Anda di halaman 1dari 15

OUM BUSINESS SCHOOL

SEMESTER JANUARI 2016

BBPP1103

PRINSIP PENGURUSAN

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


BBPP1103
1. Pengenalan kepada organisasi yang dipilih.

Telekom Malaysia Berhad (TM) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia


dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Dahulunya, TM lebih dikenali dengan nama
Jabatan Telekom Malaysia (JTM) yang diwujudkan pada tahun 1946. JTM dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan dan dikawal selia oleh Kementeriaan Tenaga, Komunikasi dan
Multimedia (KTKM).
JTM bermula di negeri Perak pada tahun 1874 oleh J.W.W Birch. Pada tahun
1876, talian sepanjang 27 batu telah dipasang bagi menghubungkan komunikasi antara
pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun
1882, talian tersebut telah disambung ke seberang Perai dan Pulau Pinang melalui kabel
dasar laut. Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur pada tahun 1981. Terdapat
21 talian telefon di Kuala Lumpur pada tahun 1985. Dalam tahun 1990 perkhidmatan
telefon MAGNETO yang pertama telah dilancarkan ke Kudat, Kota Kinabalu dan
Sandakan, Sabah.
Bagi memajukan dan menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi, maka pada
tahun 1987, JTM telah diswastakan di atas nama Telekom Malaysia Berhad. Walaupun
telah diswastakan, TM tetap dikawal selia oleh KTKM. Tujuan penswastaan ini adalah
untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi, kecekapan bekerja serta meningkatkan
keupayaan bekerja yang dinamik untuk menghadapi persaingan sama ada di dalam
mahupun di luar negara.
TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat
serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih
setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan
mudah alih sendiri iaitu TMTouch. TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan
perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur
lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet iaitu
Streamyx (dahulunya), dan kini lebih dikenali dengan jenama UniFi.

1
BBPP1103
2. Definisi dan penerangan Pengurus dan Pengurusan.

Terdapat pelbagai definisi bagi pengurus antaranya ialah pertama, orang yang mengurus
dan yang menjalankan pengurusan, kedua, ketua yang berperanan sebagai pendidik,
pengasuh dan pembimbing, ketiga, orang yang berusaha membantu sesebuah organisasi
mencapai matlamat mereka dan yang keempat, seseorang yang bertanggungjawab
merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan
sesebuah organisasi. Pengurus membawa maksud penyelaras atau pengarah di dalam
organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur-unsur
organisasi. Pengurus ditakrifkan sebagai seorang individu yang digaji bagi
mempengaruhi, memimpin, membimbing membuat keputusan dan menggunakan sumber
organisasi untuk mencapai matlamat organisasi
Pengurus boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama
adalah pengurus kelas bawahan. Pengurus kelas bawahan lebih dikenali sebagai mandor,
penyelia atau supervisor. Peringkat kedua adalah pengurus pada peringkat pertengahan.
Pada peringkat ini, biasanya pengurus boleh digelarkan sebagai Senior Manager.
Peringkat ketiga pula ialah pengurus kelas atasan. Pengurus kelas atasan adalah seperti
General Manager, Vice President hingga President Director atau Chief Executive
Officer.
Seseorang yang bergelar pengurus perlu mempunyai ciri-ciri yang terbaik seperti
ketuhanan, keterbukaan, berfikiran positif dan dinamik. Seorang pengurus berperanan
dalam menentukan hala tuju dan kemajuan sesebuah organisasi yang diterajui. Antara
peranan pengurus mengikut Institusi Islam adalah seperti pemegang amanah sumber
dalam organisasi, bertanggungjawab kepada kebajikan pekerja, mematuhi peraturan
organisasi dan mengurus sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan dan pengurus boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Di mana ada
pengurusan maka di situ adanya pengurus. Pengurusan adalah sistemnya, manakala
pengurus adalah orang yang menguruskan sistem itu. Jadi, setiap orang yang bekerja
dengan prinsip-prinsip pengurusan sebenarnya adalah seorang pengurus. Contohnya,
seorang ibu yang mengurus urusan rumah tangga, maka dia adalah seorang pengurus
kepada suami, anak-anak, dan rumah tangganya.

2
BBPP1103
Pengurusan boleh didefinisikan sebagai perihal mengurus sesuatu seperti kerja,
syarikat dan badan perniagaan. Pengurusan ditakrifkan sebagai proses perancangan,
penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli- ahli organisasi dan menggunakan
sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan adalah proses
pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai
matlamat yang dikehendaki. Terdapat dua aspek penting di dalam pengurusan iaitu yang
pertama, pengurusan sebagai proses, yakni menjalankan kerja secara sistematik serta
memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain. Aspek
yang kedua ialah sebagai matlamat organisasi, yakni apabila aktiviti organisasi itu
berjalan dengan teratur dan lancar, maka matlamat organisasi dapat dicapai.
Proses dalam pengurusan adalah penting bagi memastikan apa yang diuruskan itu
dapat dilaksanakan dengan baik. Pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa proses
iaitu Perancangan, Penyusunan, Pengarahan dan Pengawalan. Proses-proses ini saling
berkait rapat antara satu sama lain bagi mewujudkan satu pengurusan yang berterusan
dan mantap. Proses Perancangan ialah proses yang melibatkan matlamat, penerangan
strategi dan pembangunan pelan bagi menyelaraskan aktiviti kerja. Contohnya, sebelum
pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih
dahulu. Proses Penyusunan ialah proses yang melibatkan usaha yang bakal menentukan
apakah tugas yang perlu dilaksanakan, siapa yang patut melaksanakannya dan bagaimana
ia perlu dilaksanakan. Proses ini melibatkan kerja-kerja seperti menstruktur organisasi
dan pekerja. Proses Pengarahan melibatkan usaha memotivasikan pekerja, pengarahan
aktiviti dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul. Proses ini merupakan fungsi
penting dalam menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna. Proses
Pengawalan ialah proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dengan matlamat
dan membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Proses ini merupakan fungsi terakhir
untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan.
Pengurusan diperlukan dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu
besar atau kecil, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan sahaja menjadi
tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi turut menjadi
tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada dalam organisasi tersebut.

3
BBPP1103
Terdapat enam unsur yang boleh didapati dalam pengurusan iaitu Man (manusia)
yang merupakan unsur yang paling penting dalam sesebuah pengurusan kerana ia
dikelola oleh manusia. Bermakna, sekiranya manusia yang menjadi pengurus itu adalah
seorang yang tidak cekap maka hasilnya adalah tidak optimum. Sebagai contoh,
Indonesia adalah sebuah negara yang memiliki hasil bumi yang banyak. Namun sumber
manusia yang dimiliki adalah kurang produktif maka hasil bumi tidak dapat dikeluarkan
secara optimum. Buktinya kita dapat lihat kemiskinan, rasuah dan kacau bilau berlaku
dengan berleluasa. Machine (jentera) yang bermaksud jentera tidak kira sama ada ia
adalah benda hidup atau mati seperti, komputer, telefon bimbit dan motor. Method
(cara/kaedah/aturan) yang berbentuk pengarahan kerja, prosedur, petunjuk teknik dan
panduan. Money (alat tukaran) boleh berbentuk wang atau emas dan lain-lain bentuk
mata wang. Material (kebendaan) seperti suatu organisasi yang perlu memiliki peralatan
atau aset yang sepatutnya bagi memastikan proses pengurusan dapat dijalankan dengan
lebih baik dan teratur. Jika sesuatu organisasi tidak memiliki aset sendiri yang boleh
membantu dalam menjalankan sesuatu proses pengurusan seperti bangunan, kenderaan,
peralatan pejabat dan lain-lain, berkemungkinan proses pengurusan organisasi tersebut
akan terganggu. Time (masa) bermaksud dalam apa jua perkara yang dilakukan
termasuklah proses pengurusan, perkara berkaitan masa adalah sesuatu yang amat
penting dan berharga. Jika pihak pengurusan telah menetapkan sesuatu matlamat bagi
sesebuah organisasi, maka sudah pasti ada tempoh masa yang telah ditetapkan. Gabungan
kesemua unsur-unsur ini bukan sahaja akan menghasilkan hasil yang baik malahan turut
menghasilkan nilai tambah.

4
BBPP1103
3. Penjelasan terhadap Evolusi Teori Pengurusan.

Amalan pengurusan yang diamalkan dalam pengurusan pada hari ini adalah hasil
daripada sumbangan pemikir-pemikir pada masa lalu. Idea, konsep dan kaedah yang
diketengahkan oleh mereka dapat membantu pengurus menguruskan organisasi mereka
dengan lebih cekap, berkesan dan lebih berdaya saing. Evolusi Teori Pengurusan
terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Pendekatan Klasikal, Pendekatan Gelagat,
Pendekatan Kuantitatif dan Pendekatan Semasa.
Pendekatan Klasikal bermula berikutan dengan perkembangan pesat perindustrian
pada abad ke-20. Pendekatan ini menekankan kepada usaha untuk mengurus kerja dan
organisasi dengan berkesan bagi meningkatkan kecekapan serta produktiviti kerja.
Pendekatan ini terbahagi kepada Pengurusan Saintifik, Pengurusan Pentadbiran dan
Pengurusan Birokrasi.
Pengurusan Saintifik menekankan kajian saintifik untuk meningkatkan
produktiviti pekerja. Pengkaji bagi pendekatan ini adalah Frederick W.
Taylor, Frank dan Lilian Gillbreth dan Henry L. Gantt.
Frederick W. Taylor (1856-1915) atau lebih dikenali sebagai Bapa
Pengurusan Saintifik mengutamakan peningkatan kecekapan
pekerja melalui pengkhususan kerja, penyediaan latihan yang
sesuai kepada pekerja, penggunaan kad arahan bagi melaksanakan
tugas dan memberi kadar upah berdasarkan pengeluaran yang
dihasilkan. Beliau mengemukakan empat prinsip pengurusan
saintifik iaitu kaedah terbaik untuk setiap tugas, memilih dan
melatih pekerja secara saintifik, pembahagian tugas yang adil dan
menitikberatkan kerjasama antara pengurus dan pekerja demi
mencapai matlamat organisasi.
Frank Gilbreth dan Lilian Gilbreth (1868-1924) merupakan
pasangan suami isteri yang telah melakukan kajian berkaitan
pergerakan kerja dan masa (time and motion). Hasil daripada
kajian mereka, didapati bahawa pergerakan kerja yang tidak perlu
dihapuskan untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga

5
BBPP1103
sekali gus menghasilkan prestasi kerja yang optimum. Selain itu,
jangka masa untuk menyelesaikan sesuatu tugas dikenalpasti
dengan menganalisis setiap pergerakan pekerja dalam
melaksanakan tugasan.
Henry L. Gantt memperkenalkan sistem ganjaran di mana ianya
melibatkan pemberian bonus kepada pekerja yang dapat
menyempurnakan tugasan melepasi tahap yang telah ditetapkan.
Selain itu, beliau memperkenalkan Carta Gantt iaitu kaedah
penjadualan tugas dalam menjadual, merancang dan mengawal
perjalanan sesuatu tugasan.
Pengurusan Pentadbiran menumpukan kepada peranan pengurus dalam
menguruskan organisasi secara menyeluruh. Pendekatan ini telah dicetuskan
oleh Henry Foyol, Mary Parker Follet dan Chester Bernard.
Henry Foyol digelar sebagai Bapa Pemikiran Pengurusan kerana
beliau merupakan orang pertama yang membincangkan
pengurusan sebagai satu proses. Beliau telah membahagikan
pengurusan kepada lima fungsi utama iaitu perancangan,
pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan pengawalan.
Selain itu, beliau telah memperkenalkan 14 prinsip pengurusan
umum untuk menguruskan organisasi dengan cekap iaitu
pembahagian kerja, autoriti disiplin, satu arahan, arah dan tujuan,
mengutamakan kepentingan umum, ganjaran, pemusatan, rantaian
skala, teratur, kesamarataan, kestabilan peribadi, inisiatif dan
kerjasama.
Mary Parker Follet menyarankan bahawa pengurus harus
menggunakan pendekatan kolaboratif dengan perkerja untuk
menyelesaikan masalah dalam tugas. Beliau juga menekankan
kepentingan kumpulan informal bagi sesebuah organisasi.
Chester Bernard menyatakan bahawa jika matlamat individu dan
matlamat organisasi adalah selaras, organisasi dapat ditadbir
dengan cekap dan teratur. Beliau mendapati bahawa hubungan

6
BBPP1103
pekerja dengan majikan adalah berdasarkan sikap saling hormat-
menghormati antara satu sama lain. Beliau juga menyarankan agar
pekerja mematuhi arahan pengurus tanpa mempersoalkan autoriti
pengurus tersebut bagi mewujudkan hubungan baik antara pekerja
dengan majikan.
Pengurusan Birokrasi telah diperkenalkan oleh Max Weber di mana ianya
menekankan autoriti dan hierarki dalam sesebuah pengurusan. Beliau
memperkenalkan Teori Birokrasi Pengurusan bagi mewujudkan kecekapan
dan keberkesanan dalam sesebuah organisasi. Terdapat lima prinsip dalam
pendekatan yang diperkenalkan oleh Max Weber iaitu, pengkhususan kerja
yang akan meningkatkan kemahiran pekerja, hierarki dan autoriti yang jelas
supaya aktiviti dapat berjalan lancar, pengamalan peraturan dan prosedur agar
wujud kesamarataan dalam membuat keputusan, tidak bersifat pilih kasih dan
kenaikan pangkat berdasarkan prestasi pekerja.
Pendekatan Gelagat menumpukan kepada sumber manusia dalam organisasi demi
menjayakan matlamat organisasi. Pendekatan ini terbahagi kepada Pergerakan Hubungan
Kemanusiaan dan Sains Gelagat.
Pergerakan Hubungan Kemanusiaan ialah pendekatan yang dihasilkan dari
satu penyelidikan iaitu Kajian Hawthorne yang diketuai oleh Elton Mayo.
Kajian ini menekankan aspek sosial dan pengiktirafan kumpulan kerja. Kajian
ini mendapati bahawa peningkatan dalam produktiviti pekerja adalah
disebabkan oleh faktor sosial di tempat kerja. Contohnya seperti, semangat
bekerja dalam kumpulan dan hubungan baik antara ahli kumpulan.
Sains Gelagat ialah teori yang mengkaji gelagat manusia melalui bidang
saintifik, psikologi, ekonomi dan sosiologi. Terdapat dua teori bagi
pergerakan ini iaitu Teori Hierarki Keperluan Maslow yang disokong oleh
Abraham Maslow dan Teori X dan Y yang disokong oleh Douglas McGregor.
Teori Hierarki Keperluan Maslow menyatakan bahawa manusia
mempunyai lima keperluan asas iaitu keperluan fizikal,
keselamatan, sosial, penghargaan diri dan penyempurnaan diri.

7
BBPP1103
Teori X dan Y mengemukakan bahawa pengurus akan melayan
pekerjanya berdasarkan andaian beliau terhadap pekerja. Sebagai
contoh, sekiranya Teori X menyatakan bahawa pengurus
mempunyai andaian negetif terhadap pekerjanya maka layanan
yang diberi adalah negetif dan begitu juga sebaliknya (positif).
Pendekatan Kuantitatif ialah pendekatan yang menggunakan kaedah dan teknik
kuantitatif seperti Program Linear, Teori Kebarangkalian, Teori Giliran, Statistik dan
Model Matematik untuk membantu pengurus dalam pengurusan sumber-sumber
organisasi secara optimum dan ekfisen. Pendekatan ini meliputi tiga teori utama iaitu
Teori Sains Pengurusan, Teori Pengurusan Operasi dan Teori Sistem Pengurusan
Maklumat.
Teori Sains Pengurusan menumpukan kepada penggunaan model matematik
dan kaedah sains untuk meningkatkan keberkesanan pembuatan keputusan.
Teori Pengurusan Operasi memudahkan pengurusan pengeluaran dan
penghantaran barang serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
Teori Sistem Pengurusan Maklumat menekankan penggunaan komputer
dalam mereka bentuk maklumat penting bagi membantu pengurus membuat
keputusan.
Pendekatan Semasa menghasilkan dua teori iaitu Teori Sistem yang menganggap
bahawa organisasi sebagai satu sistem yang terdiri daripada pelbagai bahagian dan saling
berkaitan antara satu sama lain. Pengurus perlu mengambil kira kepentingan di setiap
jabatan organisasi dalam membuat sesuatu keputusan kerana setiap tindakan yang
dilakukan oleh satu bahagian akan memberi kesan kepada bahagian yang lain. Teori
Kontigensi dikenali sebagai Teori Situasi yang bermaksud tiada satu pendekatan terbaik
untuk semua situasi dengan kata lain pengurusan yang umum tidak sesuai digunakan. Hal
ini kerana pengurusan sesebuah organisasi dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran
organisasi seperti persekitaran, budaya dan teknologi. Contohnya, pengurus mesti
mengenal pasti ciri-ciri sesuatu situasi sebelum memilih teknik pengurusan yang sesuai
untuk dilaksanakan.

8
BBPP1103
4. Penerangan terhadap Teori Pengurusan yang diamalkan oleh organisasi dipilih.

Telekom Malaysia (TM) telah mengamalkan beberapa Teori Pengurusan dalam sistem
pentadbiran mereka bagi memastikan pengurusan syarikat berada dalam keadaan yang
lebih baik, teratur dan optimum. Antara Teori Pengurusan yang diamalkan adalah
Pengurusan Saintifik. TM telah mengamalkan pengurusan santifik dari segi pegkhususan
kerja kepada pekerja-pekerja mereka. Perkara ini akan membuatkan tugasan dapat
berjalan dengan lancar, pembahagian tugas mengikut bidang masing-masing dan
pemberian upah yang setimpal mengikut pengkhususan atau bidang masing-masing.
Contohnya, pengurus TM telah memberi arahan kepada pekerja-pekerjanya mengikut
pengkhususan masing-masing seperti tugasan di bahagian pemasangan kabel fiber optik,
bahagian penerimaan tempahan atau pesanan, bahagian pemasangan modem atau router,
bahagian servis baikpulih dan bahagian khidmat pelanggan.
Pengurusan Pentadbiran. TM menekankan peranan pengurus dalam memastikan
setiap kerja yang dilakukan oleh pekerja sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan baik.
Pengurus dan pekerja yang berada dalam unit yang sama harus saling hormat-
menghormati antara satu lain dan cuba menyelesaikan masalah yang timbul bersama-
sama. Contohnya, pengurus di Unit Servis Baikpulih harus memberi pelepasan kepada
pekerjanya untuk membuat kerja-kerja luar atau di luar daripada bangunan syarikat
kerana tugas utama bagi pekerja baikpulih adalah seperti membaiki modem atau router di
rumah atau pejabat pelanggan.
Pergerakan Hubungan Kemanusiaan. TM amat menitikberatkan teori ini kerana
bagi mendapatkan hasil kerja yang baik mestilah bermula dari suasana kerja yang baik di
antara pekerja. Contohnya, staf dari Unit Khidmat Pelanggan mesti bekerjasama antara
satu sama lain bagi memastikan semua pelanggan yang hadir pada ketika itu dilayan
dengan baik, teratur dan mengikut giliran.
Pendekatan Kuantitatif. TM amat memerlukan penggunaan teori ini kerana ianya
melibatkan penggunaan kaedah dan terknik seperti program linear dalam membantu
pengurus menguruskan sumber-sumber organisasi. Contohnya, pengurus di Unit
Pengumpulan Data akan menggunakan peralatan komputer dalam membantu beliau

9
BBPP1103
untuk merekod data-data dan butiran pelanggan seperti nama, nombor kad pengenalan,
alamat, nombor telefon dan lain-lain butiran.

10
BBPP1103
5. Perbincangan teori yang paling baik untuk organisasi.

Maksud organisasi ialah sekelompok orang (dua orang atau lebih) yang secara formal
dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
Organisasi secara umum adalah perkumpulan atau sekelompok kumpulan orang untuk
bekerjasama, mengendali dan terpimpin untuk suatu tujuan tertentu. Sebuah organisasi
biasanya memanfaatkan sumber yang ada misalnya seperti cara, bahan-bahan, mesin,
wang, dan sumber-sumber lain dalam mencapai tujuan organisasi tersebut. Akan terdapat
seorang pemimpin dalam organisasi yang akan memimpin operasi dan kendalian bagi
mencapai matlamat yang dirancang. Terdapat beberapa teori yang paling baik yang boleh
digunapakai bagi mencapai matlamat organisasi.
Teori Organisasi Klasik merupakan satu teori yang mempunyai konsep organisasi
yang mula berkembang sejak abad ke-19 (tahun 1800). Ianya menjelaskan bahawa
organisasi sebagai struktur yang mempunyai hubungan, tujuan, kekuasaan, kegiatan,
peranan dan komunikasi yang terjadi apabila ada orang bekerjasama. Teori Organisasi
Klasik juga lebih dikenali dengan teori tradisional. Teori Organisasi Klasik berkembang
dalam 3 jenis iaitu Teori Pentadbiran yang merupakan teori yang dikembangkan oleh
Lyndall Urwick dan Henry Fayol yang berasal dari Eropah serta Reliey dan Mooeny
yang berasal dari Amerika. Teori Birokrasi, teori yang dikemukakan oleh Max Weber
yang juga boleh didapati dalam buku berjudul "The Protestant Ethic and Spirit of
Capitalism". Teori Pengurusan Ilmiah merupakan teori yang telah dikembangkan oleh
Frederick Winslow Taylor pada tahun 1900.
Teori Organisasi Neoklasik merupakan satu teori yang memberi perhatian kepada
pentingnya aspek psikologi, sosial dan kebaikan yang perlu ada pada seseorang individu
dan sekumpulan pekerja. Teori Organisasi Neoklasik juga dikenali sebagai Teori
Hubungan Manusia. Dalam sekumpulan kerja, perlu adanya beberapa unsur seperti
Penyertaan, di mana ianya melibatkan setiap individu dalam proses membuat keputusan.
Perluasan Kerja, dari segi kepakaran pekerja dalam organisasi. Pengurusan Bottom-up,
memberi kesempatan kepada pekerja junior untuk ikut serta dalam perbincangan dan
keputusan pengurusan tertinggi organisasi.

