Anda di halaman 1dari 24

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH

ISMAIL MOHD NOH

LAKONAN
Kemahiran Asas Lakon
Unsur-unsur Teater

Disediakan oleh:

PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH


ISMAIL MOHD NOH
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

TEATER DALAM PENDIDIKAN


DEFINISI DRAMA DAN TEATER

DRAMA:

- Drama bermaksud melakukan sesuatu (to do), bertindak kepada sesuatu


(to act), dan untuk menyelesaikan sesuatu (to accomplish).
- Berasal dari bahas Yunani draomai atau dran yang bermaksud
berbuat, berlaku, bertindak dan sebagainya.
- Drama adalah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu
bayangan kebenaran.
- Dalam bahasa Belanda, drama adalah toneel dan juga diistilahkan
sebagai Sandiwara oleh PKG Mangkunegara VII

TEATER:

- Berasal dari bahasa Yunani tua theateron yang bermaksud tempat


menonton.
- Secara khusus atau etimologis teater berkait rapat dengan pementasan
atau gedung pertunjukan atau auditorium.
- Secara umumnya teater ialah perlakuan atau aksi yang dipertontonkan di
depan khalayak secara langsung pada masa dan tempat yang terhad.
- Konflik kehidupan yang dihasilkan oleh kepelbagaian sifat manusia juga
cuba diketengahkan.
- Secara ringkasnya teater mempunyai hubungan rapat dengan drama dari
segi pemaparan isu dan kehidupan manusia sejagat.
- Perbezaannya yang jelas dari segi masa dan tempat.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Lakonan semula kehidupan dalam drama boleh diulang dan telah melalui
proses edit berbanding teater yang bersifat secara langsung setiap kali
pementasan.
- Oleh itu penyampaian teater boleh berubah-ubah dan memerlukan
kemahiran asas lakon yang tinggi.
- Kecanggihan media menjadikan drama lebih menonjol perkembangannya
berbanding teater yang masih dikaitkan dengan ciri konvensyenal.
- Ciri yang ada ini sebenarnya adalah kelebihan khasnya kepada
seseorang pelaku teater.
- Pelaku teater boleh menjadi pelaku drama tetapi pelaku drama tidak
semestinya boleh menjadi pelaku teater.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
KEMAHIRAN ASAS LAKON

Meliputi 3 perkara utama iaitu

Fizikal
Vokal
Mental dan emosi

FIZIKAL

- Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasi naskhah lakon sama


ada dengan dialog atau tidak.
- Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat(blocking yang baik dan
seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak dimengertikan(sesuai
dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati(sesuai
dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam naskhah lakon).
- Gerak yang terlihat merujuk kepada kedudukan pelaku di atas pentas.
Keseimbangan sangat penting berdasarkan komposisi berikut:

a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri


b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang
c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit
e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap
f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi.

- Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan
terkurang atau berlebih-lebihan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Gerak yang dimengertikan merujuk kepada gerakan biasa yang sudah
sebati dalam kehidupan.
- Gerak menghayati atau menjiwai bererti intonasi pengucapan harus dapat
menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan naskhah.
- Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang
berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung
kaki.Ini termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip),
telinga(mendengar dan mengecam), hidung(ciuman dan bauan),
kulit(meraba sendiri dan benda disekeliling) dan lidah(merasa dengan
menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan sesuatu).
- Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal
lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada 2 :

Gerak teaterikal
- Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang
sesuai dengan apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad
mengikut naskhah sahaja.
Gerak non teaterikal
- Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan
pula kepada 2 jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.

Gerak Halus.
- Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang
berkait rapat dengan ekspresi.

Gerak Kasar
- Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh
kita. Gerak kasar terbahagi kepada 4 iaitu :
a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan
akan bergerak jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk
dan sebagainya.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang.
Misalnya membaca surat khabar, menulis, mengambil air,
menyiram bunga dan sebagainya. Biasanya bergerak dengan
props.
c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang
satu ke tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari,
bergulung-gulung, melompat dan sebagainya.
d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai
orang tua, anak kecil, orang mabuk dan sebagainya.

LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL

Kemahiran improvisasi sangat penting untuk melakukan gerak yang bebas,


indah dan artistik.
- Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini
kita hanya boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian
kepala.
- Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula
daripada bawah hingga kepala.
- Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas.
- Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak
pasangannya secara berganti.
- Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih
berfokus kepada mata atau berpandangan.
- Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan
diri sambil berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak,
diputar dan kemudian dijatuhkan.
- Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut
ketua kelompok atau kumpulan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan
bergandingan memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak.
Mata dipejam dan gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua
kelompok. Tangan jangan sampai terlepas.
- Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman:
Ia meliputi gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam
imaginasi. Latihan ini juga dikenali sebagai observasi.
- Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.
- Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti
benar-benar berlaku.

VOKAL

- Kemahiran vokal juga wujud serentak atau seiringan dengan gerak dalam
kemahiran fizikal khasnya dalam latihan obzervasi dan ilusi.
- Ia penting untuk keserasian dan kesesuaian.
- Asas vocal yang baik sangat penting kepada seorang pelakon.
- Vokal yang baik mempunyai cirri-ciri berikut ;
a) Boleh didengar walau pada jarak yang jauh.
b) Sebutan yang jelas dan bulat (artikulasi)
c) Mesej dialog sampai kepada penonton.
d) Penonton boleh tertarik dengan hanya mendengar vocal

- Vokal yang baik boleh dihasilkan melalui latihan-latihan vocal yang


berterusan dan berkesan.
- Antara latihan vocal yang boleh dilakukan ialah :
a) Tariklah nafas dan keluarkan dengan energi sambil menyebut
wah., mengumam mmmmmm, mendesis sss,
vocal aaa,iii, uuu, eee, ooo.Lakukan berulang kali.
b) Gunakan melodi yang sesuai untuk latihan vocal
c) Berteriak sekuat-kuatnya seperti orang hysteria.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
d) Bersuara, berteriak, berbiacara sambil berjalan, melompat,
membongkok, bergulung-gulung, berlari-lari, berpusing, dan
berbagai variasi lain.

- Pada peringkat awal latihan tekak akan sakit kerana lendir-lendir tekak
sedang terkikis.
- Walau bagaimanapun latihan vocal jangan keterlaluan sehingga
merosakkan peti suara.
- Latihan lebih mudah dan sesuai dilakukan di tempat terbuka dan
luaseperti dalam hutan, di kawasan pantai, sungai dan bukit.
- Walaubagaimanapun boleh juga dibuat di tempat tertutup.

Artikulasi
- Artikulasi sangat penting dalam pengucapan dialog.
- Kecacatan artikulasi dalam vokal boleh berlaku akibat gugup, bercakap
terlalu cepat, latar belakang (latar bahasa) dan kecacatan semulajadi
(tidak boleh menyebut R, L, O dan sebagainya).
- Oleh itu latihan diperlukan untuk mengatasi atau mengurangkan
kecacatan artikulasi.
- Antaranya mengucapkan alphabet dengan betul secara berulang-ulang
dan menggunakan kepelbagaian nada sama ada tinggi, rendah, sengau,
kecil, besar dan sebagainya.

Getikulasi
- Getikulasi adalah suatu cara untuk memenggal kata dan memberi tekanan
pada kata atau kalimat pada sebuah dialog.
- Seperti juga artikulasi, getikulasi adalah berkait rapat dengan pengucapan
dialog, cuma fungsinya sahaja yang berbeza.
- Getikulasi harus dilakukan jika sesuatu dialog itu mempunyai maksud
yang berbeza. Misalnya, Tuan kelewatan. Pergi!
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
Intonasi
- Intonasi merupakan tekanan dalam pengucapan dialog agar tidak
mendatar dan membosankan.
- Terdapat 3 jenis intonasi iaitu :
Tekanan Dinamik (keras-lembut). Dilakukan untuk memberi makna
yang berbeza dalam frasa. Contohnya penekanan pada perkataan
yang dihitamkan dalam frasa di bawah:
a. Saya tidak bersalah !
b. Saya tidak bersalah !
c. Saya tidak bersalah !
Tekanan Nada (tinggi). Mengucapkan dialog dengan nada dan
bukannya seperti biasa.
Tekanan Tempo adalah memperlambat atau mempercepatkan
pengucapan untuk tujuan penegasan sesuatu perkara.

Cross Talk
- Cross talk atau pengucapan mencelah juga sangat penting untuk melatih
artikulasi dan intonasi vocal.

Warna Suara
- Setiap individu mempunyai warna suara tersendiri dan berbeza.
- Warna suara juga berbeza mengikut usia.
- Misalnya warna suara kanak-kanak berbeza dengan warna suara orang
tua. Latihan peniruan suara kanak-kanak, orang tua, pengemis dan
sebagainya boleh memberi variasi warna suara seseorang.
- Vokal yang baik ada kaitan dengan pernafasan.
- Oleh itu sebelum mengenali vocal latihan pernafasan perlulah dititik
beratkan.
- Ada 4 cara pernafasan yang biasa digunakan:
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
a. Pernafasan dada.

- Hanya sesuai sebagai aktiviti pemanasan pernafasan yang akan


mengeluarkan vocal.
- Contohnya dalam latihan humming.
- Walau bagaimanapun pernafasan dada kurang sesuai digunakan
untuk melafazkan dialog kerana boleh menjejaskan lakonan.
- Ini kerana bahu menjadi kaku dan dada membusung akibat udara
yang diserap masuk ke rongga.

b. Pernafasan perut.

- Pernafasan perut berlaku apabila kita menyedut udara ke dalam


perut dan melepaskannya.
- Penggunaannya lebih praktikal kerana tidak menjejaskan aksi
lakonan. Malah suara yang dikeluarkan daripada perut akan lebih
jelas dan bulat.

c. Pernafasan lengkap.

- Pernafasan lengkap merupakan pernafasan yang menggunakan


dada dan perut untuk menyimpan udara sehingga mencapai tahap
minimum. Biasanya pernafasan ini sangat penting ketika
mengeluarkan vocal tanpa banyak pergerakan..
- Pernafasan ini sesuai untuk latihan menyanyi, humming dan
pemanasan vokal.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
d. Pernafasan diafragma

- Pernafasan diafragma ialah apabila diafragma kita mengembang


apabila kita menyedut udara.
- Pernafasan ini lebih kerap digunakan oleh manusia dalam
percakapan seharian.
- Pernafasan ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya
tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan perut.

LATIHAN PERNAFASAN

- Menyedut udara seberapa banyak, masuk ke dada sehingga ke perut dan


tahan.
- Gerakkan badan hingga ke batas bawah, kemudian naik ke posisi asal
sebelum melepaskan nafas yang ditahan di perut tadi.
- Menarik nafas dan mengeluarkannya dengan cepat
- Menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian dikeluarkan melalui mulut
dengan mendesis, mengumam atau cara-cara lain tanpa melepaskannya
terus.

MENTAL DAN EMOSI.

- Mental dan emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dan
memerlukan kemahiran untuk digunakan secara maksima agar lakonan
berkesan.
- Mental dan emosi mestilah sentiasa bersedia dan bijak menangani apa
jua situasi.
- Mental dan emosi ini merupakan ungkapan perasaan dan dalaman
seseorang. Mental mestilah sentiasa bersedia menerima apa jua situasi
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
dan emosi memainkan peranan untuk menunjukkan sesuatu situasi
tersebut misalnya marah, sedih, gembira, benci, bingung, gugup, takut
dan sebagainya.
- Jika mental tidak bersedia emosi tidak dapat wujud dengan sepenuhnya.
- Begitu jugalah sebaliknya. Misalnya jika emosi tidak meresap dalam diri
pasti mentalnya tidak dapat berperanan maksimum.
- Mental dan emosi juga sentiasa beriringan dengan ekspresi,
penghayatan, imaginasi, ilusi dan dalaman seseorang. Imaginasi (khayal
cipta) merupakan kekuatan dalaman dalam membayangkan sesuatu.
- Ilusi pula adalah pengalaman yang diluahkan semula dengan kekuatan
mental dan emosi.
- Perkara ini kemudian divariasi secara kreatif.
- Penghayatan adalah mengamati serta mempelajari isi dari naskhah untuk
diterjemahkan kepada tubuh badan iaitu fizikal, vocal melalui kekuatan
mental dan emosi.
- Untuk merealisasi kandungan naskhah melalui penghayatan, seseorang
perlu:

a) Mempelajari dan memahami keseluruhan naskhah


b) Melakukan gerak serta dialog
c) Menghayati muzik yang bersesuaian untuk mengiringi
penghayatan naskhah.

- Oleh itu jelas kemahiran asas lakon yang lain iaitu fizikal dan vokal juga
tidak terkecuali dijana oleh kemahiran mental dan emosi.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
Persediaan Dan Persiapan Pelakon

- Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan


watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu
yang dipanggil green room.
- Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu
gilirannya masuk ke pentas.

- Pelakon professional selalu memperlihatkan mudahnya berlakon hingga


ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat.

- Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon


hanya akan kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon
yang bertahun-tahun. Ringkasnya seseorang pelakon :

a. Memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat


responsive terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang
keindahan, penderitaan, kezaliman dan sebagainya).

b. Mempunyai kemampuan imaginasi (hayal cipta)


namun tidak terlepas dari kawalan realiti.

Asas Utama Seorang Pelakon:

Bakat (Semulajadi)
Latihan (Pembelajaran)

Amalan (Praktis)
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

Etika Seorang Pelakon

- Jangan menganggap diri sebagai star, primadona.


- Menghormati semua ahli yang terlibat di dalam produksi
- Menepati masa
- Mengikuti setiap rehearsal
- Datang rehearsal dalam keadaan bersedia(warm up,vocal dan prop
personal sentiasa bersama)
- Memastikan berjalan ke setiap landasan latihan tiada benda-benda yang
tajam yang boleh mencederakan.
- Jangan makan, minum, merokok apabila di dalam kostum, kecuali
mendapat kebenaran dari designer atau pengarah.
- Jangan memasang tv atau radio sesuka hati dibelakang pentas.
- Jangan menganggu pelakon lain 20minit sebelum bermula persembahan
- Jangan bertelagah dengan pengarah atau stage manager secara terbuka
- Mempastikan setiap props, kostum dibawah tanggungjawab anda
sebelum dan selepas persembahan. Tempatkan mengikut arahan.
- Jangan bertindak sebagai pengarah atau memberikan cadangan kepada
pelakon lain. Berbincang dengan pengarah terlebih dahulu
- Sentiasa ada kertas dan pen sewaktu rehearsal.

Membentuk Pelakon

- Menyatakan (realisasi) imaginasi pengarah


- Berkerjasama dengan pengarah
- Bekerja secara berkumpulan
- Menyatakan matlamat pengarang
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Menggerakkan plot drama
- Menentukan tema dan persoalan

Teknik latihan lakon banyak merujuk kepada Konstantin Stanilavski (1863-


1938). Beliau adalah:

- Pelopor lakonan realistic


- Pengasas bersama Moscow Art Theatre
- Pernah berkerja bersama Anton Chekov
- Menganggap lakonan bukan sekadar imatasi tetapi sebagai satu proses
mencipta sesuatu yang diisi dengan psikologikal dan mental
- Untuk mencapai proses tersebut beliau memperkenalkan suatu kaedah
yang dikenali sebagai The System.
- Kaedah ini diaplikasi di dalam lakonan pentas dan filem

Membentuk Aksi

Aksi dapat dibentuk daripada tiga proses seperti berikut:

- fizikal
- Intelektual (mampu membuat penganalisaan) sejarah, social, ekonomi,
politik.
- Spiritual (dapat membentuk transformasi)

Lakonan yang baik adalah:

- Keupayaan mempamir gaya tersendiri seperti imaginasi, kejujuran


perasaan dan empati ketika memberi khidmat proses kreatif
- Keupayaan memberi fokus dan mendengar
- Latihan vokal untuk lebih bertenaga, melahirkan emosi dan kejelasan
- Memberi tekanan latihan fizikal mengikut kesesuaian, keseimbangan dan
lentur tubuh.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Mempunyai wawasan terhadap psikologi manusia
- Bersedia memahami dan mencintai bahasa
- Banyak membaca, membuat kajian dan membuat analisis teks.
- Kemahiran lain seperti menyanyi, menari dan bermain alat muzik atau
pertahanan diri dan gerak fizikal lain seperti pelawak sarkis, acrobatik dan
menjugel (juggling), commedia dell arte dan mengaplikasi teknik topeng,
serta improvisasi juga membantu kualiti lakonan.

Kaedah The System oleh Constantin Stanislavski

Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya


membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah
Stanilavski seperti berikut:

The magic if

- Keajaiban kalausatu cara bagaimana pelakon berimaginasi dengan


membuat soalah demi soalan seperti bagaimana kalau saya dalam
situasi yang begitu? Contohnya:
a. Anda sedang bersiap sedia untuk menghadirkan diri ke Majlis
Khidmat Cemerlang, tiba-tiba lampu padam.
b. Tiket penerbangan,tempahan hotel dan pakej pelancongan
semua telah sedia untuk anda bercuti, tiba-tiba anda mendapat
telefon dari pejabat cuti anda dibatalkan kerana ada tugasan
yang belum diselesaikan.
c. Anda menaiki keretapi untuk menghadiri seminar yang penting,
tiba-tiba di pertengahan perjalanan anda menyedari telah
tersilap naik keretapi.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

Given Circumstances

- Memberi sebab-sebab tertentu tentang fakta dalam skrip yang tidak


diperjelaskan oleh penulis seperti plot, latar sejarah, latar watak dan
perwatakan dan latar masyarakat yang diwakili.
- Ringkasnya sebab-sebab tertentu perlu diperjelaskan seperti berikut:

a. Fakta di dalam plot, zaman, masa dan tempat untuk aksi


b. Interpretasi pengarah dan pelakon
c. Penggunaan set, props, kesan bunyi yang digabungkan untuk
menghasilkan perwatakan
d. Pengaruh persekitaran akan memberikan kesan kepada
psikologi dan fizikal watak
e. Pelakon perlu dibiasakan dengan persekitaran tersebut
f. Aksi yang berkesan dan bertenaga adalah bergantung kepada
persekitaran yang dihadapi
g. Pencarian terhadap kejadian dan persekitaran sedia ada di
dalam drama akan membolehkan pelakon memilih aksi
meletakkan pengalaman dalaman dan emosi

Subtext - Makna disebalik perkataan


- Makna tersembunyi yang mendalam bagi pengucapan dialog yang
dilontar yang ada kena mengena dengan sebalik kehidupan watak.
- Manusia amat sukar untuk mencari perkataan yang sesuai dengan
ekspresinya
- Subtext akan membentuk perkataan dengan menjadi unik
- Perkataan yang sama akan membolehkan mempunyai makna yang
berlainan bergantung kepada individu yang mengucapnya
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH
- Stanilavski: nilai perkataan tersebut bukan hanya terletak pada perkataan
itu sendiri \ tetapi kandungan subtextnya pada pelakon setiap baris ayat
mesti dipelajari sejak awal lagi

Super Objektive
- Merujuk kepada tujuan utama yang hendak dicapai setiap watak bagi
satu-satu babak, satu keistimewaan yang hendak dihasilkan bagi satu-
satu aksi atau apa yang hendak diperlihatkan oleh pelakon.
- Menurut Stanislavski: Tiada penulis skrip yang hebat maka tiada teater
yang hebat.
- Super Objektif adalah pati kepada sebuah drama yang perlu dipandu
dengan teliti oleh pengarah dan diinterpretasikan oleh pelakon dan juga
peristiwa.
- Pelakon harus mempunyai super objektif
- Daripadanya ia akan dipecahkan di dalam beberapa objektif
- Daripadanya objektif akan dipecahkan kepada bebrapa unit atau bit.
- Contoh: Nak Mencuri Ayam, Nak Memikat.
Motivation

- Merupakan dorongan untuk mencungkil perkara tersembunyi.


yang ada pada setiap tingkah laku / kelakuan / gelagat watak-watak

Obstacle - Halangan

- Sesuatu yang tidak terbaca oleh watak, sesuatu yang menghalang


pelakon mencapai tujuan lakonnya yang menghalang tujuan dan
pelaksanaan

Concentration - Penumpuan

- Keupayaan pelakon memfokuskan perhatiaan yang sempurna.


PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

PERSEDIAAN SEORANG PELAKON

- Pergi menonton sebanyak-banyaknya


- Cari kelas teater atau lakon dimana-mana sekolah/bengkel drama atau
teater
- Sertai sekolah/kumpulan improvisasi
- Pergi ke ujibakat yang dianjurkan oleh kumpulan teater
- Menjadi sukarelawan pekerja belakang pentas dan lihat latihan seboleh
mungkin
- Cari kursus-kursus lakonan
- Semak web site teater untuk maklumat terkini mengenai lakonan dant
eater
- Baca banyak skrip teater

UNSUR-UNSUR TEATER

- Unsur-unsur teater merupakan perkara yang wajib diketahui dalam


kehidupan berteater selain daripada kemahiran asas lakon.
- Unsur-unsur teater terdiri daripada:
Pelaku
Ruang
Mesej
Penonton Kolektif
Naskhah Lakon
Gabungan
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

PELAKU

- Pelaku adalah pemain peranan dalam sesuatu pementasan seperti


pelakon, penari, penyanyi dan pemuzik.
- Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelaku sama ada yang berlaku
secara terancang (dalam persembahan/pementasan) atau tidak terancang
(dalam kehidupan seharian).
- Pelaku terancang sangat penting dalam sesebuah persembahan atau
pementasan.
- Dengan kemahiran asas lakon aksi pelaku yang dirancang akan menjadi
natural seperti pelaku yang tidak terancang.
- Pelaku terancang terbahagi kepada:

a) Pelaku watak manusia.


- Meliputi perwatakan manusia yang ada di sekeliling kita.
- Contohnya penagih dadah, bapa, emak, nenek, OKU, orang gila,
orang tua dan sebagainya.
b) Pelaku watak bukan manusia
- Diwujudkan melalui imaginasi, fiksyen, khayalan dan sebagainya
mengikut kreativiti seseorang.
- Ia meliputi pelaku unsur alam semulajadi, haiwan dan alam
khayalan atau fiksyen.
- Contohnya pokok, rebut dan ombak

Perlu diingatkan pelaku yang diketengahkan dalam sesebuah pementasan


bersifat hiperbola mengikut kreativiti pembawaannya.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

RUANG

- Ruang ialah kawasan yang disediakan khas untuk pelakon beraksi di


pentas
- Pada umumnya ruang di pentas dibahagikan kepada 9 bahagian.
- Bahagian-bahagian ini mempunyai keutamaan dan peranannya yang
tersendiri.
- Ia juga menjadi panduan kedudukan pelaku di atas pentas atau bloking
kerana perkara ini tidak ditetapkan dalam naskhah lakon.
- Ruang dan gerak merupakan perkara yang mementingkan perkara berikut

a) Bahagian kanan lebih utama daripada kiri


b) Bahagian depan lebih utama daripada belakang
c) Yang tinggi lebih utama daripada yang rendah
d) Yang lebar lebih utama daripada yang sempit
e) Yang terang lebih utama daripada yang gelap
f) Menghadap lebih utama daripada membelakangi
Sila masukkan gambarajah ruang
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

Penggunaan ruang yang baik berkait rapat dengan bloking dan setting yang
mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Seimbang

- Seimbang dari segi kedudukan atau bloking pelaku di atas pentas.


