Anda di halaman 1dari 15

1.

0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pertumbuhan ekonomi yang berlaku dalam kedua-dua negeri tersebut adalah berbeza
berikutan perbezaan sumber alam dan kedudukan yang strategik. Oleh itu, pertumbuhan kadar
upah dalam kedua-kedua negeri mengalami perbezaan disebabkan faktor-faktor tertentu
seperti faktor pekerjaan, faktor sektor ekonomi, dasar kerajaan negeri dan sebagainya.

Secara umumnya, upah merujuk kepada wang yang diberikan kepada masyarakat
setelah melakukan sesuatu pekerjaan. Bayaran upah ialah sebagai pembalas jasa atau ganjaran
untuk individu yang mengeluarkan seluruh sumbangan tenaga sama ada secara fizikal atau
mental dalam proses pengeluaran. (Kamus Dewan Bahasa dan Kepustakaan Edisi
Keempat).

Selain itu, upah adalah balas jasa yang dibayarkan kepada pekerja harian
berdasarkan atas perjanjian yang disepakati untuk dibayar kepada para pekerja. Pendapat yang
sama juga mengenai definisi upah ialah pengganti atas jasa yang telah diserahkan oleh
penerima kerja (pekerja ) kepada pemberi pekerja (perusaha). (Malayu S.P. Hasibuan 2009,
halaman 133, 20 Jun 2017).

Upah juga bererti sebagai hak pekerja atau buruh yang diterima dan dinyatakan
dalam bentuk wang sebagai ganjaran kepada pekerja dalam membantu dalam meningkatkan
hasil pengeluaran firma mengikut suatu perjanjian pekerjaan, kesepakatan atau peraturan
termasuk hal tingkat upah kepada para pekerja. ( Menurut Undang-Undang Tenaga
Kerja,No.13 2003, Bab 1, Pasal 1, 20 Jun 2017 ).

Upah boleh dibahagikan kepada empat iaitu upah wang, upah bukan wang, upah
minimum dan upah benar. Upah wang merujuk kepada jumalah wang yang diterima oleh
buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Sebagi contohnya,
gaji yang diberikan kepada buruh ialah RM1500. Upah bukan wang pula bermaksud upah
yang diterima oleh buruh bukan dalam bentuk wang seperti rawatan kesihatan dalam
pemberian faedah sampingan. Upah minimum merupakan bayaran upah terendah harian atau
bulanan kepada pekerja daripada majikannya serta upah benar ialah kemampuan uapah wang
untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan. ( Buku Rujukan Ekonomi STPM Malaysia
3)

Upah akan berlaku dalam dua keadaan iaitu sama ada kenaikan tingkat upah atau
penurunan tingkat upah. Upah mampu menentukan kedudukan tenaga kerja masyarakat.

1
Tinggi rendahnya upah yang diterima oleh para pekerja menjadi penentu kepada tinggi
rendahnya kesejahteraan dan taraf hidup para pekerja. Sekiranya upah pekerja semakin
bertambah maka kuasa beli dan taraf hidup pekerja akan meningkat. Berlaku perubahan upah
dan tingkat harga yang turun akan mencerminkan kenaikan kemakmuran masyarakat. Dengan
berlakunya perkembangan ekonomi penduduk maka ekonomi negara juga akan melonjak
dengan tinggi dengan prestasi ekonomi yang baik.

Reformasi tingkat upah yang dilaksanakan pada tahun 1990-an pada asasnya
dijadikan sebagai suatu garis panduan penentuan kenaikan tingkat upah yang diikat dengan
pertumbuhan produktiviti buruh dan kadar inflasi. Matlamat asas reformasi adalah untuk
memastikan supaya kenaikan tingkat upah lebih menggambarkan pertambahan produktiviti
buruh. (Economic Report 1996/97, hlm.197)

Pada 1 Julai 2016, Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) telah dikuatkuasakan
ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja. Perintah tersebut melibatkan semua
pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmat domestik ( pembantu rumah ) sebagaimana yang
terkandung dalam PGM 2012. Dasar Upah atau Gaji Minimum ini telah berlaku perubahan
atas perkembangan ekonomi yang pesat dan mampu meningkatkan pendapatan rakyat.
Melalui PGM 2016, kadar gaji atau upah minimum ini telah ditetapkan mengikut wilayah
iaitu RM1000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan
atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. Pekerja yang dibayar upah berdasarkan
kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen , kadar upah bulanan mestilah tidak
melebihi PGM yang telah dikuatkuasakan mengikut wilayah tersebut. (www.mohr.gov.my.
Mei 2016, 20 Jun 2017)

Kesimpulannya, jelaslah bahawa tingkat upah di Malaysia mampu menjadi


penyumbang dalam berlakunya peningkatan atau penurunan ekonomi sesebuah negara.
Sekiranya pendapatan pekerja melonjak dengan tinggi maka ia dapat membantu
meningkatkan ekonomi negara dalam mencapai maklamat negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020.

2
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Secara umumnya, pengkaji mendapati terdapat perbezaan tingkat upah yang


dibayar kepada para pekerja atau buruh dalam kedua-dua negeri tersebut dengan
berdasarkan pelbagai aspek sama ada sektor pekerjaan, taraf pendidikan dan sebagainya
dari tahun 2011 hingga 2015. Perbezaan kadar pertumbuhan upah bagi kedua-dua negeri
ini juga disebabkan kedudukan strategik dalam negeri-negeri tersebut. Oleh itu, pengkaji
ingin menyelidik dengan lebih mendalam mengenai kadar pertumbuhan upah di kedua-
kedua negeri serta mengkaji perbandingan kadar upah bagi negeri Kedah dan Johor.
Justeru, pengkaji dapat mengetahui kadar upah di kedua-dua negeri serta dapat
memastikan kemajuan ekonomi negeri-negeri tersebut melalui perbezaan kadar
pertumbuhan upah. Ini jelas dapat dilihat oleh pengkaji dengan kemajuan sosioekonomi
penduduk di negeri-negeri tersebut dengan berlakunya kuasa beli yang tinggi daripada isi
rumah hasil pendapatan yang diterima dalam bentuk upah setelah melakukan sesuatu
pekerjaan. Jelaslah bahawa dengan kajian ini, pengkaji dapat mengenal pasti negeri yang
mengalami kadar pertumbuhan upah yang tinggi.

Kepentingan kajian ini ialah untuk menambahkan maklumat tentang tingkat


upah antara negeri Johor dan negeri Kedah, seterusnya membantu Kementerian Kewangan
Malaysia dalam menyelaras perbelanjaan negara dalam menguruskan pembayaran upah
atau gaji dengan mendapatkan data yang lebih jelas. Selain itu, kajian ini juga sangat
penting kepada Jabatan Perangkaan Malaysia untuk melengkapkan butir-butir penyata
akaun negara.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah seperti berikut :

3.1 Membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011
hingga

tahun 2015

3.2 Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun

2011 hingga tahun 2015

4
4.0 KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah pengkaji gunakan di dalam kajian ini seperti:

4.1 KAEDAH SEKUNDER

Melalui kaedah ini pelbagai cara digunakan untuk mencari maklumat-maklumat melalui
buku-buku ekonomi, majalah-majalan ekonomi, artikel-artikel yang berkenaan ekonomi,
kamus ekonomi untuk mencari maksud berkenaan tajuk pengkaji dan tidak terlupa juga
melalui laman sesawang untuk mengakses mencari maklumat-maklumat yang berkenaan tajuk
yang pengkaji kaji.

4.2 KAEDAH MENGANALISIS DATA

Kaedah menganalisis data digunakan dengan mengambil data-data yang penting daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah menggunakan formula yang telah ditetapkan seperti:

1. Kadar pertumbuhan = ( Tahun semasa tahun sebelum) 100%

Tahun sebelum

Contoh : Kadar pertumbuhan Upah di negeri Perak, 2012 = (1200- 1150) 100%
1150
= 4.35%
2. Kadar Upah = Upah 100%
Jumlah Upah di Malaysia
Contoh : Kadar Upah di Kedah , 2012 = 1068 100%
1320
= 80.9%
Formula ini digunakan untuk menganalisis data dan menghasilkan data selanjutnya bagi
memudahkan pengkaji menjalankan kajian.

4.3 BAHAN GRAFIK


Pengkaji menggunakan graf garis untuk menunjukkan kadar pertumbuhan upah di Malaysia
dan menggunakan graf bar untuk membandingkan kadar upah di di negeri Johor dan Kedah.

5
Penggunaan bahan grafik ini dapat memudahkan kita memahami aliran yang dinyatakan
supaya gambaran dapat dilihat dengn lebih jelas dan tepat.

5.0 HASIL KAJIAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada usmber rujukan internet iaitu laman web portal rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia ( www.dosm.gov.my) . Data yang dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan
nilai yang lebih statistik iaitu nilai peratusan. Data telah dialihkan dalam bentuk rajah supaya
lebih jelas dan mudah di fahami. Pengkaji membandingkan arah aliran upah antara negeri
Kedah dan Johor dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Selain itu, pengkaji membandingkan
kadar pertumbuhan upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011 hingga tahun 2015.

5.1 Membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor dari tahun 2011
hingga tahun 2015

Jadual 5.1.1 : Perbandingan Kadar Upah di Kedah dan Johor dari tahun 2011 hingga
tahun 2015

Tahun Upah di Kedah Kadar Upah Upah di Johor Kadar Upah


(RM) (%) (RM) (%)
2011 1496 82.70 1856 102.60

2012 1486 77.96 1944 101.99

2013 1691 83.59 2017 99.70

2014 1889 86.14 2384 108.71

2015 1933 83.61 2410 104.24

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Penyiasatan Gaji


dan Upah tahun 2011 hingga 2015 daripada Laman Web Portal Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia)

6
Rajah 1 : Perbandingan Kadar Upah antara Negeri Johor dengan Kedah dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

Perbandingan Kadar Upah dari Tahun 2011 hingga 2015

Kedah Johor
120

108.71
102.6 101.99 104.24
99.7
100

86.14
82.7 83.59 83.61
80 77.96

60

40

20

0
2011 2012 2013 2014 2015

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Penyiasatan Gaji


dan Upah tahun 2011 hingga 2015 daripada Laman Web Portal Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia)

7
Rajah 1 menunjukkan bahawa arah aliran kadar upah antara negeri Kedah dan Johor dari
tahun 2011 hingga 2015. Berdasarkan arah aliran kadar upah pada rajah 1 didapati bahawa
pada tahun 2011, didapati negeri Johor merekodkan kadar upah yang paling tinggi pada kadar
102.6% manakala kadar upah di Kedah pada tahun tersebut ialah 82.70%. Kadar upah di
negeri Johor lebih tinggi berbanding di Kedah kerana Johor menduduki tempat pertama dalam
pelaburan sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan dengan jumlah pelaburan tertinggi iaitu
RM83 bilion dan RM 208 bilion. Kemajuan yang pesat dalam sektor tersebut menyebabkan
kerajaan negeri tersebut berupaya dalam membuka pelbagai peluang pekerjaan disamping
meningkatkan upah dalam kalangan pekerja. Oleh itu, upah yang diterima oleh pekerja di
negeri Johor lebih tinggi sehingga melepasi purata upah di Malaysia. (Sumber: Berita
Harian Online, www.bharian.com.my/ 12 Julai 2017)

Manakala pada tahun 2012, arah aliran kadar upah di negeri Kedah dan Johor telah
menurun sebanyak 77.96% dan 101.99%. Kadar upah di kedua-dua negeri menurun dengan
kadar yang minimum. Namun, kadar upah di negeri Johor masih lebih tinggi berbanding
negeri Kedah. Upah di Johor mencapai peningkatan akibat pelaburan sektor swasta dan awam
yang memainkan peranan penting dalam meransang keupayaan produktif ekonomi,
meningkatkan kecekapan dan saling hubungan serta mencapai pertumbuhan ekonomi yang
tinggi di negeri Johor. Pelaburan asing (FDI) yang tinggi di negeri Johor mampu memajukan
sektor perindustrian, pembuatan dan sebagainya dalam membuka peluang pekerjaan yang luas
kepada rakyat di negeri Johor. Peluang pekerjaan yang luas seiring dengan kemajuan ekonomi
di negeri tersebut mampu memberikan upah yang tinggi kepada para pekerja. Upah yang
tinggi di negeri Johor mampu membantu kebajikan masyarakat. (Sumber: Laporan
Perkembangan Ekonomi Tahun 2016/ 12 Julai 2017)

Seterusnya, berdasarkan rajah tersebut pada tahun 2013 arah aliran kadar upah di
negeri Kedah adalah lebih rendah berbanding di negeri Johor iaitu berkadar 83.59% dan
99.70%. Pada tahun 2013, kadar upah di negeri Kedah telah meningkat manakala di Johor
mengalami penurunan berbanding tahun 2012. Upah di negeri Kedah telah meningkat
disebabkan dasar kerajaan negeri dalam melaksanakan perubahan dalam sektor ekonomi.
Perkembangan dalam sektor pelancongan dengan kemasukan pelancong yang tinggi terutama
di Langkawi mampu menyediakan bayaran upah yang tinggi dengan kewangan yang teratur
8
dan konsisten di negeri Kedah. Walaupun upah di Johor telah menurun pada tahun 2013
akibat purata upah di Malaysia yang lebih tinggi menyebabkan kadar upah di Johor
mengalami penurunan. (Sumber: www.treasury.gov.my / 12 Julai 2017)

Pada tahun 2014, kadar upah di Johor mengalami peningkatan semula dan negeri Kedah
juga mengalami peningkatan walaupun dengan kadar yang agak tinggi. Namun, upah di Johor
masih kedudukan yang lebih tinggi daripada negeri Kedah. Hal ini demikian kerana jumlah
guna tenaga di negeri Johor lebih tinggi berbanding di negeri Kedah. Jumlah guna tenaga
yang lebih banyak menyebabkan perkembangan sektor ekonomi terutama dalam sektor tertier
yang banyak memberikan sumbangan dalam pertumbuhan ekonomi. Guna tenaga yang
diberikan tahap kemahiran yang tinggi mampu menyediakan prospek kerja yang baik demi
kemajuan ekonomi. Pencapaian ekonomi yang tinggi telah mempengaruhi kadar upah di
negeri tersebut iaitu apabila ekonomi mencapai tahap yang baik maka upah akan meningkat
dengan dasar kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk (Sumber Rencana:
www.utusan.com.my 3 Sep / 12 Julai 2017)

Pada tahun 2015, arah aliran kadar upah di negeri Johor dan Kedah mengalami
penurunan berbanding tahun 2014. Namun, pertumbuhan upah di Johor berkadar 104.24%
lebih tinggi berbanding negeri Kedah iaitu 83.61% . Hal ini demikian kerana taraf hidup
penduduk di Johor meningkat kesan daripada pendapatan yang tinggi. Kedudukan Johor yang
bersempadan dengan Singapura yang maju dari segi ekonomi menyebabkan sedikit sebanyak
pertumbuhan di negeri Johor meningkat akibat kerjasama dalam memajukan ekonomi.
Kerjasama dalam ekonomi menyebabkan penduduk Johor dapat bekerja di Singapura untuk
meningkat kemahiran dan teknologi dalam memajukan sektor ekonomi. Kemahiran yang
tinggi menyebabkan upah yang diterima oleh pekerja di Johor lebih tinggi. Upah yang tinggi
mampu meningkatkan taraf hidup dan kuasa beli pekerja di Johor ( Sumber:
www.treasury.gov.my/ 12 Julai 2017)

Kesimpulannya, arah aliran upah di negeri Johor lebih tinggi berbanding di Kedah.
Namun, pada setiap tahun berlaku perubahan kadar upah di kedua-dua negeri disebabkan
faktor-faktor tertentu. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif dalam menstabilkan
pertumbuhan upah di setiap negeri agar kemajuan ekonomi negara tercapai dengan taraf hidup
penduduk yang tinggi.

9
5.2 Membandingkan kadar pertumbuhan upah antara negeri Kedah dan Johor dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

Jadual 5.2.1 : Perbandingan Kadar Pertumbuhan Upah antara negeri Kedah dan
Johor dari tahun 2011 hingga tahun 2015

Tahun Kadar Pertumbuhan Upah


Upah (RM) (%)
Kedah Johor Kedah Johor

2010 1407 1669


2011 1496 1856 6.33 11.20
2012 1486 1944 -0.67 4.74
2013 1691 2017 13.80 3.76
2014 1889 2384 11.71 18.20
2015 1933 2410 2.33 1.09

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Penyiasatan Gaji


dan Upah tahun 2011 hingga 2015 daripada Laman Web Portal Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia)

Rajah 2 : Perbandingan Kadar Pertumbuhan Upah antara Negeri Kedah dengan Johor
dari Tahun 2011 hingga Tahun 2015

10
Perbandingan Kadar Pertumbuhan Upah dari Tahun 2011 hingga Tahun 2015
20

15

10

0
2011 2012 2013 2014 2015

-5
Kedah Johor

( Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Penyiasatan Gaji


dan Upah tahun 2011 hingga 2015 daripada Laman Web Portal Rasmi
Jabatan Perangkaan Malaysia)

Berdasarkan jadual 2, kadar pertumbuhan upah yang paling tinggi bagi negeri Kedah
ialah 13.80% pada tahun 2013 manakala di Johor berkadar 18.20% pada tahun 2014. Hal yang

11
mendorong kadar pertumbuhan upah yang tinggi ialah kemajuan ekonomi negeri tersebut dari
segi perkembangan sektor ekonomi yang memberikan peratusan sumbangan yang tinggi
dalam meningkatkan jumlah upah bagi para pekerja yang menyumbangkan segala fizikal dan
mental dalam mengembangkan prestasi setiap sektor ekonomi. (Sumber:Jabatan
Perangkaan Malaysia)

Berdasarkan graf pada rajah 2, pengkaji mendapati kadar pertumbuhan upah di negeri
Johor lebih tinggi berbanding negeri Kedah pada tahun 2011 iaitu 11.20% bagi negeri Johor
dan 6.33% bagi negeri Kedah. Perbezaan kadar pertumbuhan bagi kedua-dua negeri pada
tahun ini amatlah ketara dengan perbezaan sebanyak 4.87%. Perbezaan ini disebabkan tahap
kemahiran yang tinggi dalam meningkatkan produktiviti pekerja. Dengan memberikan tahap
kemahiran yang baik, aksebsibiliti kepada latihan kendalian PSMB juga adalah lebih mudah
dijalankan dengan pendaftaran syarikat dengan badan ini juga lebih banyak. Pengalaman
pekerja di Johor dalam syarikat kini telah menyumbang kepada signifikan kepada upah
mereka. Hal ini menunjukkan bahawa pekerja yang menerima latihan yang maksimum maka
produktiviti mereka dalam melakukan kerja juga bertambah seiring dengan peningkatan
bayarn upah dalam jumlah pendapatan yng diterima oleh mereka. ( Sumber: Jurnal
Ekonomi Malaysia 45(2011)41-51 / 18 Julai 2017)

Pada tahun 2012, kadar pertumbuhan upah di negeri Johor telah berjaya menandingi
kadar pertumbuhan upah di negeri Kedah walaupun berlaku penurunan kadar pertumbuhan
upah di Johor berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 4.74% berbanding di negeri
Kedah dengan berkadar negatif iaitu -0.67%. Faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan
upah di Johor menandingi negeri Kedah adalah disebabkan oleh sektor ICT, tahap pendidikan
dan pekerjaan pengurus. Di Johor semua kategori pekerjaan adalah penting dalam melebarkan
perbezaan upah antara pekerja perkhidmatan di bandar ini. Kepesatan sektor ICT dalam
bidang perkhidmatan memberikan impak yang jelas bagi pertumbuhan upah. Dengan
kemajuan bandar Iskandariah ini, pembangunan ekonomi negeri Johor telah meningkat dalam
setiap bidang terutama dalam bidang perkhidmatan yang memberikan peratus tertinggi dalam
pertumbuhan upah pekerja dalam membantu perkembangan ekonomi. Pertumbuhan upah
akan meningkat seiring dengan taraf hidup pekerja yang menerima pendapatan yang mampu
menanggung kos sara hidup pada masa kini. ( Sumber : www.treasury.gov.my/ 18 Julai
2017)

Seterusnya, pengkaji juga telah mendapati bahawa kadar pertumbuhan upah di negeri
Johor telah mengalami penurunan berbanding di negeri Kedah. Kadar pertumbuhan di negeri
12
Johor telah menurun dengan kadar yang amat tinggi pada tahun 2013 berbanding dengan
Kedah yang mencapai kadar pertumbuhan upah yang amat tinggi iaitu 3.76% di Johor dan
13.80% di Kedah. Keadaan yang berlaku terhadap negeri Johor mungkin disebabkan kesan
daripada perbezaan produktiviti iaitu lebih rendah dan perbezaan diskriminasi negatif yang
menunjukkan pekerja di bandar ini menerima diskaun upah dan terkurang bayar disebabkan
diskriminasi. Perbezaan diskriminasi yang bernilai negatif ini telah menggambarkan bahawa
pekerja di Johor mendapat diskaun upah. Gabungan perbezaan produktiviti dan perbezaan
diskriminasi ini yang menyebabkan peratus upah di bandar dengan keseluruhan bandar
mengalami perbezaan. Perbezaan upah yang ketara menyebabkan berlakunya perubahan
kadar pertumbuhan upah di setiap negeri. (Sumber: Tesis Rahmah Ismail, Universiti
Kebangsaan Malaysia. 2011, 18 Julai 2017)

