Anda di halaman 1dari 1

Asal Usul Catur Xiangqi Tradisional China

Catur Xiangqi berasal dari zaman purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum
Masihi pada zaman masyarakat Feudal. Catur Xiangqi China ini mempunyai
sejarah yang lama dan catatan yang rasmi tentangnya telah mucul negeri-negeri
pada Zaman Berperang di China.

Catur Xiangqi yang juga digelar" Xiangxi" atau " Ju Zhong Xi" ini berevolusi dari
sejenis judi sebelum Dinasti Qin dan sejenis Catur Enam yang popular pada
penghujung Zaman Berperang Chunqiu pada tahun 770 sebelum Masihi hingga
tahun 476 sebelum Masihi.

Buku purba China dari zaman Dinasti Song mempunyai catatan mengenai catur
Xiangqi moden yang paling awal. Pada masa itu, catur Xiangqi merupakan
sejenis permainan dan tidak mempunyai peraturan yang terperinci. Ia
berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan
kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat China. Dengan kata lain, catur
Xiangqi China bukan dicipta oleh seseorang, tetapi merupakan perkembangan
sejarah dan budaya zaman purba China.

Teori tradisional China berkait dengan Yin dan Yang dan ramalan yang
menggunakan ilmu falak amat popular pada zaman dahalu. Inilah punca catur ini
berkembang menjadi sejenis permainan yang mempunyai konsep peperangan.
Dapatan ini menurut catatan dalam buku Sejarah Budaya Sains China yang
ditulis oleh seorang cendekiawan terkemuka di Britain, iaitu Doktor Joseph Lee.

Catur ini sebagai permanian tradisional China masih popular dan digemari dalam
kalangan rakyat China hingga sekarang. Kedudukannya yang sama dengan seni
tradisional China yang lain, seperti alat muzik, kaligrafi dan lukisan dalam sejarah
China dan menjadi mutiara dalam khazanah budaya zaman purba China.

Persatuan Catur Xiangqi China pula telah ditubuhkan pada tahun 1962. Selepas
itu, provinsi-provinsi di China turut menubuhkan cawangannya masing-masing.

http://malay.cri.cn/701/2009/11/23/241s105738.htm

Anda mungkin juga menyukai