Anda di halaman 1dari 2

Tazkirah Ukhuwwah

Tatkala terpancarnya Nur Syahadah ke dalam jiwa insan,

Bersinarlah hatinya dengan cahaya keimanan

Setiap jiwa yang terpateri kalimat

Maka terjalinlah ukhuwwah yang akan memacakkan panji Islam.

Wahai saudaraku yang beriman,

Apakah harus kita leraikan ikatan suci ini dengan benci dan nista,

Walau berbeza fikrah, bukan bererti putusnya simpulan ukhuwwah

Sekalipun tariqat dan manhaj tidak selorong, tidak seharusnya dakyah permusuhan dilaung.

Allah s.w.t. berfirman:

Mafhumnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah


antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-
Hujuraat, 10)

Wahai kekasihku,

ikatan ini sentiasa utuh walau disimpul terjal

Lantaran inilah ukhuwwah hakiki

Berbeza bahtera namun membelah lautan yang sama,

Demi menuju redha Al-Khaliq.

Ayuh kita padukan ukhuwwah

agar tiada musuh durjana yang mampu meleraikannya

sebarkanlah mahabbah pada setiap detik nafasmu dalam menyampaikan dakwah


Hindarilah perpecahan yang membawa kemurkaan Tuhan

Dalam meniti jambatan makrifat

Kerana jalinan ukhuwwah ini adalah Sunnah yang sering dilupakan umat Muhammad

Mari sama-sama kita hayati sirah perjuangan baginda yang penuh hikmah dan mahabbah.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya: "Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti
dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Wallahu Alam Bish Shawwab

Anda mungkin juga menyukai