Anda di halaman 1dari 4

Tema sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan tahun ini adalah Guru

Pembina Negara Bangsa. Tema ini membawa makna yang cukup besar sekali gus
menggambarkan betapa signifikan sumbangan dan peranan guru yang tidak pernah
pudar mahupun ditelan dek zaman. Peranan guru dalam pelbagai aspek kehidupan
anak didik terutamanya dari segi ilmu dan akhlak digambarkan secara menyeluruh
melalui tema ini. Tema ini juga memberikan mesej yang cukup jelas mengenai tuntutan
dan harapan masyarakat dan negara terhadap peranan guru yang semakin hari
semakin mencabar.

guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui


penyebaran ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia.

Hakikatnya, tugas guru pada zaman yang semakin canggih ini dilihat
cukup mencabar berbanding guru zaman dahulu. Pelajar sekarang
juga didapati lebih tahu serba serbi dan cepat memberontak dan
bertindak balas mengikut emosi masing-masing.

Syaodih (1998) mengemukakan bahawa guru memegang peranan yang cukup penting dalam
perancangan mahupun pelaksanaan PnP. Ini berarti bahwa sukses tidaknya suatu pembelajaran
mencapai target dan tujuan pendidikan banyak ditentukan oleh kualitas guru sebagai kata kunci.

Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan individu yang paling penting
dalam melakukan perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Pendidik perlu
sentiasa membaharui diri dengan ilmu pengetahuan yang terkini supaya mereka
boleh menjalankan PnP dengan lebih efektif. Dalam konteks ini, pembangunan
profesional guru telah dijadikan sebagai satu komponen teras sebarang perubahan
dalam pendidikan khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu,
guru juga berperanan membantu merealisasi dan mencapai hasrat yang tertera dalam
tema tersebut. hasrat negara dalam membentuk rakyat yang bersatu padu, penuh taat
setia dan dedikasi kepada negara Malaysia dicapai dengan berjaya.

Omar (1993), menyatakan guru merupakan peneraju utama dalam bidang


pendidikan, tanggungjawab mereka bukanlah sekadar menyampaikan ilmu
pengetahuan
kepada para pelajarnya sahaja, tetapi tanggungjawab atau perjuangan mereka yang
lebih
besar adalah untuk menyuburkan akhlak dalam jiwa anak-anak di bawah didikan
mereka.

guru berperanan memastikan pembentukan jati diri anak bangsa yang


bertamadun dan bersahsiah tinggi berlandaskan lima prinsip Rukun Negara serta
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Oleh itu, amat wajarlah Guru Pembina
Negara Bangsa diangkat sekali lagi sebagai Tema Hari Guru 2017 dan ini
merupakan tahun keempat kita menggunakan tema yang sama bermula pada
2009. Pemilihan tema ini bertepatan dengan peranan dan tanggungjawab yang
tergalas di bahu para guru yang beriltizam tinggi memikul amanah sebagai
pembina generasi pewaris kepemimpinan negara.

Apapun kita tetap berharap agar guru itu sendiri memikul


tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan penuh jujur dan
ikhlas. Jagalah nama baik dan imej jawatan ini yang sentiasa
menjadi sanjungan masyarakat. Jangan sesekali bertindak mengikut
emosi. Bersabarlah dengan kerenah anak didik dan teruskan usaha
dan niat murni untuk mendidik anak bangsa.

Sama-samalah kita mendoakan agar golongan guru terus


memainkan peranan demi melahirkan modal insan dan generasi
pelapis yang mempunyai nilai jati diri yang unggul dan boleh menjadi
warga yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa
dan negara secara keseluruhannya. Apapun penulis mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua warga pendidik di atas jasa dan
sumbangan ikhlas selama ini. Selamat Hari Guru, cikgu

mampu menghasilkan generasi muda yang berupaya menangani cabaran masa


kini dan masa depan agar tidak tenggelam dibawa arus kemajuan globalisasi,
ledakan ilmu dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan. Gurulah yang menjadi
pemangkin dan berupaya membuat lonjakan kepada pembaharuan yang lebih
cemerlang seterusnya memberikan impak signifikan untuk keberhasilan murid.

membangunkan murid secara holistik dan berupaya menjulang nama negara di


persada antarabangsa.

Omar (1993), menyatakan guru merupakan peneraju utama dalam bidang


pendidikan, tanggungjawab mereka bukanlah sekadar menyampaikan ilmu
pengetahuan
kepada para pelajarnya sahaja, tetapi tanggungjawab atau perjuangan mereka yang
lebih
besar adalah untuk menyuburkan akhlak dalam jiwa anak-anak di bawah didikan
mereka.
Dalam dimensi yang lain pula, para guru juga memikul tanggungjawab sebagai
pemimpin
tempatan serta golongan yang bersedia untuk menyampaikan sesuatu yang baik
kepada
masyarakat. Mohd. Ishak (1995), menyatakan guru yang larikan diri daripada masalah
tidak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka, sebaliknya ia akan
memperbanyakkan masalah yang ada serta mewujudkan masalah baru.
Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad (1991), ...membentuk sebuah negara yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah
sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan
bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah
Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi
terhadap bangsa tersebut. Ia menunjukkan kepentingan pembinaan Negara Bangsa bagi
sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai