OBJEKTIF BAB
2.1 PENGENALAN
Oleh itu dalam bab ini kita akan cuba membincangkan beberapa teori
berkenaan pemilihan dan pembangunan kerjaya agar kita dapat
memahami masalah-masalah berkaitan kerjaya dan seterusnya mencari
jalan penyelesaian agar dapat membuat keputusan yang lebih tepat.
Sebenarnya terdapat banyak teori berkenaan pemilihan dan
pembangunan kerjaya yang diutarakan oleh ahli-ahli teori dari pelbagai
bidang. Antaranya adalah teori berasaskan trait dan faktor (trait and factor
theories), teoriteori berasaskan pembangunan (developmental theories), teori-
teori yang berkaitan dengan pembelajaran (learning theories) dan Teori
Sosioekonomi.
11
Teori berasaskan trait dan faktor (trait and factor theories) menekankan
bahawa individu perlu membangunkan sifat-sifat yang mencakupi minat,
nilai, personaliti, dan bakat atau kecenderungan mereka. Di samping itu,
pelopor teori ini juga mencadangkan agar individu memilih persekitaran
yang sesuai dan sepadan (congruence) dengan mereka. Contoh teori
berasaskan trait dan faktor (trait and factor theories) ialah Teori Pemilihan
Vokasional (Vocational Choice Theory) oleh Holland yang dibincangkan
dengan lebih mendalam dalam bab personaliti dan kerjaya. Teori
berasaskan pembangunan pula mengandaikan bahawa perkembangan
faktor-faktor personal dan psikologikal akan mempengaruhi pemilihan
dan pembangunan kerjaya. Contoh teori yang dikategorikan dalam teori
berasaskan pembangunan ialah Teori Jangka Hayat (Life Span Theory) oleh
Super.
Selain daripada itu, bab ini juga akan membincangkan satu model yang
dikategorikan sebagai pernyataan teoritikal yang agak terkini, iaitu Model
Pemprosesan Maklumat Kerjaya (Career Information Processing Model - CIP).
Oleh kerana terdapat pelbagai teori yang diklasifikasikan kepada pelbagai
kategori mengikut pendekatan dan faktor-faktor yang berbeza, maka
terdapat ahli-ahli teori yang mengkelaskan teori-teori tersebut kepada dua
jenis, iaitu Teori-teori Struktur (Structured Theories) dan Teori-teori Proses
(Process Theories) (Patton dan McMahon, 1999).
13
(iii) Pengalaman-pengalaman Yang Dilalui/Dipelajari
(Learning Ebxperiences); dan
(iv) Kemahiran-kemahiran Tugas (Task Approah Skills).
14
3. Faktor Pengalaman-Pengalaman yang Dilalui/Dipelajari
(Learning Ebxperiences)
15
behavior) hasil daripada pandangan individu terhadap dirinya (self-
observation generalizations) dan task approach skills. Contohnya permohonan
pekerjaan dan minat mempelajari sesuatu kemahiran adalah tindakan
yang terhasil daripada dua akibat tersebut.
16
kemudiannya terdapat pembolehubah baru yang ditambah kepada
elemen sosioekonomi tersebut iaitu kebolehan mental. Hotchkiss dan
Borow (1996) menerangkan bahawa status keluarga dan variable kognitif
iaitu kebolehan mental seseorang akan bergabung melalui proses-poses
psikologikal sosial yang akan mempengaruhi pencapaian dalam
pendidikan. Pencapaian dalam pendidikan ini pula akan memberi kesan
kepada pencapaian dalam pekerjaan dan pendapatan yang diterima
(Isaacson dan Brown, 2000). Ini bererti individu yang status
sosioekonominya adalah tinggi mungkin berpeluang untuk mendapat
tahap pendidikan yang lebih tinggi namun terdapat faktor lain yang boleh
menghalang pencapaiannya dalam pendidikan iaitu kebolehan mental
atau kebijaksanaan. Begitulah sebaliknya dengan individu yang taraf
sosioekonominya adalah rendah. Walaupun seseorang yang berasal dari
status sosioekonomi rendah dikatakan kurang berpeluang melanjutkan
pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, tetapi faktor kebijaksanaan dan
kebolehan mentalnya mungkin boleh mengubah keadaan ini. Misalnya
dengan memohon biasiswa atau tajaan pendidikan.
17
menggunakan peralatan dan teknologi terkini serta berupaya
mengembangkan kedudukan mereka dalam pasaran. Oleh itu, individu
yang bekerja dalam firma jenis ini dikatakan mempunyai peluang yang
lebih baik untuk merancang dan membangunkan kerjaya mereka.
Berbeza dengan firma teras, firma yang tergolong dalam kategori
peripheral dianggap kurang penting dan tidak dapat menyediakan
komitmen jangka panjang kepada pekerja-pekerjanya. Ini bererti peluang
untuk mereka membangunkan kerjaya adalah kurang kerana peranan
yang dimainkan oleh firma jenis ini dalam pasaran adalah kurang penting
dan tidak mempengaruhi buruh secara signifikan (Isaacson dan Brown,
2000).
19
(viii) Kematangan kerjaya adalah sesuatu yang hipotetikal
(hypothetical). Definisi operasionalnya sukar untuk
dijelaskan sepertimana menjelaskan kebijaksanaan tetapi
sejarahnya lebih ringkas dan mudah.
(ix) Perkembangan melalui tahap-tahap kerjaya (life stages)
boleh dibimbing dengan cara mematangkan kebolehan
dan minat serta pembangunan konsep kendiri.
(x) Proses pembangunan kerjaya pada dasarnya adalah
membangunkan dan melaksanakan konsep kendiri
pekerjaan (occupational self-concept). Ia adalah satu proses
sintesis dan berkompromi di mana konsep kendiri ini
adalah hasil interaksi bakat-bakat yang diwarisi,
pembentukan fizikal, peluang dan pembelajaran
interaktif.
(xi) Proses sintesis dan berkompromi di antara individu
dengan faktor-faktor sosial, antara konsep kendiri dan
realiti adalah satu peranan (role-play) dan belajar dari
maklumbalas (learning from feedback) tanpa mengambilkira
bentuk peranan tersebut.
(xii) Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada
sejauh mana individu dapat mempraktikkan bakat,
kebolehan, keperluan, nilai, minat, ciri-ciri personaliti dan
konsep kendirinya dalam kerja yang dilakukan. Faktor-
faktor ini bergantung kepada jenis kerja, situasi kerja dan
cara hidup di mana seseorang itu dapat memainkan
peranannya.
(xiii) Tahap kepuasan yang dicapai oleh individu daripada kerja
yang dilakukan adalah berkadaran (proportional) dengan
tahap sejauh mana individu tersebut dapat
memgimplementasikan konsep kendirinya.
(xiv) Kerja dan pekerjaan memberikan fokus kepada
personaliti organisasi walaupun untuk sesetengah individu
fokus ini mungkin berkait ataupun tidak wujud. Tradisi
sosial seperti perbezaan peranan dari segi jantina, bias
etnik dan perbezaan individu merupakan penentu-
penentu penting yang mempengaruhi peranan individu
seperti sebagai pekerja, pelajar, rakyat dan sebagainya.
Dengan kata lain individu merupakan jelmaan atau
cerminan kerja yang dilakukannya atau peranan yang
dimainkannya.
(Patton dan McMahon, 2000)
20
SOALAN DALAM TEKS 2.5
Rajah 2.1
Model CIP
Thinking About My
Decision Making
Meta-cognitions
22
maklumbalas kepada isyarat ini individu akan cuba menentukan aspek di
mana masalah itu wujud. Peringkat ini dikenali sebagai analisis (Analysis -
A).
Rajah 2.2 menunjukkan hubungan yang lebih jelas yang berlaku dalam
Domain Kemahiran Membuat Keputusan (Decision Making Skills Domain).
Tahap tertinggi dalam piramid yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2 yang
juga dikenali sebagai Executive Processing Domain melibatkan pemikiran
tentang keputusan yang dibuat (Thinking About My Decision Making)
termasuklah perolehan, penyimpanan, pengeluaran dan pemprosesan
maklumat-maklumat yang relevan dengan masalah kerjaya yang dihadapi.
Peringkat metacognitions ini melibatkan dialog dengan diri sendiri (self-talk),
kesedaran terhadap diri sendiri (self-awareness) serta pemantauan dan
pengawalan (Patton dan McMahon, 1999).
Rajah 2.2
CASVE Cycle of Information Processing Skills
Communication (Identifying a
Gap)
Execution (Forming
Means-ends Analysis (Interrelating
Strategies) Problem Components)
23
SOALAN DALAM TEKS 2.6
2.6 KESIMPULAN
24
4. Berikan 4 daripada 14 saranan yang diterangkan oleh Super
dalam Teori Life-Span beliau.
5. Bincangkan bagaimana Model CIP membantu individu membuat
pilihan dan keputusan tentang kerjaya mereka.
SDT 2.1
SDT 2.2
SDT 2.3
25
SDT 2.4
SDT 2.5
2. 14 saranan
SDT 2.6
3. C - Communication
A - Analysis
S - Synthesis
V - Valuing
E - Execution
26