Anda di halaman 1dari 13

NOTAPENUHNOVELLEFTENANADNANWIRABANGSA

SINOPSIS
Bab 1: Darah Pahlawan, muka surat 1-7
Novel bermula dengan watak zaman kanak-kanak Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya, Pak Saidi
sambil menikam batang pisang. Dialog pertama terpacul daripada mulut Pak Saidi. Adnan mendesak Pak saidi
mengajarnya bersilat kerana mahu mencontohi Hang Tuah. Pak Saidi pura-pura tidur apabila sengaja membiarkan
pertanyaan Adnan tentang keturunan mereka sebagai pahlawan (Saidi cucu Datuk Siamang Gagap, penentang Inggeris
di Seri Menanti, Negeri Sembilan).
Setelah Adnan terlena, Pak Saidi berbual dengan isterinya, Mak Milah. Perbualan berkisar tentang perubahan zaman ke
arah pencapaian pendidikan dan kebendaan, berbanding dengan kepahlawanan. Mak Milah mahu tiga orang anak
mereka menjadi orang biasa sahaja, bukan buruan Inggeris. Pak Saidi meyakinkan Mak Milah bahawa anak mereka akan
bersekolah, tetapi mesti berjuang demi bangsa, agama dan tanah air. Pembukaan maktab perguruan di Tanjung Malim
yang mengambil pelajar terbaik sekolah rendah Melayu menarik perhatian pasangan suami isteri itu. Kemudian mereka
beralih kepada isu kemiskinan orang Melayu di tanah air sendiri yang kaya dengan sumber bumi, tetapi dijarah oleh
penjajah belaka. Pak Saidi meluahkan rasa kesal kerana kejatuhan kesultanan Melaka yang bertapak selama 110 tahun
berpunca daripada daripada angkara adu domba, fitnah dan perpecahan sesama orang Melayu. Pak Saidi menjelaskan
bahawa dia sengaja merahsiakan keturunannya kerana tidak mahu menjadi buruan Inggeris, dipandang serong dan
disisihkan.

Bab 2: Kampung Sungai Ramal, muka surat 8 - 14


Adnan bermimpi membantu Hang Tuah yang tinggal keseorangan menghadapi ketua penyamun yang tiba-tiba bertukar
menjadi raksasa. Mak Milah mengejutkan Adnan yang mengigau, lalu menyuruhnya pergi mandi. Adnan yang berusia 10
tahun itu kemudian mengikut Pak Saidi ke kebun getah. Adnan membonceng basikal tua ayahnya melalui jalan tanah
merah yang becak. Disebabkan malam sebelumnya hujan, mereka hanya mengutip getah skrap dan tidak jadi ke sawah.
Pak Saidi singgah di warung kopi Pak Samad, tempat orang kampung berborak kosong seharian. Pak Saidi memesan
dua cawan kopi O panas. Pak Samad memuji kerajinan dua beranak itu sambil menyindir anak muda yang membuang
masa di kedainya. Sebaliknya Nordin dan kawan-kawannya secara sinis mengatakan bahawa kerja kuat pun tidak boleh
jadi kaya.

Sinopsisi Bab 3: Harapan seorang Ayah, muka surat 15 - 20


Cuaca baik membolehkan Pak Saidi bersendirian menoreh getah hingga selesai. Kepulangannya disambut oleh ketiga-
tiga anak lelakinya yang mengambil barang yang dibawa balik. Adnan menawarkan minuman, tetapi Pak Saidi sudah ke
warung kopi Pak Samad. Ketika anak-anak leka berlatih silat, Mak Milah pula datang dengan dulang makanan. Pak Saidi
menghilangkan keraguan isterinya akan tujuan ke warung Pak Samad untuk berkongsi maklumat risalah al-Imam tulisan
Syed Shiekh al-Hadi tentang pemerintahan sendiri.

Adnan datang dan meminta Pak Saidi membuatkan senapang kayu. Pak Saidi meletakkan syarat menolongnya
membersikan kebun durian. Adnan mencadangkan Mak Milah ikut serta.

Bab 4: Dusun Durian di Tanah Perkuburan, muka surat 21 - 27


Pak Saidi bersama Adnan solat Asar setelah bekerja keras membersihkan dusun. Adnan ingin tahu sebab dusun mereka
bersebelahan kubur. Pak Saidi memberitahu perkuburan lama tenggelam, lalu dia mewakafkan sebahagian dusunnya
sebaagai tapak baharu. Adnan berpendapat kedudukan dusun mereka lebih selamat di situ, tetapi Pak Saidi tidak kisah
jika sesiapa sahaja datang mengambil buah-buahan kerana hal ini bagaikan amalan sedekah yang bakal menggandakan
rezeki (buah lebih lebat).
Perbualan beralih kepada jurai keturunan Minangkabau mereka. Moyang mereka bernama Alang berasal dari pagar
Ruyung lalu menetap di Naning, Melaka. Dia menyertai Penghulu Dol Said menentang Inggeris yang kali pertama dibantu
oleh Rembau dan Seri Menanti, tetapi kali kedua Inggeris licik memperoleh sokongan Rembau dan Seri Menanti. Alang
berundur setelah Dol Said ditipu oleh Inggeris. Cucu Alang yang bernama Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap
menentang Inggeris di Bukit Putus. Inggeris dibantu oleh Datuk Kelana Sungai Ujung menyebabkan beliau berundur ke
Juaseh. Pak Saidi salah seorang anak Kahar. Penentangan tetap diteruskan, tetapi secara politik dan perundingan
menuntut kemerdekaan.

Bab 5: Harapan Seorang Ibu, muka surat 28 - 35


Mak Milah menyambut Pak Saidi ketika ketiga-tiga anak lelaki mereka sedang leka bermain. Mereka berbalas kata
gurauan sebentar sebelum memanggil anak makan tengah hari. Sambil makan, Pak Saidi memberi nasihat. Adnan
meluahkan hasrat untuk bersekolah. Pada sebelah petang, setelah membawa balik ikan tangkapan di petak sawah, Pak
Saidi berbual dengan Mak Milah tentang rancangannya menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi berjaya
meyakinkan isterinya yang ragu dengan pendidikan Inggeris dan pandangan serong orang kampung.
Pak Saidi perlu berjumpa guru besar berbangsa Inggeris dahulu untuk soal siasat sebelum Adnan diterima. Pak Saidi
menggunakan bantuan guru Melayu di sekolah itu (Cikgu Nazri).Adnan sangat gembira.

Bab 6: Guru Besar Steward, muka surat 36 - 42


Cikgu Nazri berpesan supaya Pak Saidi bercakap elok-elok dengan Guru Besar Steward, 40-an. Pak Saidi harus
menahan sabar kerana Steward suka menyindir kelemahan dan kemiskinan orang Melayu. Setelah berpuas hati Pak
Saidi tidak membenci Inggeris, Adnan diterima dengan syarat berpakaian baharu. Pak Saidi langsung singgah di pekan
Sungai Ramal membeli keperluan persekolahan Adnan.
Usai solat Subuh, Adnan berdoa supaya keluarga mereka kuat menghadapi tohmahan orang kampung. Cikgu Nazri
kagum kerana Pak Saidi sanggup menghantar Adnan dengan berbasikal walaupun jaraknya jauh. Pada sebelah malam
Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran.

Bab 7: Mereka Tidak Mengerti, muka surat 43 - 47)


Berita Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris menjadi gempar dalam kalangan penduduk Kampung Sungai
Ramal. Di masjid, Lebai Pian, Leman dan Abu mendesak Tok Ketua mengambil tindakan keras, sama ada
memberhentikan persekolahan Adnan di situ atau dihalau dari kampung jika berdegil. Tok Ketua sebaliknya menempelak
Abu, kerana anaknya Nordin dilihat oleh orang kampung mencuri. Abu dan Leman terus merengus kasar, lalu keluar dari
masjid.
Setiba di rumah, Abu terus merotan Nordin walaupun cuba dihalang oleh isterinya. Nordin terus berjumpa kawan-
kawannya bagi merancang tindakan balas kepada Pak Saidi yang dianggap mereka sebagai kaki sibuk. Mereka juga
marah kerana Pak Saidi hanya mengajar silat kepada anak-anaknya. Kemudian mereka mengambil keputusan tidur di
masjid dalam kesejukan hujan lebat dan gigitan nyamuk.

Bab 8: Seteguh Karang, muka surat 48 - 57


Ketika Sedang berehat di pondok di tepi sawah, Pak Saidi didatangi Pak Karim yang menyampaikan duit hasil jualan
getah yang dikirim oleh Ah Chong. Pak Karim juga memberitahu perihal Abu menghasut Tuk Ketua supaya bertindak
keras ke atas Pak Saidi berhubung kes Adnan ke sekolah Inggeris. Pak Saidi kemudian menjelaskan orang putih berjaya
datang menjajah Tanah Melayu atas faktor ilmu pengetahuan yang tinggi. Bukan senang mengalahkan Inggeris dengan
senjata. Pak Karim menyimpan hasrat yang yang sama, tetapi semua empat orang anaknya perempuan belaka.
Pada sebelah petang, Pak Saidi dikunjungi pula oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian, Pak Karim dan Isa di rumah.
Tentang isu Adnan ke sekolah Inggeris, Pak Saidi menegaskan dia tidak mahu anaknya mewarisi pekerjaan bersawah
dan bercucuk tanam sahaja. Pak Karim menyatakan sokongannya menyebabkan Lebai Pian melenting. Pak Saidi
mencelah dengan kisah umat Islam pada zaman Nabi belajar dengan tawanan Perang Badar. Umat Islam juga digesa
menuntut ilmu walaupun ke China (kata hukamak, bukan hadith seperti catatan novel, sila rujuk pakar). Tambahan pula,
Cikgu Nazri muslim yang taat (kaki masjid). Lebai Pian bungkam, langsung pergi begitu sahaja.

Bab 9: Anak-anak kampung, muka surat 58 - 68


Setelah Adnan bersekolah Inggeris, hanya Mamat yang masih sudi berbual dengannya. Mamat tertarik dengan cerita
Adnan, tetapi bapanya memberi alasan takut lupa agama. Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga bercita-cita
menjadi askar seperti dirinya, tetapi sukar dicapai tanpa kebolehan berbahasa Inggeris.
Pada sebelah malam, Pak Saidi terjaga apabila terdengar bunyi bising (tapak kaki) dari bawah rumah. Pak Saidi
mengarahkan Mak Milah dan Adnan senyap, sambil dia pergi menyiasat. Pak Saidi memegang parang, manakala Adnan
membawa sebatang kayu belati. Pak Saidi menyergah dua lembaga yang terbongkok-bongkok, lalu mereka terus lari.
Adnan mengejar dan sempat membaling kayu belati tepat mengenai satu lembaga yang menjerit kesakitan.

Keesokan paginya Adnan mendapati tayar basikal mereka dikerat dengan pisau. Adnan bertegas untuk ke sekolah
menyebabkan Pak Saidi meminjam basikal Pak Karim. Pada sebelah petang, Pak saidi ditemani Pak Karim ke kedai
basikal Ah Chong di pekan Sungai Ramal. Ah Chong mencadangkan Pak Saidi membeli basikal yang baharu kerana
basikal lama itu rosak teruk. Ah Chong sudi menerima bayaran secara ansuran.
Semasa singgah di warung kopi Pak Samad, heboh cerita kaki Nordin yang membengkak. Tiba di rumah, Mak Milah
kehairan, lalu Pak Saidi menceritakan hal Adnan membaling kayu belatinya malam semalam. Maka, 'suspek'
pencerobohan mereka sudah jelas, walaupun Mak Milah mulanya membantah. Pak saidi tidak mahu peristiwa berkenaan
dihebohkan.
Di sekolah, Adnan tekun belajar hingga beroleh kedudukan pertama, serta disenangi oleh Cikgu Anderson, penolong guru
besar. Anderson bangga akan cita-cita Adnan mahu menjadi askar.
Bab 10: Masuk Jawi Basikal Baharu, muka surat 69 - 74
Adnan berdebar apabila tok mudim sampai untuk majlis bersunatnya. Walaupun tetamu lain ketawa mengusik, Adnan
hanya berdiam. Mamat dan rakan 'diusir' oleh tok mudim ketika cuba mengintai majlis. Adnan melihat sahaja gelagat tok
mudim dengan beg lusuh berisi peraltan khatan, termasuk pisau tajam pastinya.
Tok mudim menenangkan Adnan bahawa kesakitan khatan hanyalah seperti digigit kerengga. Adnan mengimbas kembali
kata-kata semangat Pak Saidi, sambil menunaikan segala permintaannya seperti mandi laut dan makan ayam golek. Janji
hadiah basikal hanya ditunaikan selepas berkhatan. Ketika Adnan sibuk bertanyakan Pak Saidi, tok mudim menyuruhnya
mengucap dua kalimah syahadah dua kali, sambil itu. tok mudim menyelesaikan kerjanya. Setelah dua minggu, Adnan
sembuh dan memperoleh basikal idamannya.

Bab 11: Yakin Boleh, muka surat 75 - 82


Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada
bulan hadapannya. Pada mulanya beliau hampa kerana tiada sambutan sehinggalah Adnan bersuara. Nizam yang
mulanya memperlekeh Adnan akhirnya mahu mencuba, diikuti oleh Ah Chong, Ramasamy dan 16 orang murid yang lain.
Di rumah Mak Milah dan Pak Saidi memberi galakan. Pak Saidi tidak bersetuju apabila Adnan tidak kisah jika kalah.
Adnan yang belum fasih berlatih bersungguh-sungguh, termasuk di hadapan keluarganya. Pada hari pertandingan, ayah,
ibu dan adik-adiknya hadir. Sebagai peserta terakhir, Adnan dapat mempelajari persembahan peserta lain. Persembahan
Adnan dikagumi oleh semua penonton. Akhirnya, Cikgu Nazri mengumumkan Adnan sebagai johan, Ah Chong kedua dan
Nizam ketiga. Mereka berpelukan.

Bab 12: Jaguh kampung, muka surat 83 - 92


Pertandingan tinju antara Adnan dengan Budin dihangatkan dengan gelagat penyokong kuat masing-masing, iaitu Mamat
dan Semaun. Budin tidak puas hati setelah pasukan bola sepaknya dari Sungai Merab tumpas 1-2 di tangan Kampung
Sungai Ramal. Malah, Budin kehilangan dua batang gigi dalam perlawanan itu. Gelanggang tinju bertempat di padang
rumput berhampiran sungai pada tengah hari awal bulan Mac.
Mamat cuba menggesa Adnan menarik diri setelah Zaki selaku pengacara mengumumkan pertarungan tinju tanpa
undang-undang, tetapi tidak berjaya. Walaupun Budin sudah terperangkap di sudut gelanggang, Adnan tidak mengambil
kesempatan menyerang. Kedua-dua petinju hanya mengacah-acah, tetapi tidak berlaku serangan menyebabkan
penyokong hampa, terutama Semaun.
Keesokannya di warung kopi Pak Samad, Samuri, marah-marah serta menggelar Adnan dan Budin sebagai
samseng.Dolah, bapa Semaun pula menuduh Adnan dan Budin mencuri buah rambutan miliknya. Pak Husin, ayah Budin
bergegas balik rumah lalu membelasah anaknya Budin. Pak Saidi juga malu, tetapi menyoal siasat Adnan. Walaupun
berpuas hati, Pak Saidi mengingatkan Adnan bahawa diaakan merotan Adnan jika dia buat hal.

Bab 13: Darah Muda, muka surat 93 - 101


Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan dengan cemerlang. Du orang adiknya, ahmad dan
Amarullah masih di sekolah Inggeris. Di samping ke sawah, Adnan juga mengajar anak kampung membaca dan menulis
dalam bahasa Inggeris. Tiba-tiba Pak Karim datang membawa surat tawaran sebagai guru pelatih untuk Adnan. Pak Saidi
gembira, tetapi Adnan termenung di beranda kerana bidang keguruan bukan minatnya.
Ahmad mencadangkan abangnya menolak tawaran itu, tetapi Adnan serba salah terhadap penerimaan Mak Milah.
Sebagai jalan tengah, Adnan bersetuju dengan cadangan menjadi guru pelatih buat sementara waktu. Keesokan pagi
Adnan berbasikal ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan bertugas di situ selama setahun setengah apabila
perbincangan tentang pasukan pertahanan orang Melayu rancang dibincangkan, terutama oleh Cikgu Osman dan Cikgu
Salleh.

Sinopsis Bab 14: Askar Melayu Diraja, muka surat 102 - 113
Rang Undang-undang Askar Melayu diluluskan pada 23 Januari 1933. Cita-cita asal Adnan sebagai askar kembali mekar.
di sekolah, Cikgu Salleh berbual dengan Adnan tentang sumbangan perkhidmatan askar dan juga guru. Pada sebelah
petang, sebuah jip tentera British singgah di warung Pak Samad untuk bantuan penunjuk jalan ke rumah ketua kampung.
Berita tersebar, lalu penduduk kampung berduyun-duyun ke rumah tuk ketua. Ketika Ahmad lalu di situ majlis sudah
bersurai, Mujur juga Mamat datang memberikan butiran perjumpaan ketua kampung dengan tentera Inggeris untuk
mencari calon askar dalam kalangan penduduk kampung. Pemohon dikehendaki ke kem latihan tentera Port Dickson.

Di warung Pak Samad, Nordin dan kawan-kawannya mengejek hasrat sebagai tentera yang mereka cop sebagai orang
suruhan British semata-mata. Setelah itu, mereka mempermainkan Mamat di perjalanan. Pada sebelah malamnya, Adnan
menyuarakan hasratnya. Pak Saidi tiada masalah, tetapi berbeza dengan Mak Milah. Kedua-dua orang suami isteri itu
bertelagah pendapat. Akhirnya, dengan keteguhan pendirian Adnan, serta setelah puas memujuk rayu, Mak Milah
beralah.
Bab 15: Buku Bertemu Ruas, muka surat 114 - 126
Adnan sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke Port Dickson bersama Mamat. Mak Milah sugul dan tidak ceria.
Mamat membonceng basikal Adnan menuju kedai Ah Chong untuk menyimpan basikal. Ah Chong memuji keberanian
Adnan sambil memberi beberapa keping duit syiling. Mereka berjalan kaki selama satu jam ke pekan Kajang. Bersama
Yusof dan Jaafar, mereka menumpang lori ke Seremaban dan lori lain ke Port Dickson.
Setiba di kem latihan Haig Lanes, mereka diambil ukuran tinggi dan lilitan dada, kemudian temu duga. Semua ceria,
kecuali Yusuf yang kecewa kerana terlalu kurus untuk menjadi askar. Mereka menumpang kereta seorang calon askar
balik ke Kajang.
Setelah beberapa minggu, Mamat muncul bersama dua anggota tentera membawa khabar gembira. Namun, Nordin
benci. Dia dan kawan-kawannya menahan Adnan dan Mamat di perjalanan, memulakan provokosi (label pengikut
Inggeris, muka surat 122) sehingga Adnan harus melawan. Adnan membangkitkan kelakuan jahat Nordin, lalu terjadi
pergelutan. Nordin hanya menerkam angin, lalu terbabas ke dalam parit.
Pak Saidi mengadakan majlis kenduri, kemudian mereka solat berjemaah sekeluarga. Keesokannya usai sarapan, Adnan
bertolak kem latihan menaiki kereta yang disewa oleh bapa Mamat. Perpisahan diiringi dengan air mata Mak Milah.

Bab 16: Perwira, muka surat 127 - 139


Adnan dan Mamat antara 25 orang pemuda Melayu yang terpilih sebagai anggota Kompeni Percubaan askar Melayu
daripada lebih seribu orang pemohon rekrut. Adnan dan Mamat di bawah kendalian Konstabel Daud. Adnan hanya
mampu meneguk air kopi sejuk, sedangkan Mamat berselera manyuap nasi goreng. Mereka diberikan pakaian seragam
dan bergunting rambut, serta diajar disiplin berpakaian dan mengilat but berladam.
Walaupun malu berseluar pendek khaki, rekrut berkumpul di padang kawad di bawah perintah Koperal Yusuf. Mamat
didenda tekan tubi seratus kali kerana memakai stoking berlainan warna. Kemudian di bawah perintah Sir Thomson,
mereka mengambil masa seminggu (dengan pertolongan Adnan) untuk membiasakan diri dengan hukuman kawad dalam
bahasa Inggeris. Selain itu, rekrut diberi ilmu agama, kemahiran tempur dan peluru hidup.
Adnan enggan mengalah dengan tekanan dan cabaran latihan sepanjang setahun tanpa dibenarkan keluar dari kem.
Adnan terpilih sebagai rekrut terbaik, serta semua rakannya juga diterapkan sebagai perintis Batalion 1 askar Melayu.
Usai perbarisan tamat latihan ialah pengumuman pertukaran. Adnan ke Singapura dan Mamat ke Kedah. Mereka
dibenarkan bercuti seminggu sebelum melapor diri. Adnan terharu berjumpa semula keluarga, sambil melayan tetangga
yang datang. Adnan berselera dengan masakan Mak Milah yang dirinduinya. Adnan mengeluarkan cenderamata untuk
ibu, ayah dan adik-adik.

Bab 17: Kehidupan Baharu, muka surat 140 - 148


Adnan menikmati cuti di kampung. Tiba di kem, Kapten Anderson memaklumkan Adnan dinaikkan pangkat sebagai
sarjan. Beberapa bulan kemudian Kapten Anderson menyatakan Adnan terpilih ke London, mewakili askar Melayu dalam
pertabalan King George IV. Ketika bercuti seminggu sebelum ke London, Mak Milah merancang untuk menjodohkan
Adnan dengan Sophia, anak Pak Pakih Muda.
Sedang Adnan termenung mengingatkan zaman kanak-kanak, serta perihal kedua-dua orang adiknya, Nordin dan rakan
telah menyertai tentera. Mak Milah bijak memilih waktu itu untuk memastikan bahawa Adnan masih tiada calon isteri.
Semasa Adnan di London, Pak Saidi dan Mak Milah menjalankan rancangan pertunangan Adnan dengan Sophia, guru di
Sekolah Sungai Ramal.
Adnan dikurniakan uniform tentera British daripada King George, lalu menunjukkan kepada Kapten Anderson
sebagaimana yang diminta. Selanjutnya Adnan menjalani latihan pegawai dan naik pangkat sebagai leftenan muda
mengetuai Platun ke-7 Kompeni C. Ketika pulang ke kampung sekali lagi, Adnan menerima kejutan akan dikahwinkan
dalam tempoh seminggu. Adnan serba salah, tetapi mengenangkan pengorbanan Pak Saidi dan Mak Milah, dia akur.
Namun, ketika mengunjungi rumah Sophia, Adnan terus terpikat dengan kelembutan dan keayuan bakal isterinya itu.
Majlis kahwin di rumah Sophia dan kenduri doa selamat di rumah Adnan diraikan penduduk kampung.

Bab 18: Berhari Raya Di Kampung, muka surat 149 - 155


Adnan sayu kerana sudah lama tidak berhari raya bersama keluarga. Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak
lelaki, tetapi bayi perempuan mereka meninggal dunia. Cuti kali ini, Adnan beraya bersama keluarga walaupun pada
mulanya Zainudin dan Mokhtar belum mesra dengannya.
Adnan memberitahu Sophia dia akan bertukar dari Bukit Candu ke Pasir Panjang, Singapura dan bercadang membawa
keluarga mereka berpindah ke sana. Sophia gembira walaupun harus berjauhan dengan ibu bapanya sendiri. Mereka
sekeluarga menaiki kereta api ke Tanjung Pagar. Hati Adnan tersentuh mengenangkan ibu dan ibu mentuanya menyeka
air mata melepaskan anak dan cucu masing-masing.
Setiba di stesen Tanjung Pagar, Adnan sekeluarga menaiki jip tentera selama sejam pejalanan ke pangkalan tentera Pasir
Panjang. Sophia cepat menyesuaikan diri, malah dia prihatin terhadap anak-anak tentera yang hanya leka bermain.
Adnan menyokong cadangan Sophia untuk mengajar anak tentera di rumahnya bagi mengubat kerinduan tentang hingar-
bingar murid di sekolah.
Bab 19: Perang Dunia Kedua, muka surat 156 - 168
Perang Dunia Kedua, serta dasar peluasan kuasa Jepun ke Asia Tenggara mencemaskan Adnan tentang keselamatan
keluarganya yang tidak sampai setahun bersamanya di Pasir Panjang, Singapura. Sophia hairan dengan suaminya yang
muram dan tidak berselera makan. Sophia mengangguk lemah apabila diberitahunya lusanya akan dihantar pulang ke
Kampung Sungai Ramal.
Mak Milah terkejut dengan kepulangan Adnan, serta bimbang akan keselamatannya. Kemudian, Adnan bertemu Mamat
dan Nordin bercerita hal tentera. Adnan memberi semangat kepada Mamat dan Nordin yang agak goyah menghadapi
risiko pertempuran. Di stesen kereta api, seluruh keluarga Adnan dan Sophia tidak dapat menahan air mata. Adnan dan
Sophia juga saling berdoa dan bermaafan. Adnan menghadiahi Sophia sehelai selendang merah sebagai lambang
keberanian.
Setiba di Singapura, Adnan perlu memastikan proses perpindahan penduduk kampung berjalan lancar. Namun ada yang
enggan berpindah, sebaliknya mahu berjuang menentang musuh. Tentera bergabung tenaga dengan pengawal kampung
bagi menjaga keselamatan penduduk yang masih tinggal.Pengawal kampung ada yang bertelagah seperti Husin yang
bersemangat melawan musuh, sementara Karim tidak senang dengan bantuan Inggeris.

Bab 20: Bukit Candu, muka surat 169 - 179


Adnan menerima arahan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang serentak. Kedua-dua tempat itu strategik,
termasuk kilang candu Inggeris juga di situ. sarjan Hasan melaporkan penduduk Kampung Bukit Candu enggan
berpindah walaupun sudah dipujuk oleh Penghulu Sidek. Akhirnya, pasukan pengawal kampung ditubuhkan. Persiapan
sistem pertahanan Bukit Candu diselesaikan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keputusan mesyuarat dan taklimat
Leftenan Adnan.
Adnan terlantar keletihan, tetapi sempat menulis surat untuk Sophia sebelum terlena. Keesokannya, Adnan sekali lagi
bertemu Penghulu Sidek. Persetujuan dicapai, tetapi Samad menganggap British mereka cerita tentang kedatangan
Jepun, lalu bertikam lidah dengan Deris. Penghulu Sidek mengarahkan Samad balik ke rumah sahaja.
Adnan tersenyum sendirian membaca surat Sophia. Dia bangga dengan semangat Sarjan Hasan walaupun melepaskan
keluhan tentang perihal berjauhan dengan keluarga. Mereka juga berbincang tentang persidangan tentera Amerika dan
British di Manila. Mereka kesal kerana askar Melayu hanya dibekalkan senjata ringan. Trak tentera yang datang esoknya
juga membawa barang yang masih belum memuaskan hati Adnan. Sarjan Hasan juga melontarkan pendapatnya bahawa
British sengaja mengarahkan askar Melayu mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang kerena mereka mahu lari,
serta takut mati. Adnan menambah bahawa tentera upahan dari India dan Nepal juga tiada kepentingan di Tanah Melayu.

Bab 21: Di Ambang Perang, muka surat 180 - 186


Persidangan tertutup tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan British diadakan di Manila, khusus bAgi membincangkan
kemaraan tentera Jepun di Asia. Laksamana Thomas C. Hart (AS) memaklumkan angkatan laut Jepun menuju Tanah
Melayu dan Filipina, tetapi Laksamana Thomas Phlips (British) begitu yakin dengan kekuatan pasukannya. Hart
mempertikaikan keikhlasan British, serta keupayaan asakar Melayu dengan senjata ringan sahaja, namun Philip yakin
mereka terlatih. Persidangan bersetuju menghantar pesawat udara peninjau, serta pesawat pejuang untuk menyekat
kemaraan Jepun.
Ura-ura serangan Jepun disebarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara dan berita radio. Penduduk Bukit
Candu bersetuju pindah, kecuali seorang dua termasuk Samad. Walaupun isterinya meminta izin balik kampung, tetapi
Samad berkeras bahawa hal itu propaganda British dan hasutan penghulu Sidek.
Ketika rondaan malam, Lans Koperal Bakar dan Koperal Senin ternampak kelibat dua lembaga memasuki rumah yang
ditinggalkan. Amaran tembak tidak dihiraukan, sebaliknya lembaga itu terjun tingkap. Namun, lembaga berjaya ditangkap
oleh peronda kampung yang diketuai Deris. Koperal Senin memberitahu lembaga berdua itu pencuri, lantas peronda
kampung mahu membelasah mereka, tetapi sempat dihalang. Apabila topeng lembaga dibuka, semuanya terkejut melihat
wajah Samad.

Bab 22: Hati-hati Yang Resah, muka surat 187 - 199


Pagi itu, Leftenan Adnan dan anggota masih menunggu kedatangan pegawai baharu yang belum kunjung tiba. Hanya
pada tengah hari, Kapten Rix tiba dengan sebuah jip. Rix diperkenalkan dengan pegawai, diberi taklimat dan dibawa
mengelilingi pangkalan tentera. Koperal Senin menyediakan masakan Melayu untuk Rix.

Bab 23: Bermulanya Sengketa, muka surat 200 - 218


Jeneral Tomoyuki Yamashita menghadap Maharaja Jepun tentang rancangan menakluk Tanah Melayu bagi mendapatkan
bahan mentah setelah dikenakan sekatan ekonomi. Jepun bersekutu dengan Jerman dan Itali bagi menghadapi Amerika
Syarikat, Britain dan Belanda. Jepun telah beberapa tahun menghantar ejen perisik yang membuat peta Tanah Melayu.
Jepun akan menyerang Pearl Harbour. Maharaja meminta Yamashita memenangi hati orang Melayu.
Yamashita memberitahu Leftenan Kuzuko bahawa mengubah rancangan asal menyerang Singapura kepada mendarat di
Kelantan bagi mengelirukan musuh. Perang saraf dan slogan 'Asia untuk orang Asia' kononnya Jepun mahu
membebaskan Tanah Melayu daripada British juga helah, walhal mereka hendak berkuasa selama mungkin.Tiba-tiba
Yamashita diberitahu pesawat peninjau British sedang mengekori mereka. Pesawat kendalian Pegawai Penerbangan
Bedell itu berjaya dimbak jatuh.
Pesawat peninjau kedua juga gagal kerana cuaca buruk. Yamashita juga mendapat persetujuan Thai untuk menggunakan
wilayah mereka bagi menyerang Tanah Melayu. Sementera itu, cadangan Ops Matador oleh Jeneral A.E. Pegawai
Pemerintah Tanah Melayu bagi menyekat pendaratan Jepun ditolak oleh Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah
British untuk timur jauh atas alasan tidak mahu membabitkan Thailand.
Kampung Sungai Ramal juga heboh kerana sebahagian penduduk menyokong Jepun sambil menuduh ketua kampung
sebagai suruhan Inggeris. Pak Saidi mengetahui niat sebenar Jepun menerusi Adnan. Cadangan solat hajat dipersetujui.
Hal yang terjadi meresahkan Mak Milah akan hal keselamatan ketiga-tiga orang anaknya

Di Singapura, Adnan berbincang dengan Kapten Rix tentang kelicikan pergerakan tentera Jepun. Tiba-tiba Koperal Senin
membawakan surat daripada Ahmad yang sedang belayar ke Australia.

Bab 24: Perangkap Tidak Mengena, muka surat 219 - 235


Jeneral Percival memerintahkan Kapten Rix menyekat laluan askar Jepun di utaras Changlun, termasuk menanam periuk
api. Namun, hujan selama 4 hari dan tanah sawah yang digenangi air menyebabkan kubu yang dibina tidak kukuh.
Intipan pihak Jepun dilakukan oleh Leftenan Kolonel Saeki Shizou. Yamashita memerintahkan pesawat tempur bergerak
dari pangkalan tentera Thai walaupun dengan kekerasan. Thailand enggan, tetapi setelah bertempur 8 jam, Thailand
akur.
Shizou merancang serangan udara, manakala Yamashita serangan laut secara serentak bagi membolehkan tentera darat
masuk ke Tanah Melayu. Yamashita telah berjanji kepada maharaja akan menakluk Tanah Melayu dalam70 hari setelah
menjalani latihan selama 7 bulan di hutan Burma (kini Myanmar). Jika gagal, Yamashita akan mati.
Ketumbukan 300 orang tentera Jepun mendarat di Songkhla dan bersedia menyerang kubu British. Tiga buah kapal
perang Jepun pula berlabuh satu setengah batu dari Pantai Pak Amat, dekat Pengkalan Chepa. Pada tengah malam 8
Disember 1941 serangan mengejut bermula. Angin kencang serta laut bergelora menyukarkan misi pendaratan.
Beberapa buah bot Jepun terbalik, manakala dua buah lagi dibedil sehingga mengorbankan banyak askar mereka.
Pasukan askar upahan British dari India pimpinan Bregedier B.W. Key bermati-matian membalas serangan Jepun.
Di Pantai Sabak, Unit Dogra askar British pimpinan J.B. Soper dibedil hebat tanpa henti. Ramai askar Jepun berjaya
dibunuh, lalu Yamashita menukar haluan ke Pantai Badang yang mudah ditembusi. Dari situ mereka bergerak ke pantai
Sabak dan Pak Amat sehingga berjaya melumpuhkan pertahanan British. Jepun terus mara ke Kota Bharu, lalu
bertempur dengan pesawat udara British-Australia.
Tentera British berundur, lalu diambil alih oleh askar Melayu, lalu bertahan di sepanjang laluan ke lapangan terbang Kota
Bharu. Dalam buku catatan Kolonel Masnobu Tsuji, dia menulis betapa askar Melayu berjuang bermati-matian
berbanding dengan tentera upahan British.

Bab 25: Gagalnya Operasi Matador, muka surat 236 - 246


8 Disember 1941: Jeneral Percival yang mendapat makluman pergerakan besar-besaran askar Jepun akhirnya beroleh
kebenaran Sir Robert Brooke-Popham untuk melancarkan Ops Matador. Di samping mempertahan Kota Bharu, Percival
menghantar beberapa ketumbukan briged askar ke Songkhla, Changlun dan Jitra bagi menyekat kemaraan Jepun. Di
Kota Bharu, askar Jepun menggunakan pelampung untuk menembusi kubu British di sepanjang Sungai Kelantan.
Disebabkan kehabisan peluru, kedua-dua pihak bertarung dengan menggunakan bayonet yang pada akhirnya dimenangi
Jepun.
Khabar angin disebarkan kononnya askar Jepun hampir menawan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Pertempuran
hebat, jerangkap samar dan letupan mengorbankan banyak jiwa bagi kedua-dua belah pihak. Askar upahan British
berundur ke Kuala Krai, tetapi sempat membakar lapangan terbang. Akhirnya, Jepun berjaya, manakala serangan balas
British terhalang oleh bentuk muka bumi Kelantan, serta hujan lebat.
9 Disember 1941: Askar Jepun membaiki lapangan terbang Pengkalan Chepa, memburu saki-baki tentera upahan British
dan akhirnya menawan Kota Bharu menjelang petang. Askar British India tambahan yang dihantar bertumpu di Pulai
Chondong. Sasaran bom British berjaya menenggelamkan kapal pengangkut IJN Awajisan Maru, yang pertama dalam
perang dunia pertama.
Jepun membalas dengan tembakan antipesawat. Misi udara British menyebabkan angkatan laut Jepun berundur, tetapi
tentera darat mereka kalah teruk. Skuad udara Jepun bertindak balas dengan mengebom pangkalan udara British di
Kuantan dan Butterworth. British tidak sempat memintas kedatangan mengejut pesawat Jepun. Lapangan Terbang Alor
Setar dan Sungai Petani juga berjaya menjadi milik Jepun.

Bab 26: Serangan Bertali Arus, muka surat 247 - 260


10 Disember 1941: Jeneral A.E. Percival menyalahkan Sir Robert Brooke-Popham kerana lewat membenarkan Ops
Matador. Percival memerintahkan kapal perang HMS Prince of Wales dan HMS Repulse yang berpangkalan di Singapura
bergerak ke Kelantan tanpa perlindungan pesawat tempur. Yamashita menghantar 10 pesawat untuk serangan kamikaze
(berani mati). Tiga pesawat Jepun yang ditembak menjunam ke atas Prince of Wales, manakala tiga pesawat lagi sengaja
menjunam ke atas HM Repulse. Empat buah kapal pembinasa British juga ditenggelamkan. Pertempuran hebat di
Kuantan mengorbankan banyak tentera kedua-dua belah pihak, tetapi British berundur hingga ke Kuala Lipis.
11 Disember 1941: Percival memerintahkan askar Punjab bertahan di Changlun, manakala askar Ghurka di Asun
memberikan bantuan. Jepun menggunakan taktik serangan kereta kebal, sambil askar berjalan kaki menyerang dari
rusuk kanan dan kiri. Nongka juga berjaya ditembusi mengakibatkan British undur. Malangnya jambatan Manggol
diletupkan oleh British sendiri kerana tersalah sangka. Selanjutnya Jepun menggempur Alor Setar dan Sungai Petani.
12 Disember 1941: Percival memerintahkan pangkalan tentera British dikukuhkan termasuk menghantar askar Melayu.
Sebaliknya, Jepun menyerang Kroh dan Pulau Pinang sehingga mengorbankan ramai orang awam. Skuadron Tentera
Udara Diraja New Zealand mengerah pesawat Brewster Buffalo, tetapi mudah dijatuhkan oleh Mitsubishi Zero. Batalion
Punjab dan Gurkha di Jitra juga mudah ditundukkan, malah askar Punjab bertempiaran sambil membuang senjata. Angka
korban dan serah diri askar upahan British sangat tinggi. Jepun mengelirukan British dengan penyamaran sebagai orang
tempatan berbasikal.
14 Disember 1941: Pangkalan udara Alor Setar ditawan tanpa tentangan. Seterusnya Jepun menyerang Gurun. British
meletupkan jambatan Sungai Muda, tetapi pasukan jurutera Jepun membaikinya dalam tempoh 36 jam sahaja. Percival
kemudian dibertitahu bahawa maklumat British bocor menerusi Kapten Patrick Heenan, perisik Jepun dalam tentera
British. Akhirnya, British membuat keputusan mempertahankan Singapura sahaja.
Di Kampung Sungai Ramal, Mak Milah dan Pak Saidi berasa lemah dengan berita kematian Ahmad, adik Adnan kerana
kapal HMS Pelanduk yang dinaiki karam dek serangan Jepun. Jiran-jiran datang menghulur simpati dan membacakan
surah Yasin. Di singapura, Adnan yang menerima berita malang itu turut bimbang dengan keselamatan keluarga di
kampung. Lans Koperal Yusuf bimbang akan keselamatan keluarganya di Kelantan, tetapi ditenangkan oleh Prebet
Shaari dan Koperal Yaakub.

Bab 27 : Perancangan Dua Jeneral, muka surat 261 - 273


31 Januari 1942
Satu demi satu negeri di Tanah Melayu jatuh di tangan Jepun hinggalah ke Johor. Sir Robert Brooke-Popham dipecat, lalu
digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pasukan terakhir mereka meletupkan Tambak Johor, tetapi
Yamashita membuat perancangan dari sebuah banglo estet di Kluang. Di sebuah warung, Samad dan kawan-kawannya
bergelak ketawa dengan kekalahan tentera Berikat. Samad diekori dan ditahan oleh ejen Jepun dengan muncung senjata
dihalakan ke mukanya. Akhirnya, Samad bersetuju menjadi pengintip Jepun. Samad menunggang basikal ke pangkalan
tentera Bukit Candu dan Pasir Panjang. Pada sebelah malamnya Samad menjadi penunjuk jalan kepada tentera Jepun.
Percival yakin 85,000 orang tentera British mampu menewaskan 30,000 orang tentera Jepun. Bagi menutup kelemahan
berperang di hutan tropika, mereka diperintahkan berkawal di sepanjang pantai. Tentera Australia seramai 750 orang
pimpinan Henry Gordon Bennet berkawal dari Sungai Kranji ke Sungai Sarimbun, manakala Kapten Rix dan Leftenan
Adnan mempertahankan Bukit Candu dan Pasir Panjang yang menempatkan depot peluru dan hospital tentera British.
Leftenan Adnan berjaya meniup semangat perjuangan kepada askar Melayu, tetapi kecewa terhadap tentera upahan
British yang lebih rela menyerah kalah. Askar Melayu bersolat hajat. Leftenan Adnan memohon askar tambahan, dan dia
lega dengan jaminan Rix. Leftenan Adnan memberi taklimat strategi pertahanan mereka.
Yamashita mengelirukan Percival dengan membedil sektor utara Singapura dan Changi, walhal mereka mendarat di
bahagian barat laut Singapura. Dia merancang untuk menawan tanah tinggi, empangan bekalan air dan seterusnya pusat
bandar. Pemerhatian dibuat menerusi bangunan tinggi di Johor Bahru, termasuk menara Istana Bukit Serene, serta belon
panas. Sebelum membedil kedudukan British, Jepun menggugurkan risalah supaya orang awam menjauhi kawasan
pantai. Pengintip yang fasih berbahasa Melayu berjaya memperoleh maklumat dan melukis peta tanpa disyaki.

Bab 28 : Pertempuran demi pertempuran, muka surat 274 - 286


3 Februari 1942
Jepun melancarkan serangan mengejut dengan 13,000 orang tentera elit ke atas kedudukan tentera berikat. Yamashita
juga memerintahkan tangki simpanan minyak tentera British di pelabuhan tentera laut Singapura diletupkan. Tentera
udara diraja Australia di Sembawang juga terpaksa berundur ke Palembang, Sumatera. Dua buah kapal pengangkut
British juga berjaya ditenggelamkan.
Markas Jepun dipindahkan ke istana Bukit Serene kerana yakin British tidak akan menyerang pusaka Sultan Johor itu.
Keengganan Percival mematuhi arahan membina kubu di utara Singapura memudahkan kemaraan Jepun. Serangan
balas British dilakukan dari lapangan terbang Saribun, tetapi akhirnya terpkasa berundur juga ke Palembang. Briged ke-
22 tentera Australia juga tewas di pantai Saribun.
Yamashita mengambil kesempatan daripada kelemahan kawalan, komunikasi dan pentadbiran tentera berikat untuk
menggempur kedudukan tentera Australia di garisan Keranji-Tambak Johor. Ketika Jeneral Nashimura panik kerana
masalah air surut mendadak, Yashimura menghantar bantuan untuk memaksa tentera Australia berundur. Kereta kebal
Jepun yang berjaya mendarat telah berjaya mengusir tentera India ke Bukit Timah.
Menjelang pagi di Jurong, Jepun menyerang askar Melayu yang ditinggalkan oleh tentera India yang berundur apabila
bilangan askar Jepun semakin banyak. Walaupun berjuang habis-habisan, askar Melayu juga terpaksa berundur. Percival
nyaris terkena serangan bom di markas Jalan Holland. Briged India ke-44 pula lari lintang-pukang apabila bertembung
dengan askar Jepun di Keranji-Jurong. Menyedari bekalan peluru yang semakin menyusut, Yamashita menggunakan
taktik menulis surat kepada Percival supaya menyerah kalah, tetapi ditolak.
Yamashita memerintahkan serangan pada waktu malam dengan pedang dan bayonet dan berjaya membunuh askar India
dan Australia. Semangat askar yang masih hidup segera luntur dan lebih suka pulang ke tanah air mereka. Maka, hanya
askar Melayu terus berjuang mempertahankan tanah air. Askar Melayu berlindung di kubu ketika serangan Jepun pada
waktu malam. Hospital tentera musnah dengan 700 orang askar India terkorban. Tentera Gurkha dan pasukan meriam
British di Bukit Timah tewas. Pengalaman tentera Jepun berperang di China digunakan bagi melemahkan tentangan
British.
Tinggal Bukit Candu dan pasir Panjang sebagai benteng terakhir bagi menyelamatkan pangkalan utama Alexandra.
Tanggungjawab digalas oleh kapten Rix dan Leftenan Adnan setelah Percival enggan mengaku kalah. Rix ragu-ragu,
tetapi Adnan berjanji akan bertahan hingga ke titisan darah terakhir.

