Anda di halaman 1dari 2

Analisis Sebab Akibat (Cause Effect)

Apakah Analisis Sebab Akibat?


Analisis Sebab Akibat merupakan teknik yang menggabungkan percambahan minda
dengan kegunaan satu peta konsep. Teknik ini digunakan untuk menganalisis
masalah dengan mengenal pasti sebab-sebab yang menjadi punca masalah melalui
percambahan fikiran.
Analisis ini merupakan satu kaedah untuk meringkas, mengatur dan
menerangkan dalam bentuk gambarajah semua sebab kepada sesuatu masalah yang
telah dikenal pasti. Terdapat beberapa gambar rajah alternatif berkaitan tentang
sebab dan akibat termasuklah gambar rajah tulang ikan ishikawa. Pecahan utama
kepada masalah boleh dibahagikan kepada lima (5) kategori yang juga dikenali
sebagai teknik 4M 1E. Kategori-kategori tersebut adalah seperti berikut:
Machine (Mesin)
Manpower (Manusia)
Material (Bahan) Method (Kaedah) Environment (Persekitaran)
Bagaimana Menggunakan Analisis Sebab Akibat?

Menggunakan gambar rajah sebab akibat (tulang ikan Ishikawa) membantu


untuk memberi tumpuan kepada sebab-sebab yang berpotensi dengan menyediakan
struktur visual yang mengaturnya. Dengan meletakkan sebab yang mungkin pada
gambarajah visual, kita boleh mendapatkan gambaran faktor-faktor yang
menyumbang kepada masalah dan melihat hubungan yang mungkin antara masalah.

Langkah-langkah berikut boleh diikuti untuk membina dan menggunakan


gambar rajah sebab dan akibat.
Lukis rajah tulang ikan dengan Akibat/ Kesan masalah disebelah paling kanan
sebagai Akibat/ Kesan daripada Punca/ Sebab yang terletak di tulang ikan (4M 1E -
bahagian kiri) secara mendatar merentas kertas bermula daripada masalah.
Melalui kaedah Percambahan Fikiran, fikirkan dan teroka semua sebab berpotensi
dan tuliskan sebab-seba itu mengikut kategori (Sebab Utama) dan masukkan sebagai
Sebab Tahap 1 atau Sebab Tahap 2. Persekitaran (Environment) Manusia (Man)
Peralatan (Machine) Bahan (Material) Kaedah (Method) Masalah Perlu Diselesaikan
(KESAN) SEBAB AKIBAT SEBAB UTAMA Sebab Tahap 1 Sebab Tahap 2 J-
ProKiPS:- Modul Umum 3: Kaedah dan alat Kualiti
Analisis gambar rajah yang telah dimasukkan semua faktor/ sebab. Kemungkinan
terdapat sebab yang telah muncul beberapa kali
Verifikasi sebab sebenar daripada semua sebab paling mungkin yang telah dikenal
pasti. Gunakan data dan maklumat sebagai asas perbincangan bagi memastikan
sebab sebenar diperolehi dengan tepat. Gambar rajah Sebab Akibat memberikan kita
gambaran yang lebih jelas tentang kerumitan masalah yang cuba untuk kita
selesaikannya. Keputusannya boleh membantu kita menumpukan tenaga pasukan
atau organisasi kepada kategori sebab yang utama di samping membenarkan ia untuk
membuat pelarasan atau peningkatan dalam banyak perkara.

Anda mungkin juga menyukai