Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK

MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA DAERAH BATU PAHAT 2016

1. NAMA PERTANDINGAN
Nama pertandingan ini ialah Kejohanan Bola Sepak MSSMNJ Daerah Batu Pahat
Peringkat Umur Bawah 18 tahun.

2. PENGELOLAAN
Pengelolaan pertandingan ini adalah dibawah kuasa sekolah menengah yang telah dilantik
oleh Majlis Tertinggi MSSMNJ Daerah Batu Pahat pada tahun berkenaan.

3. UNDANG-UNDANG
3.1 Selain daripada peraturan yang terkandung maka pertandingan dijalankan mengikut
Undang-Undang Permainan Bola Sepak sebagaimana ditetapkan oleh MSSM,FAM
dan FIFA.
3.2 Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut :-
3.2.1 Keputusan berasaskan kepada Peraturan AM, MSSMN Johor.
3.2.1 Ketetapan mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan yang bertanding.
3.3 Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah
muktamad.

4. PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pasukan sekolah-sekolah Menengah
di bawah naungan MSSMNJ Daerah Batu Pahat.
4.2 Setiap sekolah menengah hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja.

5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Pemain mestilah terdiri dari pelajar sekolah yang berdaftar dengan sekolah yang
mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan berwarga negara Malaysia sahaja. Bukan
warga negara tidak dibenarkan.
5.2 Pemain adalah terdiri daripada pelajar yang lahir pada atau selepas tahun selepas tahun
1999 bagi kategori 18 tahun.
5.3 Setiap pemain perlu mengemukakan Kad Pengenalan Asal dan Borang Pendaftaran
Pemain yang disahkan oleh Pengetua atau pentadbir sekolahnya.Salinan Kad Pengenalan
pemain hendaklah disahkan dan diserahkan bersama-sama boring pendaftaran.
5.4 Pelajar tingkatan 6 rendah boleh didaftarkan untuk bermain seramai 2 orang yang
bersekolah di sekolah bantuan kerajaan dan boleh menunjukkan bukti
dengan mengemukakan surat tawaran belajar di Tingkatan 6 Rendah beserta salinan buku
kehadiran pelajar tingkatan 6 (buku register) untuk bulan Julai.
5.5 Sebarang pertelingkahan atas hak atau status mana-mana pemain akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

6. PENDAFTARAN PEGAWAI DAN PEMAIN


6.1 Lima orang pegawai dari kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia terdiri
daripada seorang Pengurus Pasukan, Penolong Pengurus, Ketua Jurulatih, Pembantu
Jurulatih dan seorang Pegawai Fisioterapi.
6.2 Pemain adalah terdiri daripada 18 orang pemain berdaftar.
7. FORMAT DAN SISTEM PERTANDINGAN
Akan ditentukan secara majoriti semasa pengesahan pendaftaran pasukan dalam
Mesyuarat Pengurus dan Undian Pasukan.

7.1 Jika ada 16 pasukan atau lebih akan bertanding.


Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam 8 kumpulan, A,B, C, D, E, F, G dan H melalui
seeding Johan tahun lalu dalam Kump.A, N.Johan Kump.B, Ketiga Kump.C
dan ke-Empat dalam kump.D. Pasukan lain akan diundi.
7.2 Setiap kumpulan akan bermain secara liga dalam kumpulan.
7.3 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan memasuki peringkat pusingan kedua.
7.4 Sistem kalah keluar akan diperkenalkan dalam peringkat pusingan kedua, suku akhir, dan
seterusnya.
Format Perlawanan Peringkat Kalah Keluar
- Kedudukan pasukan ditentukan melalui ketetapan :-
- 1Johan A, 2N.Johan E, 3Johan G, 4N.Johan C, 5Johan D, 6N.Johan H,
7Johan F, 8N.Johan B, 9Johan B, 10N.Johan F, 11Johan H, 12N.Johan D
13Johan C, 14N.Johan G, 15Johan E, 16N.Johan A
- perlawanan mengikut turutan abjad a, b, c dan seterusnya

Pusingan 2 Suku Akhir Separuh Akhir


JA 1
(a)
NJE 2
(i)

JG 3
(b)
Akhir
NJC 4
(m)

JD 5

(c)
NJH 6
(j)

JF 7
(d)
NJB 8
(p)

JB 9
(e)
NJF `10
(k)

JH 11
(f)
NJD 12

(n)
JC 13
(g)
NJG 14
(l)

JE 15
(o)
(h)
NJA 16 Tempat 3/4
8. CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

Liga Dalam Kumpulan


8.4.1 Pemberian mata Menang - 3, Seri - 1 dan Kalah 0
8.4.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh
menunggu 15 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir
akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan
jaringan 2 - 0
8.4.3 Jika terdapat 2 atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka
akan diambil kira ketetapan seperti berikut untuk menentukan pemenang
bagi kelayakan bermain diperingkat suku akhir( kalah keluar ):-

a. Perbezaan jaringan
b. Jumlah jaringan yang terbanyak
c. Pemenang terdahulu
d. Undian atau lambungan syling oleh Pengerusi J/kuasa Pertandingan. Lambungan
ini akan dilakukan sebanyak 3 kali.

8.5 Sekiranya dalam perlawanan secara kalah keluar, terdapat keputusan seri
setelah tempoh bermain sebenar tamat, maka masa tambahan 5 - 1 - 5 minit
hendaklah diberikan dan peraturan jaringan emas diguna pakai.
Jika
keputusan seri lagi peraturan menerusi tendangan penalti dari tanda penalti
akan diguna pakai. Jika semua giliran pemain mengambil sepakan penalti
sudah dibuat dan keputusan masih seri juga, pihak penganjur akan membuat
undian secara lambungan syiling. Segala keputusannya adalah muktamad.

9. JANGKA MASA PERLAWANAN


Masa bermain adalah 25 5 25 minit untuk liga dalam kumpulan pusingan pertama,
35 5 35 minit bagi perlawanan pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir.

10. PENGGANTIAN PEMAIN


Penggantian pemain adalah 7 orang.

11. MINIMA PEMAIN


Setiap pasukan mestilah mempunyai minima pemain 9 orang sebelum memulakan
sesuatu perlawanan.

12. PAKAIAN PEMAIN


12.1 Setiap pemain memakai Jersi yang bernombor seperti dalam borang daftar
pasukan. Sebarang pengiklanan jenama rokok dan minuman keras tidak
dibenarkan.
12.2 Setiap pemain diwajibkan memakai alas kaki, shin pad dan stokin.
12.3 Jika terdapat persamaan warna jersi, pasukan yang disebut kemudian dalam jadual
perlawanan perlu menukar jersinya.
12.4 Pemain simpanan perlu sentiasa duduk dibangku pemain simpanan dengan
memakai Bib Warna lain dari jersi pasukannya.
13. TINDAKAN TATATERTIB
13.1 Mana mana pemain yang menerima 2 kad kuning dalam mana-mana
perlawanannya akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
13.2 Mana-mana pemain yang menerima 1 kad merah akan digantung 1
perlawanan berikutnya.
13.3 Namun begitu jika seseorang pemain menerima perintah keluar padang diatas
kesalahan biadap yang keterlaluan atau kasar yang membawa kepada
pergaduhan mengikut laporan pengadil, Jawatankuasa Pertandingan berhak
menyingkirkannya terus dari menyertai Kejohanan ini.

14. BANTAHAN
14.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara
bertulis kepada setiausaha pengelola atau wakilnya, dalam masa 20 minit
selepas perlawanannya beserta dengan bayaran tunai RM100. Wang tersebut
tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya.

14.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan pengadil mengendalikan


keputusannya dalam permainan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

14.3 Juri Rayuan bagi membuat keputusan setiap bantahan yang diterima terdiri
daripada; -
Pengerusi Kejohanan atau wakilnya,
Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya,
Setiausaha Kejohanan atau wakilnya,
dan 2 orang pengurus dari pasukan yang tidak terlibat. Sebarang keputusan
Lembaga ini adalah muktamad.
Setiausaha kejohanan hendaklah memaklumkan keputusan yang dicapai kepada
pasukan-pasukan yang terlibat secepat mungkin.

15. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN


15.1 Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan
setiap pegawai dan pemainnya termasuk penyokong mematuhi etika dan
tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat kesukanan yang tinggi.

15.2 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain samada secara sengaja atau
tidak adalah bertentangan dengan etika permainan. Pegawai pentadbir ber-
tanggungjawab terhadap pengesahan butiran dalam daftar pasukannya.

15.3 Dalam setiap masa pegawai pasukan, pegawai kejohanan, atau pengadil perlu
menunjukkan disiplin yang sihat dalam pendidikan sukan melalui tingkah
laku dan kata-kata yang boleh dicontohi semasa kejohanan ini berlangsung.

16. KEADAAN LUAR JANGKA


Sekiranya berlaku perkara luar jangka seperti banjir,ribut, petir dan lain-lain perkara
berbahaya:
16.1Permainan sudah berlangsung dan dihentikan oleh pengadil perlawanan. Masa
menunggu adalah 15 minit, sekiranya keadaan mengizinkan, maka perlawanan di
sambung semula dengan berbaki masa yang ada.
16.2 Permainan sudah berlangsung dan dihentikan oleh pengadil perlawanan. Masa
menunggu adalah 15 minit, sekiranya keadaan tidak mengizinkan dan permainan telah
dimainkan selama 25 minit, maka keputusan semasa permainan akan digunakan tanpa
perlu bermain semula.
16.3 Permainan sudah berlangsung dan dihentikan oleh pengadil perlawanan. Masa
menunggu adalah 15 minit, Sekiranya keadaan tidak mengizinkan dan permainan telah
dimainkan kurang daripada 25 minit, maka permainan akan di mainkan semula dari
mula dengan keputusan 0-0.

17. KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KECEMASAN

Semua pihak harus menitikberatkan hal kebersihan dan tidak meninggalkan sebarang
kotoran. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda
pasukan yang bertanding atau kemalangan, kecederaan dan sebagainya. Namun
pihak kami akan mengambil inisiatif menyediakan keperluan kecemasan.