Anda di halaman 1dari 45

ILMU.::.IMAN.::.

AMAL
SEMOGA HARI INI LEBIH BAIK DARI
SEMALAM....

Tuesday, 7 August 2012

kemahiran bernilai tambah

1. ( I ) KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

Konsep
Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah Kurikulum semakan tahun 2000
merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum
yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum
bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam
kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian
kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu,
kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran Bernilai
Tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen
Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Rasional Pengintegrasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Kurikulum Semakan
Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam The Treasure Within Report to
UNESCO of the International Commision on Education for theTwenty-first Century Learning
(1995). Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat dalam
menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut:
1. Belajar untuk mengetahui (learning to know). Penggabungan pendidikan umum dengan
beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur
hidup.
2. Belajar untuk membuat (learning to do). Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi
alam pekerjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan.
3. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Rasa persefahaman terhadap
orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling
bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.
4. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be). Keupayaan berdikari dan mengamalkan
pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama.

Empat tunggak utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan


dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua
iaitu, belajar untuk mengetahui dan belajar untuk membuat menjelaskan
keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa
dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu.
Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau
matapelajaran, serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan
teknologi yang berterusan.
Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan dengan
pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi
kognitif. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ilmu bebas domain (domain-
independent knowledge) Stasz (1990). Bikson dan Law (1995), mentakrifkan kemahiran generik
sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar,
menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Attewell (1994), pengguna
atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang
disampaikan kepadanya dengan mudah.
Dalam hal ini, kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang
diberikan penekanan. Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan
kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari
yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap
peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai dan kemahiran fasilitator. Meskipun
aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang sub-
kemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.
Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa
jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelesaian masalah), strategi
pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana,
penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran
generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut.
Konsep dan prinsip Kemahiran Bernilai Tambah yang digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan
kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah
dan menengah. Kemahiran Bernilai Tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk
dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran
Bernilai Tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik,
serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai Tambah terdiri daripada:

1. Kemahiran berfikir
2. Kemahiran belajar cara belajar
3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
4. Kajian masa depan
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran konstruktivisme
7. Pembelajaran kontekstual

1. ( II ) KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.
Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
ialah:

1. Mencirikan
2. Mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan
3. Menghubungkaitkan
4. Membandingkan dan membezakan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menentukan urutan
7. Mengenalpasti kenyataan benar dan palsu
8. Membezakan fakta dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)
9. Menganalisis
10. Mengesan kecondongan pendapat
11. Mengenalpasti sebab dan akibat
12. Meramalkan
13. Mensintesiskan
14. Mengitlak
15. Menganalogikan
16. Membuat inferens
17. Membuat kesimpulan
18. Menginterpretasikan, mentafsirkan
19. Menilai
20. Menjana idea
21. Mereka cipta
22. Merumuskan, meringkaskan
23. Menyelesaikan masalah
24. Membuat keputusanuntuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran tersebut, alat
berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta
peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Belajar Cara Belajar diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran Belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan
bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan bertindak untuk
menghadapi dunia yang semakin mencabar dan sering berubah. Melalui pengalaman yang
dilalui sendiri oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan
dalam kehidupan sebenar dan merupakan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek Kemahiran
Belajar Cara Belajar ialah:
1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif
2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan
3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)
4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas
5. Kemahiran menghasilkan laporan
6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual,
carta alir dan hierarki
7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,rancangan
pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
8. Persediaan menghadapi peperiksaan
9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei
10. Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang
11. Strategi belajar dalam kumpulan
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid
supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan
menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan
memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:
1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer
dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web,
membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan
dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan
bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan
maklumat mengikut tahap keupayaan murid.
2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan
pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet dan portel maklumat, mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi dengan langkah menggunakan
perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti atau
prosesnya dikawal oleh murid sendiri.
3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya pemproses kata, hamparan elektronik,
perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasilain seperti penyemak ejaan,
tesaurus dan sebagainya.
4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan
terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video
atau kombinasinya.
Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan),
masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid
dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid
mendapat manfaat yang maksimum.

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai ini
merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan
kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan


secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem
bahasa.
2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai
prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.
3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan serta menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan,
menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan
dan keseimbangan.
5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah
rentak dan tempo.
6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain.
7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan,
hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu.
Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan
kesedihan.
8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia
merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid
yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk murid belajar dengan penuh minat dan
lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari
potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih
seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis,
penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman
melalui interaksi sosial. Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan format 5E seperti berikut:

1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan ,
mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.
2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,
menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.
3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta
bukti dan alasan dan penjelasan.
4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan
meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep /
topik dengan situasi sebenar.
5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan
konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka.
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sendiri
individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam
persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan dan
pengalaman baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai


2. berpusatkan murid
3. menekankan pembelajaran secara konkrit
4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir
5. menekankan interaksi
6. pembelajaran koperatif
7. akses kepada maklumat

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman dibilik darjah sesuai dengan
situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu, kurikulum
Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar dapat memenuhi keperluan semasa
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru kepada
pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti
penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotism serta peraturan sosiobudaya.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam
kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysian ke arah
melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Di samping itu, Kemahiran Bernilai Tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran
sesuatu subjek. Oleh itu, guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran
untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.

Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum.
Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan
peraturan sosiobudaya) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan. Kurikulum
Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan
penyerapan. Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan
berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif,
emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah
mengambil kira:

kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran


bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt
penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran
peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah
aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kemahiran bernilai tambah.

Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan diintegrasikan dengan hasil
pembelajaran setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan
jenis kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus
menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan
aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran. Langkah
yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini
diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.

Malahan, kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah, ia merupakan salah satu cara untuk
memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21. Dengan
adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan, pelajar dapat bersedia
untuk menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini kerana, kaedah kajian
masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin
terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa
hadapan. Ini bermakna, pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan
perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian kurikulum
sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid secara tidak langsung.
Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun
kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum sukatan pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Tahun 1
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), kemahiran mendengar dan bertutur, 1.4: Bertutur,
berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam
situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila dan 1.4.2: Berbual tentang sesuatu perkara
menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi keluarga asas dalam situasi formal dan situasi
tidak formal secara bertatasusila. Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh
dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang
mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid
melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih
kemahiran mendengar dan bertutur. Panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam
bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, murid-murid dapat menyerapkan kemahiran
mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan
murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan
menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan
interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu.
Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak
formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca
dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran
merumus, suatu jenis kemahiran berfikir. Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam
pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran
kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran
bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural tetapi terancang dalam langkah
pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran
bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan
kemahiran hidup (living skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah
menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan
kehidupan mereka pada masa hadapan. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah
boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya:

a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.(Contoh


pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah
berat badan berlebihan.)
b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar.
c. Menggemukakan peta konsep karangan Amalan pemakanan yang sihat menggunakan alat
aplikasi komputer yang telah dipelajari.

Objektif a: Memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens. Objektif b: Dapat


menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andaian guru telah mendedahkan teknik
mencatat nota kepada murid.) Objektif c: Dapat melatih murid membina peta konsep di sampig
dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat.

Tumpuan pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran adalah yang menjadi fokus utama dalam
sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bagi subjek Bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan
kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara
belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan
pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan
jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu
disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat
teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat
generalisasi. Pengaplikasian kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) biasanya
memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan. Hal ini menuntut
pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien pada pihak guru.

Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi
objektif, penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid. Contohnya,
apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan
rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan (ketepatan
memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan
penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara
terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak
memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan
kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan
langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah.

Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), pasti ada penyerapan komponen Kemahiran
Bernilai Tambah (KBT). Tujuannya adalah bagi memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) tercapai. Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif dan mapan yang
terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekaligus melahirkan pendidikan yang berkualiti.
Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, komponen-komponen
kemahiran bernilai tambah yang diserapkan dapat memberi pengalaman dan pengetahuan tentang
sesuatu kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid-murid. Misalnya,
kemahiran belajar cara belajar yang mengandungi aspek mengingat jangka panjang serta
kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang, guru memulakan pengajaran dengan
memperdengarkan rakaman perbualan di radio untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid
perlu menumpukan perhatian mereka dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang
telah dipelajari. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di
kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa
mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang dialog situasi
itu serta mengingat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa aktiviti latih tubi
gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa.
Dalam kemahiran kecerdasan pelbagai, ia melibatkan ilmu yang pelbagai untuk diserapkan
dalam aktiviti pengajaran. Kecerdasan Pelbagai terdiri daripada kecerdasan interpersonal,
intrapersonal serta verbal-linguistik. Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P&P membolehkan
murid memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini merangkumi
keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan
dan mempengaruhi orang lain. Contohnya, apabila guru menyuruh murid mencari pasangan
untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat menjalankannya dengan baik di mana
setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat masing-masing dalam urusan pembelian dan
penjualan barang di kedai buku tersebut.

Kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek pemahaman terhadap diri sendiri termasuklah
kemahiran mengawal emosi. Murid akan memahami diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat
dan keperluan serta dapat mengawal emosi mereka semasa berurusan dengan peniaga.
Manakala, kecerdasan verbal-linguistik ialah tata tingkat kemahiran lisan. Verbal-linguistik
ialah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan sama ada melalui lisan, penulisan,
mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. Semasa aktiviti
dijalankan, sememangnya murid-murid ini akan melalui proses komunikasi berkesan sesama
mereka. Mereka juga akan cuba meyakinkan orang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak
mereka. Di samping itu, murid dapat menggunakan laras bahasa yang sesuai.

Pembelajaran kontekstual ialah pendekatan pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid
berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan
pembelajaran di sekolah dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contohnya, aktiviti latih
tubi dialog situasi di kedai buku boleh mengaitkan pengetahuan murid dengan kehidupan
seharian. Melalui aktiviti ini juga, murid akan memperoleh pengalaman baharu dalam hidup
mereka khususnya hubungan mereka dengan dunia luar agar mereka tidak kekok menghadapi
persekitaran kelak.

1.

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR)


BAHASA MELAYU TAHUN 1

(III) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

M/Pelajaran : Bahasa Melayu Kelas: Tahun 1 Bestari

Tarikh / Hari : 27 September 2011 [ Selasa ]

Masa : 08.00 Pagi 09.00 Pagi [ 60 Minit ]

Tema : Bersih Dan Sihat

Tajuk : Kelas Ceria

Standard
2.2 - Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
Fokus Utama Kandungan daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
:
2.2.3 - Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbagai
Standard bahan bacaan dengan sebutan yang betul.
Pembelajara
n

Standard
5.1 - Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
Fokus Sampingan : Kandungan mengikut konteks.

Standard5.1.4 - Memahami dan menggunakan kata kerja dengan betul


Pembelajara mengikut konteks.
n

Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat:


1. Membaca dan menyebut kata kerja yang terdapat dalam bahan
Objektif : bacaan dengan betul dan jelas.

2. Memadankan sekurang-kurangnya 3 kata kerja dengan gambar yang


betul.

3. Melengkapkan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat dengan kata


kerja yang betul.

1. Menyebut dan membaca kata kerja dengan betul secara kelas.


Aktiviti : 2. Memadankan kata kerja-gambar dengan tepat secara individu.
3. Melengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.

Sistem Bahasa :
Tatabahasa - kata kerja
:
Penerapan Nilai * Kebersihan * Toleransi
* Bekerjasama * Berani mencuba

Penerapan Ilmu : - Kajian Tempatan - Pendidikan Moral


- P.Sivik & Kewarganegaraan

Kemahiran : * Kemahiran Berfikir - Menghubungkaitkan


Bernilai Tambah * Kemahiran Konstruktivisme - Membersihkan kelas
* Kecerdasan Pelbagai - Memadan / menyebut / membaca
Pendekatan/Strate * Berpusatkan Murid - Menyebut / membaca
gi P&P : - Melengkapkan ayat / memadan perkataan
* Berbantukan Bahan / Media / Sumber / ICT

* Petikan
* Gambar
Media : * Kad perkataan
* Papan tulis
* Kotak Kad & gambar
* Lembaran kerja - Lengkapkan ayat / memadan

............................................................................................................
Pentaksiran : ............................................................................................................
............................................................................................................

Murid-murid melengkapkan ayat dengan kata kerja yang betul mengikut


Pengayaan : situasi.
Murid-murid menyebut dan membaca kata kerja dengan betul dan jelas.
Pemulihan :
Memadan kata kerja dengan gambar yang betul.

Refleksi ............................................................................................................
: ............................................................................................................
............................................................................................................

PROSEDUR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/


& Pembelajaran Contoh

Pengenalan Kepada Tajuk: Guru memaparkan gambar Ilmu:


Kelas kelas kepada murid-murid. Kajian Tempatan
Kemudian meminta murid-
murid bercerita tentang Pendidikan Moral,
gambar tersebut.
Nilai: Bekerjasama
Set Kecerd.Pelbagai
Induksi Murid menaakul gambar dan
memberi reaksi terhadap
(5 minit) gambar yang dipaparkan. KBT: Konstruktivisme
Contoh: Kec. Pelbagai
(G) - Ini gambar apa?
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

- Cuba ceritakan, tentang


gambar ini.
(M) - Itu gambar kelas/ bilik Strategi:
darjah. Berpusatkan Murid
Konstruktivisme
Kelas itu kelihatan kemas, Lampiran 1
bersih dan teratur.

Guru mengaitkan gambar


dengan isi pelajaran.
(G) pelajaran kita pada hari ini
ialah Menjaga Kebersihan
kelas
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Isi Pelajaran Guru mencabar minda murid- Ilmu:


Tajuk: murid tentang gambar. Kajian Tempatan
Menjaga Kebersihan
Kelas Kemudian, guru meminta Pendidikan Moral,
murid-murid membaca petikan
Menjaga kebersihan yang guru tunjukkan pada
kelas skrin.
Ini kelas Tahun 1 Bestari.
Langkah Murid-murid bekerjasama Kemah. Berfikir
1 membersihkan kelas Murid cuba memberi idea Nilai: Bekerjasama
mereka. tentang cara-cara menjaga Toleransi
(10 Abdul menyusun kerusi. kelas.
minit) Ah Lin menyapu sampah. Murid membaca KBT: Konstruktivisme
Suraya mengelap tingkap. petikanMenjaga kebersihan Kemah. Berfikir
Devi memadam papan kelas dengan bimbingan guru.
tulis. Contoh:
Mimi menampal jadual Konstruktivisme
waktu kelas. (G) - Bagaimanakah caranya kita Strategi:
Aminah memasang langsir. dapat menjadikan kelas seperti Berbantukan
Kelas Tahun 1 Bestari ini? Bahan/media
keliahatan ceria dan bersih. - Baca petikan berikut dengan
betul Lampiran 1
dan jelas.
(M) - Bergotong-royong
bersihkan kelas.
- Murid-murid membaca
petikan secara kelas (beramai-
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

ramai)
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Penerangan Isi Pelajaran Guru meminta murid Ilmu:


(berkumpulan), menyebut Pendidikan Moral,
Tajuk: perkataan berwarna biru yang
Menjaga kebersihan terdapat dalam petikan. PSK
Langkah kelas
2 Ini kelas Tahun 1 Bestari. Murid menyebut perkataan Nilai:
Murid-murid bekerjasama berwarna biru dalam kumpulan Berani mencuba
(10 membersihkan kelas secara bergilir-gilir.
minit) mereka. Contoh:
Abdul menyusun kerusi. Kemah. Berfikir Strategi:
Ah Lin menyapu sampah.
(G) - Sebutkan perkataan yang Berbantukan
Suraya mengelap tingkap. berwarna biru? Bahan/ Media
Devi memadam papan (M) - Murid-murid menyebut:
tulis. KBT: Kemahiran
Mimi menampal jadual menampal Berfikir:
waktu kelas.
Aminah memasang langsir. menyapu Lampiran 2
Kelas Tahun 1 Bestari Lampiran 3
keliahatan ceria dan bersih. memasang
mengelap
Kata Kerja memadam
menyusun
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Murid menyebut kata kerja


yang ditunjukkan oleh guru
(fasilitator).

Aktiviti Kelas: Guru memberi penerangan Ilmu:


Kata Kerja cara-cara melaksanakan Pendidikan Moral,
menyusun aktiviti kepada kelas.
PSK
Langkah Kemah. Berfikir
3 Murid-murid melakukan
menampal aktiviti seperti yang Nilai:
(10 menyapu ditunjukkan oleh guru. Berani Mencuba
minit) memadam
mengelap Strategi:
Berbantukan
Contoh: Bahan/ Media
(G) 1.Padankan gambar dengan kata
kerja. Kemudian sebut
perkataan tersebut.
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

KBT: Kemahiran
Berfikir:

menampal Lampiran 1
Lampiran 3
menyapu

Kemah. Berfikir

(G) 2.Padankan kata kerja dengan


gambar. Kemudian sebut
perkataan tersebut.
mengelap

memasang
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Guru menjadi fasilitator.

Perbincangan Dalam Murid dibahagikan kepada Ilmu:


Kumpulan: empat kumpulan. Pendidikan Moral,
Aktiviti Kumpulan:
Isi & Padan Setiap kumpulan diberi sebuah
kotak yang mengandungi kad Nilai:
Kotak (kata kerja) dan kad gambar. Bekerjasama
Perkataan Kum2 Toleransi
Kg
Kum1 Startegi:
Kp Berpusatkan Murid
Kum4 Berbantukan Bahan/
Langkah Kp Media
4 melukis Kg KBT:
(10 Kad perkatan Kum3 Kemahiran Berfikir:
minit) menyusun Kp -mengumpul/
Kotak Kg -mengelas
Perkataan Kecerdasan Pelbagai
melukis
membersih
Kotak
Gambar
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Dua kumpulan isi tempat


kosong-gambar dan dua
kumpulan lagi
memadan gambar-kata kerja.
Lampiran 3
Kumpulan yang cepat siap dan Lampiran 4
betul dalam setiap kategori
dikira sebagai pemenang.

Setiap orang murid (ahli


kumpulan) terlibat.

Kotak Contoh:
Gambar Kumpulan 1 dan 2 (kata kerja-
gambar)
membersih
Kecer. Pelbagai
melukis
Kemah. Berfikir

mengelap
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Rohana sedang
.. tingkap.
Kumpulan 2 dan 4 (Isi tempat
kosong-gambar)
Siti .sampah
dalam kelas.
menyapu

Murid-murid membaca kata


kerja yang dipadankan oleh
rakan-rakan mereka secara
kelas.
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Menyiapkan Tugasan Guru mengedarkan lembaran Ilmu:


Lembaran Kerja: kerja kepada murid-murid Pendidikan Moral
Kata Kerja mengikut kumpulan:
Murid melengkapkan ayat Kemah. Berfikir
dengan kata kerja yang Contoh:
betul. Kumpulan PENGAYAAN:
Langkah menyusun
5 menampal
(10 menyapu
minit) Nilai:
Murid memadan gambar Berani Mencuba
dengan kata kerja yang
betul. 1. Ali dan Abu sedang KBT: Kemahiran
kerusi meja. Berfikir:
2. Siti dan rakan- -memadan
rakantingkap. -mengelas
3. Cikgu Anna
sedanglangsir.
4. Rohana kelas
agar bersih. Lampiran 5a
5. Ketua Lampiran 5b
Kelas.jadual
waktu.

Lengkapkan ayat berikut


dengan kata kerja yang
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

sesuai.
memasang
mengelap

Kumpulan PEMULIHAN:
Kemah. Berfikir
melukis
Memadan gambar - kata
adjektif.
menyapu
menyusun

mengelap
memasang
Rumusan P&P Guru meminta murid-murid
[ Refleksi ] membuat rumusan tentang isi
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Catatan/
& Pembelajaran Contoh

Menjaga Kebersihan pelajaran.


Penutup Kelas
(5 minit) Kemah. Berfikir
Murid merumuskan pelajaran
dengan ayat sendiri atas
bimbingan guru:
Contoh:
1. Kita harus bekerjasama bersihkan
kelas.
2. kalau kelas bersih, kita dapat
belajar dengan selesa dan
seronok
3. Kata kerja menunjukkan
perbuatan.

Murid-murid diberi bimbingan


oleh guru membuat
pembetulan.

Murid menulis ayat yang telah


diperbetulkan oleh guru dalam
buku latihan masing-masing.

2. IMPLIKASI-IMPLIKASI PEMEROLEHAN BAHASA TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Teori Pemerolehan Bahasa
Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dikurniakan bersama-samanya beberapa alat fizikal yang
sesuai untuknya memperolehi bahasa. Semua insan di dunia ini mempunyai alat fizikal yang
sama untuk melakukan setiap perkara dan mengikut kepada teori biologis, sejak lahirnya
sesorang anak itu, sesungguhnya telah dikurniakan satu kebolehan iaitu kebolehan berbahasa.
Setiap kanak-kanak memperoleh bahasa pertama bukan melalui proses pembelajaran tetapi
proses ini berlaku dengan tidak formal. Kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan berkesan
apabila mereka didedahkan dengan pengalaman yang banyak sekaligus dapat meningkatkan
perkembangan bahasa mereka. Terdapat beberapa teori pemerolehan bahasa yang telah
dinyatakan oleh tokoh-tokoh aliran ini iaitu teori behaviorisme, teori mentalis, teori
interaksionalis dan teori kognitif. Semua aliran ini mempunyai pelbagai pendapat dan cara
tersendiri untuk menerangkan bagaimana seseorang individu yang bergelar manusia dapat
mempelajari sesuatu bahasa sejak mereka kecil lagi.

1. Teori Behaviorisme
Menurut Mangantar Simanjuntak (1987:66), Teori Behaviorisme pada asalnya adalah lanjutan
daripada teori pelaziman klasik Pavlov. Oleh kerana Watson (1930), telah berjaya memperkenal
satu prinsip pembelajaran yang baru maka beliau telah digelar bapa behaviorisme terutama di
Amerika Syarikat. Aliran behaviorisme yang telah dianut oleh Watson mempunyai tujuannya
yang tertentu. Psikologi memainkan peranan yang penting, hal ini kerana peramalan dan
pengawalan atau pengawasan perilaku tidak mempunyai kaitan dengan kesedaran. Setiap apa
yang dikaji oleh psikologi menurut behaviorisme ialah setiap perkara yang diamati secara
langsung iaitu gerak balas sedangkan setiap yang berlaku tidak berkaitan untuk dikaji.

Bagi Mangantar Simanjuntak (ibid:67), Watson dalam kajiannya melibatkan seorang bayi
berumur 11 bulan yang bernama Albert. Eksperimen ini bertujuan bagi memastikan teori
behaviorisme yang diperkenal benar sama sekali. Bayi tersebut yang tidak mempunyai rasa takut
terhadap binatang berbulu putih seperti tikus putih. Proses kajian bermula dengan Watson
memukul batang besi dengan sebuah palu setiap kali bayi tersebut memegang tikus putih itu.
Akibat daripada pukulan Watson, tidak lama kemudian bayi tersebut menjadi takut, bukan
sahaja terhadap tikus tersebut malahan terhadap semua benda yang berbulu putih. Oleh yang
demikian, Watson mendakwa teori yang telah diperkenal olehnya telah berjaya.
Menurut Kamarudin Hj Husin (1988:11), beliau menyatakan bahawa otak manusia diibaratkan
seperti kotak hitam dan jika berlaku sebarang perkara di dalamnya maka tidak dapat diamati.
Aliran behavioris ini juga dipengaruhi oleh teori dan ilmu psikologi. Golongan behaviorisme ini
juga menganggap, bahasa adalah proses perilaku yang menerangkan hasil operasi tindak balas
yang semata-mata bergantung pada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia. Kamarudin Hj
Husin sekali lagi mengatakan bahawa aliran behaviorisme menganggap setiap pembelajaran
bahasa merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang setiap aktiviti yeng hendak
dikuasai.

Dalam aspek pengajaran pula, aliran behaviorisme merupakan salah satu aliran yang
mengutamakan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Walau bagaimanapun, bahasa tulisan
merupakan bahasa kedua. Menurut Kamarudin Hj Husin (1986:43), ahli-ahli behaviorisme telah
menegaskan bahawa setiap pengajaran bahasa haruslah bermula dengan bahasa lisan kemudian
diikuti dengan bahasa tulisan. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh ahli-ahli
behaviorisme ini, dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah memastikan
murid-murid bertutur sebelum beralih kepada kemahiran menulis. Hal ini kerana, kemahiran
lisan merupakan asas kepada kemahiran yang lain. Jika murid tidak dapat menguasai peringkat
asas, maka mustahil untuk murid-murid menguasai kemahiran yang berikutnya.

Menurut Kamarudin Hj Husin lagi (ibid:43), bahasa merupakan satu tabiat atau sesuatau perkara
yang sudah menjadi kebiasaan. Proses pengajaran ini sesuai diterapkan dalam proses pengajaran
bahasa kedua. Proses ini akan memberi satu perkara baru kepada murid-murid. Untuk
membentuk kebiasaan ini memerlukan latih tubi serta perbualan bahasa perlu diutamakan.
Dalam proses ini, murid-murid tidak perlu terikat dengan peraturan bahasa. Dalam aliran ini,
pengukuhan menjadi satu syarat penting dalam pembelajaran. Pengukuhan merupakan salah satu
cara yang dapat dilakukan bagi menetukan tingkah laku yang dikehendaki. Dengan pengukuhan
ini akan menjadikan murid lebih gembira dan menjadikan mereka akan melakukan sesuatu
perkara yang memberikan mereka pujian. Situasi sebegini adalah normal sebagai seorang
manusia ynag mempunyai perasaan.
Ahli-ahli behaviouris menyimpulkan bahawa penguasaan bunyi bahasa dan sistem fonologi yang
berkaitan ialah hasil proses rangsangan dan gerakbalas. Orang-orang dewasa memberikan
rangsangan bahasa yang secukupnya dalam bentuk yang mudah untuk ditiru. Kanak-kanak pula
memberikan gerakbalas kepada rangsangan ini menerusi aktiviti cuba jaya dan akhirnya mereka
dapat mengucapkan bunyi bahasa dengan betul. Sistem fonologi pula dipelajari sedikit demi
sedikit hingga dikuasai sepenuhnya.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000:19), dalam bukunya Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,
Kaedah dan Teknik, beliau menyatakan bahawa kumpulan Behavioris berpendapat bahasa
sesuatu perlakuan itu dapat dibentuk dengan menggunakan rangsangan yang sesuai. Perlakuan
tersebut dapat dikekalkan sekiranya ia dikukuhkan melalui ganjaran. Bagi Abdul Aziz(ibid:20),
antara prinsip daripada teori Behaviorisme ini yang dapat diterapkan dalam bilik darjah adalah
dengan guru memberi pujian apabila pelajar memberikan jawapan yang betul atau menghasilkan
kerja-kerja yang baik. Selain itu, ganjaran dalam bentuk markah atau gred perlu digunakan.
Guru atau pihak sekolah memberi hadiah seperti buku, plak dan sebagainya bagi menarik minat
murid. Tambah beliau, guru juga mempamerkan hasil kerja pelajar yang
baik, contohnya karangan dan karya-karya ilmiah yang dapat memberi penghargaan kepada
mereka.

Di samping itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti bahasa seperti pertandingan pidato atau
bahas, acara berbalas pantun, membaca puisi dan sebagainya di sekolah dari semasa ke semasa
dan para pemenang akan diberikan hadiah sebagai ganjaran.

Dalam kalangan kumpulan Behavioris, E.L Thorndike merupakan ahlilinguistik yang terulung
dan beliau telah mengemukakan beberapa hokum penting yang berkaitan dengan aspek
perlakuan dalam teori Behaviorisme. Hukum-hukum ini boleh diterapkan dalam aktiviti P&P
bahasa. Dalam buku Pedagogi Bahasa tulisan Abdul Aziz Abdul Talib (2000:20), telah
disenaraikan setiap hukum-hukum tersebut besertakan contohnya.

