil
mayat Yesus Kristus dan memasukkannya di dalam kubur. Menurut Gospel John, Joseph
disertai oleh Nicodemus dalam pengebumian Jesus, dan ini juga ditulis dalam bahagian-
bahagian lain dalam gospel John (John 19:3842). Ketiga-tiga Gospel Sinoptik
mengisahkan gempa bumi dan pengelapan langit dari pukul dua belas sehingga pukul tiga
pada petang itu.

Yesus Kristus dibangkitkan semula pada hari ketiga selepas penyaliban. Gospel
Matthew menyatakan bahawa malaikat muncul dekat kubur Yesus dan mengumumkan
kebangkitan Yesus kepada wanita-wanita yang telah tiba untuk menyapukan minyak pada
badannya. Hawari menyatakan bahawa Yesus Kristus muncul di pelbagai tempat selama
empat puluh hari kemudian. Kepada pengikut-pengikutnya, beliau menunjukkan diri pada
petang selepas kebangkitannya. Menurut Bible, Yesus Kristus berjanji akan datang semula
lagi untuk menunaikan ramalan Messiah yang tinggal.
1.Kemunculan Malaikat Gabriel
Malaikat Gabriel melawat Mary untuk
memberitahunya bahawa dia telah dipilih untuk
melahirkan Anak Tuhan.

2.Tempat Yesus Kristus dilahirkan

Yesus Kristus dilahirkan di Bethlehem.

3.Tiga orang Majusi


Tiga orang Majusi yang membawa hadiah kepada
bayi Yesus Kristus sebagai tanda kelahiran
Messiah, atau Raja Orang-orang Yahudi.

4.Mengkhorbat Injil
Pada usia 12 tahun Yesus Kristus mula
mengkhorbat injil.

5.Santapan Terakhir
Yesus Kristus merayakan makan Passover
dengan hawari-hawarinya yang dikenali
sebagai Santapan Terakhir.

6.Yesus Kristus ditangkap


Yesus Kristus ditangkap oleh askar-askar Rom
atas perintah Sanhedrin dan sami besar,
Caiaphas.

7.Meninggal dunia
Yesus Kristus meninggal dunia sebelum lewat
petang.

8.Kebangkitan semula
Yesus Kristus dibangkitkan semula pada hari
ketiga selepas penyaliban.

9.Datang semula
Yesus Kristus berjanji akan datang semula lagi
untuk menunaikan ramalan Messiah yang
tinggal.

Rajah 2.1.1: Rajah ini menunjukkan sejarah Yesus Kristus.


2.2. Era Sebelum Kehadiran Yesus Kristus.

Kaum Yahudi adalah pengikut Moses yang menghasilkan kitab Perjanjian Lama
bawah ilham daripada Roh Kudus. Kitab Perjanjian Lama ini mengandungi hukum hakam
dan syarat diperintahkan oleh Tuhan, permulaan dunia, permulaan manusia, dan permulaan
orang Ibrani. Dalam kitab Perjanjian Lama, Moses ternyatalah cara Tuhan mencipta dunia
iaitu pada hari pertama, Tuhan menciptakan cahaya dan memisahkan cahaya dari
kegelapan. Cahaya yang dipanggil hari, dan kegelapan beliau dipanggil malam. Lalu Tuhan
berkata, "Jadilah terang"; dan ada cahaya. Dan Tuhan melihat cahaya itu, bahawa ia adalah
baik; dan Tuhan membahagikan cahaya dari kegelapan. Tuhan memanggil Hari cahaya dan
kegelapan beliau dipanggil Malam. Jadi petang dan pagi tersebut merupakan hari pertama.
(Gen 1: 3-5)

Tuhan menciptakan langit pada hari kedua. Terdapat perairan atas dan perairan
yang lebih rendah di atas langit dan di bawah langit. Lalu Allah berkata, "Jadilah langit di
tengah-tengah air, dan biarkan ia membahagikan air dari air." Oleh itu Tuhan menjadikan
langit dan dibahagikan perairan yang berada di bawah langit itu dari air yang berada di atas
langit, dan jadilah demikian. Lalu Allah menamai langit sebagai syurga. Jadi petang dan pagi
tersebut merupakan hari kedua. (Gen 1: 6-8)

Pada hari yang ketiga Tuhan menciptakan tempat kering dari tengah-tengah perairan
yang lebih rendah, Beliau menamakan tempay kering itu sebagai "Bumi" dan air yang
dikumpul itu "Laut". Tuhan memisahkan lautan dari bumi. Tuhan juga menciptakan
tumbuhan dan pokok menurut jenisnya sendiri, dan setiapnya mengandungi benih sendiri.
Kemudian Tuhan berkata, "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu
tempat, dan membiarkan tanah kering muncul"; dan jadilah demikian. Dan Tuhan menamai
tanah kering sebagai Bumi dan perairan yang dikumpul dipanggil Laut. Dan Tuhan melihat
bahawa semuanya itu baik. Kemudian Tuhan berkata, "Hendaklah bumi mengeluarkan
rumput dan herba yang menghasilkan benih sendiri dan pokok buah-buahan yang
menghasilkan buah-buahan mengikut jenisnya dan menghasilkan benih itu sendiri"; dan
jadilah demikian. Jadi petang dan pagi tersebut merupakan hari ketiga. (Gen 1: 9-13)

Tuhan menciptakan matahari, bulan dan bintang-bintang pada hari keempat. Tuhan
telah meletakkan mereka pada langit untuk memberikan cahaya untuk bumi, dan untuk
menyediakan musim bagi setiap tahun. Kedua-dua cahaya, matahari dan bulan, akan
memberi cahaya bagi setiap hari dan setiap malam.Cahaya yang lebih besar iaitu matahari,
akan memberi cahaya untuk hari, dan yang lebih kecil, bulan, akan memberi cahaya pada
waktu malam. Tuhan menciptakan bintang untuk mentadbir dan memerintah dunia ini, dan
untuk memberikan cahaya. Lalu Allah berkata, "Jadilah benda di langit untuk membahagikan
hari dari malam, dan membiarkan mereka menjadi tanda-tanda dan waktu, untuk hari dan
tahun;" dan membiarkan mereka menjadi cahaya atas langit untuk menerangi bumi". Jadi
petang pagi tersebut merupakan hari keempat. (Gen 1: 14-19)

Tuhan menciptakan ikan dan semua makhluk yang hidup di lautan dan tasik pada
hari yang kelima. Tuhan juga menciptakan burung untuk terbang di atas bumi, dan Tuhan
memerintahkan semua benda hidup dapat beranak cucu dan bertambah banyak. Lalu Allah
berkata, "Hendaklah segala air dibanyakkan dengan makhluk hidup, dan membiarkan
burung-burung terbang di atas bumi di seluruh muka langit." Maka Allah menciptakan
makhluk laut yang besar dan segala yang hidup bergerak mengikut jenis mereka, dan
segala burung bersayap menurut jenisnya. Dan Allah melihat bahawa semuanya itu baik.
Allah memberkati mereka dan berkata: "Beranakcuculah dan bertambah banyaklah serta
penuhilah air dalam laut, dan membiarkan burung bertambah banyak jumlahnya di bumi."
Jadi petang dan pagi tersebut merupakan hari kelima. (Gen 1: 20-23)

Pada hari keenam yang Tuhan menciptakan manusia, dan Tuhan telah menciptakan
manusia dengan mengikuti imej sendiri. Beliau juga menciptakan haiwan pada hari yang
keenam, dan beliau meletakkan lelaki tersebut menjaga semua haiwan. Lalu Tuhan berkata,
"Hendaklah bumi mengeluarkan makhluk yang menurut jenisnya serta menghasilkan
binatang di bumi"; dan jadilah demikian. (Gen 1: 24-31)

Kemudian Tuhan berkata, "Biarlah Kami menjadikan manusia dalam imej kami;
biarkan mereka mempunyai kuasa atas ikan-ikan di laut, burung-burung di udara, dan
semua haiwan di bumi," Maka Allah menciptakan manusia dalam imej sendiri; dengan
mencipta seorang lelaki dipanggil Adam dan perempuan dipanggil Hawa. Dan Allah
berfirman: "Sesungguhnya Aku ini telah menyerahkan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan
dan pokok yang menghasilkan buah biji benih yang di seluruh muka bumi; Itulah akan
menjadi makanan." Juga, kepada segala binatang di bumi, segala burung di udara, di mana
terdapat kehidupan, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau untuk dijadikan makanan."
Kemudian Allah melihat segala yang telah dicipta adalah sangat baik. Jadi petang dan pagi,
tersebut merupakan hari keenam.

Pada hari yang ketujuh, Tuhan berhenti dari penciptaan-Nya dan ditubuhkan Sabat.
Oleh itu, pada setiap Ahad penganut Kristian akan rehat dan tidak bekerja untuk berkunjung
ke gereja menghadiri Mass untuk berdoa.
2.3 Era Ketika Kehadiran Yesus Kristus

Yesus Kristus telah dilahirkan di Palestin. Ibu beliau Mary ialah seorang anak dara.
Kisah hidup Yesus Kristus ketika kecil tidak banyak diketahui kerana tidak ada catatan
mengenainya. Beliau dikatakan gigih berkhutbah dan berceramah di rumah ibadat kaum
Yahudi sama ada di kuil ataupun di sinagog. Khutbah-khutbah beliau pada ketika itu banyak
mengajak kaum yahudi agar kembali kepada cara hidup dan ajaran yang diajar oleh nabi
Musa a.s.

Seruan beliau itu diterima baik oleh kaumnya yang selama ini tidak senang dengan
gelagat para ulama Yahudi yang telah menyeleweng dan menyimpang jauh dari ajaran nabi
Musa a.s yang sebenar. Justeru itu, pengaruh Yesus Kristus berkembang dengan cepat
sehingga para ulama Yahudi berasa kedudukan serta pengaruh mereka tercabar dan
terancam. Mereka tidak dapat menghalau Yesus Kristus daripada berkhutbah di dalam
Sinagog kerana apa yang disampaikan oleh beliau adalah berpandukan kepada ajaran
sebenar agama Yahudi. Lalu secara diam-diam para ulama Yahudi telah mengatur langkah
untuk menghapuskan Yesus Kristus.

Oleh kerana para ulama Yahudi tidak ada kuasa untuk menangkap, mendakwa dan
menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Yesus Kristus, maka mereka telah mempengaruhi
pihak berkuasa Rom yang memerintah jajahan Palestin ketika itu untuk menangkap Yesus
Kristus dengan alasan bahawa Yesus Kristus adalah seorang aktivis yang berbahaya di
kalangan kaumnya. Pihak berkuasa Rom yang amat prihatin dengan kestabilan tanah
jajahan mereka telah berjaya dipedaya oleh hasutan para ulama Yahudi kerana takut akan
adanya rampasan kuasa jika pengaruh Yesus Kristus semakin merebak. Lanjutan daripada
itu, pihak berkuasa telah berusaha untuk menangkap Yesus Kristus.

Mengikut catatatan gereja, Yesus Kristus telah berjaya ditangkap oleh pihak
berkuasa Rom pada tengah malam Jumaat tahun ketiga kerasulan beliau. Akibat daripada
penangkapan itu Yesus Kristus dikatakan dijatuhkan hukum mati disalib pada petang
Jumaat. Peristiwa ini dirayakan oleh penganut Kristian sebagai hari Good Friday. Orang
Kristian juga percaya bahawa Yesus Kristus telah dihidupkan semula oleh tuhan pada hari
Ahad yang berikutnya. Hari kebangkitan Yesus ini disambut oleh penganut Kristian sebagai
Easter Day. Empat puluh hari kemudian Yesus Kristus dikatakan telah diangkat naik
kelangit. Sehingga hari ini Yesus Kristus dikatakan sedang berada disebelah tangan kanan
tuhannya. Beliau dikatakan juga akan datang kembali di akhir zaman. Sementara itu
penganut Kristian menunggu kepulangan Yesus Kristus dengan penuh setia. Kami
berpendapat bahawa akhir zaman yang dijanjikan oleh Yesus Kristus amat hampir sekali.
2.4 Era selepas ketiadaan Yesus Kristus

Setelah berjaya memisahkan Yesus Kristus daripada pengikutnya, para ulama


Yahudi menumpukan pula usaha mereka terhadap pembasmian para pengikut Yesus
Kristus. Salah seorang ulama Yahudi yang paling taksub memerangi Yesus dan pengikutnya
ialah Paul. Paul merupakan orang yang paling digeruni kerana kekejamannya yang
melampau terhadap para pengikut ajaran Yesus. Namun begitu, tujuh tahun selepas
ketiadaan Yesus, Paul tiba-tiba bertukar kem dengan menyertai gerakan ajaran Yesus.
Pada mulanya penyertaan Paul diragui ramai. Bagaimanapun beliau turut diajak oleh
seorang murid Yesus yang bernama Barnabas untuk menyertai rombongan dakwah.
Setelah berdakwah beberapa ketika, Paul menjadi terkenal dan semakin diterima ramai.

Paul memanfaatkan kesempatan ini dengan sepenuhnya untuk menyampaikan suatu


ajaran yang mengejutkan.Tiba-tiba Paul mendakwa bahawa Yesus ialah anak tuhan yang
mati untuk menebus dosa semua manusia. Paul juga mengajar bahawa semua manusia
telah mewarisi dosa daripada manusia pertama iaitu Adam. Mengikut Paul lagi, sesiapa
yang percaya kepada ketuhanan Yesus dan kepada kerja Yesus menebus dosa akan
mendapat jalan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ajaran Paul inilah yang menjadi asas
kepercayaan agama Kristian. Semenjak itu sesiapa yang mengikut iktikad Paul dikenali
sebagai orang-orang Kristian.

Saranan Paul mendapat tentangan yang hebat daripada pengikut ajaran Yesus.
Barnabas terus memutuskan hubungan dengan Paul kerana Yesus tidak pernah mengajar
sedemikian. Apabila para pengikut ajaran Yesus menolak ajaran Kristian, Paul mengalih
pula dakwahnya kepada golongan Yahudi yang membenci Yesus. Bagaimanapun beliau
gagal lagi kerana agama Yahudi ialah agama tauhid dan tidak menerima konsep dosa
warisan. Akhirnya Paul terpaksa menjaja ajarannya kepada orang-orang musyrikin. Untuk
tujuan tersebut Paul menghalalkan semua makanan serta menghapuskan syarat berkhatan,
sekaligus mengenepikan ajaran Taurat (Perjanjian Lama).

Taktik Paul itu berjaya menarik ramai orang-orang yang bukan berketurunan Israel
sehingga melebihi jumlah pengikut ajaran Yesus. Secara tidak langsung pengaruh ajaran
Paul tersebar dengan pesat kerana jumlah penganutnya yang ramai dan meluas berbanding
jumlah penganut Yahudi dan gerakan Yesus. Pengikut ajaran Paul atau lebih dikenali
sebagai penganut Kristian bertemu secara berjemaah. Jemaah-jemaah ini kemudian
dikenali sebagai gereja. Gereja-gereja ini berkembang dengan pesat di dalam jajahan Rom
apabila maharaja Rom yang bernama Konstantin bersikap lebih toleran terhadap penduduk
Kristian.
Pada tahun 325, sifat Yesus dan sifat ketuhanan hangat dipersoalkan di kalangan
pemimpin gereja sehingga suatu Majlis para ulama Kristian terpaksa diadakan di Nicaea.
Majlis tersebut mengisytiharkan Yesus sebagai tuhan. Untuk menambahkan lagi kekuatan
terhadap keputusan tersebut arahan juga dibuat untuk menghimpun dan membukukan
tulisan-tulisan yang sealiran temanya. Hasilnya ialah Al-Kitab yang diterima pakai dengan
rasminya pada tahun 385. Bagaimanapun sifat ketuhanan di dalam agama Kristian tetap
dibahaskan juga oleh para paderi. Maka pada tahun 451 sifat ketiga-esaan tuhan agama
Kristian ditetapkan di Chalcedon.

Di dalam tahun 1024, gereja Barat yang berpusat di Rom berpisah dengan gereja
Timur atau Ortodoks yang berpusat di Iskandariah. Puncanya ialah percanggahan pendapat
tentang tuhan Roh Kudus. Sebenarnya gereja Ortodoks sudah lama tidak senang dengan
sistem gereja Barat. Perpecahan gereja yang kedua berlaku di dalam tahun 1500 apabila
seorang paderi German yang bernama Martin Luther memprotes karenah gereja di Rom
mengaitkan kutipan pembiayaan pembesaran gereja Rom dengan penebusan dosa. Akibat
protes beliau maka tertubuhlah gereja Protestan yang menganggap gereja Roman Katolik
sebagai sesat. Tidak berapa lama kemudian gereja di England pula berpisah dengan gereja
Rom lalu menubuhkan gereja Anglikan. Lanjutan daripada itu bercambahlah ratusan gereja-
gereja Protestan seperti gereja Baptis, Metodis, Sidang Injil Borneo, Seventh Day Adventist,
Preybestryian dan lain-lain. Gereja Katholik pula hanyalah satu.

Di Malaysia pula penganut Katholik kebanyakannya terdapat di Melaka, Lembah


Kelang, Sabah dan Sarawak. Umum diketahui suatu usaha untuk menyatukan gereja-gereja
di dunia telah bermula di tahun-tahun akhir sebelum alaf baru. Semangat alaf baru yang
didorong oleh harapan kedatangan kembali Yesus Kristus mengeratkan lagi kerjasama
diantara gereja-gereja di dunia. Sehubungan dengan itu juga kerjasama menyebar ajaran
Kristian dipertingkatkan dengan hebatnya di seluruh dunia agar mereka tidak
mengecewakan Yesus Kristus kalau beliau muncul dengan tiba-tiba.
2.5 Kitab suci (Bible)

Gambar 2.5.1: Gambar ini menunjukkan Bible.

Bible mengandungi Kitab Perjanjian Lama atau Bible Ibrani dan Bible Perjanjian Baru.
Bible mempunyai 66 surah atau buku, 39 daripadanya dikenali sebagai kitab Perjanjian
Lama atau Old Testament. Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian
utama iaitu Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi (5 kitab), Kitab Nabi-
nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12 Kitab). Sementara pengelompokan untuk
Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik atau Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab
Surat Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Perjanjian Baru
adalah 27. Kitab Perjanjian Lama mengandungi undang-undang Nabi Musa atau Moses,
kisah-kisah sejarah, puisi dan kebijaksanaan di samping satu bab yang dipenuhi ramalan-
ramalan berhubung perkara yang akan datang.

Kitab Perjanjian Baru pula mengandungi kisah-kisah kehidupan Yesus Kristus yang
ditulis oleh tokoh-tokoh agama Kristian seperti Matthew, Mark, Luke dan John. Tulisan-
tulisan ini dikenali sebagai Gospels. Di samping itu, kitab Perjanjian Baru juga mengandungi
surah atau buku The Acts yang mengisahkan tentang keadaan agama Kristian di peringkat
awal kewujudannya, surat-surat yang ditulis oleh St. Paul dan tokoh-tokoh Kristian terdahulu,
dan sebuah buku yang berjodol Revelation.
2.6 Tujuh Sakramen

Gambar 2.6.1: Gambar ini menunjukkan tujuh sakramen.

Sakramen adalah tanda kelihatan yang ditetapkan oleh Yesus Kristus untuk
memberikan rahmat. Masing-masing sakramen memiliki ritus perayaan, iaitu perkataan dan
perbuatan tertentu. Perkataan adalah rumusan kata-kata yang digunakan dalam pemberian
sakramen; perbuatan meliputi penuangan air dalam Sakramen Pembaptisan, pengurapan
dengan minyak dalam Sakramen Penguatan dan Pengurapan Orang Sakit, penumpangan
tangan dalam Sakramen Tahbisan/Imamat, konsekrasi roti dan anggur dalam Sakramen
Ekaristi, pertobatan dalam Sakramen Pengakuan Dosa dan kesepakatan perkawinan dalam
Sakramen Perkawinan bagi pasangan yang memilih untuk menikah.

a. Sakramen Pembaptisan

Gambar 2.6.2: Gambar ini menunjukkan upacara pembaptisan.

Sakramen Pembaptisan adalah sakramen pertama yang kita terima. Umat beriman
wajib menerima Pembaptisan sebelum menerima sakramen-sakramen yang lain.
Pembaptisan mengampuni dosa asal, semua dosa peribadi, serta mengalirkan rahmat
pengudusan ke dalam jiwa. Pembaptisan menganugerahkan jasa-jasa wafat Yesus Kristus
di salib ke dalam jiwa kita, serta membersihkan kita dari dosa. Pembaptisan menjadikan kita
anak-anak Tuhan, saudara-saudara Kristus, dan kanisah Roh Kudus. Pembaptisan hanya
diterimakan satu kali untuk selamanya namun meninggalkan meterai rohani yang tidak
dapat dihapuskan.
b. Sakramen Penguatan

Gambar 2.6.3: Gambar ini menunjukkan upacara penguatan.

Sakramen Penguatan menjadikan kita dewasa secara rohani dan menjadikan kita
saksi-saksi Kristus. Penguatan hanya diterimakan satu kali untuk selamanya namun
meninggalkan meterai rohani yang tidak dapat dihapuskan.

c. Sakramen Ekaristi

Gambar 2.6.4: Gambar ini menunjukkan semasa menerima Komuni Kudus.

Sakramen Ekaristi disebut juga Sakramen Maha Kudus atau Komuni Kudus. Ekaristi
bukanlah sekedar lambang belaka, tetapi adalah sungguh Tubuh, Darah, Jiwa dan
Keallahan Yesus Kristus. Dalam mukjizat Perayaan Ekaristi, imam mengkonsekrasikan roti
dan anggur menjadi Tubuh dan Darah Kristus dengan kata-kata penetapan yang diambil
dari Bible: Inilah tubuh-Ku, yang diserahkan bagi kamu; perbuatlah ini menjadi peringatan
akan Aku! Demikian jugaIah mengambil cawan, sesudah makan, lalu berkata: Cawan ini
adalah perjanjian baru yang dimeteraikan oleh darah-Ku; perbuatlah ini, setiap kali kamu
meminumnya, menjadi peringatan akan Aku! (1Kor 11:23-25). Kristus mengatakan: Akulah
roti hidup yang telah turun dari sorga. Jikalau seorang makan dari roti ini, ia akan hidup
selama-lamanya, dan roti yang Kuberikan itu ialah daging-Ku, yang akan Kuberikan untuk
hidup dunia. (Yoh 6:48-52).
Jika kita melakukan dosa berat, kita harus mengakukan dosa kita terlebih dahulu
sebelum menerima Komuni Kudus, jika tidak, Komuni Kudus bukannya mendatangkan
rahmat bagi jiwa, malahan akan mengakibatkan dosa. Untuk menerima Komuni, kita harus
bangkit berdiri menuju altar dengan tanganmu terkatup di dada sambil berdoa. Ketika tiba di
hadapan imam, ia akan mengatakan: Tubuh Kristus. Kita menunjukkan imanmu dengan
menjawab, Amin, kemudian mengulurkan tanganmu, telapak tangan kiri di atas telapak
tangan kanan, menerima Komuni Kudus di tanganmu dan segera memasukkan Komuni
Kudus ke dalam mulut (cara umum). Apabila kanak-kanak mencapai umur biasanya sekitar
umur sembilan, gereja memberi jemputan kepada mereka untuk merayakan sakramen
Ekaristi. Permulaan ke dalam masyarakat Kristian yang berlaku pada pembaptisan
diperluaskan lagi dengan menjemput anak-anak untuk masuk sepenuhnya ke dalam hati
iman Kristian melalui penyertaan dalam Ekaristi.

d. Sakramen Tobat

Gambar 2.6.5: Gambar ini menunjukan penganut-penganut Kristian sedang menjalani


upacara pengakuan.

Sakramen Tobat disebut juga Pengakuan atau Rekonsiliasi (Yoh 20:21-23, Amsal
28:13). Kristus memberikan kuasa kepada para Rasul untuk mengampuni dosa atas nama-
Nya, dan para Rasul meneruskan kuasa tersebut kepada penerus-penerus mereka, iaitu
para Uskup dan Imam. Sakramen Tobat mengampuni dosa-dosa yang dilakukan setelah
Baptis. Ketika mengaku dosa, umat beriman harus mengakui semua dosa-dosa berat yang
disadarinya, menurut jenisnya (misalnya perzinahan atau pencurian) serta jumlahnya
(misalnya satu kali, beberapa kali, atau sering kali). Setelah mengakui segala dosa-dosa,
kami haruslah mendengar nasihat-nasihat yang diberikan oleh imam, mengucapkan doa
tobat, menerima absolusi (pengampunan Kristus) dari imam, meninggalkan kamar
pengakuan, serta melakukan penitensimu. Imam diwajibkan supaya berdiam diri secara
absolut untuk tidak mengungkapkan apa pun yang telah dia dengar dalam pengakuan.
Rahasia pengakuan ini dinamakan `meterai sakramental. Seorang imam lebih suka
dipenjarakan atau mati daripada mengungkapkan dosa-dosa yang diakukan umat
kepadanya. (Luk 15, Yeh 33).

e. Sakramen Pengurapan Orang Sakit

Gambar 2.6.6: Gambar ini menunjukkan paderi sedang menjalani upacara pengurapan
orang sakit.

Bantuan Tuhan melalui kekuatan Roh-Nya hendak membawa orang sakit menuju
kesembuhan jiwa, tetapi juga menuju kesembuhan badan, kalau itu sesuai dengan
kehendak Tuhan. Dan jika ia telah berbuat dosa, maka dosanya itu akan diampuni (Mrk
6:13, Yak 5:14-15).

f. Sakramen Tahbisan

Gambar 2.6.7: Gambar ini menunjukkan paderi-paderi sedang menjalani upacara tahbisan
dengan menerima berkat daripada Bishop.

Tahbisan memungkinkan para Rasul Kristus dan penerus-penerus mereka untuk


menerimakan sakramen-sakramen. Ada tiga jenis Sakramen Tahbisan: diakon, imam, dan
bishop. Hanya para imam dan bishop yang boleh menerimakan Sakramen Pengakuan serta
mempersembahkan Kurban Misa. Para imam adalah bapa rohani Gereja. Mereka
mempersembahkan hidup mereka bagi Gereja dengan mewartakan Injil dan
menganugerahkan pengampunan Tuhan melalui sakramen-sakramen (1Kor 4:14-15, 1Tes
2:8-12). Para imam hidup seturut teladan dan ajaran Yesus Kristus (imam yang selibat),
untuk mengurbankan kehidupan berkeluarga demi Kerajaan Allah (Mat 19:12, Luk 18:29-30,
1Kor 7).

g. Sakramen Perkawinan

Gambar 2.6.8: Gambar ini menunjukkan sepasang suami isteri sedang menjalani upacara
perkahwinan.

Sakramen ini dengan kuasa Allah mengikat seorang lelaki dan seorang wanita
dalam suatu kehidupan bersama dengan tujuan kesatuan (kasih) dan kesuburan (lahirnya
keturunan). Selepas pasangan menjalani sakramen perkahwinan mereka tidak boleh
bercerai ataupun mempunyai pasangan yang lain.

2.7 Institusi Agama dan Pusat Ibadat

Gambar 2.6.9: Gambar ini menunjukkan gereja.

Gereja ialah rumah ibadat bagi penganut Kristian, Institusi gereja merupakan institusi
agama yang terpenting dalam agama Kristian. Selalunya penganut-penganut Kristian akan
berkumpul di gereja pada hari Ahad setiap minggu untuk melaksanakan upacara
keagamaan. Upacara keagamaan digereja diketuai oleh paderi.

Loceng yang dibunyikan di gereja menandakan upacara keagamaan akan dimulakan.


Gereja diketuai oleh ketua agama iaitu dikenali sebagai paderi. Setiap gereja mengamalkan
ritual yang agak berbeza mengikut fahaman Kristian masing-masing. Di Malaysia, pengikut
Kristian menganut kedua-dua fahaman besar dalam Kristian iaitu Roman Katholik dan
Protestan.

Sebahagian besar gereja-gereja di Malaysia bernaung di bawah Majlis Gereja-gereja


Malaysia (The Council of Churches of Malaysia). Majlis ini disertai oleh kebanyakan mazhab
(denominations) Kristian di Malaysia dan menjadi lambing kepada penyatuan pelbagai
organisasi dan gereja Kristian.

2.8 Salib

Gambar 2.8.1: Gambar ini menunjukkan Yesus Kristus di atas salib

Salib merupakan ikon suci bagi penganut Kristian. Salib adalah tanda palang yang
menjadi symbol bagi agama Kristian. Simbol ini biasa dilihat di bumbung atau dinding gereja.
Ia juga sering dipakai sebagai rantai leher oleh penganutnya yang dipercayai oleh
sebahagian penganutnya boleh melindungi pemakainya dari bahaya.

3.0 Amalan agama dalam rutin harian individu

3.1 Berdoa pada setiap hari

Sebagai seorang penganut katholik, doa merupakan cara yang paling berkesan
untuk lebih mendekati dengan Yesus Kristus. Semasa berdoa saya akan berasa tenang dan
segala tekanan dalam minda saya akan dihilangkan kerana berdoa merupakan salah satu
cara untuk bercakap dengan Yesus Kristus tentang perkara-perkara yang dialami pada hari
tersebut. Jadi, saya akan berdoa pada masa tertentu seperti:-
i. selepas bangun pagi

ii. sebelum makan

iii. sebelum tidur

iv. semasa menghadapi masalah dan dugaan

v. menemui perkara yang gembira.

Di samping itu, saya juga mempunyai cara tersendiri untuk berdoa pada setiap hari.
Misalnya selepas bangun daripada tidur saya akan berterima kasih kepada Yesus Kristus
kerana telah menjaga saya sepanjang malam dan seterusnya saya akan menawarkan
segala kerja, kegembiraan dan penderitaan hari tersebut kepada Yesus Kristus. Sebelum
saya menjamu selera saya juga akan berdoa kepada Yesus Kristus bahawa berkatilah kami
dan juga hidangan yang akan diterima tersebut dari limpah kurniaan-Mu. Seterusnya
sebelum saya tidur saya juga akan berdoa kepada Yesus Kristus dengan ingat kembali
tentang tingkah laku yang dilakukan oleh saya sepanjang hari tersebut dan meminta ampun
daripada Yesus Kristus. Tambahan pula, saya juga akan berterima kasih kepada Yesus
Kristus kerana telah memberkati saya segalanya tidak kira baik ataupun malang kerana
segalanya adalah dirancang oleh Yesus Kristus.

Saya juga akan membaca doa Bapa kami yang telah digubah oleh Tuhan kita
Yesus Kristus sendiri sebanyak tiga kali pada waktu malam. Semasa di Gunung Khutbah di
mana Yesus pertama kali muncul dalam Injil (Mat 6: 9-13) berkata: "Apabila doa tidak perlu
memilih banyak perkataan" (Matius 6: 7). Dengan itu, saya mengikuti arahan Yesus dengan
berdoa dengan ringkas tetapi menggunakan hati yang terikhlas. Salah satu doktor daripada
gereja, St Thomas Aquinas, dalam buku beliau yang terkenal, Summa Theologica berkata,
"dalam Doa Bapa kami bukan sahaja kita meminta apa yang kita inginkan, tetapi juga
mengingati pesanan Yesus Kristus yang di dalamnya semasa melaksanakan sesuatu untuk
mencapai keinginan diri sendiri, supaya doa ini bukan sahaja mengajar kita untuk bertanya,
tetapi juga mengarahkan semua perasaan kita dengan mengingati pesanan daripada Yesus
Kristus.

Tambahan pula, doa Hail Mary juga akan saya bacakan sebanyak tiga kali pada
waktu malam selepas bercakap dan doa Bapa Kami bagi meminta Mary untuk memberi
syafaat kepada Yesus Kristus atas segala permintaan dan aktiviti pada hari yang
seterusnya. Doa ini merupakan doa yang indah dan telah membantu memberikan ramai
orang rahmat, kekuatan, dan perlindungan rohani mereka serta digunakan oleh orang ramai
selama beratus-ratus tahun. Berdoa Hail Mary atau menunjukkan kebaktian kita kepada
beliau tidak bermakna kita meletakkan Mary di hadapan Yesus Kristus. Apabila kita berdoa
kepada Mary kami juga berdoa melalui Mary, meminta Mary untuk memberi syafa'at kepada
Yesus Kristus atas sikap dan perbuatan kami. St. Paul berkata, Yesus Kristus adalah
"pengantara Tuhan dengan manusia" (1 Tim 2: 5). Namun, kita boleh dan harus rujuk
kepada Mary dalam doa kita kerana Mary telah memberikan segala rahmat yang datang
daripada Tuhan kepada kita.

Berdoa merupakan satu keistimewaan kerana Tuhan adalah jauh lebih tinggi
daripada kita, suci dan hanya boleh difahami melalui kata-Nya kepada kita. Doa merupakan
satu jemputan daripada Tuhan bagi kami lebih mengenali-Nya. Doa adalah cara kami untuk
berhubung dengan Tuhan. Sama seperti rakan-rakan dan ahli keluarga meluangkan masa
untuk bercakap dan bertegur sapa dengan satu sama lain bagi mengeratkan hubungan
mereka, jadi doalah yang memainkan peranan dalam memperdalam hubungan kita dengan
Tuhan. Setiap hari berdoa akan membantu saya dalam menyedari kehadiran Yesus Kristus
dalam kehidupan harian saya. Doa merupakan satu tradisi dalam Roma Katholik. Akhir kata,
doa merupakan satu cara yang mudah dan sangat berkesan untuk merapatkan diri kepada
Tuhan.

2.2 Membaca Bible

Bible merupakan satu catatan yang amat penting sebagai panduan kepada penganut
Katholik dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kata-kata yang terdapat dalam Bible
membawa makna dan ajaran yang dapat membawa penganut Katholik menuju ke arah yang
betul dan cerah. Apabila menemui masalah yang tidak dapat diselesaikan, saya akan
membaca kitab dan memilih salah satu ayat yang amat menarik perhatian saya. Kemudian,
saya akan menenangkan diri dan mengosongkan minda saya serta mengulangkan ayat
tersebut dalam minda saya sehingga saya memahami apa yang ingin disampai oleh Yesus
Kristus dalam ayat tersebut. Sering kali saya dapat mencari jalan penyelesaian daripada
ayat yang telah saya baca dalam Bible.

Tambahan pula, membaca Bible dapat membantu saya menjauhi daripada membuat
segala kegiatan yang berdosa. Kata-kata dalam Bible merupakan satu cahaya yang
memimpin saya menuju ke jalan yang betul. Selain itu, membaca Bible juga membantu saya
menghindari diri dari segala godaan. Apabila saya berasa kecewa dan sedih, kata-kata
dalam Bible dapat menenangkan hati saya. Akhirnya dengan membaca Bible saya
memahami serta melaksanakan cara hidup saya sebagai seorang penganut Kristian dengan
mengamalkan segala tingkah laku dan cara kehidupan berdasarkan ajaran Yesus Kristus.
4.0 Amalan agama dalam aktiviti keluarga

4.1 Berdoa sebelum makan

Pada hari minggu saya akan makan malam bersama dengan ahli keluarga kerana
pada hari minggu sahaja saya berpeluang menjamu selera bersama dengan semua ahli
keluarga saya. Sebelum kami mulakan makan malam, kami akan melukis salib dengan
menggunakan jari tangan kanan menitik di dahi, kemudiannya di tengah dada dan disertai
dengan bahu kiri dan bahu kanan bagi mewakili Tritunggal. Seterusnya bapa saya akan
mengetuai ahli keluarga berdoa dengan mengucap terima kasih atas kurniaan Yesus Kristus
terhadap makanan yang akan kami jamu sebentar lagi dan juga berkati-Nya yang diberi
kepada seluruh ahli keluarga saya agar kami dapat berkumpul semula dengan sihat dan
sejahtera. Doa ini diakhiri dengan sebutan Amin yang bermaksud saya percayai kepada
Tuhan dan Yesus Kristus serta mengulangi pergerakan tangan untuk melukis salib.

4.2 Mengunjungi ke gereja pada setiap Ahad

Pada setiap minggu, kami akan mengunjugi ke gereja yang berhampiran dengan
rumah saya iaitu Gereja St. Mary of Guadalupe. Setiap hari Ahad, gereja di seluruh dunia
akan mempunyai Mass iaitu upacara keagamaan untuk menyembah dan menerima kasih
atas kurniaan Tuhan dan juga untuk menyatukan dir sendiri dengan Tuhan melalui
sakramen Ekaristi. Semasa dalam Mass kami akan mendengar khutbah daripada paderi,
menyanyi mazmur, membaca Bible, membaca doa dan bermeditasi. Proses upacara
keagamaan Roman Katholik di seluruh dunia adalah sama.

Paderi berperanan untuk membantu kami lebih mendekati Yesus Kristus dengan
membawa kami dalam doa supaya kami dapat bertindak dalam Kristus, menerangkan Bible,
dan pentahbisan roti atau dikenali sebgagai Ekaristi dan wain supaya mereka menjadi tubuh
dan darah Yesus Kristus.

Mass adalah satu upacara untuk meraihkan dan berterima kasih atas pengorbanan
Yesus Kristus. Ia melibatkan penyertaan aktif bagi semua penganut Kristian yang datang
bersama-sama di gereja. Kami tidak pergi ke Mass hanya menerima sesuatu secara pasif
atau untuk menonton persembahan; kami pergi ke Mass sebagai penganut Kristian yang
memeluk rahmat Kristus yang mencurahkan darah-Nya di atas salib untuk kita.

Saya dan ahli keluarga mempunyai peranan yang berbeza di Mass. Bapa saya
merupakan menteri Ekaristi. Dia membantu mengedarkan Ekaristi kepada penganut Kristian
untuk membantu paderi bagi melancarkan aliran Mass. Sebagai seorang menteri Ekaristi
perlulah menghadiri ke kursus-kursus tertentu dan peranan ini tidak boleh dijawat dengan
sesuka hatinya kerana jawatan ini mesti melalui perlantikan paderi.

Selain itu, peranan saya ialah lectors iaitu pembaca Firman Tuhan. Pembacaan
Firman Tuhan ini dibahagikan kepada tiga bacaan iaitu pembacaan pertama adalah
daripada Kitab Perjanjian Lama, pembacaan kedua adalah daripada Kitab Perjanjian Baru
dan pembacaan ketiga adalah ayat-ayat yang dikata oleh Yesus Kristus sendiri. Pembacaan
ketiga adalah dibaca oleh paderi kepada penganut Kristian. Saya bertanggungjawab untuk
membacakan Firman Tuhan pada pembacaan pertama atau pembacaan kedua di atas
pentas kepada semua penganut Kristian yang menghadiri ke gereja. Seorang lectors
mestilah membaca Firman Tuhan dengan jelas dan terang supaya dapat didengar dan
difahami oleh semua penganut Kristian di gereja. Oleh itu, kerja persiapan haruslah dibuat
dengan secukupnya dan sebelum Mass dimulakan saya harus membaca sekali Firman
Tuhan kepada nun untuk memastikan kelancaran dan cara sebutan saya jelas dan terang.

Tambahan pula, abang saya berperanan sebagai ahli koir untuk memimpin penganut
Kristian dalam menyanyi mazmur yang telah disediakan terlebih dahulu. Pada setiap hari
jumaat dan sabtu, abang saya diwajib menghadiri ke gereja untuk melatih mazmur yang
akan dinyanyikan semasa Mass dijalankan pada hari Ahad. Nyanyian mazmur adalah untuk
memuji pengorbanan dan restu Yesus Kristus. Setiap kali selepas menghadiri Mass, saya
dan keluarga akan berasa lebih semangat untuk menjalani hidup kami sebagai seorang
penganut Kristian dan membawa ajaran Yesus Kristus dalam menyelesaikan segala
masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

4.3 Menyertai Persatuan St. Vincent de Paul

Persatuan St. Vincent de Paul merupakan satu persatuan untuk membantu orang
yang miskin. Persatuan St. Vincent de Paul dibangunkan pada tahun 1833 di Paris, France
oleh Frederic Ozanam, seorang hakim di French. Pada setiap minggu saya dan ahli
keluarga akan menghadiri ke mesyuarat persatuan St. Vincent de Paul untuk
membincangkan cara membantu orang miskin yang telah didaftar dalam persatuan kami
serta mendaftarkan orang-orang miskin yang baru dijumpai oleh ahli persatuan St. Vincent
de Paul. Dengan pendaftaran ini, kami dapat memahami status keluarga tersebut dan
keinginan mereka supaya kami boleh memberi bantuan yang sesuai. Bantuan kami tidak
terhad kepada keluarga Kristian sahaja tetapi kami membantu sesiapa sahaja yang memerlu
bantuan.

Kami telah menyediakan satu tempat bagi penganut Kristian menderma wang,
makanan dan pakaian mereka dan setiap minggu selepas menyertai Mass keluarga saya
dan ahli-ahli persatuan St. Vincent de Paul akan mengemas makanan dan pakaian yang
didapati. Seterusnya kami juga akan menggunakan wang yang diderma oleh penganut
Kristian untuk membeli barang-barang keperluan harian berdasarkan kehendak keluarga
miskin tersebut. Pada setiap awal bulan, keluarga kami akan bertanggungjawab menghantar
barang-barang keperluan, makanan dan juga pakaian kepada keluarga miskin yang bawah
tanggungjawab kita. Kami juga akan bertegur sapa dengan mereka supaya mengetahui
masalah yang dihadapi serta kejayaan yang dicapai oleh ahli keluarga mereka. Dengan ini,
kami dapat membuat keputusan sama ada hentikan bantuan kami terhadap keluarga
tersebut jika mereka mempunyai kemampuan untuk bersara diri.

Bantuan persatuan St. Vincent de Paul adalah membantu mereka supaya dapat
bersara diri bagi meneruskan kehidupan mereka dan bukannya mendapat bantuan daripada
persatuan kami sepanjang hayat hidupnya. Dengan cara ini, persatuan St. Vincent de Paul
barulah dapat membantu lebih ramai keluarga. Semasa menjalani aktiviti persatuan St.
Vincent de Paul ibu bapa saya sentiasa mengingati saya dan abang supaya membantu
mereka dengan rela seperti Yesus Kristus yang membantu kami menghapus dosa kami
dengan mengorbankan kehidupan diri sendiri-Nya (John 18:11).