Anda di halaman 1dari 4

Buli : Apa Yang Perlu Dilakukan ?

20/06/2014 By Mohd Hilmi Leave a Comment

Apa itu membuli?

Membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain


Kelakuan membuli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya
Di zaman siber ini, membuli ada dilaporkan secara langsung dalam chart room, sistem
pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui E-mail
Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala mangsa buli pula memilih
untuk berdiam diri kerana takut pembalasan dan dimalukan

Mengapa ada pembuli

Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli, mereka


termasuklah:

Faktor keluarga:
o Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa
o Cara disiplin yang tegas
o Kurang perhatian ibu bapa
o Sikap ibu bapa yang mendera

Faktor remaja:
o Sikap yang mendesak
o Sikap panas baran
o Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah
o Menjadi mangsa penderaan fizikal didera atau dibuli

Faktor sekolah:
o Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli
o Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
o Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
o Moral yang rendah di kalangan guru-guru

Mengapa dibuli?

Kebanyakan remaja dibuli jika mereka:

Keadaan fizikal yang kecil dan lemah


Merasa tidak selamat
Malu
Kurang keyakinan diri
Tiada sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru

Bagaimana kita mengenalinya sebagai buli?

Buli berlaku apabila seseorang itu:

Mencederakan secara fizikal


o Contoh: Memukul, menumbuk atau menendang

Mencederakan secara emosi


o Contoh: Memanggil nama tidak elok, menyebarkan khabar angin atau mencaci

Sengaja memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan


Merosakkan harta benda
Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya

Bagaimana anda mengenali seseorang yang dibuli?

Seseorang yang dibuli sering kali:

Merasa takut untuk pergi ke sekolah


Hilang barang-barang kepunyaannya
Merasa sangat bimbang
Hanya ada sedikit kawan
Menunjukkan kemerosotan di sekolah
Balik ke rumah dengan pakaian koyak atau cedera

Bolehkah pembuli ditolong?

Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang. Pembuli
boleh dibantu dengan:

Mengakui itu adalah masalah


Berbincang secara baik dengan pembuli
Menyedari akibat daripada tindakannya
Menukar tingkah laku yang tidak elok
Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doktor

Bolehkah membuli dielak?

YA, boleh!!

Cuba beberapa kaedah di bawah:

Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli


Sentiasa keluar secara berkumpulan
Bersikap berani, jika anda takut:
o Berdiri tegak dan lurus
o Lihat pembuli dengan mata

Jika berhadapan dengan kumpulan buli:


o LARI!!! perbuatan ini tidak memalukan
o Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai

Apa yang akan berlaku jika anda tidak mendapatkan pertolongan?

Pembuli akan berakhir dengan:

Dibuang sekolah
Susah mendapat kawan
Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosial

Mangsa akan menderita akibat:

Mengelak untuk hadir ke sekolah


Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
o Membuatkan mereka bertingkah laku sebagai seorang pengecut

Perasaan tidak menentu


o Rasa rendah diri
Kemurungan
o Membawa kepada perasaan ingin membunuh diri

Di mana boleh mendapatkan pertolongan?

Sama ada pembuli atau pemangsa, bantuan boleh diperoleh dari:

Bercerita kepada orang yang anda percaya, contoh:


o Ibu bapa
o Penjaga
o Kaunselor sekolah
o Guru agama
Cari seseorang yang boleh:
o Mendengar
o Menghiburkan hati
o Mampu memberi nasihat

ATAU
Minta nasihat daripada:

Doktor
Pakar Psikologi
Pakar Psikiatri

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/membuli

Anda mungkin juga menyukai