Bab 29: Terus Berjuang, muka surat 287- 300


Leftenan Adnan terpandang Samad dan dua orang lelaki bertopi mengayuh basikal di hadapan pangkalan. Sarjan Arshad
memberitahu tentang dua lelaki pelik yang asyik tunduk dan menutup mata. Penghulu Deraman yang datang pada
petangnya juga tidak kenal, melainkan tentang kulit mereka yang cerah. Lantas, Adnan meminta penghulu memerhatikan
pergerakan Samad. Maka, pada malamnya Penghulu Deraman bersama Budin dan Leman mengekori Samad yang
keluar dari rumahnya hingga ke sebuah rumah usang di dalam hutan. Penghulu Deraman sanggup mengintip lebih dekat
seorang diri kerana Budin dan Leman takut, tetapi akhirnya ikut serta.
Penghulu Deraman melaporkan hal itu kepada Leftenan Adnan. Setelah berbincang dengan kapten Rix, Adnan
mengarahkan pengintip dihapuskan malam itu juga. Menjelang tengah malam, Adnan mengetuai serbuan dengan tiga
orang tentera memecahkan pintu rumah. Tiga orang lelaki Jepun cuba mencapai pistol, tetapi orang Adnan pantas
membunuh mereka. Ketika Samad diberkas, dia ditembak mati oleh seorang askar Jepun yang kemudiannya tewas di
tangan Adnan.
Yamashita berang. Dia merancang untuk menyerang Jurong pada 10 Februari. Percival memerintahkan Batalion 2
Rejimen Askar Melayu dan Briged India ke-44 ke sana, tetapi askar India berundur setelah mengalami angka korban yang
tinggi. Percival segera mengarahkan askar Melayu juga berundur. Pada pukul lapan malam askar Jepun mara ke
Pangkalan Pasir Panjang setelah melepasi halangan periuk api kawat duri dan kubu kecil (pillbox). Askar Melayu
berlindung di kubu bawah tanah.
Jepun menghantar kereta kebal, tetapi berjaya ditumpaskan. Pada pukul dua petang, tentera imperial Jepun
menggempur rejimen askar Melayu, lalu mengepung mereka dan berjaya menawan sebahagian anggotanya. Sarjan
Hasan yang berjaya lolos melaporkan kepada Leftenan Adnan tentang bedilan meriam dan mortar hanya dapat dibalas
dengan senjata ringan, dan kemudiannya pertempuran jarak dekat tanpa peluru. Sarjan Hasan tidak puas hati kerana Rix
lebih mementingkan Buena Vista, sambil membiarkan askar Melayu di Pasir Panjang.

Bab 30: Serangan Balas, muka surat 301-311


Suasana Pagi itu hening Askar Melayu yang tidak bertugas sedang tidur-tidur ayam.Tiba-tiba suasana yang tenang itu
dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya memimpin pasukan
penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melapskan tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan.
Kebanyakan tembakan tepat mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya mencari
jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk
mengelirukan musuh. Dua puluh orang tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.

Bab 31: Biar Putih Tulang, muka surat 312-322


Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan
Renya Mutugchi berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar Melayu di Bukit Candu
secara besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan
serangan pasukan artileri.

Bab 32: Tumpah Darah Perwira, muka surat 323-335


Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata
automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur
dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh.
Dalam pertempuran yang berikutnya pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah kerana keberaniannya
menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni.
Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri.
Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka
berjalan di bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh Leftenan Adnan
yang tergantung pada pokok tersebut dengan bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33: Jatuhnya Kota Singa, muka surat 336-344


Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah. Haji Burhan dan beberapa orang
penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai
sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus
lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang
yang masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar Melayu menentang
Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu
mengebumikannya.

Bab 34: Darah Mengalir Di Sungai Ramal, muka surat 345-351


Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka mencari keluarga
Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka
menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda
bagi menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun
di tanah Melayu.

Bab 35: Perjuangan Belum Berakhir, muka surat 352-358


Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga
Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup dengan
serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-
anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat
demam panas.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah kembali
memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah
dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia
telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah
berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang
bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukemia dan meninggal dunia.

TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Bukti Tema :
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat
di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan
ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

PERSOALAN
Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh : Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.
Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India
dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
Sikap berpandangan jauh.
Contoh : Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak
Melayu lain bersekolah pondok.
Semangat cinta akan negara.
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjayanya untuk memasuki bidang
ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.

PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
1. Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan
Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera
di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dalam bahagian permulaan, Adnan digambarkan sebagai
seorang anak muda yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan dalam dirinya. Dia mempunyai keberanian yang jarang-jarang
terdapat pada orang yang seusia dengannya. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum
Perang Dunia Kedua.
2. Perkembangan
Dalam perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang
yang hidup dalam serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampung telah memberikan kesedaran kepada ayah Adnan,
iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Pak Saidi berpendapat bahawa anak-anak perlu diberikan didikan
yang sempurna agar mereka lebih berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga, bangsa,
dan negara. Pak Saidi diceritakan telah menambil suatu tindakan yang luar biasa. Pak Saidi telah menghantar anaknya
belajar di Sekolah Inggeris. Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan dikristiankan atau menjadi murtad. Hal ini
mengundang rasa kurang senang penduduk kampung. Mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung jika
dia meneruskan cita-cita btersebut. Namun Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan yang telah dibuatnya.
3. Perumitan
Perumitan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan
Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan
tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit
Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir
Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera
Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai
menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

4. Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun. Askar Melayu
terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan
tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut
tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun
kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-
tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

5. Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan
anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah
Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Sohpia meninggal dunia
akibat penyakit leukemia.

TEKNIK PLOT
1. Pemerian
Contoh : Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu
menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari
kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

2. Dialog
Macamana belajar di sekolah orang putih? Seronok?, Tanya Mamat ingin tahu.

3. Imbas Kembali
Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang
digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah
kesihatannya pulih.

4. Imbas Muka
Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang
askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila
memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. AApatah lagi kalau digigit pada
bahagian yang paling sulit.

5. Monolog Dalaman
Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai
Ramal.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port
Dickson.
Dalaman
Berani
Contoh : Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa
senjata.

Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Patriotik
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan
demi cinta akan tanah air.

Rajin
Contoh : Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru
berusia 10 tahun.

Penyayang
Contoh : Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal
sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.

Watak Sampingan

Pak Saidi
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Berpandangan jauh
Contoh : Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun
anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.

Bertanggungjawab
Contoh : Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan
menjemputnya balik pada waktu tengahari.

Rajin
Contoh : Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.

Sophia
Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan
Adnan sebelum berlepas ke Singapura.

Tabah
Contoh : Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.

Bertanggungjawab
Contoh : Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah
sebelum menjadi guru semula.

Mamat
Sahabat baik Leftenan Adnan.
Menyertai pasukan askar Melayu.
Setiakawan
Contoh : Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana
bersekolah Inggeris.
LATAR
Latar Tempat
Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh : Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
Pasir panjang
Contoh : Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga
tentera Jepun terpaksa berundur.
Bukit Candu
Contoh : Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya digantung dengan kepala
ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
Alexandria
Contoh : Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.

Latar Masa
Tahun 1937
Contoh: Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk
menyertai upacara pertabalan King George VI.
Tahun 1941
Contoh : Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
Waktu pagi.
Contoh : Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal.
Waktu malam.
Contoh : Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
Waktu petang.
Contoh : Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung.
Contoh : Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup
dengan bersawah.
Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh : Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
Masyarakat yang berani.
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun
dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Masyarakat yang bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
NILAI
Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Nilai keberanian
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun
dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Nilai bekerjasama
Contoh : Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri
dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Nilai patriotik
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan
demi cinta akan tanah air.

PENGAJARAN
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh : Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan
demi cinta akan tanah air.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh : Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun
dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh : Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri
dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang as kar Melayu di Pasir Panjang

Anda mungkin juga menyukai