Anda di halaman 1dari 4

Silir Daksina - Nizar Parman

1. Silir Daksina. Novel ini memenangi tempat kedua


pertandingan novel remaja HSKU 2009 hasil tulisan
saudara Nizar Parman. (klik sini untuk ke blog beliau)

2. Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja, (harus


untuk pemenang HSKU antara ciri-ciri yang perlu
diperhatikan adalah watak utamanya ialah seorang remaja)
bernama Haiqal Haqimi. Hidup bersama ibu dan ayah
tirinya.

3. Suatu hari didatangi sebuah manuskrip lama yang di


dalamnya terdapat tulisan-tulisan arwah ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan manuskrip lama itu, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Johor Bahru.

4. Keputusan beliau untuk ke Johor untuk mencari arwah


ayah kandungnya telah mendapat tentangan daripada
ibunya. Ibu Haiqal melarang anaknya ke Johor atas sebab-
sebab tertentu yang saya kurang jelas. Apa yang di beritahu
hubungan ibu dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya
tidak bahagia sehingga berpisah dan ibunya membawa
Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah
Haiqal, Abdullah bin Kayan, tinggal kesepian di Johor
Bahru. Kesepian keseorangan dan kerinduan kepada
anaknya, Haiqal Haqimi.

5. Namun keputusan Haiqal telah bulat walaupun ibunya


melarang keras dia ke Johor Bahru. Ibunya tidak mahu
Haiqal mengikuti jalan hidup Abdullah bin Kayan.

6. Sesampai di kampung arwah ayahnya, Haiqal


disambut dengan mesra oleh penduduk kampung di sana
kerana Abdullah bin Kayan ini seseorang yang disegani di
situ. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.

7. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam


novel ini. Watak Abdullah Kayan dijadikan sumber untuk
menyampaikan mengenai tarian seni zapin ini. Watak ini
juga diceritakan sebagai seorang yang mencintai sastera.
Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah
kandungnya. Dan semenjak ayahnya meninggal dunia
kampung tersebut kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin dan sastera di kampung itu.
Maka semuanya sepi setelah pemergian Abdullah Kayan.

8. Kedatangan Haiqal ke kampung tersebut telah berjaya


membuka kembali perhatian dan semangat penduduk
kampung terhadap seni zapin ini. Dan cerita seterusnya
adalah tentang Haiqal berusaha mengenali arwah ayahnya
di kampung tersebut.

9. Saya berkali-kali mengingatkan diri sendiri ketika


sedang membaca novel ini bahawa ini adalah pemenang
bagi novel kategori remaja. Tidak haruslah untuk saya
mengharapkan sesuatu karya yang berat ideologi dan
pemikirannya dengan bahasa-bahasa yang bersulam-sulam
dari novel ini. Jadi saya membaca seadanya dengan
tanggapan yang benar bahawa novel ini adalah pemenang
kategori remaja.

10. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini


menepati ciri-ciri yang mewajarkan ia memenangi HSKU
pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak
remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi
dan berakhlak mulia. Juga novel ini memberi sedikit
sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin
dilupakan kini. Kekuatan novel ini juga terletak pada
integrasi kaum antara masyarakat Melayu dan Cina.

11. Tapi oleh kerana bacaan saya yang lemah saya


merasa jalan ceritanya begitu mendatar tanpa graf naik
turun bagi mendatangkan ghairah untuk terus membaca.
Dan unsur saspens yang menurut panel hakim mampu
merangsang keinginan untuk mengetahui kisah seterusnya
tidak saya rasai langsung. Mungkin kerana bacaan saya
yang lemah. Atau sahaja mungkin saya perlu
mengulangbaca semula novel ini untuk benar-benar
merasainya.
12. Segala penceritaannya adalah disengajakan buat
disesuaikan dengan tahap remaja itu sendiri agar para
remaja lebih mudah membacanya dan memahaminya tanpa
sebarang masalah.

13. Apa yang penting bagi pemenang HSKU ini adalah


ceritanya mampu untuk memberi nilai positif kepada para
pembaca iaitu golongan sasarnya adalah remaja. Jalan
ceritanya akan memberi kesan kepada remaja untuk lebih
bercita-cita dalam merencana masa depannya.

14. Mungkin saya akan menjadi tidak adil jika


mengharapkan sesuatu yang lebih dari novel ini. Halnya
kerana novel ini dalam kategori remaja dan panel hakim
telah pula menetapkan semua ciri-ciri khas untuk diikuti
bagi melayakkan mereka bertanding dalam pertandingan ini.
Cuma yang membezakan novel-novel pemenang HSKU ini
ialah nilai kreativiti pengarangnya. Mungkin itu yang
kurang bagi saya setelah membaca ketiga-tiga novel
pemenang HSKU tahun 2009 ini. Tiba-tiba teringat ketika
tahun-tahun Faisal Tehrani 'menguasai' HSKU. Walaupun
dalam kategori remaja, dengan ciri-ciri yang telah
ditentukan pula, Faisal mampu untuk membawa kelainan
dalam setiap novelnya yang memenangi HSKU ketika itu.
Tidak hanya sesuai dibaca oleh remaja, malahan jalan
cerita serta gaya bahasa dan olahannya juga enak diladeni
oleh khalayak yang lebih dewasa. Kreativiti dan imaginasi.

15. Apapun tidak rugi jika membaca Silir Daksina ini.


Dari tajuknya sahaja ia telah unik. Selamat membaca,
semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai