Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI

PERTAMA 2015
SEKOLAHKEBANGSAANSERIPASIR
MINITMESYUARATPANITIABAHASAMELAYUBIL1TAHUN2015

Tarikh: 30.12.2014
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Bilik Guru
Pengerusi: En Mat Som Bin Sadono

Kehadiran:
1. En Mat Som Sadono
2. En Jamal Adenan
3. En Burhan Md Yusof
4. En Zulkeflee Rahmat
5. Pn Azizah Bt Osman
6. Pn Maryati Salim
7. En Ahmad Salleh Suraimi
8. Tn. Hj Mohd Saim Buang
9. Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10. Pn Hjh Fazidah Buwang

Turut Hadir : En Zakariah Bin Bahari (PK 1)

BIL PERKARA
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu kerana dapat
meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit menyuarat yang lalu dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Azizah Osman dan pengesahan
disokong oleh En Ahmad Salleh Bin Suraimi.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1: Pn Hjh Fazidah telah mengemukakan pendapat tentang sama ada Kelas Malam perlu
diteruskan atau tidak, bahawa pada pendapat beliau seperti sekolah-sekoah lain ia boleh
dijalankan pada waktu siang seperti selepas sesi pembelajaran harian. Menurut pengerusi
,menjalankan kelas tambahan malam sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. En Zulkeflee
menyatakan akan berbincang kemudian dengan Guru Besar,Penolong Kanan 1 dan semua ketua
panitia bagi menentukan jadual. Justeru keputusan perkara tersebut akan dibuat kemudian.

Tindakan: AJK Panitia


3.2. Pengerusi bertanyakan sama ada penyedia soalan bagi Ujian Dalaman ditentukan kemudian
atau dalam mesyuarat kali ini. PnHjh Fazidah mencadangkan ia ditentukan dalam mesyuarat ini.
Cadangan tersebut disokong oleh sebulat suara. Akhirnya telah disetujui penyedia soalan adalah
seperti berikut:
Ujian 1 Ujian 2
Th 1 Pn Azizah Osman Pn Hjh Fazidah Buwang
Th 2 Pn Siti Hawa Ahmad En Ahmad Salleh
Th 3 En Burhan Md Yussof En Jamal Adenan
Th 4 En Zakariah Bahari En. Burhan Md Yussof
Th 5 Tn Hj. Mohd Saim Buang En Zulkeflee Rahmat
Th 6 En Mat Som Sadono En Mat Som Sadono

Tindakan: Seperti Nama di atas

4. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1-HEAD COUNT DAN PROGRAM KECEMERLANGAN 2015

4.1.1Pengerusi menyatakan keputusan 4.1.- UPSR 2014 adalah antara keputusan yang terbaik
pernah dicatatkan,dimana Pemahaman mencapai kelulusan 98.33% dengan GPS 1.70 dan
Penulisan pula 95% dengan GPS 1.48. Ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar
calon-calon tersebut sejak Tahun 1 hingga Tahun 6.

4.1.2- Bagi tahun 2015 TOV ialah Pemahaman ialah 94.9%, manakala Penulisan 84.8%. Encik
Zakariah Bahari mencadangkan sasaran UPSR 2015 bagi kedua-dua kertas peperiksaan adalah
Pemahaman 100%, dan Penulisan juga 100%. Cadangan ini disokong oleh En Zulkeflee dan sebulat
suara.

4.1.3-Pengerusi menjelaskan program-program kecemerlangan bagi tahun 2015 ialah:


a. Program 3P
b. Program Menyalin Karangan
c. Zoom A- Cikgu Burhan menjelaskan perlu ada 20 pin Zoom A
d. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR diadakan bulan Mei
Sebulat suara bersetuju Pn Norani Paiman sebagai penceramah bengkel
tersebut.
e. Maksimumkan Sudut Panitia Bahasa Melayu di dalam kelas

Tindakan: Semua Guru BM


4.2. SUKATAN PELAJARAN- Pengerusi menjelaskan bahawa guru-guru perlu menyediakan sukatan
pelajaran, Huraian sukatan atau DSKP, atau rancangan tahunan. Bagi tahun 1-5 hendaklah
mengikut sukatan pelajaran KSSR manakala bagi tahun enam masih menggunakan sistem lama.
Contoh Rancangan Pelajaran Harian diedarkan kepada guru khasnya bagi tahun 1-5.

Tindakan: Semua guru BM


4.3. KSSR-Pengerusi menjelaskan KSSR menitikberatkan kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa. Semua kemahiran ini akan dicatatkan
dalam borang ofline mengikut band 1 hingga band 6. Juga,usah fokus kepada kemahiran
menulis,tetapi merangkumi semua kemahiran yang ada dalam sistem KSSR. Oleh itu setiap hari
harus dibuat satu kemahiran dan boleh juga digabungjalinkan. Selain itu dalam KSSR juga perlu
diwujudkan kumpulan dalam kelas supaya aktiviti kumpulan semasa PdP akan menyebabkan
pembelajaran lebih menarik minat pelajar contohnya aktiviti didik hibur.

Tindakan: Semua Guru BM


4.4. ITHINK dan KBAT- Pengerusi berharap Ithink dan KBAT diutamakan dalam PdP yang
dijalankan sebagaimana yang telah dijelaskan dalam LDP dan kursus-kursus anjuran jabatan.
Dalam program Ithink, peta pemikiran dilukis oleh pelajar untuk mencambahkan minda, dan peta
pemikiran ini tidak perlu ditanda,hanya untuk dipantau,bahawa pelajar telah menggunakan carta
tersebut untuk pembelajaran mereka.

Tindakan: Semua Guru BM


4.5. BUKU AKTIVITI- Buku aktiviti bagi Tahap 1,adalah seperti yang diberi oleh pihak kementerian
manakala bagi Tahap 2, buku yang dipilih adalah Sasbadi memandangan ia benar-benar selaras
dengan silibus KSSR dan latihan-latihan yang diberi juga berkualiti.

Tindakan: Semua Guru BM

4.6. SUDUT PANITIA- Pengerusi berharap guru-guru Bahasa Melayu dapat menampal dan
menghias sudut Bahasa Melayu di kelas yang diajar dengan bahan-bahan terbaru. Sementara bagi
papan kenyataan bagi laluan gajah menyusu adalah tanggungjawab ketua panitia.

Tindakan: Semua Guru BM


4.7. KELAS PEMULIHAN
Pn Maryati berharap jika ada terdapat pelajar yang menghadapi masalah membaca dan menulis,
harap dihantar ke kelas pemulihan.

Tindakan: Semua Guru BM


4.8. LINUS
Pn Azizah Osman menyatakan analisis untuk Tahun 1 2014 Literasi Bahasa Melayu Saringan 1
kelulusan 40.90%,dan Saringan 2 80%. Bagi Tahun 2, Saringan 1 85.40%, dan Saringan 2 93.90%.
Bagi Literasi Bahasa Melayu tahun 3, peratus menguasai Saringan 1 sebanyak 94%, dan untuk
Saringan 2 telah mencapai sasaran 100%. Bagi tahun 2015 beliau berharap peratus menguasai
juga mencapai sasaran 100%. Ini bermakna TOV pelajar tahun3 2015 adalah sebanyak 93.90% .
Tindakan: Pn Azizah, dan guru BM 2 Azam, dan 3Azam

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Pengerusi berharap guru-guru yang memerlukan alat-alat bantu mengajar dan buku-buku
dapat memberitahu beliau, agar dapat dibeli dengan kadar yang segera,namun peruntukan
biasanya bermula bulan Mac. Peruntukan untuk Bahasa Melayu adalah lebih kurang RM200
sahaja.
5.2 Pengerusi juga menyatakan Program MBM/MBI juga akan diteruskan sebagaimana yang
diarahkan.
5.3 Pengerusi berkata PLBS adalah untuk Tahun 6 sahaja
Tindakan: Semua Guru BM

6. PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bahari. Beliau bagi pihak pentadbir mengucapkan jutaan
terima kasih dan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu atas kejayaan yang dicapai dalam UPSR
2014. Beliau berharap kejayaan ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi dalam UPSR 2015.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

..................................... ...........................

(PN SITI HAWA BT AHMAD) (EN. MAT SOM BIN SADONO)

Anda mungkin juga menyukai