Anda di halaman 1dari 4

GMGM 3063

Soalan : Teori Personaliti Holland secara asasnya menerangkan hubungan karektoristik

individu dan kesesuaian bidang pekerjaan yang boleh dipilih. Bincangkan EMPAT kegunaan

teori tersebut kepada bahagian pengrekrutan bagi mana-mana organisasi.

Teori Personaliti Holland dikenali sebagai personaliti yang memfokuskan kepada

tipologi. Ia juga merupakan teori yang menjelaskan tingkah laku vokasional serta beberapa

idea praktikal dicadangkan bagi menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta

memperoleh kepuasan bekerja. Selain itu teori ini juga menekankan perkembangan jenis

personaliti, perubahan personaliti, kebolehan personal, tingkah laku kerjaya, tingkah laku

pendidikan dan tingkah laku sosial. Pemilihan perkerjaan berdasarkan perlakuan yang

mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti dan kebolehan seseorang. Oleh itu dapat

dilihat kecenderungan kepada sesuatu pekerjaan melalui beberapa keterangan iaitu motivasi

dan pengetahuan individu tentang pekerjaan yang dipersoalka, wawasan dan kefahaman

tentang diri dan kemampuannya. Teori ini mengkategorikan individu kepada salah satu

daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A). Sosial (S),

Enterprising (E), dan Conventional (C). Interaksi di antara pelbagai desakan kebudayaan dan

personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan

persekitaran fizikal akan menghasilkan beberapa jenis personaliti. Individu akan mencari

persekitaran-persekitaran di mana akan memberikan mereka peluang untuk melaksanakan

kemahiran-kemahiran dan kemampuan, nilai-nilai dan sikap serta bertanggungjawab dalam

menyelesaikan masalah dalam bersekitaran. Oleh itu tingkah laku individu

dipertanggungjawab oleh interaksi personaliti dengan persekitaran. Ciri-ciri personaliti yang

dinyatakan oleh Holland amat berguna terhadap pengamal sumber manusia khususnya dalam

proses pemilihan dan penempatan pekerja serta pembangunan kerjaya pekerja.

Pengrekrutan bagi mana-mana organisasi adalah proses mendapatkan, menempatkan

dan mengalakkan bakal pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpotensi

218650 Norhayati Binti Samsudin Page 1


GMGM 3063

untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada atau jawatan yang bakal diwujudkan

dalam organisasi. Dapat di lihat kebanyakkan organisasi hanya memerlukan tenaga kerja

yang berkemahiran tinggi, serta berkebolehan dalam melaksanakan tugas. Pihak organisasi

akan mengrekrutan menggunakan Sistem Perancangan Kerjaya Tadbir (SPKTS), iaitu sistem

merancang yang berasaskan model persekitaran manusia Holland, di mana memerlukan satu

set inventori minat kerjaya, kaedah mentafsir skor dan tafsiran skor dalam kod tiga huruf

yang dapat menjelaskan pola personaliti daripada enam personaliti yang berkaitan dengan

minat kerjaya melalui Holland (1973); maklumat pekerjaan yang telah disusun bagi

kesesuaian dengan pola personaliti. Teori ini dapat memproses pengrekrutan dalam proses

membuat pemilihan kerjaya untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan yang

ditawarkan. Pemilihan sesuatu pekerjaan adalah tingkah laku yang dilahirkan,

membayangkan motivasi, pengetahuan dan kebolehan serta lain-lain ciri personaliti. Teori ini

bersifat kognitif dengan penggunaannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya

melalui maklumat yang tepat tentang diri seseorang individu di perolehi. Pertama teori

pemilihan pegawai kadet angkatan tentera iaitu realistik di mana ujian prikomotor adalah

ujian yang mengukur kepantasan (masa reaksi), kekuatan, perseimbangan, koordinasi,

ketahanan fizikal dan kebolehan bersukan.

Pemilihan kerjaya yang baik perlu melalui perkara ini iaitu kefahaman yang jelas

tentang diri dan pengetahuan tentang pekerjaan. Oleh itu keperluan individu akan dipenuhi

dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil. Kedua teori pemilihan pegawai kadet

angkatan tentera iaitu investigatif melalui ujian kognitif iaitu ujian mengukur tahap ingatan

(menyimpan maklumat) dan pemikiran kecerdasan, kebolehan teknikal, kebolehan

mengannalisi masalah dan membuat keputusan serta pengetahuan am dan perkhidmatan. Dr

John Holland telah menyatakan melalui proses Self Directed Search (SDS) di mana

merupakan alatan yang digunakan untuk mentafsir diri seseorang dan dapat membantu

218650 Norhayati Binti Samsudin Page 2


GMGM 3063

memberi cadangan peluang pekerjaan yang sesuai dengan diri mereka. Soalan SDS yang

dikemukakan berdasarkan minat, kecekapan, keyakinan, aktiviti serta cita-cita mereka. Proses

SDS ini adalah bagi membantu pelajar dan golongan dewasa mencari pekerjaan,

pembelajaran dan pengurusan kerjaya. Daripada teori tersebut mana-mana pengrekrutan

organisasi dapat memenuhi kekosongan jawatan dengan kadar segera dan memilih calon yang

benar berkelayakan. Proses pemilihan kerjaya untuk memadankan individu dengan sesuatu

pekerjaan. Oleh itu, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan

akan terhasil. Penyesuaian kerja secara terus menerus menyuarakan bahawa pertukaran kerja

akan berlaku apabila dilakukan secara tidak memuasakan atau keperluan-keperluan individu

tidak dipenuhi. Contohnya seseorang yang berpersonaliti sosial akan berasa puas dalam

persekitaran kerja yang bersifat sosial. Tingkah laku seseorang dapat diperhatikan melalui

interaksi antara personalitinya dengan persekitaran kerja tersebut. Kita dapat meramalkan

tentang kerjaya seseorang, seperti pemilihan dan prestasi kerja dengan mengetahui tentang

pola personaliti dan persekitaran kerja dan prinsipnya.

Ketiga teori pemilihan pegawai kadet angkatan tentera Enterprising iaitu ujian

behavioural adalah ujian mengukur dan memerhatikan tingkah laku kepimpinan, motivasi,

kehendak, nilai, minat dan perangai. Dapat di lihat teori ini juga mampu meningkatkan kualiti

dan produktiviti kerja di bahagian pengrekrutan itu khasnya dan seluruh organisasi. Oleh itu,

semakin hampir keserasian antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam

sesuatu pekerjaan, dengan itu semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam

bidang yang diceburi. Setiap individu mempunyai pandangan sendiri berhubung dengan

dunia pekerjaaan, di mana akan mempengaruhi pemilihannya terhadap sesuatu jenis

pekerjaan. Selalunya pandangan ini adalah berhubung dengan nilai positif dan negatif

terhadap sesuatu bidang pekerjaaan. Keempat teori pemilihan pegawai kadet angkatan tentera

iaitu konvensional dengan ujian kognitif seperti ujian mekanikal, matematik dan ujian

218650 Norhayati Binti Samsudin Page 3


GMGM 3063

pengetahuan am untuk calon jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Terdapat

pandangan daripada ahli-ahli perkembangan kerjaya bahawa minat kerjaya, nilai pekerjaaa,

nilai keperluan dan ciri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan penglibatan,

penumpuan dan pengkalan seseorang itu dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan

bermatlamatkan kendiri. Permasalahan akan timbul sekiranya seseorang pekerja akan jemu

dan kecewa di mana akan mengganggu prestasi kerja individu apabila ia merasakan pekerjaan

yang dilakukannya tidak bersesuaian dengan minat dan personaliti. Oleh itu, bahagian

pengrekrutan haruslah mengaplikasikan teori Holland untuk meningkatkan kualiti dan

produktiviti, disamping membantu dalam memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Kesimpulannya, Teori Holland dapat digunakan dengan baik jika kita mengetahui

konsepnya yang bersesuaian dengan bidang kerjaya yang diceburi dan para pengkaji

tempatan telah menyokong saranan teori ini. Hasil kajian jelas membuktikan bahawa teori ini

boleh dan sesuai digunakan di luar Amerika Syarikat iaitu tempat asal teori ini dihasilkan.

Teori ini banyak membantu dari aspek pengrekrutan dalam sesebuah organisasi. Teori ini

menunjukkan wujudnya keselarasan yang signifikan antara personaliti dengan persekitaran

latihan. Selain itu juga wujudnya hubungan yang singnifikan antara keselarasan kerjaya

dengan pencapaian akademik, kepuasan, penyesuaian dan stabiliti kerja. Produktiviti pekerja

dapat diukur dari segi bilangan produk yang dikeluarkan atau bilangan pelanggan yang diberi

perkhidmatan dalam jangka masa yang ditentukan. Tidak kira organisasi sektor awam atau

pun swasta teori ini mampu membantu dalam meningkatkan perkhidmatan atau keluaran

produk industri, produktiviti dan kualiti serta meningkatkan daya saing dan maju di antara

organisasi yang terlibat.

218650 Norhayati Binti Samsudin Page 4

Anda mungkin juga menyukai