2017
ii
KAVI
2017
3
PENGAKUAN
Saya mengaku laporan akhir penyelidikan ini adalah hasil kajian saya kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
29.01.2017 Tandatangan
KALIYAMMAI KADIR RAMAN
M2009
4
5
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, kajian ini berjaya
diselesaikan. Selawat dan salam buat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai
pembimbing umat.
Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan ditujukan kepada semua pensyarah yang telah
mencurahkan ilmu dan didikan yang tidak ternilai sepanjang pengajian penulis di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tidak dilupakan semua rakan-rakan sepengajian, terima kasih di atas
segala perkongsian ilmu.
Ucapan sekalung budi buat semua warga Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, ibu bapa
penjaga murid tahun 1 (2011) dan semua murid yang terlibat dalam kajian ini di sana. Jasa kalian
hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Buat isteri tersayang dan anak-anak dan semua ahli keluarga, tiada ucapan yang dapat
digambarkan di atas semua bantuan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih atas segalanya.
6
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Pendekatan Projek (PP) ke
atas murid Tahun Satu. Fokus utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti kerangka alternatif
murid melalui topik mata pelajaran Sains yang dipilih semasa melaksanakan PP, membina
konsep sains murid tahun 1 melalui topik yang dipilih, mengukur minat dan motivasi murid
semasa melaksanakan PP dan mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam
menjalankan PP. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kes eksploratori dan pensampelan
bertujuan untuk memilih sebuah kelas Tahun Satu yang terdiri daripada 22 orang murid berbeza
latar belakang dan kebolehan dari sebuah sekolah di Kuala Langat Selangor. Dalam kajian ini,
Pendekatan Projek (PP) dijadikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, di mana murid
melaksanakan projek sains mengikut fasa-fasa yang ditetapkan. Kajian ini menggunakan
instrumen pemerhatian, temu bual dan analisis data dokumen dalam mengumpulkan data-data
kajian. Melalui dua projek, dapatan kajian menunjukkan PP dapat mengenal pasti kerangka
alternatif murid melalui representasi-representasi yang dikumpulkan seperti lakaran dan produk
verbal yang direkodkan. PP juga dapat membina konsep sains murid dengan berkesan melalui
aktiviti-aktiviti penyiasatan, lawatan pakar dan penggunaan sumber sekunder. Analisis yang
dijalankan melalui data pemerhatian penyelidik, ulasan guru dan ibu bapa penjaga yang terlibat
telah menunjukkan minat dan motivasi murid ditingkatkan melalui PP. Isu dan cabaran
sepanjang pelaksanaan projek turut dikenal pasti. Data-data pemerhatian dan temu bual
menunjukkan PP menuntut peruntukkan masa yang lebih besar, pengetahuan guru terhadap
bentuk pengajaran konstruktivisme melalui PP adalah terhad dan kekangan sukatan mata
pelajaran menjadi isu dan cabaran yang utama. Melalui kajian ini, reka bentuk pengajaran perlu
mengambil kira minat dan pengetahuan sedia ada murid. Aktiviti-aktiviti hands on dalam PP
mampu meningkat kebolehan murid mengenal pasti konsep sains dengan lebih kukuh. PP juga
mampu meningkat minat dan motivasi murid dari semua kumpulan kebolehan untuk belajar
dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif.
7
ABSTRACT
The aim of this study is to investigate the effectiveness of Project Approach (PP) implementation
on Year One student. The main focus in this study is to identify student alternative concept from
chosen topic during administrating PP, build student science concept through Year One topic
chosen, measure the student interest and motivation towards PP and identify issue and challenge
faced by the teacher in conducting PP. The researcher employed an exploratory case study
research design and purposeful sampling to select Year One classroom that consisting of 22
people from different background and ability in one school in Kuala Langat Selangor. In this
study, (PP) are used in teaching and learning approach, where the children carried out science
project followed the phases stated. This study use observation, interview and analysed document
data instruments to collect the data. Through two projects, the research found that PP are able to
identify children alternative concept through collected representatives such as sketching and
verbal product which is recorded. PP also are able to build students science concept effectively
through investigation, expert visit and use of secondary sources. Analysis that undertaken
through researcher observation data, teachers comment and parent involved had showed student
motivation and interest increasing through PP. Issue and challenge during project
implementation had identified. Observation data and interview had showed PP demands larger
time period, teacher knowledge on constructivism teaching and learning form through PP is
limited and constraint subject syllabus become a major issue and challenge. Through this study,
constructional design lesson needs take into account student interest and their existing prior
knowledge. 'Hands on' activities in PP able to increase pupil's ability to identify science concept
stronger. PP also able to increase interest and pupil motivation from all group ability to learn in
enjoyable and conducive atmosphere.
8
KANDUNGAN
Muka surat
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN 8
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xx
BAB 1 PENDAHULUAN 13
1.1 Pengenalan 14
BIBLIOGRAFI Error!
Bookmark not defined.
SENARAI JADUAL
4.21 Rumusan Analisis Borang Soal Selidik Ibu Bapa dan Penjaga
DAFTAR SINGKATAN
PP Pendekatan Projek
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A 320
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
LAMPIRAN B 323
Jurnal Perancangan Projek
LAMPIRAN C 368
Borang Kuiz Bergambar Projek Bongkah (Aktiviti Cungkil Idea)
LAMPIRAN D 371
14
LAMPIRAN E 377
Buletin Pendekatan Projek
LAMPIRAN F 382
Borang Soal Selidik Ibu Dan Bapa Responden
LAMPIRAN G 389
Protokol Temu Bual Murid, Ibu Bapa dan Guru
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
15