Anda di halaman 1dari 11

SAINS FIZIKAL ( 1 )

1 Rajah di bawah menunjukkan beberapa sumber tenaga elektrik.

Rajah

Antara yang berikut, yang manakah diperlukan oleh Puan Asni untuk menghidupkan
enjin keretanya?
A P
B Q
C R
D S
2 Imran Haqiem telah memasukkan 12 ketul potongan buah labu ke dalam 504 ml
santan kelapa untuk dimasak sayur lemak. Kirakan isipadu seketul potongan buah
labu jika isipadu santan kelapa meningkat kepada 576 ml setelah semua ketulan
potongan labu itu dimasukkan.

A 6 cm3
B 8 cm3
C 7 cm3
D 9 cm3
3 Hadi sedang mengayuh basikal menuruni bukit. Brek basikalnya tidak berfungsi.
Apakah pilihan yang terbaik baginya untuk memperlahankan basikal itu ?

A Menghentikan kayuhan
B Memperlahankan kayuhan
C Menggerakkan basikal itu di atas kawasan rumput
D Menggeselkan tapak kasutnya ke permukaan jalan
4 Rajah menunjukkan keadaan aiskrim selepas beberapa minit dikeluarkan dari peti
sejuk.

Rajah
Apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku?

A Haba persekitaran menurun.


B Haba diserap dari persekitaran
C Haba dibebaskan ke persekitaran
D Haba dipantulkan ke persekitaran
5 Jadual menunjukkan keputusan satu penyiasatan

Jarak antara objek dari sumber cahaya (cm) 15 25 35


Ketinggian bayang-bayang di atas skrin (cm) 30 20 10

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang saiz bayang-bayang melalui


penyiasatan ini ?
A Tidak dipengaruhi oleh jarak antara objek dengan sumber cahaya
B Berkurang apabila jarak antara objek dengan sumber cahaya berkurang
C Bertambah apabila jarak antara objek dengan sumber cahaya bertambah
D Bertambah apabila jarak antara objek dengan sumber cahaya berkurang.
6 Rajah dibawah menunjukkan aktiviti seorang nelayan.

Rajah

Bagaimanakah nelayan tersebut dapat menarik sampan dengan lebih mudah


A Menolak ketika angin kencang
B Menolak sampan dari belakang
C Meletakkan penggolek di bawah sampan
D Menarik dengan menggunakan tali yang lebih besar
7 Rajah di bawah menunjukkan satu sistem gear pada sebuah basikal

Rajah

Antara yang berikut, yang manakah cara paling sesuai untuk mengurangkan geseran
pada sistem gear itu sekiranya ketiadaan minyak pelincir .
A Meletak asid borik
B Menyapukan lilin
C Menyembur sedikit air
D Menyapu minyak masak
8 Amalan penggunaan sumber tenaga secara berhemah dalam kehidupan seharian dapat
menjimatkan wang. Apakah amalan yang terbaik berdasarkan aktiviti di bawah.
A Berkongsi kenderaan ke tempat kerja
B Membasuh dua helai baju dengan menggunakan mesin basuh
C Membiarkan lampu di koridor sekolah menyala pada waktu siang
D Menggunakan alat penghawa dingin dengan keadaan tingkap yang terbuka
9 Anggota badan ialah salah satu alat tidak piawai yang sering digunakan untuk
mengukur objek dari dahulu hingga sekarang. Antara anggota badan tersebut yang
manakah lebih panjang?
A Depa
B Hasta
C Jengkal
D Tapak kaki
10 Masa boleh diukur berdasarkan peristiwa yang berulang secara seragam.Antara berikut
yang manakah maksud masa?
A Jarak antara dua titik
B Tempoh antara dua ketika
C Besarnya sesuatu permukaan
D Kuantiti jirim dalam sesuatu objek
11 Rajah menunjukkan satu litar elektrik.

Rajah

Apakah yang akan berlaku terhadap nyalaan mentol dalam litar itu jika suis S1 tidak
disambung?
A Kesemua mentol tidak menyala
B Mentol M2 dan mentol M3 tidak menyala
C Mentol M1 dan M2 menyala tetapi M3 tidak menyala
D Mentol M1 tidak menyala tetapi mentol M2 dan M3 menyala

Anda mungkin juga menyukai