- Seimbang dari segi letak duduk set dan props seperti alat muzik dan
pemainnya. Bagi mewujudkan keseimbangan, kedudukan pelaku tidak
sesuai dikelompokkan atau dikumpul di satu bahagian pentas sahaja.

b) Utuh

- Utuh adalah penghasilan bloking yang bersifat kesatuan dan tidak saling
menutupi.
- Walau bagaimanapun keutuhan itu tidaklah sampai bersifat stereotaip
kerana kreativiti masih diambil kira.

c) Bervariasi

- Kedudukan pelaku sebaiknya dipelbagaikan agar tidak hanya di satu-satu


tempat sahaja.
- Variasi juga melibatkan kepelbagaian pergerakan atau aksi yang berbeza
dan tingkat atau aras juga dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa bosan
penonton.

d) Memiliki titik pusat

- Titik pusat penting untuk menjadi sempadan dan panduan pelaku.


- Ia penting untuk memusatkan perhatian, kosentrasi agar penggunaan
ruang yang ada tidak bercelaru.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

e) Wajar

- Penggunaan ruang mestilah bersifat wajar iaitu penggunaan yang natural


dan tidak dibuat-buat atau stereotaip.
- Kedudukan pelaku dan set harus mempunyai alasan tersendiri di samping
boleh memotivasikan pelaku untuk menghidupkan watak.

MESEJ

- Mesej merupakan hasrat yang hendak disampaikan oleh penulis dan


pengarah.
- Tanpa mesej sesebuah pementasan itu diumpamakan seperti tin kosong.
- Mesej biasanya berdasarkan pelbagai isu yang ada disekeliling kita
digarap dalam bentuk persembahan untuk disampaikan semula kepada
masyarakat sama ada melalui perlakuan atau perkataan.
- Perlakuan adalah melibatkan gerakan pancaindera dari hujung rambut
hingga ke hujung kaki.

PENONTON KOLEKTIF

- Penonton kolektif dalam sesebuah pementasan teater merupakan mereka


yang hadir khusus untuk menyaksikan persembahan secara terus dari
pelaku yang beraksi di pentas.
- Secara umumnya penonton yang hadir sama-sama merasai dan
memberikan respons terhadap apa yang disajikan.
- Penonton kolektif hanyalah melibatkan sebahagian kecil penonton dan
babak sahaja kerana pada dasarnya pelaku dan penonton masih terpisah.
- Penonton kolektif boleh berlaku melalui hubungan mata, bahasa badan,
memek muka dan kata-kata tetapi tidak sampai berlebih-lebihan.
PENSYARAH BAHASA MELAYU IPG KAMPUS IPOH
ISMAIL MOHD NOH

NASKHAH LAKON.

- Naskhah lakon ialah skrip yang ditulis sebagai panduan dalam sesuatu
pementasan teater.
- Ia bukan sahaja panduan kepada pelaku tetapi seluruh tenaga produksi.
- Naskah penting untuk dijadikan penduan bagi mengelakkan pelaku dan
tenaga produksi tersasar atau menyimpang daripada kehendak cerita
yang cuba diketengahkan.
- Oleh itu naskhah lakon perlu dihayati oleh semua yang terlibat dalam
produksi berkenaan.
- Naskhah lakon bukan hanya merujuk kepada dialog semata-mata tetapi
termasuk semua perkara dalam produksi berkenaan.

GABUNGAN

- Seorang pelaku perlu menguasai kemahiran fizikal, vokal, mental dan


emosi.
- Gabungan kesemua kemahiran ini dapat mewujudkan suatu
persembahan yang mantap.
- Selain itu, aspek sinografi juga menjadi satu gabungan penting dalam
sebuah pementasan teater.
- Dalam hal yang demikian, seorang pelaku juga perlu menguasai
kemahiran improvisasi bagi mewujudkan kreativiti dan imaginasi yang
tinggi semasa berlakon.