Anda di halaman 1dari 16

1.

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS

Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan


dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-
kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta
550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/
prasekolah ke tahun 1.

This course covers the introduction to early childhood education, growth and child
development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars
of childhood education, Act 308 and Act 550, Childrens Right, also the transition
process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to
Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN:
Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-


kanak

2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-


kanak

3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-


kanak

4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam


pelaksanaan pembelajaran

RINGKASAN UNIT

1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.

6.0 Akta 308 dan Akta 550


7.0Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Rangka Isi Pelajaran

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak- kanak

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989


Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari
masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association for The
Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi
Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada
segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada
kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat


berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan
Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua
ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan
program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika
secara ringkas.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu
tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Aktiviti 1.

Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?


Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Aktiviti 2.
Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep
pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ?

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

Konsep Pertumbuhan:

Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif
dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).
Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti
iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan.
Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2
tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri
seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya
semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari
satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti
bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan
& Mahani Razali, 2002).

Konsep Perkembangan

Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak
dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal
(Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran
hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan the concept of development, the
orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning,
experience, and maturation. Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat
perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil
daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani
Razali, 2000).

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan
bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan
bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin,
perkembangan ialah Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the
course of a lifetime. (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan


secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa,
emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama
ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan
semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Aktiviti 3.

Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep
pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza
pada setiap individu.
Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara
berterusan hingga akhir hayat.
Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang
kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-
peringkat tertentu.
Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
(Mok Soon Sang, 2001)
Aktiviti 4.
Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam
pendidikan awal kanak-kanak ?

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi
perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang
tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu
pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata
anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh
katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan
dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh
pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Ciri-
ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh
perwarisan.

Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang


adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku
seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun,
persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan
penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti
persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa
dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya
juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor
semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan
manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

Aktiviti 5:

Jelaskan apa yang dimaksudkan Nature vs Nuture

Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika


pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich
Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama
mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan
tadika itu Kindergarten yang bermaksud Garden of Children. Prasekolah pertama
didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah
Scotland dan diberi nama The Infant School.

Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz
dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak
dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan
tidak mendapat pendidikan awal.

Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.


Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand
sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada
tahun 1940 an.

Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia


Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan
pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan
anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula
terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman
mengajar di prasekolah.

Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan
Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek
Head Start di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor
iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri
daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.

Pada tahun 1970,

KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali
Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan
prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976).
Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan
Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh
Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137
orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah
untuk mengajar di prasekolah.

KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras


dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi
perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi
golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat
Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti
Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari
1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas,
maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah
dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah,
maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan
prasekolah.

Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan


peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri
juga bertambah dari setahun ke setahun.
Aktiviti 6:
1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum.

Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan


pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan
anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk
kanak-kanak pada peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;


1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama
Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik
sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi
Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke
Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau


Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada
orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah
lakunya.
Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum,
mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri,
tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat
dan tidak berbangga.
Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang,
jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan
menimbulkan kebencian mereka.
Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
- Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah
laku yang baik.

4.2 IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman
pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.
Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian,
motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:


Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan
mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- Tidak mahu belajar
- Mencerca pengajaran yang diberi
Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-
contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami
apa yang disampaikan.
Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan
bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang
sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.
Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya
dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran
yang baik.
Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah
dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam
membentuk peribadi kanak-kanak.

4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 1827)


Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya
dikenali dengan nama Neohof pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di
rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan:


Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.
Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.
Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui
pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep
hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.
Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 1852)


Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai Bapa Tadika. Pada tahun
1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan Kindergarten. Beliau
adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah
baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang
kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar
dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main
Antara idea-idea Froebel ialah:
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-
kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang
senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah
sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk
kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh
jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak
perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-
kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah
pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan
keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui
perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-
kanak dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak
perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau
menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi
kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu
sama lain.

4.5 MARIA MONTESSORI (1870 1952)


Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat
akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori
menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti
bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang
bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan
deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah
menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran
hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak.
Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta
membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-


kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang
kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun
pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia


Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang
lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan
kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara
menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai
bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan
mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu
mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak
secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang betul bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas
kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut
Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-
kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran
berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan
kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan
membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi;
pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu
kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan
minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa
tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan
pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima
maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan
seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang
dewasa.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara
demikian apabila dewasa kelak.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis
pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari
dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan
manipulatif dan betul diri.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz
kanak-kanak.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar
secara bebas.
Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah
pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu
berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar
diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah
membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Aktiviti 7:

1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali
dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Taman Kanak-kanak yang dinyatakan oleh
Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh Maria
Montessori.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga


meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh
keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan
perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir,
kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu
peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-
kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai
untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan
Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1
hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan
kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia


ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh
kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan


Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai
obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan


pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi
didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang
berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan
dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian
asas.

Tanggungjawab ibu bapa


Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara
hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang
sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan
penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka
dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi
jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan
bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada
perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang
mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-
kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf
hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab
ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu
bapa dan anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu
mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan
kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka,


hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang
lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan
hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan,
terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk


menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang
lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam
Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai
tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan
daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan
dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat
perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan
untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama,
mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk
pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap
kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan
percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara
yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka
kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan
mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan
bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam
berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan
pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah
selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam
kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan
kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama


antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan
untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan
memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang
moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-
negara membangun.

PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan
kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap
potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-
prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan
nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara
yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas,
dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di
kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan
peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta
Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat
hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU


PENGURUSAN TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu
didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.


Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan
tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN


OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan
pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir
tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai
tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan
kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu
mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan
boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan
bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai
mata pelajaran wajib.

FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN


PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian
atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum
yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.


2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak


Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu
Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
Perancangan dan pengurusan Institusi

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH

Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada
satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)
Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika
atau prasekolah.

Tujuan program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-
kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak
masalah.

Peranan guru prasekolah


a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan
merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak
.Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik
kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah
mereka.
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan
persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman
yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.
Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di
tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan
bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
Aktiviti 9:
1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda
jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari
rumah ke prasekolah

Anda mungkin juga menyukai