Anda di halaman 1dari 14

OBESITI DALAM KALANGAN REMAJA -1.

Takrifan
Lebihan lemak dalam tubuh dengan berat badan melebihi 20 % berat badan ideal seseorang
.Secara amnya obesity merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan
seseorang.
Obesiti sekarang dianggap penyakit jika terdapat tisu-tisu lemak yang berlebihan. Lebih teruk
lagi jika tisu-tisu lemak ini boleh mencederakan organ-organ dalaman dalam badan dan
mengakibatkan masalah kesihatan yang serius.

7 Sebab remaja gemuk-obesiti


1. Faktor genetic
2. Faktor Umur
3. Kerosakan pada bahagian otak
4. Pola makan yang berlebihan/Kurang kefahaman dengan diet atau pemakanan yg
seimbang
5. Kurang bersukan atau bersenam
6. Pengaruh emosional
7. Pengaruh persekitaran
8. Sikap ibu bapa yang lepas tangan

Kesan obesity terhadap remaja

1. Kemurungan
2. Kurang keyakinan diri
3. Masalah kesihatan yang kronik
4. Layanan yang tidak adil di tempat kerja
5. Kadar perkahwinan yang rendah

Cara untuk mengatasi:


1. Jumpa pakar pemakanan,ambil diet yang sesuai
2. Kawal pemakanan
3. Bersenam lebih kerap
4. Kurangkan stress dan positifkan diri

1.13 Permainan video dalam kalangan remaja


- Ramai yang memperkatakan tentang baik buruk permainan video dan internet masa
kini. Terdapat juga laporan yang menyatakan permainan video lebih anak-anak dan
remaja menjurus ke arah perilaku negatif jika tidak dikawal. Baru-baru ini, seorang
saintis telah menerbitkan hasil kajiannya tentang kesan positif dan negatif permainan
video di kalangan kanak-kanak dan remaja.

- Douglas Gentile berkata penyelidikan yang dilakukannya bersama kumpulannya telah


mendapati ada kesan negatif dan positif daripada bermain permainan video. Profesor
bidang psikologi Universiti Iowa State menyatakan contoh kedua-duanya dalam satu
artikel terbarunya Nature Reviews / Neuroscience terbitan Disember 2011.

- Dalam artikel Brains on Video Games, enam orang pakar memberikan penjelasan
terkini mengenai kesan negatif dan positif permainan video yang boleh menjejaskan
kognisi dan tingkah laku. Melalui maklumat tersebut ia boleh dimanfaatkan untuk
tujuan pendidikan dan pemulihan.

- Kesemua enam penyelidik daripada empat kumpulan kajian yang berlainan menulis
perspektif kajian masing-masing untuk artikel ini semuanya bergantung antara satu
sama lain, tetapi tumpuan diberikan kepada berbagai isu, kata Gentile, yang bertugas
di di Makmal Kajian Media di Iowa State. Apa yang paling berharga ialah, hasil kajian
mendapati permainan video bukanlah sesuatu yang negatif walaupun ia turut
menyumbang kepada masalah, manun ia juga boleh mendatangkan faedah-faedah
tertentu.

- Kesan Positif Permainan Video

- Dalam artikel tersebut, Gentile menyatakan penyelidikan telah menunjukkan yang


permainan video boleh mendatangkan kesan positif. Satu kajian yang dilakukan oleh
dua orang penyelidik bersama iaituDaphne Bavelier and C. Shawn Green dari
Universiti Rochester (N.Y) untuk permainan peperangan dan tembak-menembak
Unreal Tournament mendapati yang kemahiran dan tumpuan pemain-pemain
meningkat dengan bermain permainan tersebut.
Walaupun hanya sedikit kajian menunjukkan kesan positif permainan video dan internet
dalam tabiat sosial, kajian-kajian eksperimen yang turut dijalankan oleh Gentile di
Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura mendapati bahawa bermain permainan social-
games membawa kepada lebih banyak sikap membantu-membantu setiap
pemain. Dalam satu kajian yang lain, penyelidik mendapati, kanak-kanak yang bermain
lebih banyak permainan social-games sebelum memasuki alam persekolahan
menunjukkan perubahan sikap tolong-menolong ketika di alam persekolahan.

-
Jika kandungan permainan video dipilih dengan bijaksana dan tujuan untuk mendidik,
ia sebenarnya boleh meningkatkan beberapa kemahiran yang lain tambah Gentile.
Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, penyelidikan telah menunjukkan bahawa
ia lebih kepada alat-alat pengajaran yang yang berfungsi mendidik anak-anak
berbanding daripada apa yang kita bayangkan. Dan fungsi peralatan video tersebut
boleh menjadi baik atau sebaliknya.

-
Gentile juga mendokumentasi kesan negatif kajian tersebut. Ada yang berpendapat
kebanyakan daripada kesan yang dilaporkan merupakan kesan pendidikan di peringkat
awal. Beliau memetik analisis paling komprehensif yang dijalankan sehingga kini
yang diketuai oleh rakan sejawatnya yang juga pakar psikologi. Tinjauan tersebut
melibatkan 136 kertas kerja yang memperincikan 381 ujian bebas melibatkan 130,296
peserta penyelidikan.

-
Hasil penemuan menunjukkan, bermain permainan video yang melibatkan keganasan
membawa kepada peningkatan kelakuan sifat tidak peka persekitaran, fisiologi
yang tidak seimbang, perlakuan dan tabiat agresif. Ia juga mengurangkan
keinginan pemain untuk bersosial di alam nyata.

-
Hasil ujikaji permainan video yang boleh menyebabkan kegiatan jenayah atau
keganasan fizikal yang serius adalah lemah berbanding bukti bahawa permainan
menambahkan sikap agresif yang berlaku setiap hari di sekolah. Sebagai seorang ahli
psikologi, saya mengambil berat tentang sikap agresif setiap hari (lisan, hubungan dan
fizikal), manakala pengkritik-pengkritik lebih berminat kepada melihat kesan negatif dari
hasil ujikaji ini Gentile menulis.Mengikut laporannya, tidak terdapat banyak kajian
tentang bagaimana bermain permainan video menjejaskan perhatian yang diperlukan
dalam bilik darjah. Tetapi yang ada cuma termasuk dua yang dijalankan di Iowa
State menyatakan ada kaitan antara permainan video dan masalah tumpuan di
sekolah.

- Ketagihan Permainan Video

- Gentile juga memberi fokus kajian tentang ketagihan permainan video dalam artikel
tersebut. Sebagai tambahan kepada kedua-dua penanda aras kajian berkenaan
patologi permainan video. Beliau menulis kini terdapat skor kajian yang menunjukkan
yang corak masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain permainan video dan internet
menyamai masalah yang dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan
bahan atau ketagihan judi.

-
Beliau menegaskan bahawa permainan video ini dapat menyumbang ke arah kemajuan
dalam pembelajaran, terutamanya sejak ia didapati boleh digunakan sebagai alat
pengajaran yang berkesan. Namun begitu, Gentile berkata yang jumlah wang
dibelanjakan untuk permainan berpendidikan sangat kecil berbanding jumlah yang
dibelanjakan untuk permainan hiburan komersial. Ini disebabkan kebanyakan
permainan pendidikan adalah tidak begitu menarik perhatian pengguna, tidak
menyeronokkan atau tidak sebaik kualti permainan yang berada di pasaran ujar beliau.
Dengan memberikan semua kesan yang berbeza permainan video dan internet
terhadap pemikiran seperti dinyatakan dalam artikel, Gentile berharap ia boleh
mengurangkan sedikit pemikiran negatif dan dikotomi dalam bidang penyelidikan
permainan video

- .Beliau membuat kesimpulan bermain permainan video bukanlah sesuatu yang positif
atau negatif. Penyelidikan sedia ada menunjukkan bahawa ia merupakan alat
pengajaran yang berkesan, oleh itu ibubapa atau penjaga perlu memilih permainan
yang berpotensi ke arah kebaikan dan mensasarkan untuk memaksimumkan
kelebihannya sambil mengurangkan potensi yang merosakkan.Sumber: ScienceBlog /
Nature Reviews
Kesan kemasukan pendatang asing ke Malaysia
Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan
dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah
kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari
rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan
pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan
pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk
memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula
kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada
rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos
penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam
usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan
penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke
Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka
terns melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku . Mangsa
akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri
setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam
ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang
luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun
Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian.
Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang
terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya,
rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi
meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan
hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan
AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan
setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air
kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada
mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana
ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.
Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang
asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh
lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua
rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri
dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan
sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai
pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin
sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini
dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
Advertisements

Industri kecil dan sederhana menjana ekonomi Negara

Dalam pembangunan Industri Kecil dan Sedehana (IKS), kecekapan produktiviti amatlah
ditekankan dan merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan
industri ini. Ini juga telah terbukti dikebanyakkan negara luar.
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan bahagian terbesar pertubuhan perniagaan
dalam ketiga-tiga sektor iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. IKS dalam sektor
perkhidmatan merupakan kategori terbesar dan kebanyakan IKS terlibat dalam subsektor
perkhidmatan seperti runcit, restoran, borong dan pembuatan. Tahap pembangunan IKS
semakin bertambah dan menjadi salah satu penyumbang utama kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) serta suntikan dan dasar mesra perniagaan yang dilaksanakan oleh
kerajaan banyak membantu kepesatan IKS.
Antara kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutama kepada
penduduk di luar bandar dan industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras
dengan dengan konsep Satu Kampung Satu Produk. Sebagai contoh, kilang kraf tangan,
kilang membuat keropok dan lain-lain lagi dan pengusaha kilang akan dapat menjual hasil
keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang
lain. Selain itu, mereka juga dapat memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di
karnival-karnival jualan. Meskipun hasil keuntungan penjualannya adalah tidak seberapa namun
usaha dan sikap gigih dalam memasarkan sesuatu peroduk adalah amat diperlukan serta
prinsip yang berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan adalah
resipi dalam mencapai kejayaan.
Di samping itu, dengan adanya IKS dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan
kepada masyarakat terutamanya kepada penduduk kampung dan pengusaha IKS
memerlukan pekerja yang ramai dalam menjana dan meningkatkan lagi hasil
pengeluaran sesuatu pengeluarannya.
Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, pengusaha IKS akan
memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat dan hal ini akan membuka peluang
kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja disitu. Sikap
pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat
akan dapat mewujudkan semangat kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan
itu. Ini juga akan dapat membuatkan para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk
meningkatkan mutu serta kualiti sesuatu produk tersebut.
Seterusnya, dengan adanya IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu
dalam meningkatkan sektor pertanian dan perikanan
IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang dan biasanya bahan-
bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Kilang membuat
keropok memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil
pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti
pertanian dan perikanan turut meningkat di kawasan tersebut dan hasil pertanian sara
diri penduduk kampung yang yang selama ini sukar dipasarkan kini telah menjadi
rebutan para pengusaha IKS. Hal ini telah diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang
member perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh
hal yang demikian, dalam usaha yang memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang
semakin meningkat, kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI,
PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada
para petani dan nelayan.

Akhir sekali, melalui perusahaan IKS, telah dapat meningkatkan sektor pelancongan di
negara kita kerana Malaysia terkenal dengan pelbagai kesenian dan kebudayaan
daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Para pelancong yang datang ke Malaysia
suka akan barangan kraftangan untuk dibawa pulang dan Malaysia sebenarnya terdapat
banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum. Sebagai contoh, perusahaan
membuat tembikar, pasu bunga, ukiran labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan
dan lain-lain lagi. Hasil kraftangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para pelancong
sanggup membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan sebagai
cenderamata kenang-kenangan dan menerusi perusahaan IKS akan dapat menarik lebih
ramai pelancong ke negara ini serta dapat meningkatkan imej Malaysia sebagai negara
berbilang bangsa.

Bantuan dan sokongan daripada kerajaan amat diperlukan dalam menyumbang kepada
kejayaan IKS. Justeru itu, bantuan sokongan serta polisi dasar yang dijalankan melalui agensi-
agensi yang berkaitan terutamanya peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan
Wilayah perlu dibuat penambahbaikan selaras dengan matlamat kerajaan dalam
membangunkan ekonomi bumiputera. Perkara ini perlu diambil peduli agar terus
berkembang dan menjadi kepada penyumbang utama pendapatan negara.
Pengaruh rakan sebaya

PUNCA GEJALA SOSIAL

Pada masa kini gejala sosial telah menjadi satu isu yang semakin membimbangkan.
Gejala ini hampir wujud di seluruh negara dan tidak terkecuali negara kita sendiri.
Kebanyakannya mereka yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat ini adalah terdiri golongan
remaja dan belia, tidak kira lelaki mahupun perempuan yang mempunyai sebab-sebab tertentu
seperti kurang mendapat perhatian dari keluarga dan terdiri dari orang bersifat agresif, berani
dan liar. Namun punca-punca berlakunya gejala ini masih menjadi pertanyaan bagi sesetengah
orang.

Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya
gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup
di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang
lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-
lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya.
Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan
ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa.
Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut
terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat.

Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka juga adalah menjadi
satu sebab kenapa remaja dan belia sekarang terlibat dalam gejala sosial. Terdapat ibubapa
yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti
membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan
kepada anak-anak mereka. Ada sesetengah ibubapa juga tidak menetapkan peraturan-
peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka
bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala
yang tidak baik.

Punca-punca sedemikian perlu di tangani bersama bagi mengurangkan masalah gejala


yang tidak sihat. Kerana gejala sosial ini bukan sahaja berpunca dari ibupapa atau keluarga
namun boleh dikaitkan dengan kemajuan yang kita capai pada masa sekarang. Oleh itu
sebagai ibubapa adalah perlu untuk mengawal anak-anak mereka dan memberi mereka kasih
sayang serta panduan yang berguna agar anak-anak mereka menjadi orang yang berguna di
mata masyarakat.

KESAN KESAN GEJALA SOSIAL

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan
dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan Negara. Remaja pada hari ini
merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan
datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja dan
masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menanganani permasalahan yang kian
meruncing ini, ini menjadikan pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata
masyarakat kita sendiri.Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu.
Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang
individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh
memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.

1.Kesan Ke atas Individu


Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang
tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan
dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-
perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi
seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi
dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan
remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya
memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

2.Kesan Ke atas Keluarga


Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan
sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian
yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab
itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke
atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya
ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya
penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara,
seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah
sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan
sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

3.Kesan Ke atas Masyarakat

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan
melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihakpihak yang
tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan
rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya
akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan
menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan
prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati
masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus
kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan
oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

5. Kesan Ke atas Negara


Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal
ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak
yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga
akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos
perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan
meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga
akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja
Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada
hari ini tentulah serong dan buruk.

LANGKAH MENGATASI GEJALA SOSIAL

Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan
masalah vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak
terjerumus ke dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga
patut diawasi agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa
harus menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu
menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka
dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi


menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita
harus peka terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita
patut melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti
enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap
proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.

Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi
masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti
melukut di tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam
menangani gejala negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah
menggubal undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku
vandalisme. Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih
kerap dan ketat di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika
langkah-langkah ini dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh
disifarkan dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih
tegas terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam
kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau
dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat
dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus
mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat
dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi
turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.
Kesimpulannya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan
untuk menangani masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak,
terutamanya ibu bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu
dan melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini.
Jika hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini,
negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020.
Dadah musuh Negara

'Dadah Musuh Negara'.Tajuk syarahan saya pada pagi ini sangatlah bersesuaian dengan isu
penyalahgunaan dadah yang tidak berkesudahan dan semakin banyak menghiasi lembaran
akhbar pada masa ini.

Hadirin yang saya muliakan,


Pada abad ke-21 ini,Malaysia merupakan negara yang pesat membangun dan bersedia
menongkah arus pemodenan dalam dunia maju ini.Kini,Malaysia sangat terkenal pada mata dunia malah
mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain yang telah turut mengukir nama
pada mata dunia.Namun,di sebalik kegemilangan ini,masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit
sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu penyalahgunaan
dadah.Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) telah mencatatkan bahawa dari tahun 1988
sehingga tahun 2005 terdapat seramai 289,763 orang penagih dadah.Bilangan tersebut sudah pasti
membimbangkan banyak pihak.

Menurut Kamus Dewan,Edisi Keempat,dadah boleh ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau bahan
seperti ganja,heroin,marijuana,dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada
orang yang menggunakannya.Dari segi perspektif Islam pula,dadah dikategorikan sebagai sejenis
khamar.Khamar merupakan istilah yang digunakan di dalam kitab suci Al-Quran yang membawa
maksud arak.Dadah dianggap sebagai khamar kerana fungsi kedua-duanya yang boleh
menyebabkan kemabukan atau menjejaskan kewarasan akal fikiran.Apabila berbicara mengenai isu
penyalahgunaan dadah,kenyataan yang pahit untuk diterima adalah hakikat bahawa remaja merupakan
antara golongan yang terjerumus ke dalam gejala ini.Sememangnya dadah wajar dikatakan sebagai
musuh negara kerana dadah mampu mengheret remaja ke kancah penghinaan dan kehancuran
sekaligus meranapkan masa depan negara yang mempertaruhkan nasibnya di tangan
remaja.Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah diambil bagi membendung masalah yang bersifat
global ini.Namun begitu,sehingga kini gendang kemenangan masih belum kedengaran.
Persoalannya,pernahkah kita renungkan nasib bangsa pada masa akan datang sekiranya masalah ini
berlanjutan tanpa titik noktahnya?

Hadirin sekalian,
Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa dadah mengundang banyak kesan negatif
kepada individu yang menyalahgunakannya.Perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi fizikal
penagih dadah.Dadah akan bertindak mengubah fungsi biologi pada sistem tubuh
seseorang.Misalnya,individu yang ketagihan dadah akan menghadapi masalah pernafasan iaitu kadar
pernafasan akan menjadi pendek dan perlahan.Justeru,keadaan ini secara langsung akan menjejaskan
bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam badan.Selain itu,sistem saraf,jantung,metabolisme,dan otot-otot
badan turut terjejas dengan pengambilan dadah yang berterusan.Kadar degupan jantung akan
berkurangan malah tubuh penagih dadah akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme.Otot-otot
badan penagih dadah juga akan mengecut dan akhirnya menyebabkan tubuh menjadi lesu dan tidak
bermaya.Individu yang menghambakan diri kepada najis dadah mempunyai risiko yang sangat
tinggi menghidap penyakit seperti meningitis,tetanus,endokarditis,AIDS,dan Hepatitis B.Secara
keseluruhannya,tubuh badan seseorang yang menagih dadah akan mengalami implikasi yang sangat
teruk akibat daripada perbuatan individu itu sendiri.Hal ini sangat bertentangan dengan perintah Allah
S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah,ayat 195 yang bermaksud,"Janganlah kamu lemparkan diri ke dalam
kebinasaan dan berbuat baiklah.Sesungguhnya,Allah S.W.T. mengasihi orang-orang yang berbuat
baik".Dalil ini jelas menunjukkan pengharaman ke atas manusia menganiayai dan melakukan sesuatu
perkara yang membawa kebinasaan kepada tubuh badan mereka sendiri.Justeru,setiap individu wajib
menjauhi dadah untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Keadaan mental dan emosi turut menerima kesan negatif akibat penyalahgunaan
dadah.Kesan ke atas mental dan emosi lazimnya dikenali sebagai kesan psikologi,iaitu kesan
pengaruh dadah pada otak dan minda.Ini termasuklah rasa seronok dan khayal atau euforia yang
dialami penagih dadah.Mereka seakan-akan tidak berpijjak di alam nyata.Pada masa yang
sama,sesesorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran.Perwatakan seseorang penagih
dadah turut akan berubah.Mereka juga tidak akan berasa segan silu untuk melakukan perkara
yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab.Mereka akan terus berada dalam keadaan yang
sebegini selagi dadah masih terdapat di dalam badan mereka.Malah semakin lama seseorang itu
menagih dadah,lebih banyak pula jumlah dadah yang diperlukan untuk mendapatkan kesan
euforia.Fenomena ini disebut sebagai toleran atau keadaan lali yang mana kesan euforia daripada dadah
berkurangan apabila digunakan secara berulangkali.Inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak putus
mencari dan meningkatkan penggunaan dadah.Sekiranya bekalan dadah tidak diperoleh,mereka akan
berasa gelisah,tidak dapat memberi tumpuan,dan amat menderita.Mereka cenderung untuk bertindak
ganas dan hilang kawalan diri.Natijahnya,mereka boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
tatasusila dan peradaban masyarakat.Keadaan mental seseorang penagih dadah sangat sukar untuk
dipulihkan seperti sedia kala.Bertunjangkan lontaran fikiran yang telah saya utarakan,kita dapat melihat
sebab pengharaman dadah menurut Islam.Imam Ahmad Bin Hanbal telah meriwayatkan dalam
musnadnya bahawa Rasulullah S.A.W. melarang segala sesuatu yang memabukkan dan
mengkhayalkan.Justeru,jelaslah kepada kita bahawa dadah boleh merosakkan kewarasan akal fikiran
sekaligus mengaburi kemuliaan diri sendiri sebagai manusia di muka bumi ini.

Hadirin sekalian,
Penyalahgunaan dadah bukan sahaja membawa kesan buruk kepada penagih dadah itu
sendiri,malah juga kepada keluarga.Individu yang menagih dadah akan mengabaikan
tanggungjawab kepada keluarga.Mereka tidak akan menghiraukan keadaan di sekeliling mereka
termasuk keluarga sendiri.Akibatnya nilai-nilai kasih sayang antara ahli keluarga akan semakin
terhakis dan akhirnya keluarga akan berpecah-belah.Selain itu,keluarga juga akan melalui tekanan
yang berat,konflik,dan kebimbangan kerana ingin melindungi ahli keluarga daripada kemudaratan
dan kerosakan yang dibawa oleh ahli keluarga yang terjerumus ke dalam gejala dadah.Lebih teruk
lagi,penyalahgunaan dadah akan lebih menjejaskan golongan kanak-kanak dalam
keluarga.Misalnya,ibu atau bapa yang ketagihan dadah akan menyebabkan anak-anak
terbiar.Anak-anak juga tidak akan dapat merasai belaian kasih sayang dan dakapan mesra
daripada ibu bapa mereka.Akibatnya,mereka akan berasa terpinggir dan cenderung untuk
melakukan aktiviti yang tidak sihat.Hal ini sekaligus meranapkan harapan negara yang beraspirasi
untuk melahirkan generasi yang berwawasan.Walaupun institusi keluarga merupakan agen sosial
yang terkecil dalam masyarakat,namun impak negatif yang diterima mampu menghancurkan
sesebuah negara.Oleh itu,masalah yang menjadi kudis dalam masyarakat ini tidak wajar dipandang
enteng malah sebaliknya perlu dibendung dengan segera.

Di Samping itu,jenayah akan terus bermaharajalela akibat penyalahgunaan dadah.Masyarakat


tidak lagi akan dapat menikmati suasana kehidupan yang harmoni sekiranya dikelilingi manusia yang
menjadi hamba kepada dadah.Individu yang menagih dadah tidak akan dapat berhenti daripada
menggunakan dadah dan akan terus berusaha mencari dadah walau dengan apa cara sekalipun.Mereka
sanggup mencederakan orang lain asalkan mereka dapat memiliki dadah dan terus berada di dalam
dunia mereka sendiri.Banyak kes jenayah yang melibatkan penagih dadah telah dilaporkan oleh pihak
berkuasa.Jenayah seperti merompak,mencuri,meragut,mahupun membunuh sanggup dilakukan
oleh mereka.Lebih menyedihkan lagi,ada anak yang sanggup membunuh ibu sendiri hanya
semata-mata kerana gagal mendapat wang untuk membeli dadah. Justeru,masalah yang dicetuskan
oleh penagih dadah ini menjadikan masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan.Akibatnya masyarakat
akan menjadi semakin mundur kerana tidak dapat meluaskan horizon pemikiran dan bersatu ke arah
membangunkan masyarakat.Oleh itu,masalah penyalahgunaan dadah perlu turut diberi perhatian oleh
masyarakat supaya dapat membanteras dadah dalam masyarakat.
Hadirin yang saya muliakan,
Pada masa yang sama,negara turut menerima implikasi yang negatif akibat
penyalahgunaan dadah.Kini,banyak pusat pemulihan penagih dadah yang telah ditubuhkan di
Malaysia.Sudah semestinya kerajaan telah memperuntukkan jumlah wang yang sangat besar
untuk membantu mereka yang telah terjebak ke dalam gejala dadah supaya pulih daripada
ketagihan dadah.Sememangnya sukar bagi penagih dadah untuk melepaskan diri daripada
belenggu dadah dan menjalani kehidupan seperti biasa.Justeru,boleh dikatakan bahawa negara
terpaksa memikul tugas yang berat di samping menanggung kerugian kerana terpaksa mengeluarkan
jumlah wang yang sangat besar dalam usaha melahirkan negara yang bebas dadah.Selain itu, negara
juga akan kehilangan sumber tenaga kerja yang produktif.Sebagaimana yang kita
ketahui,seseorang yang ketagihan dadah tidak akan mempunyai rasa tanggungjawab.Oleh
itu,sudah pasti mereka tidak akan dapat memberikan komitmen dalam melaksanakan tugas atau kerja
yang telah diamanahkan kepada mereka.Akhirnya,negara akan kekurangan tenaga kerja yang produktif
yang pada hakikatnya sangat diperlukan dalam membangunkan ekonomi negara.Justeru,jelaslah kepada
kita bahawa negara turut menerima impak negatif yang tercetus akibat daripada penyalahgunaan dadah.
Akhir sekali,sememangnya banyak kesan buruk yang dibawa oleh masalah penyalahgunaan dadah
kepada individu,keluarga,masyarakat,mahupun negara.Semua pihak sewajarnya berganding bahu bagi
memastikan gejala ini dapat dibendung agar tidak menjadi satu wabak yang terus bernanah dalam
masyarakat.Isu penyalahgunaan dadah ini sememangnya boleh ditangani andainya terdapat sinergi
daripada semua pihak kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Sebagai anak bangsa yang
menjadi aset penting dan kebanggaan negara,kita seyogianya merealisasikan misi untuk mencipta
peradaban baru yang sudah pasti akan disanjung tinggi dan diagung-agungkan oleh masyarakat
dunia.Ayuh,kita bangkit bersama-sama ke arah hidup yang sejahtera tanpa terlibat dengan najis dadah
yang boleh mencemarkan diri,keluarga,dan bangsa.Jangan kita abaikan peringatan Nabi Muhammad
S.A.W. kepada umatnya agar sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi perkara yang boleh memberi
kemudaratan.Walaupun usaha bagi mencapai matlamat Malaysia sebuah negara yang mempunyai
masyarakat yang berbudaya penyayang,masyarakat yang berjiwa bebas daripada cengkaman anasir-
anasir jahat,tenteram,dan berkeyakinan hanyalah prakarsa kecil ke arah menangani masalah
sosial,namun natijahnya mampu mengembalikan imej dan jati diri sesebuah bangsa itu sendiri.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai