Anda di halaman 1dari 6

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PROGRAM PENGAJARAN TERANCANG PENINGKATAN PRESTASI


PRINSIP PERAKAUNAN

1. Latar Belakang

1.1 Program ini melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip
Perakaunan sebagai mata pelajaran elektif.

1.2 Sebilangan besar pelajar ini terdiri daripada anak-anak petani, nelayan dan buruh
yang taraf sosioekonomi adalah rendah dan sederhana.

1.3 Pada umumnya pelajar-pelajar ini kurang mendapat motivasi untuk mendapatkan
kecemerlangan dalam bidang akademik.

1.4 Pencapaian pelajar SPM bagi mata pelajaran ini kurang memuaskan.

2. Objektif

2.1 Objektif Umum

2.1.1 Untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam SPM

2.1.2 Untuk menarik minat pelajar kepada mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan
menyedarkan pelajar tentang kepentingan mata pelajaran ini.

2.2 Objektif Khas

2.2.1 Untuk meningkatkan peratus calon yang lulus cemerlang (A+, A, A-) dalam mata
pelajaran Prinsip Perakaunan sebanyak 80%.

2.2.2 Peratus kelulusan mata pelajaran Prinsip Perakaunan 95% hingga 100%

3. Rasional

Program ini perlu supaya

3.1 Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dibuat pemantauan.

3.2 Pengunjuran yang dibuat dapat dijadikan sebagai senarai semak untuk
memudahkan guru mengubahsuaipengajaran dan pembelajaran.

3.3 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan secara sistematik.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online


Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

3.4 Pelajar dapat dibuat pemantauan secara individu.

3.5 Dapat mengesan kelemahan pelajar dengan cepat.

4. Sasaran

4.1 Pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan seramai 30 orang.

5. Penyataan Masalah

5.1 PELAJAR

5.1.1 Sikap negative pelajar terhadap mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

5.1.2 Kurang membuat ulangkaji dirumah

5.1.3 Meniru/tidak membuat kerja rumah

5.1.4 Kurang Kemahiran 3M

5.1.5 Kekurangan bahan bacaan dan rujukan

5.1.6 Perasaan takut, rendah diri, dan malu

5.2 GURU

5.2.1 Kurang persediaan

5.2.2 Menganggap semua pelajar adalah sama dan secara tidak langsung
mengabaikan pelajar lemah/nakal.

5.2.3 Strategi pengajaran dan pembelajaran tidak disusun dengan teratur.

5.2.4 Bergantung kepada buku teks.

5.2.5 Mengabaikan kehendak sukatan pelajaran.

5.2.6 Kurangnya cirri-ciri sebagai agen perubahan

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online


Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

6. Strategi Pelaksanaan

Terdapat 4 peringkat strategi pelaksanaan.

PERINGKAT 1 - JANUARI HINGGA MAC

1. Pengajaran dan pembelajaran adalah seperti biasa.

2. Mengenalpasti pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah

3. Mengadakan ujian pada minggu akhir bulan Mac.

PERINGKAT 2 - APRIL HINGGA JUN

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-beri nama setiap kumpulan

-jika kumpulan diberi nama A,B,C elakkan kumpulan lemah diberi nama kumpulan C.

-latihan/aktiviti yang diberi kepada setiap kumpulan berdasarkan kepada


pencapaian/taraf pelajar.

-pemantauan yang lebih kepada kumpulan lemah.

-elakkan member tekanan dan perbanyakkan memberi pertolongan.

-sentiasa ingat bahawa setiap pelajar adalah berbeza.

2. Pengajaran asas hendaklah diberi kepada semua pelajar.

3. Mengadakan Ujian pada akhir bulan Jun.

PERINGKAT 3 - JUN HINGGA OGOS

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-kumpulan dirombak semula mengikut keputusan ujian/peperiksaan.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online


Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

-latihan/aktiviti mengikut kemampuan pelajar/kumpulan.

2. Pada bulan Julai, kumpulan cemerlang menjadi fasilitator kepada ahli kumpulan
sederhana dan lemah.

-setiap kumpulan terdiri daripada seorang ahli cemerlang, dua pelajar sederhana dan
seorang atau dua pelajar lemah.

-ahli yang cemerlang hendaklah diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai


latihan/soalan/aktiviti yang hendak dijalankan.

3. Guru bertindak sebagai Ketua Fasilitator

4. Guru membuat rumusan/pengukuhan pada akhir setiap latihan/soalan/aktiviti

5. Peperiksaan Percubaan.

PERINGKAT 4 - SEPTEMBER HINGGA OKTOBER

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-kumpulan dirombak semula mengikut keputusan peperiksaan percubaan

-latihan/soalan/aktiviti adalah sama bagisemua kumpulan

-kuantiti soalan mengikut keupayaan individu

2. Kumpulan cemerlang

-tempat duduk secara individu

-tidak ada lagi perbincangan kecuali dengan guru

-kumpulan ini biasanya tidak mahui diganggu

-latihan/soalan diselesaikan secara individu

-latihan/soalan pengkayaan kea rah mencapai keputusan A

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online


Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

3. Kumpulan sederhana

-tempat duduk secara individu

-perbincangan antara ahli dibenarkan tetapi hendaklah dihadkan.

-latihan/soalan diselesaikan secara individu.

-latihan/soalan kearah mencapai kepujian

4. Kumpulan lemah

-biasanya ahli kumpulan tidak ramai

-masih lagi berada dalam kumpulan

-guru memberi tumpuan kepada setiap ahli kumpulan

-guru menolong menyelesaikan masalah bagi setiap soalan/latihan yang bermasalah.

-latihan/soalan hanyalah sekadar membantu pelajar untuk lulus sahaja.

5. Guru boleh membuat ramalan tentang keputusan dalam SPM

7.PERSEDIAAN

7.1 GURU

a. Borang Pemantauan

-tentukan markah untuk lulus, kepujian dan cemerlang

b. Sediakan soalan/latihan/aktiviti mengikut kumpulan/kebolehan/taraf pelajar

-nota ringkas

-soalan asas

-aras kesukaran ditambah satu persatu

-kerja rumah dapat dikurangkan atau tiada

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online


Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

c. Kurangkan nota yang panjang.

-nota hendaklah ringkas

-nota untuk pelajar bukan untuk pemantauan

d. Penggunaan system fail adalah digalakkan

e. Penggunaan buku teks dapat dikurangkan

f. Pelajar memeriksa kertas jawapan sendiri

7.2 PELAJAR

a. Ponteng sekolah dikurangkan/sifar

b. Borang markah/penilaian individu

DISEDIAKAN OLEH

AHMAD POZI BIN MANSOR


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU
06910 YAN, KEDAH.

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai