Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI SENI VISUAL USM

KERTAS KERJA
PAMERAN SENI 2014

DISEDIAKAN OLEH : MOHAMMAD NORFADLI BIN SHAFIE (PPG5)


Kertas Kerja Pameran

1 PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat

saya menyiapkan kerja Pendidikan Seni Visual bagi tahun 2014 dalam semester kelima saya.

Dalam kerja kursus Pendidikan Seni Visual kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan

satu tugasan berkaitan dengan melaksanakan kertas kerja. Melalui tugasan ini, saya telah

diminta untuk melaksanakan sebuah pameran.

Di samping itu, saya juga diminta menyediakan sebuah kertas kerja yang lengkap untuk

membuat pameran selama seminggu. Saya juga menyiapkan hasil tugasan ini daripada

pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencarimaklumat

yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah yang juga banyak

membantu dan sebagai pembimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah

membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan untuk melengkap dan

menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima kasih kepada semua yang telah

membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung. Khususnya kepada keluarga yang

telah banyak memberi sokongan moral. Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang.

Ini kerana segala aktiviti yang dijalankan adalah mengikut buku programnya. Semoga tuan

dapat memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat mengetahui

konsep falsafah dengan lebih mendalam. Segala tunjuk ajar tuan tidak akan saya lupakan.

Sekian terima kasih.

2 PENGENALAN

1
Pameran SENI 2014 adalah anjuran Fakulti Pendidikan Seni Visual (FPSV) Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang (USM).

Pameran SENI 2014 memberi ruang dan peluang kepada pelbagai generasi warga USM

untuk memperagakan karya dan melunaskan tanggungjawab sosial dalam mendidik masyarakat

untuk menghargai dan mencintai seni. Pameran seni merupakan aktiviti tahunan yang

dikendalikan dan dilaksanakan oleh Fakulti Seni Visual. Program ini melibatkan semua warga

kampus. Sebanyak 29 orang mahasiswa/siswi yang menaungi pameran ini dibantu oleh dua

orang pensyarah.

3 KERTAS CADANGAN

MESYUARAT KELAS PPG4

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG

KALI_____/2014

4 TAJUK

Cadangan untuk melaksanakan pameran Pendidikan Seni Visual Tahun 2014

5 TUJUAN

Kertas kerja ini dilaksana untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Fakulti Pendidikan

Seni Visual untuk meluluskan pelaksanaan Pameran Pendidikan Seni Visual bagi Tahun 2014

sebagai memenuhi keperluan sukatan pelajaran PPG semester lima.

6 LATAR BELAKANG

2
Pameran ini merupakan tugasan kerja kursus Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

semester lima Major Pendidikan Seni Visual.

Pameran ini diadakan selama lima hari yang bermula dari 24 November 2014 sehingga

28 November 2014.

Pameran ini diadakan di Dewan Besar USM, Pulau Pinang.

Pameran seni visual ini tutut memohon kerjasama daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN)

serta pelukis bebas.

Usaha untuk mendedahkan kepada warga USM dan memberi pengalaman kepada

mahasiswa/siswi untuk mengendalikan program pameran yang berskala besar, maka pameran

seperti ini harus dilaksanakan.

7 ASAS PERTIMBANGAN

Pameran ini merupakan program pelaksanaan kerja kursus Program Pensiswazahan Guru

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Kejayaan program ini diharapkan dapat membantu pensyarah untuk membuat penilaian

terhadap tugasan yang perlu dilaksanakan.

Pameran ini bertujuan untuk melahirkan daya celik intelek yang tinggi dan kreativiti mereka

dalam bidang seni terutamanya.

Pameran ini akan menjadi panduan dan sumber idea kepada para mahasiswa/siswi untuk

mebuat perancangan pameran apabila diminta untuk mengendalikan sesebuah pameran besar

seperti ini.

Bahkan, pameran ini berfungsi untuk menunjukkan bakat keratif melalui hasil-hasil karya yang

bermutu dan menarik oleh mahasiswa/siswi khususnya untuk dipaparkan kepada orang ramai

untuk lebih menghayati seni

Justeru, pameran Pendidikan Seni Visual ini memberi pengetahuan dan pengalaman baharu

dalam kalangan mahasiswa/siswi tentang kesenian dan budaya tempatan selain daripada

mengetahui aktiviti yang boleh dikendalikan dalam bilik darjah sewaktu P&P.

3
8 IMPLIKASI

Warga kampus yang terlibat dalam pameran ini sama ada secara langsung dan tidak langsung

akan dapat menonjolkan bakat yang ada dalam diri masing-masing yang terpendam selama ini.

Maklmumbalas daripada warga universiti merupakan satu bentuk penilaian tidak langsung

yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada para warga kampus yang terlibat.

Warga universiti dapat mengenalpasti dan memahami dengan lebih mendalam tentang bidang

seni visual.

Pameran ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada para mahasiswa/siswi pada masa akan

datang.

9 OBJEKTIF

Dalam pendidikan seni visual, pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan menuju ke arah

obkektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Pelbagai cara dilakukan untuk melengkapkan misi

dan visi yang ingin dicapai. Objektif dan matlamat adalah seperti berikut;

Memberi pendedahan kepada warga universiti mengenali dengan lebih rapat tentang bidang

seni visual.

Memberi pemantapan ilmu seni visual dalam kehidupan

Membuka minda masyarakat di luar lingkuangan Seni Visual akan perkembangan Seni Visual,

khususnya dalam bidang pendidikan.

Mencungkil bakat dan peluang seni lukis dari kalangan mahasiswa/siswi, bekas

mahasiswa/siswi, guru seni dan pensyarah-pensyarah USM untuk mempamerkan bakat dan

kreativiti seni masing-masing.

Berusaha untuk memelihara dan mengetengahkan idea dan bentuk kelestarian dan diterjemah

ke dalam bentuk seni.

4
Meletakkan satu tanda aras baru profesionalisme dari segi pengurusan pameran seni.

Membina jaringan antara warga kampus.

Mencari golongan pelapis yang bepotensi tinggi untuk menampilkan hasil karya yang kreatif,

inovatif dan berkualiti.

Mempamerkan tahap kandungan dan hubungan antara karya dengan hubungan sosial dan

budaya menerusi stail dan kreativiti melalui Pendidikan Seni Visual.

Pembangunan modal insan yang berpengetahuan tinggi.

Menanamkan budaya kreativiti dan inovasi dalam semua bidang

Memberi pemantapan ilmu dan pendedahan terhdap prospek kerjaya Seni Visual.

10 TEMA

Tema bagi Pameran SENI 2014 ialah pancarwarna. Konsep pancarwarna membawa

makna bahawa penggunaan warna dalam kehidupan seharian kita saling berkait rapat. Malahan,.

Konsep pancarwarna membawa makna kita hendaklah sentiasa memandang kehadapan di

samping menjadikan masa lalui sebagai iktibar dalam kehidupan. Jadi, pemilihan pancarwarna

akan membawa perubahan ke dalam sesuatu bidang secara melaus, menyuluruh dan cepat

dalam usaha meningkatkan tahap apresiasi seni oleh masyarakat terhadap karya.

11 KONSEP DAN STRATEGI

11.1 PEMASARAN CETAKAN

Produk-produk cetakan seperti poster, banner dan katalog akan dihasilkan oleh kelas PPG4 dan

dipaparkan di seluruh universiti untuk mempromosikan program ini.

11.2 LIPUTAN MEDIA

5
Kami akan berusaha untuk menggunakan laman sosial, seperti; Facebook, Blog, Twitter dan

sebagainya untuk menghebah segala perkembangan dan perjalanan proses pameran agar

sentiasa diketahui umum dari semasa ke semasa.

12 TEMPOH PROGRAM

Program ini dijalankan selama 5 hari.

13 TARIKH

Tarikh yang dirancang ialah 24-28 November 2014

14 TEMPAT PAMERAN

Dewan Besar Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana:

Kawasan yang luas untuk mempamerkan karya

Suasana yang kondusif; pengaliran udara yag baik untuk memudahkan orang ramai menyertai

program ini dengan selesa

15 KETERANGAN TARIKH

23 November 2014 = Persedian Pameran

24 November 2014 = Pameran Berlangsung

25 November 2014 = Perasmian

26 November 2014 =Pameran Berlangsung

27 November 2014 = Pameran Berlangsung

- 28 November 2014 = Perasmian Penutup Pameran

16 KUMPULAN SASARAN

6
Pameran ini mensasarkan kepada semua warga USM.

17 KESIMPULAN

Pameran Seni Visual ini merupakan aktiviti yang perlu disertai oleh semua pihak agar

kesenian dan nilai intelektual yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi bersama-sama.Bahkan,

hal ini juga adalah untuk meningkatkan daya kreativiti yang terdapat dalam diri warga kampus

terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukan dalam tugasan seharian, terutamanya dalam

penyediaan bahan bantu mengajar atau bahan-bahan pengajaran yang lain.

Diharapkan agar pameran SENI 2014 ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan

cadangan pelaksanaan Pameran Pendidikan SENI 2014.

18 CARTA ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM

PENAUNG

Puan Aminah binti Suleiman

(Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual)

PENASIHAT

Encik Amiruddin bin Zakaria

Encik Shaari bin Awang

(Pensyarah Pendidikan Seni Visual)

19 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PELAJAR

7
PENGERUSI

Mohd Iqwan bin Mohd Zuki

TIMBALAN PENGERUSI

Nur Baya binti Budiman

SETIAUSAHA

Aini Afifah Binti Azizan

TIMBALAN SETIAUSAHA

Mohammad bin Ishak

BENDAHARI

Syuhaida binti Abdul Rahman

19.1 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI

KETUA

Ahmad Fauzi Bin Abdul Manaf

AHLI

Asyraf Hilmi bin Kharil

19.2 AHLI JAWATANKUASA PUBLISITI

8
KETUA

Alice Voo Siau Fern

AHLI

Shahril Ikram bin Abdul Rahman

Siti Almunawwarah binti Shahuddin

19.3 AHLI JAWATANKUASA CENDERAMATA

KETUA

Asnizah binti Jusmin

AHLI

Sahrul Hafizi bin Azmi

Sarmi binti Undang

19.4 AHLI JAWATANKUASA PERALATAN DAN PENTAS

KETUA

Erma Binti Jail

AHLI

Nur Syuhaidah binti Abdul Rahman

Radiyatul Nur Baya binti Budiman

19.5 AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

KETUA

Khairul Najwa binti Zulkifli

AHLI

Nurul Nadwah binti Khalid

9
Nurul Diana binti Dawam

19.6 AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI, BUKU PROGRAM DAN PROTOKOL

KETUA

Melisa binti Amirullah

AHLI

Nurul Ameera binti Juhaidie

Nur Dalilah binti Adnan

19.7 AHLI JAWATANKUASA SIARAYA

KETUA

Morini Gipis

AHLI

Noor Afifah binti Azizan

Noor Syazwani binti Sabri

19.8 AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL

KETUA

Mohd Fahmi Iqwan bin Mohd Zuki

AHLI

Nik Ahmad Syafiq bin Zahari

Norsani bin Mohd Saad

19.9 AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN KECERIAN

10
KETUA

Mohammad Fauzan bin Mohd Khalid

AHLI

Muhammad Adib bin Zakaria

Nadia Afifah binti Abdul Latib

19.10 AHLIJAWATANKUASA MAKANAN & PERTANDINGAN

KETUA

Mohammad Firdaus bin Ishak

AHLI

Muhamad Hizami bin Nazri

Mohammad Irfan Mustaqim bin Ariffin

20 PENGANGKUTAN BAS SEPANJANG PROGRAM

HARI SESI PAGI SESI PETANG

ISNIN PRASEKOLAH GELUGOR SMK SAINT XAVIER

SEK.KEB SUNGAI ARA SMK CONVENT

SELASA PRASEKOLAH TAMAN MIDAH SMK TAMAN MIDAH

SEK. KEB TAMAN MIDAH SMJK CHUNG HWA

RABU PRASEKOLAH IPGP SMK TELUK KUMBAR

SMK SEBERANG JAYA SK MACHANG BUBUK

KHAMIS PRASEKOLAH TANJUNG TOKONG SMK DESA MURNI

SEK.KEB SUNGAI RAMBAI SM SAINS KEPALA BATAS

21 JADUAL PENGISIAN AKTIVITI SEPANJANG PAMERAN BERLANGSUNG

11
PAMERAN DEMO AKTIVITI SAMPINGAN

ARCA X PERSEMBAHAN GAMELAN

LUKISAN / TARIAN ZAPIN

CATAN / TARIAN INANG

KRAF TRADISIONAL / UKIRAN BUAH TEMBIKAI

BATIK / PERTANDINGAN GAYA PERSONALITI

TEMBIKAR / AKTIVITI MEMBUAT

GRAFIK & MULTIMEDIA / BENGKEL KOLAJ

CETAKAN / PERSEMBAHAN VIDEO

ORIGAMI / AKTIVITI MEWARNA BATU SUNGAI

KOLAJ / PERSEMBAHAN BONEKA

MANIK DAN AKSESORI WANITA / PERSEMBAHAN TARIAN MAKYON

ANYAMAN TIKAR / SESI APRESIASIASI SENI

AKTIVITI MURAL

GERAI JUALAN

22 REFLEKSI

Berdasarkan tugasan yang diberi pada, saya dapat mendalami dan memahami cara

mengendalikan sesebuah pameran dengan nilai yang tersendiri. Justeru ini mengajar saya agar

menghargai sesebuah karya dengan memahami apa yang cuba pengkarya ingin sampaikan

melalui karyanya. Walaupun pada sebelum ini tidak penah diberi tugasan untuk melaksanakan

sesebuah aktiviti pameran seperti ini yang melibatkan ramai pihak khasnya, warga USM.

12
Sesebuah pameran perlu dilaksanakan dengan tempoh yang lama supaya segala aktiviti

yang dirancang mengikut programnya. Walaupun masa yang diberi untuk melaksanakan tugasan

ini amat padat, tetapi saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan suapaya

kertas kerja ini dapat disiapkan mengIkut tempoh yang diberi.

Sebenarnya, banyak maanfat yang saya dapati daripada melaksanakan kertas kerja ini.

Ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan mesti ada maanfaatnya yang tersendiri. Setiap kertas

kerja yang dilaksana mesti mempunyai objektif yang baik dengan memupuk nilai-nilai murni di

dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Sesungguhnya mengendalikan sesebuah pameran memberi banyak manfaat kepada

semua lapisan masyarakat. Masyarakat akan lebih menghayati dan memahami nilai-nilai murni

apabila melihat sesebuah karya diapaparkan pada sudut ruang pameran. Bahkan ini akan

memupuk semangat untuk mendalami seni dalam jiwa serta mencungkil bakat yang selama ini

hanya disimpan tanpa dibuat apa-apa.

Selain itu, kertas kerja yang dilaksanakan ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan

apabila telah mengajar kelak apabila diberi tugasan untuk melaksanakan pameran mahupun

anjuran program-program besar. Justeru, ini mengajar saya supaya lebih bersiap sedia untuk

menghadapi sebarang situasi dengan mudah.

Bahkan, pameran seperti ini dapat menjulang nama USM kerana mengeluarkan guru-guru

yang berkualiti tidak hanya tertumpu kepada bidang tertentu sahaja. Ini kerana melalui seni, daya

kreativiti mereka dapat dicungkil dengan pelbagai cara dan langkah agar lebih mudah untuk

menyampaikan dan memahami

13
Akhir, saya berharap agar program pameran SENI 2014 ini dapat dilaksanakan kerana ia

membawa maksud yang mendalam kepada setiap individu serta banyak memberi manfaat

kepada kehidupan seharian kita.

23 RUJUKAN

Admin. (2009, September). Contoh Kertas Kerja. Didapatkan Ogos 14, 2012, daripada Art Activity by

IPGM KSAH: http://zagview.blogspot.com/2009/09/contoh-kertas-kerja.html

Ahmad Fadzli Yusof, A. R. (2007). Resipi Kejayaan untuk Bendahari Program. Kuala Lumpur: PTS

Millinea Sdn. Bhd.

Ahmad Fadzli Yusof, A. R. (2007). Resipi Kejayaan untuk Pengarah Program. Kuala Lumpur: PTS

Millinea Sdn. Bhd.

Ahmad, N. (2011, November 7). Kertas Kerja (contoh). Didapatkan Ogos 2012, 2012, daripada

cikguseni.com: http://cikgusenismkbk.blogspot.com/2011/11/kertas-kerja-program-contoh.html

Halim, M. A. (2005). Mengurus Gerai Pameran. Pahang Darul Makmur: PTS Professional.

Johor, S. S. (2011, Oktober). Koleksi Kertas Kerja. Didapatkan Ogos 13, 2012, daripada Pusat Sumber

Sekolah SMKA Segamat Johor: http://pusatsumbersmkas.blogspot.com/2011/10/program-bulan-

julai-bulan-membaca_04.html

Rosli, S. A. (2010). Contoh Tentatif Program Pameran Seni Visual 2010. Didapatkan Ogos 14, 2012,

daripada Scribd: http://www.scribd.com/doc/41396729/Tentatif-Program-Pameran-Seni-Visual-

2010

14