Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pertanian Komersial
Baja asli mula diguankan supaya tanaman lebih subur dan hasil pertanian
dapat bertambah. Kualiti hasil pertanian juga menningkat. Produk yang
berlebihan diperdagangkan.
Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini
adalah penciptaan enjin stim[3]. Enjim stim yang dicipta oleh James Watt, telah digunakan
untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin
yang menggerakkan keretapi.
3)Pertanian komerial - Baja asli mula digunakan - Tanaman lebih subur - Hasil pertanian
bertambah - Peningkatan kualiti hasil pertanian - Lebihan produk diperdagangkan
SIRIM, MARDI dan MPOB membantu IKS mencapai piawaian yang tinggi.
5. Pembangunan pemasaran
Langkah
Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan
atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara
tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka hanya sekadar
sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan sektor
industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan
produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan
berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin
hasil tanaman yang bermutu, seperti padi hibird dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan
berkualiti. Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi untuk menggunakan
bioteknologi dalam sektor pertanian.
Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan penyelidikan
dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT)
dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor
pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat
dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat
pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya.
Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pegawai
Kementerian Pertanian terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )
sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka
benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.
Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar faedah
rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil . Dengan modal yang
mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja
kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal
Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang
berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja
deras, oleh itu, dengan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau
penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani
tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.
Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum petani kita
tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi peladang
digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Petani kita
juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu,
pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan.
Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna, seperti peribahasa
serampang dua mata. Rentetan daripada itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk
menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga
produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong
produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.
Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor pertanian.
Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang mereka untuk
memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang lumayan. Penginapan yang
lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain
menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang lazat,
memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung serta berpeluang untuk
mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini bagai menyelam sambil minum
air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan
Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web
kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan
luar negara.