Pada tahun 2014, negeri Johor telah mencatat kadar pertumbuhan upah yang tertinggi
dan lebih tinggi berbanding di Kedah. Kadar pertumbuhan upah di Johor adalah berkadar
18.20% manakala di Kedah berkadar 11.71%. Dengan ini jelas bahawa kadar pertumbuhan
upah di Johor telah mengalami perubahan peningkatan yang amat tinggi berbanding pada
tahun 2015 dengan kadar perubahan sebanyak 14.44%. Pertumbuhan upah di Johor telah
meningkat disebabkan momentum daripada sektor perkhidmatan yang telah kukuh pada tahun
2014. Ia juga dipacukan dengan penggunaan domestik dan aktiviti perdagangan serta aktiviti
pelaburan yang mampan. Pertumbuhan dalam sektor tertier ini telah mempengaruhi dan
menggalakkan kepesatan subsektor kewangan dan insurans serta pengangkutan dan
perhubungan. Aktiviti pelaburan yang melonjak tinggi dengan kerjasama yang erat dengan
negara-negara jiran menyebabkan pertumbuhan ekonomi di Johor telah mencapai kemajuan
yang konsisten dengan sumbangan dalam sektor perkhidmatan. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa Johor telah men jadi penerima tertinggi dalam pelaburan dengan pelaburan terkumpul
di Iskandar Malaysia termasuk perkhidmatan dengan mencecah RM208 bilion dengan 51%
suadah direalisasikan. Sehubungan dengan itu, Johor telah mencatatkan lebihan dalam
pengurusan kewangan secara konsisten sehingga berlakunya kemajuan dalam negeri Johor
dengan kedudukan pencapaian yang telah diperolehi. Pertumbuhan ekonomi ini telah
menambahbaikan jumlah perolehan yang diterima oleh rakyat dalam negeri ini dengan
peningkatan 42.3%. Hal ini sehingga menyebabkan negeri Johor menjadi pilihan dalam sektor
perkhidmatan terutamanya dalam industri kreatif dan multimedia menerusi pembinaan
Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Oleh iti, peningkatan dalam sektor perkhidmatan telah

13
mendorong peningkatan kadar pertumbuhan upah di negeri Johor. (Sumber:
www.utusan.com.my/berita/wilayah/ekonomi -Johor/ 18 Julai 2017)

Namun, pada tahun 2015 kadar pertumbuhan upah bagi kedua-dua negeri telah
mengalami pertumbuhan yang yang hanya sedikit. Namun, kadar pertumbuhan upah di Kedah
adalah lebih tinggi berbanding di Johor iaitu 2.33% di Kedah manakala di Johor adalah
sebanyak 1.09%. Kadar pertumbuhan upah di Kedah meningkat akibat kerjasama negeri
Kedah dalam mengembangkan pertubuhan FELCRA yang dapat meningkat prestasi ekonomi.
Kerjasama ini telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dengan pelbagai tawaran
pekerjaan. Oleh itu, peluang pekerjaan yang luas ini telah meyebabkan para pekerja dapat
memperolehi pendapatan dalam menceburi bidang pertanian ini. Pendapatan yang diterima
dalam bentuk upah ini telah mendorong kepesetan kadar pertumbuhan upah di negeri tersebut
sehingga menyebabkan kadar kemiskinan di negeri Kedah telah menurun dengan mencatat
2.23% yang merupakan kadar yang agak minimum. Kadar kemiskinan yang semakin menurun
dipengaruhi oleh peningkatan kadar upah kepada pekerja. (Sumber: www.bernama.com / 18
Julai 2017)

Akhir sekali, pengkaji telah membuat perbandingan kadar pertumbuhan upah antara
negeri Kedah dengan Johor dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Berdasarkan analisis data ini,
kadar pertumbuhan bagi kedua-dua negeri adalah tidak konsisten kerana bagi setiap negeri
kadar pertumbuhan upah mengalami dua keadaan sama ada peningkatan atau penurunan
sehingga mencapai nilai pertumbuhan negatif. Namun demikian, kadar pertumbuhan negeri
Johor telah mengalami kadar pertumbuhan yang amat tinggi pada tahun 2014 manakala di
negeri Kedah juga pada tahun 2014 iaitu 11.71%. Kadar pertumbuhan upah yang berbeza ini
telah menunjukkan bahawa prestasi ekonomi di negeri Johor lebih baik berbanding di negeri
Kedah. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor tertentu sama ada dari segi politik,ekonomi dan
lain-lain dalam menunjukkan pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negeri berdasarkan
perubahan yang dilakukan dalam sektor ekonomi di negeri tersebut.

14
6.0 CADANGAN

Objektif 1 : Membandingkan arah aliran upah antara negeri Kedah dan Johor dari
tahun 2011 hingga tahun 2015

15

Anda mungkin juga menyukai