Anda di halaman 1dari 1

6.

0 KAWASAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya telah memilih Pekan Tanjong Malim sebagai kawasan kajian
saya. Pekan Tanjong Malim merupakan lokasi persinggahan sementara bagi penduduk negeri
Perak dan Selangor. Sungai Bernam yang melalui pekan ini menjadi garisan sempadan yang
memisahkan negeri Perak dengan Selangor. Ia juga berhampiran dengan Banjaran Titiwangsa
yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

Pekan Tanjong Malim terletak di Mukim Ulu Bernam Timur, Daerah Batang Padang
di Perak (Sila rujuk peta 1). Keluasan kawasan ini ialah kira-kira 3 km. Kawasan kajian ini
pula terletak 300 meter dari SMK Methodist dan terdiri daripada berbagai-bagai infrastruktur
seperti kedai, pasar raya, bank, pasar, stesen bas, hotel dan sebagainya (Sila rujuk peta lakar
1).

Pekan Tanjong Malim, nama asalnya ialah Tanjong Jambu telah diterokai oleh
sekumpulan pahlawan Bugis. Dari segi bentuk muka buminya, Pekan Tanjong Malim
merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit-bukau (Banjaran
Titiwangsa) yang beralun. Lokasi Pekan Tanjong Malim adalah di utara Kuala Lumpur sejauh
84 km dan di selatan bandaraya Ipoh sejauh 145 km. Pada hari ini, pekan tersebut juga dikenali
sebagai Bandar Pendidikan kerana wujudnya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang
berjaya melahirkan cendekiawan dan golongan profesional.

Berasaskan kegiatan ekonomi yang sedia ada dan perancangan industri seperti industri
automobil, perladangan dan perkilangan, Pekan Tanjong Malim dijangka bakal menjadi sebuah
bandar yang pesat membangun di selatan Perak. Pendapat ini mula diperkatakan sejak dahulu
lagi dan telah diperkukuh dengan pembangunan kawasan-kawasan perumahan baharu,
kawasan rekreasi dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai