Anda di halaman 1dari 16

SMK (P) METHODIST, KUALA LUMPUR

THOUGHT FOR THE WEEK

NAMA GURU : TAMINDEY S.P. NAGAMALY

TARIKH : 31.7.2017

1.0 Pendahuluan

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.
Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat
berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus Dewan,
disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh
kepada tatatertib.
Foucault (1977), menyatakan disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan
membiasakan amalan yang dikehendaki. Pandangan beliau melihat sekolah sebagai sebuah
mesin pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan. Di
sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Namun di
ketika ini permasalahan yang timbul membabitkan masalah-masalah disiplin pelajar di sekolah
merunsingkan banyak pihak.
Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan yang dipersetujui oleh sesuatu
kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan
masyarakat itu sendiri. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir yang tersusun dan seterusnya
membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang itu.

2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar. Antaranya adalah
seperti berikut:-
2.1 Sikap Pelajar
Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu sendiri. Masalah
kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar mempercepatkan lagi
pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar seperti ini bertindak mengikut
perasaan tanpa mengira batasan. Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa
yang amat kompleks, dan para remaja sering menumpukan perhatian mereka kepada perkara-

1
perkara seperti ketidakpuasan hidup, kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang
lain. Semua ini dicetuskan oleh hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya
memaksa ramai golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira
ianya mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik peribadi yang juga
dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang bermotivasi rendah dan tidak
yakin dalam menerima hakikat hidup.
Sezali (1997), merumuskan bahawa remaja sering diserang penyakit kekosongan jiwa
dan kelemahan ketahanan diri. Penyakit ini menyebabkan jiwa mereka kosong dan tidak
mempunyai matlamat atau wawasan diri serta golongan ini juga tidak mempunyai kesedaran
dan keinsafan mengenai hakikat dan kenyatan hidup mereka di dunia.

2.2 Rakan Sebaya


Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan
sokongan moral dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej (Mahmood,1991). Rakan
sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-
aspek gaya pakaian, pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain.
Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang
membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Pada peringkat remaja, rakan sebaya
memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Perhubungan baru seperti hubungan
antara jantina berlainan wujud dan rakan sebaya menggantikan keluarga dalam aktiviti sosial
serta riadah.
Remaja mempunyai pelbagai hubungan dengan rakan sebaya dan mereka menghadapi
budaya yang mempunyai norma dan sistem nilai berbeza. Remaja mendapat maklumat
berkenaan di luar keluarga serta maklum balas mengenai keupayaan mereka daripada rakan
sebaya. Remaja memerlukan rakan-rakan sebaya dengan mereka bagi membantu
perkembangan diri. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja.
Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik sebaliknya. Pengaruh rakan sebaya
adalah sumber paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap remaja apabila pengaruh keluarga
berkurangan pada peringkat lewat kanak-kanak.
Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh remaja daripada
rakannya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan.
Kumpulan rakan sebaya menyediakan peluang kepada remaja mempraktikkan tingkah laku
yang baru serta mengembangkan kemahiran sosial yang perlu bagi interaksi pada masa

2
hadapan. Tekanan rakan sebaya mungkin bersifat positif seperti dalam pencapaian akademik
dan sukan ataupun negatif seperti penagihan dadah dan alkohol.
Pada peringkat latensi ini, remaja dapat membentuk cara hidup, kefahaman dan cara
berhubung dengan rakan sebaya atau masyarakat. Perubahan ini tidak akan merungsingkan
sangat kalau teknik-teknik pertukaran itu dialami sedikit demi sedikit. Remaja ingin dirinya
diterima oleh rakan-rakan. Dengan itu, mereka sentiasa sanggup melakukan apa shaja supaya
diterima oleh ahli kumpulannya. Remaja yangberasal daripada keluarga yang bermasalah
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat. Apabila rakan
sebaya membentuk kumpulan yang bersifat negatif, remaja turut melakukan perkara sama
supaya diterima oleh kumpulannya. Mereka akan membuat perkara di luar jangkaan bagi
menarik perhatian orang lain. Gaya berpakaian, pertuturan, sikap dan lagaknya mengikut cara
rakan-rakannya. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan sebaya. Oleh itu, apa
saja yang dilakukan akan cepat disanjungi dan pujian yang mereka menyaingi apa yang
diharapkan oleh ibu bapa.
Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat
mempengaruhi disiplin seorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan
ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi
peraturan , begitulah sikap murid berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya
juga menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu
masyarakat seperti sifatsifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya
juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan
seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak di mata kumpulan
masyarakat sekelilingnya. Contohnya, rajin belajar seperti berbincang berkaitan pelajaran
sekolah, pelajar berkenaan turut rajin belajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar itu sendiri.
Sebaliknya, sekiranya rakan sebaya ini cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti
merokok, meniru dalam peperiksaan dan lain-lain yang boleh menjejaskan pelajaran mereka.

2.3 Keluarga
Keluarga juga berpengaruh dalam perkembangan kognisi kanak-kanak. Keluarga yang
lengkap yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mampu untuk membentuk minda yang
sihat. Ini kerana kasih sayang merupakan unsur penting membantu pembentukan minda kanak-
kanak. Hurlock (1992), menyatakan bahawa bayi yang kurang kesempatan untuk mendapat

3
ungkapan kasih sayang atau untuk dicintai oleh orang lain akan menjadi pendiam, lesu, tidak
memberi senyuman dan tidak berusaha untuk memperoleh kasih sayang.
Keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling penting. Ini bermaksud bahawa
perubahan dalam masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh perubahan gaya pengasuhan anak-
anak yang lebih disukai. Remaja yang berada dalam lingkungan keluarga yang berpecah belah
akan merasai kesan buruk pada perkembangan kognisi mereka.
Keadaan rumahtangga yang kurang memberangsangkan serta sikap kurang peduli ibu
bapa sebagai unsure pendorong utama kepada kewujudan segala permasalahan sosial di
kalangan remaja di Malaysia. Tambahan lagi keluarga yang kurang harmonis dan kurang
perancangan dan interaksi antara ahli-ahlinya turut meningkatkan kemungkinan budaya
melepak di kalangan muda-mudi dewasa ini.
Kekurangan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin
melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Persekitaran keluarga boleh merosakkan sikap
keluarga. Sikap ibu bapa yang negatif dan tidak sihat boleh menyebabkan kesukaran dalam
mencapai tugas perkembangan pelajar remaja.
Ahli keluarga yang lain seperti adik-beradik dan saudara-mara mempunyai peranan
terhadap pembentukan personaliti seseorang individu. Di samping itu, gaya pengasuhan dan
pengalaman positif yang diperlukan serta nilai-nilai murni yang diterapkan akan membina
personaliti individu. Nilai-nilai murni yang diterap oleh keluarga mempunyai kesan yang
positif sehingga mewarnakan hidup individu tersebut hingga ke alam dewasa. Kes-kes
penyelewengan seperti ponteng, lari dari rumah, melepak akar umbinya sedikit sebanyak
adalah berpunca daripada interaksi dan bimbingan dalam keluarga. Oleh itu, tingkah laku ibu
bapa harus menjadi model kepada anak-anak remaja untuk membentuk tingkah laku yang
positif. Oleh kerana, keluarga merupakan unit terkecil dan paksi terpenting kepada
pembentukan sesebuah masyarakat.

2.4 Suasana Sekolah


Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah disiplin pelajar secara tidak
langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-
bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan
merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar yang tidak berdisiplin. Ahli-ahli
sosiologi berpendapat tingkah laku buruk remaja dipupuk oleh keadaan sekitar yang tidak
menyenangkan. Bagi pelajar, suasana yang tidak menarik menjadikan keadaan lebih buruk.
Secara sedar atau tidak, sekolah juga turut menyumbang kepada permasalahan disiplin pelajar.

4
Sebagai sebuah organisasi masyarakat, sekolah mempunyai kelemahan dan kekurangannya
sama ada dari segi fizikal atau kemanusiaan, menjadikannya tidak berupaya memenuhi segala
tuntutan dan harapan segenap lapisan.
Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan
melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan ini dapat mengurangkan
masalah salahlaku dan disiplin. Sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai
dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap cinta kepada sekolah.
Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak boleh disekat, dengan
itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan. Zulkarnain B.Kamarudin (2002), telah
membuat kajian berdasarkan latar belakang responden melibatkan empat aspek pengaruh iklim
sekolah terhadap masalah disiplin pelajar iaitu suasana sekolah, pengajaran dan pembelajaran,
pentadbiran dan guru. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap pencapaian terhadap
aspek suasana sekolah adalah lemah iaitu 40 peratus. Ini menunjukkan kebanyakkan responden
merasakan suasana persekitaran sekolah sama ada di luar mahu pun dalam bilik darjah perlu
diperbaiki. Pihak sekolah juga perlu memperbanyakkan lagi projek keceriaan sekolah yang
melibatkan semua warga sekolah. Tahap pencapaian terhadap aspek pengajaran dan
pembelajaran pula berada pada kedudukan sederhana iaitu 51 peratus. Sebahagian responden
belum dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran guru.

Hasil kajian Azhar B. Hamzah (2003), menunjukkan bahawa sebanyak 32.6 peratus
responden tidak setuju persekitaran sekolah yang mendorong pelajar ponteng sekolah.
Manakala 47.2 peratus responden setuju yang persekitaran sekolah mendorong pelajar ponteng
sekolah. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menggambarkan beberapa faktor
mempunyai pengaruh ke atas masalah ponteng sekolah. Faktor tersebut ialah faktor sikap dan
faktor persekitaran sekolah. Aktiviti yang dilakukan oleh pelajar semasa ponteng sekolah ialah
merokok, berbual-bual dengan rakan, membantu keluarga dan melepak di rumah sewa kawan.
Pelajar-pelajar menghabiskan hampir separuh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah
kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar
sekolah seperti pengagihan murid mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan
peperiksaan, bentuk, stuktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya
menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah daripada segi akademik
(T.Marimuthu, 1980).

5
Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti
pelajar. Contohnya pengetua yang tegas melaksanakan disiplin pasti menegaskan kepada
pelajar, keadaan disiplin adalah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan satu-satu
tugasan. Sebaliknya, pengetua yang tidak tegas boleh mendatangkan kesan yang negatif pula.
Dia menyebabkan pelajar menjadi pasif, menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif
dan takut mendatangkan perubahan. Sifat-sifat kepimpinan juga terbantut perkembangannya.
Di sekolah, murid memperoleh prestasi yang memuaskan, menjawat jawatan yang
bertanggungjawab seperti pengawas dan mendapat penerimaan guru dan rakan sebaya.
Keadaan positif ini akan membentuk personaliti yang positif. Prestasi di dalam bilik darjah
akan mempengaruhi tingkah laku pelajar. Pelajar tersebut gembira dan tekun belajar serta
mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jika pelajar selalu gagal, maka pengalaman pahit itu
akan mendorongkan pelajar itu mudah putus asa dan takut menghadapi peperiksaan.
Persekitaran sekolah akan menjadi fobia bagi pelajar seperti ini. Jesteru, pihak sekolah perlu
memberikan tumpuan terhadap tingkah laku pelajar seperti ini dengan memberikan peneguhan
positif.

2.5 Faktor Persekitaran

Wong Khek Seng (1996), menyatakan persekitaran yang canggih dan menarik seperti
kompleks membeli belah, arked video, pusat snuker, taman-taman rekreasi, pusat-pusat
hiburan dan sebagainya, menjadi faktor tarikan utama yang menyebabkan kejadian melepak
berlaku pada zaman moden ini. Dalam kehidupan seharian besar kemungkinan kita akan
mentakrifkan persekitaran sebagai alam sekeliling. Dalam bidang psikologi pula takrif
persekitaran adalah lebih meluas. Menurut Norman L. Munn (1969), berpendapat persekitaran
sebagai segala benda yang terdapat di sekeliling unit kebakaan. Persekitaran dikatakan
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu kea rah
pencapaian yang baik dalam pelajaran, selain daripada faktor baka. Antara faktor persekitaran
itu termasuklah faktor peranan ibu bapa, masalah keluarga, pengaruh sekolah, rakan sebaya,
masyarakat, motivasi dan peranan multimedia.

Di samping itu, dalam memenuhi keperluan sosial, individu memerlukan ruang


untukmenjalankan aktiviti sosial. Menurut Aishah (1993), ciri-ciri bangunan tinggi seperti
rumah pangsa dan bilik kediaman menghadkan aktiviti rekreasi dijalankan di dalam rumah.
Oleh itu, penghuni akan lebih kerap keluar dari rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa

6
yang lebih banyak dihabiskan di luar rumah untuk mendapatkan keseronokan. Masa yang lebih
banyak dihabiskan di luar rumah dari dalam rumah. Mereka yang tinggal di kawasan
perumahan akan lebih kerap berjumpa kawan-kawan di kawasan persekitaran, dengan itu
mereka terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti penagihan dadah seandainya tersalah
pilih kawan.

Individu membuat perubahan dalam persekitaran dan persekitaran pula menghasilkan


perubahan pada diri individu dan tingkah lakunya. Boleh dikatakan, faktor tingkah laku adalah
pelengkap. Tidak semua organisma, tidak kira potensi dan kualiti asanya, kebolehan ataupun
mempunyai ciri yang sama sekali kerana bergantung pada jenis persekitaran tempat mereka
membesar. Antara persekitaran yang dapat merosakkan akhlak remaja adalah, konsert rock,
pusat-pusat permainan video, pengguguran, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, penyiaran
gambar lucah, penubuhan pusat-pusat hiburan yang beransurkan seks dan simbol seks seperti
pertandingan ratu cantik dan pertunjukan fesyen wanita. Di samping itu, Hall (1972), pula
mentafsirkan bahawa zaman remaja sebagai zaman yang kritikal. Dalam zamannya, remaja
akan mengalami ketegangan perasaan, kegelisahan dan terpaksa menempuh berbagai-bagai
cabaran.

2.6 Guru

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap menjadi penyebab kepada


kelakuan tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai pilihan
terakhir dan mereka tidak mempunyai minat tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan
baik ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat juga beberapa guru yang tidak
cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan
pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama
sekali. Ini kerana mereka menpunyai sikap tidak ambil tahu. Ada pula guru-guru dikatakan
tidak mahu berbuat apa-apa bagi mencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci
oleh murid kerana ingin menjadi popular di kalangan murid-murid. (A. Rajaguru, Mohd Daud
Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263).

Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas
berbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai
pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat,, pensyarah, penulis,

7
setia-usaha, pekerja sosial dan lain-lain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak
langsung di sekolah. Guru-guru perlu menitikberatkan aspek-aspek pengetahuan, tingkah laku,
tanggungjawab dan kecekapan guru. Guru perlu berkebolehan menilai kebolehan dan
perkembangan pelajar. Dalam hal ini, guru perlu berupaya menentukan kaedah-kaedah serta
strategi-strategi yang berkesan bagi memandu pelajar-pelajar yang berbeza daripada segi
kebolehan dan minat.

Tugas utama seseorang guru adalah memahami peranannya dalam proses pengajaran
serta mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama
daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran yang akan diajar (Logan &
Logan, 1974). Guru-guru adalah model menjadi contoh kepada para pelajar. Guru
bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap pelajar dengan setiap pelajar dan
memandang mereka sebagai individu yang unik. Guru perlu berupaya membuatkan pelajar
menonjolkan kebolehan mereka. Guru bertindak sebagai pendorong, pembimbing serta
pemangkin bagi membentuk pengalaman pelajar. Guru bertanggungjawab menentukan
objektif, memilih, merancang, membimbing dan memperkembangkan pengalaman bagi
mendorong semua pelajar menyahut cabaran berdasarkan kebolehan dan minat pelajar itu.

Guru menyesuaikan aktiviti mengikut tahap perkembangan pelajar. Contohnya


memulakan dengan sesuatu yang konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks serta
sentiasa mendorong pelajar mencapai matlamat yang ditentukan. Tanggungjawab guru ini
tedak terhad kepada pengajaran sahaja, namun guru perlu peka dengan latar belakang pelajar.
Dalam hal ini, guru perlu mengambil kira aspek latar belakang supaya dapat menyampaikaan
pengajaran dengan adil dan berkesan. Guru-guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada
pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan
berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa
membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru-guru juga
cekap menggunakan pelbagai strategi pengajaran yang selaras dengan keperluan dan
perkembangan pelajar.

Di samping itu, guru perlu bijak menyelesaikan masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cara yang inovatif dan memberikan ganjaran kepada tingkah laku kreatif.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin di sekola. Guru patut
menjalankan tugas sebetulnya dalam memahami latarbelakang danmengenalpasti masalah

8
yang dihadapi oleh pelajar. Guru memerlukan kerjasama, komunikasi dan persefahaman pihak
ibu bapa. Guru yang sepatutnya memainkan peranan sebagai role model kadang-kadang
melakukan perbuatan negatif tanpa disedari dan ini membawa kesan buruk dalam pembentukan
sahsiah pelajar. Seseorang guru tidak boleh lari daripada menghadapi masalah dalam
kehidupannya. Bagaimanapun guru seboleh-bolehnya perlu mengelakkan diri daripada
membawa masalah peribadi semasa mengajar di dalam kelas.

Emosi guru perlu sentiasa dalam keadaan tenang, stabil, bersyukur dan sederhana
semasa mengajar. Guru yang sentiasa berkeadaan tenang pasti mudah didekati pelajar.
Pendekatan yang digunakan oleh guru semasa mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah
berdisiplin mestilah tegas tetapi tanpa emosi. Guru perlu bersifat sabar, bertimbang rasa, tidak
menghukum pelajar dengan hukuman terlalu berat, menghukum mereka tanpa usul periksa dan
lebih banyak memberi ganjaran daripada mengenakan hukuman.

3.0 Masalah Disiplin Masa Kini

Masalah-masalah disiplin yang timbul pada masa kini boleh dikategorikan kepada
empat jenis, iaitu jenayah, kelakuan negatif, membolos dan menipu. Jadual berikut
menghuraikan jenis-jenis masalah disiplin sekolah terdapat di dalam setiap kategorinya.
Ponteng merupakan salah satu isu yang sering mendapat perhatian dari semua golongan.
Masalah ini bukan berlaku di negara ini sahaja, malah ianya berlaku di seluruh dunia sama ada
di negara-negara maju, mahupun mundur. Oleh yang demikian, pendidikan memainkan
peranan penting dalam menangani isu-isu tersebut. Salah satu peranan dalam pendidikan ialah
penerapan nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk sikap pelajar. Ia merupakan
penyerapan ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan dalam bentuk
praktis. Pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap seseorang pelajar dalam pelbagai sapek
kehidupan, sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak mahupun sosial pelajar supaya dapat
mengabdikan siri kepada Allah. (Abdullah Ishak, 1995).

9
Jadual 1.0: Jenis-Jenis Masalah Disiplin Sekolah

Kategori Jenis Masalah Disiplin

Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras


ugut, menyertai kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, merokok,
menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah dan
pelbagai kesalahan jenayah yang melibatkan pihak polis.

Kelakuan Berambut panjang, memakai kasut, dan stoking berwarna, baju T, kuku
negatif panjang, bercakap kasar, tidak hormati guru, makan di bilik darjah,
membuat bising, membuli, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,
menentang arahan guru lain-lain.

Membolos Ponteng kelas, sekolah dan aktiviti kokurikulum, datang lambat ke


sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, berkhayal, tidur dan
lain-lain.

Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani
sendiri surat ibu bapa, buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura dan
lain-lain.
(Sumber: Dipetik dari Mok Soon Sang 2005)

Mengikut analisis dalam buku PTK, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi dan berlaku di
peringkat sekolah menurut urutan ialah:
i. ponteng sekolah
ii. mengancam murid sekolah
iii. mencuri
iv. berkasar dengan murid sekolah
v. berbahasa kesat
vi. datang sekolah/masuk kelas lewat
vii. membuat bising dan mengganggu pelajaran
viii. merosakkan harta benda sekolah
ix. ponteng aktiviti kokurikulum

10
x. ponteng kelas
(Dipetik dari Mok Soon Sang 2005)

Akhbar Berita Harian (8 Ogos 2000), melaporkan sebanyak 38,053 kes pelanggaran
disiplin adalah ponteng. Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan kes-kes
perlanggaran disiplin yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya kes ponteng sekolah pada
masa ini. Akhbar Berita harian (13 Ogos 2005) melaporkan salah laku disiplin pada tahun 2003
adalah sebanyak 2.11 peratus dan salah laku disiplin pada tahun 2004 adalah sebanyak 2.07
peratus. Menurut Dr.Ahamad Sipon berkata Kementerian Pelajaran sudah melantik 7265
kaunselor sekolah menengah dan 2687 guru bimbingan sekolah rendah bagi menangani gejala
disiplin.

Jadual di bawah menunjukkan kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan peratusan kes
pada tahun 1999:

Jadual 2.2: Kes Salah Laku Di Sekolah.

KATEGORI BILANGAN KES PERATUSAN KES

1. Tingkah laku jenayah 16,215 0.338


2. Tingkah laku lucah 2,384 0.050
3. Tiada kekemasan diri 7,693 0.160
4. Tidak pentingkan masa 8,804 0.184
5. Kurang sopan 20,844 0.434
6. Tingkah laku musnah 2,304 0.048
7. Tidak jujur 1,394 0.029
8. Ponteng 38, 053 0.793
9. Lain-lain (salah laku yang tidak 758 0.016
diberi kod dalam buku rekod dalam
buku rekod salah laku.

JUMLAH 98,449 2,051


(Sumber : Berita Harian 18 Ogos 2000)

11
4.0 Cara Terbaik Mengatasi Masalah Disiplin Pelajar Di Sekolah

Perbincangan mengenai masalah disiplin pelajar di sekolah adalah berkisar isu kepada para
remaja. Justeru itu strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja.
Berikut beberapa saranan yang mungkin boleh diaplikasikan untuk mengurangkan masalah
disiplin pelajar :

4.1 Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa adalah golongan yang paling rapat dengan pelajar. Tingkah laku ibu bapa
menjadi contoh terbaik bagi anak-anak mereka. Tugas mendidik hendaklah bermula pada
peringkat kanak-kanak lagi. Sebelum wujudnya institusi keluarga, rumah adalah tempat di
mana pendidikan asas berlaku dan guru-gurunya terdiri daripada ibu, bapa, datuk, kakak,abang
ataupun ahli-ahli keluarga yang lain. Penglibatan ibu bapa bai mengatasi masalah disiplin
adalah penting. Kawalan yang ketat ke atas anak mereka dapat menghindarkan anak mereka
terjerat oleh kelompok jahat, dadah, budaya kuning. Ini kerana jenayah kian menjadi-jadi.
Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam semua aspek persekolahan anak
membolehkan mereka mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab bagi mewujudkan keadaan yang stabil di rumah
supaya kanak-kanak tidak terganggu daripada segi emosi. Keadaan kucar kacir seperti
pergaduhan dan perceraian pasti meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak-anak
(Jagdish Raj Sharma, 1982:87) Selain daripada itu, penekanan pada aspek keagamaan perlu
diutamakan oleh ibu bapa. Ibu bapa tidak berkesempatan hendah mengajar asas-asas agama
kepada anak-anak mereka. Wajar bagi Ibu bapa itu menghantar anak-anak mereka mengikuti
kelas fardu ain. Anak-anak yang tidak dididik dengan keagamaan memudahkan mereka
terdedah kepada gejala tidak sihat.

4.2 Peranan Guru

Menyentuh peranan guru dalam menangani masalah ini, ia perlu dilihat daripada sudut
sikap guru dan punca-punca yang membawa kepada permasalahan ini. Guru adalah golongan
yang hampir dengan pelajar selepas ibu bapa. Malah dalam agama islam, orang kedua yang

12
perlu dihormati selepas ibu bapa adalah guru. Kebanyakan golangan masyarakat meletakan
tanggungawab membentuk disiplin pelajar di sekolah pada guru disiplin atau guru kaunseling.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana tugas mendidik di sekolah perlu diletakan di bahu semua
guru di sekolah. Bagi menangani masalah disiplin ini, perlu wujud hubungan yang harmoni
antara Guru dan pelajar. Guru-guru perlu mengubah sikap mereka supaya masalah yang timbul
tidak belarutan. Ini bermakna guru perlu barsedia menghadapi dan mengelakkan pelanggaran
disiplin berlaku di kalangan pelajar.

Sikap guru yang positif serta penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara
berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malah dapat meningkatkan tahap
pencapaian akademik pelajar-pelajarnya. Atas sebab itu, iklim yang sihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, dapat dijadikan tapak semaian dalam melahirkan
pelajar-pelajar yang berilmu serta bermoral tinggi. Aliran-aliran penyelesaian masalah masa
kini dikatakan lebih sesuai bersifat klinikal daripada menghukum pelajar-pelajar yang
melanggar masalah disiplin . Guru-guru perlu cuba membantu murid yang bermasalah disiplin,
menyediakan aktiviti-aktiviti yang yang kreatif, bertolak ansur, berdialog dan menyediakan
tugas-tugas yang bersifat perseorangan sesuai dengan keperluan pelajar yang terlibat dalam
disiplin.

4.3 Tanggungjawab Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG)

Masalah tatatertib yang tidak baik di kalangan murid adalah suatu perkara yang
melibatkan semua ibu bapa, guru besar dan guru. Tiap-tiap orang mestilah memainkan peranan
masing-masing bagi memperbaiki keadaan. Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) adalah suatu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah ini, amnya.
Fungsinya antara lain mewujudkan suasana yang selesa dan harmoni di sekolah (Dewan
Masyarakat, April 1999). Namun begitu, perannan yang dimainkan oleh PIBG sering
dipertikaikan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri yang kurang
menunjukkan minat setiap kali mesyuarat PIBG peribadi ataupun urusan pekerjaan. Keadaan
ini dapat diperbaiki sekiranyan ibu bapa tidak mementingkan diri sendiri, tetapi turut
meluangkan masa member perhatian dan kerjasama. Ibu bapa yang terdaya turut menghadiri
forum, ceramah dan masyuarat anjuran PIBG.

13
4.4 Kerajaan

Kerajaan juga adalah pihak yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini.
Dalam hal ini, peranan kerajaan dilihat lebih kepada penguatkuasaan undang-undang bagi
mengatasi hal ini. Ia biasanya diletakan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementarian patutlah mengkaji, mengemas kini pekeliling-pekeliling mengenai disiplin dan
meletakkan petunjuk-petunjuk tertentu bagi menghadapi masalah disiplin di sekolah. Pihak
polis dan juga kementerian kebajikan mempunyai peranan penting seperti mengadakan
pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi kes-kes disiplin, masalah belia dan pelajar
(A.Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263)

Terdapat cadangan menempatkan polis di sekolah. Ia dilaksanakan melalui program


sekolah angkat dengan kerjasama bersama kementerian pendidikan dan Polis Diraja Malaysia
PDRM. Ia dilihat sebagai usaha murni bagi memastikan sekolah mempunyai hubungan rapat
dengan PDRM yang secara tidak langsung menjaringkan hubungan antara badan disiplin dan
PDRM (Utusan Malaysia, 2000). Cadangan seperti ini mungkin dapat dikaji oleh kerajaan
supaya dilaksanakan. Namun begitu, ia perlu dilihat daripada segi impak kepada pelajar dalam
tempoh jangka masa panjang dan pendek. Di samping itu, kerajaan perlu sedar kewujudan
media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang
kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan yang dikemukakan mendorong kepada
keruntuhan akhlak remaja.

Tindakan berterusan oleh pihak kerajaan adalah perlu bagi menutupsegala yang timbul.
Tindakan kerajaan mengawal kegiatan di pusat hiburan sehingga jam 12 tengah malam menjadi
permulaan ke arah ini. Penubuhan jawatankuasa cabinet mengenai masalah sosial kebangsaan
yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim, diharapkan
membuka era baru ke arah menangani isu gejala sosial yang hangat ini (Dewan Masyarakat,
Jun,1997). Di samping itu, penguatkuasaan peruntukan dalam Akta Juvana yang membolehkan
ibu bapa dipertanggungjawabkan oleh mahkamah berkaitan salah laku anak-anak adalah antara
langkah yan wajar bagi menangani isu gelaja sosial ini. Bahan yang disiarkan dalam internet,
televisyen, media elektronik dan media cetak perlu diawasi supaya tidak bercanggah dengan

14
nilai Islam. Selain itu, ia bagi memastikan penyebaran teknologi maklumat internet dan
sebagainya tidak memberi kesan kepada generasi akan datang.

4.5 Tanggungjawab pihak media

Pihak media juga turut bertanggungjawab dalam menangani isu disiplin pelajar ini.
Pihak media sebaik-baiknya memainkan peranan dalam mengetengahkan unsur yang baik
untuk ditirub remaja. Media perlu menggunakan pengaruh mereka bagi mendidik masyarakat
dan membentuk generasi akan datang. Pendedahan oleh pihak media berkaitan masalah disiplin
pelajar setidak-tidaknya menyedarkan masyarakat betapa seriusnya masalah ini. Berita
Harian,12 Julai melaporkan dalam tempoh sepuluh tahun antara 1989 hingga 1998, kadar
jenayah membabitkan remaja lelaki meningkat sebanyak 35 peratus manakala 25 peratus bagi
remaja wanita. Sepanjang 1998 sebanyak 6,338 kes baru direkodkan. Melalui pendedahan
seperti ini, ibu bapa, guru dan kerajaan membuka mata bagi mengatasi masalah disiplin ini.

5.0 Kesimpulan

Masalah disiplin para pelajar hari ini tidak boleh dipandang rinfan kerana jika masalah
ini tidak dikawal ia akan menjadi parasit dan virus di dalam masyarakat. Keadaan ini boleh
mengundang kepada masalah lebih serius di masa hadapan seperti terrorism, mogok dan
sebagainya. Semua ahli masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh atau menyalahkan pihak lain
kerana masing-masing mempunyai peranan masing-masing. Jika semua pihak memainkan
peranan masing-masing, gejala ini dapat dibenteras dan visi kerajaan untuk mencapai Wawasan
2020 akan tercapai. Bak kata pepatah, jika mahu melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Pembentukan emosi yang seimbang dalam diri remaja sangat penting kerana inilah yang akan
mempengaruhi tingkah laku serta pemikiran mereka di masa hadapan.

15
16

Anda mungkin juga menyukai