Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha Tuan Guru Besar Encik Palajuman

Yang dihormati Guru Penolong Kanan satu En.Mairin


Guru Penolong Kanan Hem En.Jacklon
Guru Penolong Kanan Kokurikulum En.Handrison
Guru-guru dan murid-murid SK Kenang Kenangan
Yang dikasihi dan dirahmati Allah swt. Sekalian

Bagi meneruskan perhimpunan pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru dan
murid-murid berdiri untuk bersama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu Sabah
Tanah Airku.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan saudara ______________
untuk merafakkan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara ____________ atas bacaan doa itu tadi.

Kita teruskan majlis dengan mempersilakan saudara/saudari __________ untuk mengetuai pembacaan
ikrar. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan ikrar sebentar tadi.

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah InayahNya maka dapat kita
berkumpul dan berhimpun pada pagi ini. Kita juga bersyukur kepada Allah Yang Maha Perkasa,
kerananya dengan izinNya juga maka dapat kita meneruskan agenda hidup kita sebagai khalifah di bumi
ini. Apatah lagi kita sebagai murid, tanggungjawab kita tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut ilmu
sebanyak yang mungkin. Oleh itu, sebagai hamba Allah, kita haruslah taat perintahNya, taat perintah
guru-guru dan ibu bapa, malah kita juga dituntut menghormati sesame rakan.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,


Kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan guru bertugas minggu lepas
_______________ untuk menyampaikan laporan bertugas mingguan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita mengucapkan terima kasih kepada guru bertugas minggu lepas _______________ atas ucapan beliau
itu tadi.

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,


Untuk makluman semua, guru yang bertugas pada minggu ini ialah :
__________________________

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput mana-mana guru-guru, penolong kanan
kokurikulum, penolong kanan Hem, penolong kanan pentadbiran untuk menyampaikan sepatah dua kata
atau pengumuman.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan mingguan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang penuh bermakna
sebentar tadi.

Bagi mengakhiri perhimpunan kita pada pagi ini, diminta para guru dan rakan-rakan untuk berdiri tegak
bagi menyanyikan lagu sekolah.

Dengan berakhirnya lagu sekolah tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Segala
yang baik datang daripada Allah swt, manakala yang kurang itu datang dari kelemahan saya sendiri.

sekian