Anda di halaman 1dari 2

Kimchi jjigae

Bahan-bahan:

1 keping isi ayam dipotong dadu

2 ulas bawang putih dihiris nipis

1/2 biji bawang besar holland dihiris nipis-nipis

1 pek kimchi saya guna 1 pek kecil 150 gm, jika pek kimchi anda besar, boleh
gunakan separuh sahaja

2 sudu besar cili paste Gochujang (Hot Pepper Paste), jika tiada, boleh blendkan cili
boh bersama 2 sudu tauchu

1/2 pek cendawan enoki dibersihkan, buangkan bahagian akar

1 pek tauhu lembut dipotong 6 bahagian

Sedikit cili padi dihiris halus

Sedikit ajinomoto/stok ayam

Daun bawang dihiris halus asingkan bahagian daun dan bahagian putih (hampir
dengan akar)

Sedikit minyak untuk menumis

2 cawan air masak

Cara menyediakan:

1. Tumiskan sedikit minyak dengan bawang putih. Apabila naik bau, tumiskan isi ayam
tadi sehingga sehingga sedikit masak.

2. Tambahkan bawang besar holland, tumis sedikit lagi sehingga naik bau. Kemudian
tambahkan pes chili gochujang. Tumis seketika.

3. Masukkan kimchi bersama kesemua air perapannya. Tuangkan sedikit air untuk
dijadikan sup. Tambahkan juga daun bawang bahagian putih.

4. Masakkan seketika. Sesuaikan rasa dengan stok ayam atau ajinomoto. Jika tidak
cukup masin, boleh tambahkan sedikit garam (kebiasaannya kimchi sudah cukup
masin).

5. Apabila sudah cukup pekat dan masak, akhirnya masukkan tauhu jepun dan cendawan
enoki. Gaulkan berhati-hati. Biarkan dalam 5 minit. Tutupkan api.
6. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dinikmati.

Anda mungkin juga menyukai