Anda di halaman 1dari 1

1.

0 LOKASI KAWASAN KAJIAN

Berdasarkan Wikipedia Bandar Bagan Serai merujuk kepada dua perkataan iaitu
bagan bererti jeti dan serai merupakan tanaman herba yang mengikut sejarahnya
banyak ditanam di kawasan ini. Bagan Serai terletak dalam daerah Kerian. Bagan Serai
adalah sebuah pecan yang terletak di utara Negeri Perak. Lokasinya terletak di selatan
negeri Pulau Pinang dan di utara Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor
Pongsu di Timur. Kedudukannya adalah pada latitud 5.016666 Utara dan longitud
100.53333 Timur. Ia terletak pada ketinggian 133 meter dari aras laut. Keluasan Bagan
Serai iaitu 143.58 km2.

Bagan Serai merupakan kawasan yang memiliki tanah pamah, landai dan dikelilingi
dengan kawasan pertanian. Hal ini kerana Bagan Serai terletak Jelapang Padi Kerian. Tapak
bina Bagan Serai terletak di tebing sebatang sungai iaitu Sg.Kurau yang memisahkan
beberapa kawasan di Bagan Serai.. Jenis-jenis tanih ini sangat sesuai untuk tanaman seperti
sawah padi, kelapa sawit dan sebagainya. Contohnya, terdapat kampung-kampung yang
menjalankan penanaman sawah padi seperti di Kg.Sg.Dungun, Kg. Parit jawa, Kg.Parit
Hussein dan sebagainya serta terdapat ladang kelapa sawit seperti Ladang Song Lee,
Ladang Jin Seng dan lain-lain.

Selain itu, dari segi ciri-ciri landskap budaya yang terdapat di bandar Bagan Serai
iaitu ciri kegiatan ekonomi, ciri petempatan dan ciri pengangkutan. Dalam aspek kegiatam
ekonomi di kawasan kajian, majoritinya merupakan sektor primer yang menjalankan
kegiatan pertanian seperti padi, kelapa sawit dan perikanan. Dalam konteks petempatan
pula, petempatan moden bercampur dengan petempatan desa serta terdapat kawasan taman-
taman perumahan yang tersusun di kawasan Mukim Bagan Serai. Ciri jaringan
pengangkutan di kawasan Bandar Bagan Serai terdapat perhubungan jalan darat oleh jalan
raya persekutuan untuk kegunaan penduduk untuk bergerak ke kawasan lain seperti Parit
Buntar,Taiping dan sebagainya.Bandar Bagan Serai juga dihubungi ke Butterworth, Ipoh
dan Taiping melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS).

Anda mungkin juga menyukai