11
BBPP1103
Teori Organisasi Moden merupakan satu teori yang mempunyai sifat terbuka di
mana semua unsur-unsur organisasi saling berhubung kait antara satu sama lain. Teori
Organisasi Moden dikembangkan oleh Herbert Simon yang dimulai pada saat
berakhirnya Gerakan Contingency. Teori Organisasi Moden disebut sebagai analisa
sistem pada organisasi iaitu aliran ketiga terbesar yang ada dalam Teori Organisasi serta
pengurusan. Sistem terbuka yang dikembangkan oleh Katz dan Robert Kahn seperti yang
terdapat dalam bukunya yang berjudul "The Social Psychology of Organization" banyak
menerangkan tentang keunggulan sistem terbuka.

12
BBPP1103
6. Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, setiap organisasi perlu membentuk suatu sistem pengurusan


sumber manusia yang bersesuaian bagi membolehkan organisasi bersaing dalam
persekitaran perniagaan yang amat mencabar pada masa kini. Organisasi-organisasi yang
berjaya, berupaya memahami kepentingan membentuk suatu sistem pengurusan sumber
manusia yang efektif. Pada masa kini, organisasi-organisasi di seluruh dunia mula
menggaji pakar-pakar sumber manusia untuk membantu mereka membentuk dan
melaksanakan polisi serta prosedur bagi tujuan mengrekrut, membangun dan
mengekalkan para pekerja. Salah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia
adalah memilih dan mengambil pekerja yang sesuai untuk bekerja di dalam organisasi.
Bagi menjalankan misi ini dengan jayanya, beberapa langkah perlu diambil termasuk
menyediakan analisis kerja, menarik sekumpulan pemohon yang berkelayakan untuk
memohon kerja, mengumpul maklumat, menawarkan pekerjaan kepada calon yang
berjaya dan mengendalikan program induksi untuk pekerja baru. Oleh yang demikian,
atas faktor impak yang sangat besar, Telekom Malaysia (TM) seharusnya memberi
tumpuan yang lebih dan teliti kerana ia melibatkan sumber manusia dan pengurusannya.
Kesempurnaan dalam pengurusan TM akan menguntungkan dari segi pelaburan yang
telah dibuat untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. TM mesti lebih mantap dari masa
ke semasa kerana sumber manusia di organisasi itulah yang menentukan kejayaan atau
kegagalan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan tahap daya saing syarikat.

(2,934 patah perkataan)

13
BBPP1103
APENDIKS

RUJUKAN

Ab Aziz Yusuf. (2007). Keinsafan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan


Publication & Distributors.

Panel Akademi Pengurusan YPEIM. (2005). Pengurusan Dalam Islam: Menghayati


Prinsip Dan Nilai Qurani. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM.

Aizzat Mohd Nasurdin, Intan Osman & Zainal Ariffin Ahmad. (2006). Pengantar
Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz & Santhi Raghavan.
(2013). BBPP1103: Principles of Management. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Artikelsiana. (2014). Pengertian organisasi, ciri-ciri, unsur-unsur dan teorinya. Dari


http://www.artikelsiana.com/2015/04/pengertian-organisasi-tujuan-ciri-ciri-manfat-unsur-
unsur-organisasi.html#

Pengertian Apapun. (2016). Pengertian struktur organisasi dan fungsinya secara jelas.
Dari http://www.pengertianku.net/2015/06/pengertian-struktur-organisasi-dan-
fungsinya.html

14