Bagi hukum pertama iaitu hukum latihan, latihan amat penting untuk membina dan
mengukuhkan sesuatu perlakuan yang dikehendaki. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa misalnya, latihan diperlukan dalam bidang lisan (sebutan, intonasi, bacaan nyaring) dan
seumpamanya. Demikian juga halnya dalam lain-lain aspek pengajaran bahasa seperti aspek
tatabahasa atau menulis dan mengarang. Hukum keduanya ialah hukum kesan. Hukum ini
menyatakan bahawa perlakuan-perlakuan yang ingin dibina atau dibentuk itu akan berkekalan
atau terus berlaku sekiranya ia diberikan rangsangan dan ganjaran positif. Ganjaran positif itu
hendaklah diberikan secepat mungkin selepas perlakuan bahasa yang dikehendaki itu
disempurnakan pelajar. Misalnya, dalam latihan atau ujian bahasa ganjaran dalam bentuk
markah atau gred atau pujian hendaklah diberikan serta-merta kepada pelajar. Hukum
Kesan menyatakan bahawa faktor yang paling penting yang menentukan kesan ganjaran terhadap
respons atau perlakuan yang baik itu ialah faktor masa. Lebih singkat masa antara respons dan
ganjaran, maka lebih kuatlah pertalian antaranya. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran
bahasa, Politzer danRivers (1964) berpegang kuat pada Hukum Kesan ini dengan mengatakan:

Languange is behaviour, and language behaviour can be learned by inducing, the student
to behave the way are want him to behave....

Hukum ketiga yang diterangkan Abdul Aziz Abdul Talib (ibid:21) ialah Hukum Tubi. Hukum ini
menyatakan bahawa ganjaran memberikan kepuasan kepada pihak yang melakukan sesuatu
respons. Dalam hal ini, semakin kerap ganjaran diberikan, maka semakin menjadilah perlakuan
yang dikehendaki itu berlaku. Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, ganjaran perlu
kerap diberikan berikutan dengan sesuatu aktiviti atau perlakuan bahasa yang baik. Ini
termasuklah komen positif guru yang membina, misalnya terhadap karangan yang dibuat oleh
murid. Bagi guru bahasa yang ingin membentuk perlakuan bahasa yang baik dalam kalangan
para muridnya, ketiga-tiga hukum tersebut perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

2. Teori Mentalis
Teori mentalis merupakan penentang kepada teori Behaviorisme. Golongan mentalis
menentang hebat golongan behavoiorisme. Hal ini kerana, Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan
Sofiah Hamid (1990:32), memetik pendapat Chomsky bahawa teori behaviorisme tidak
menghuraikan proses pemerolehan aspek bahasa secara menyeluruh. Beliau juga menyatakan
bahawa setiap pemerolehan bahasa adalah proses mental bukan proses mekanis. Kenyataan
Chomsky yang dipetik dalam buku Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, bahawa seseorang
kanak-kanak yang lahir secara semulajadinya dapat menguasai bahasa ibundanya. Terdapat dua
unsur penting dalam teori ini iaitu competence (struktur dalaman) dan performance (struktur
luaran). Struktur dalaman adalah berbentuk makna manakala bagi struktur luaran adalah ujaran
bahasa yang dipertuturkan oleh kanak-kanak semasa mereka mempelajari bahasa.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (ibid:32), memetik kenyataan Chomsky dan
terdapat tiga sebab bagi mempertahan hipotesisi sejadi. Menurut Chomsky, bahasa mempunyai
ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Kedua-dua
perkara tersebut mempunyai maksud dan cara tersendiri. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai
rumus-rumus dasar dan rumus-rumus transformasi supaya dapat menggambarkan situasi bahasa
itu.

Ciri-ciri kedua menerangkan bahawa setiap ujaran yang terdedah pada pendengaran mungkin
sukar untuk diperolehi sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai keupayaan sejadi. Ciri yang
ketiga, Chomsky menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi system bahasa melalui ibunya
dalam masa yang singkat. Proses ini berlaku di antara empat hingga lima tahun.
Menurut Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Ahmad (ibid:33), yang memetik kata-kata
McNeill yang merupakan seorang penyokong kuat aliran mentalis. Pendapat beliau, setiap
kanak-kanak yang dilahirkan ke dunia dikurniakan dengan Alat Pemerolehan Bahasa atau Sistem
Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device). Pendapat yang dikemukakan oleh beliau
menegaskan bahawa kanak-kanak yang baru dilahirkan mempunyai ciri-ciri linguistik sejagat
iaitu kesemestaan formal dan kesemestaan substantif. Oleh kerana unsur sejagat ini wujud dalam
diri kanak-kanak maka mereka akan memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah.

Terdapat beberapa implikasi P & P bahasa bagi teori Mentalis. Dalam buku Zulkifley Hamid
(1994) yang bertajuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, beliau telah mengatakan
pembelajaran bahasa berlaku melalui pengalaman menggunakan bahasa. Maksudnya di sini ialah
murid mendapat pengajaran bahasa selepas melakukan komunikasi lisan sepanjang kehidupan
mereka. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa tatabahasa dipelajari secara tidak langsung.
Hal ini membuktikan bahawa pengajaran tersebut hendaklah menggunakan pendekatan
deduktif. Misalnya, serapan dan peniruan model dalam aktiviti pengajaran bahasa yang
dijalankan. Kanak-kanak menyerap tatabahasa pertama melalui komunikasi lisan (secara intuisi),
kemudian menyesuaikan rumus-rumus yang terkandung dalam tatabahasa sejagat dengan
menggunakan nahu tatabahasa bahasa pertamanya.

Di samping itu, implikasi yang lain ialah asas tatabahasa dikuasai dalam bentuk lisan tetapi
murid tidak menghafal ayat-ayat seperti mana yang terdapat pada Teori Behaviorisme. Selain itu,
Zulkifley Hamid (1994) juga berpendapat bahawa teori ini dapat menggalakkan pelajar
menghasilkan pertuturan baharu secara kreatif berdasakan pengetahuan rumus bahasa. Murid
tidak dapat menerangkan rumus

tatabahasa yang diserapi tetapi masih boleh menggunakannya dengan cara yang betul hasil
bimbingan guru semasa aktiviti di dalam kelas. Teori ini juga menganggap kesilapan bahasa
sebagai ujian sebelum mencapai tahap kemahiran. Guru hendaklah menghadkan kesilapan
mereka dan menggalakkan mereka memperbaiki berdasakan pengetahuan rumus yang telah
mereka pelajari.
Oleh itu dapat difahami bahawa latihan-latihan yang diberi seharusnya membina kecekapan
menggunakan rumus secara kreatif. Selain itu, teori ini juga turut menekankan kemahiran
membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.

3. Teori Interaksionalis
Teori pemerolehan bahasa ini baru berkembang dalam bidang psikolinguistik sekitar tahun 1960-
an hingga 1970-an. Ahli-ahli interaksionalis ialah seperti Bloom (1970), Bowennan (1973),
Cromer (1976) dan lain-lain sependapat bahawa kebolehan kognitif semata-mata tidak akan
dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan
seseorang kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin pentafsiran ini
boleh dilahirkan dalam bentuk bahasa. Kanak-kanak sebaliknya perlu didedahkan kepada
interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna
kognitif dalam bentuk-bentuk bahasa yang tepat.
Hasil kajian Snown (1972), Ringle (1978) dan lain-lain menunjukkan bahawa pemerolehan
bahasa kanak-kanak adalah akibat interaksi penjaga-penjaga dengan kanak-kanak. Menurut
Joriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofia Hamid (1993:35), pendapat ahli-ahli interaksionalis
ini mendapat sokongan kerana terdapat bukti-bukti daripada kajian bahasa kanak-kanak yang
telah dilakukan oleh Bloom, Bowerman, Halliday dan Wells. Kajian yang telah dijalankan oleh
Bloom menunjukkan kanak-kanak dapat memahami berbagai-bagai kategori semantik.
Bowerman berpendapat perbezaan ini timbul kerana kedua anak-anaknya menggunakan kognitif
yang berbeza.

Hal ini kerana proses kognitif dan proses bahasa merupakan satu perkara yang penting dalam
teori pemerolehan bahasa. Joriah Long, Raminah Hj Sabrandan Sofia Hamid (1993:35), memetik
kata-kata seorang ahli interaksionalis iaitu setiap perkembangan bahasa melibatkan proses
kognitif dan juga proses interaksi bahasa. Halliday juga berpendapat setiap kanak-kanak perlu
menguasai bahasa. Hal ini kerana setiap manusia perlu untuk berinteraksi dengan masyarakat
sekeliling.

Kamarudin Hj Husin (1998:38) dalam bukunya yang bertajuk Pedagogi Bahasa menyatakan
bahawa teori pembelajaran interaksionalis memerlukan kanak-kanak didedahkan kepada
interaksi linguistik. Dengan pendedahan yang diberi, murid-murid boleh mengenal pasti dan
mempelajari bagaimana untuk menggambarkan makna kognitif dalam satu bentuk linguistik
yang jelas dan tepat. Teori yang telah dikemukakan oleh Halliday ini memandang pembelajaran
bahasa adalah sebagai salah satu alat berinteraksi dan proses ini melibatkan mental dan
linguistik. Seseorang penutur jati yang baik haruslah boleh untuk menggunakan struktur-struktur
bahasa yang betul sama ada dari segi tatabahasa dan makna. Kamarudin Hj Husin (ibid:39),
menyatakan bahawa dalam setiap pembelajaran bahasa, setiap guru haruslah memberi latihan
yang banyak kepada murid-murid. Walaupun aliran interaksionalis ini menganggap penyampaian
sesuatu bahasa itu lebih penting berbanding struktur bahasa namun kedua-dua perkara harus
dijalankan serentak supaya murid-murid menguasai dua perkara sekaligus.

Bagi menjelaskan implikasi pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan menggunakan Teori
Interaksionalis ini, terdapat beberapa kajian yang dapat dilihat dan diambil kira. Teori yang
dipelopori oleh Halliday ini banyak dipengaruhi teori bahasa fungsional yang melibatkan aktiviti
komunikasi lisan murid. Implikasi yang pertama dapat dilihat ialah pembelajaran bahasa untuk
pelbagai tujuan interaksi. Maksudnya, guru mengajar murid cara berkomunikasi untuk mereka
mengaplikasikannya dalam pelbagai urusan kehidupan seharian mereka. Ringkasnya, dapat
difahami aktiviti yang dijalankan di dalam kelas lebih bercorakkan kontekstual. Sebagai ahli
masyarakat, mereka juga seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran
menggambarkan pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyampaian makna yang tepat adalah penting
untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul. Oleh itu, makna dan tatabahasa
dapat diajar serentak. Selain itu, teori interaksionalis juga membolehkan pendedahan kepada
situasi linguistik bagi melatih murid menggunakan bahasa yang berkesan dalam interaksi sosial
mereka. Maksudnya, guru perlu mengajar aspek kecekapan komunikasi seperti linguistik,
sosiolinguistik, wacana dan strategik. Bagi memperkaya aktiviti di dalam kelas, guru juga boleh
merancang aktiviti tugasan bahasa iaitu task based. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa
seharusnya menarik dan dapat memberi makna kepada murid. Bagi aspek latihan pula, guru
boleh menggunakan teknik latih tubi bermakna secara sedikit untuk mendedahkan struktur tetapi
masih mengajarkan sistem bahasa dan penggunaannya secara spontan dan fleksibel. Guru tidak
perlu membaiki kesilapan bahasa pelajar, cukup sekadar menyedarkan mereka sama ada bentuk
atau struktur yang mereka gunakan itu betul atau salah, dan setelah mereka sedar akan kesilapan
tersebut, guru digalakkan meminta murid membetulkannya sendiri. Dalam erti kata yang lain,
guru boleh membenarkan kesilapan pada peringkat awal bagi membolehkan murid
berkomunikasi secara spontan dan fleksibel.

4. Teori Kod Kognitif


Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:33), Piaget merupakan ahli
kognitif yang terkenal berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai otak dan saraf yang
tinggi. Dengan menggunakan otak, manusia mempunyai kebolehan dalam mempelajari pelbagai
perkara. Proses pembelajaran merupakan satu proses mental dan bukanlah proses mekanis.
Sebelum memperkenalkan teori kognitif ini, Piaget telah menerangkan apakah yang
dimaksudkan dengan kecerdasan. Kecerdasan ialah satu bentuk keseimbangan atau
penyeimbangan ke arah semua fungsi kogniif bergerak.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1987:97), apabila berlaku sesuatu gangguan luaran makan
seseorang individu akan melakukan satu aktiviti atau kegiatan supaya gangguan tersebut dapat
dihilangkan. Manakala Piaget pula ada berpendapat bahawa kecekapan kanak-kanak untuk
memperoleh bahasa adalah berdasarkan kognititf dan setiap kanak-kanak akan melalui
pengalaman mereka dengan objek dan tindakan dalam persekitarannya. Pada kebiasaannya
perkembangan bahasa bermula pada peringkat deria motor yang terjadi ketika kanak-kanak
berumur antara 18 bulan hingga dua tahun.

Peringkat kedua pula ialah peringkat praoperasi. Pada peringkat lebih dikenali sebelum
peringkat sebenarnya terjadi di antara umur dua tahun dan tujuh tahun. Peringkat operasi konkrit
adalah peringkat ketiga dalam proses perkembangan kognitif. Pada peringkat ini kanak-kanak
akan berusaha untuk mengenali objek konkrit dan proses ini berlaku pada umur tujuh hingga dua
belas tahun. Kanak-kanak akan lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu perkara jika
mereka diperkenal dengan perkara yang berupa konkrit atau maujud. Aktiviti berbentuk hands-
on memang sesuai dalam membantu tahap perkembangan kognitif di usia ini. Peringkat yang
terakhir ialah peringkat operasi formal. Peringkat ini berlaku pada umur 12 tahun ke atas.
Sesuatu yang abstrak dapat dinilai dan murid akan cuba untuk menaakul setiap bentuk dan
situasi yang dirasai mereka.

Menurut Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid (1993:34), memetik kenyataan
salah seorang penyokong Piaget iaitu Sinclair. Beliau telah menjalankan kajian terhadap teori
pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan kerangka teori Piaget. Bukti daripada kajian yang
telah dijalankan oleh Sinclair menunjukkan, semua kanak-kanak tidak mampu untuk
mengungkapkan kata-kata atau bahasa yang kompleks sehingga mereka mencapai ke peringkat
perkembangan intelek yang tertentu. Kesimpulan yang telah dibuat oleh Sinclair ialah latihan
lisan kurang berkesan terhadap pemerolehan bahasa jika seseorang kanak-kanak itu belum
mencapai tahap intelek yang tertentu.
Ahli kognitif bertegas berpendapat bahawa proses pemerolehan bahasa merupakan salah satu
proses mental dan perkembangan bahasa. Perkara ini mempunyai kaitan rapat dengan kognitf
secara amnya. Kanak-kanak akan memperoleh bahasa ketika diperingkat deria motor dan
daripada konkrit kepada abstrak. Oleh itu, teori ini jelas membuktikan bahawa pemerolehan
bahasa adalah bergantung kepada persekitaran kanak-kanak untuk memproses skema yang sedia
ada bagi tujuan asimilasi dan akomodasi melalui pendedahan terhadap pengalaman baharu.

Implikasi pengajaran dan pembelajaran teori pemerolehan bahasa yang ketiga iaitu Teori
Kognitif dihuraikan secara ringkas berdasarkan kajian beberapa ahli linguistik. Teori ini memang
cukup sinonim dengan Jean Piaget ahli psikologi yang telah banyak memberi sumbangan kepada
bidang kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Implikasi yang dapat dilihat semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi teori ini ialah pembelajaran bahasa yang melibatkan proses
mental. Pembelajaran bahasa ialah proses berfikir. Oleh itu, kanak-kanak perlu mempunyai
pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) bukan bergantung kepada latihan giat semata-
mata. Selain itu, teori ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan sikap kebertanggungjawaban
kendiri dalam aktiviti pembelajaran bahasa. Ini bermaksud, aktiviti yang dijalankan perlulah
berpusatkan pelajar di mana guru cuma bertindak sebagai pembimbing manakala muridlah yang
melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Masa dan aspek bahasa yang hendak diajarkan perlu bersesuaian dengan tahap perkembangan
umur dan mental murid. Seperti mana yang telah dihuraikan dalam teori pemerolehan di
bahagian sebelum ini, teori kognitif yang diperkenalkan Piaget mengandungi empat peringkat
iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Oleh itu, murid perlu
menyesuaikan pengetahuan sedia ada atau skema mengikut pengalaman dan persekitaran yang
dilalui. Di samping itu, teori ini juga menggalakkan guru menyediakan persekitaran
pembelajaran yang kaya, pelbagai dan merangsangkan untuk menimbulkan motivasi. Kesalahan
yang dilakukanbukan suatu kegagalan tetapi percubaan hipotesis (rumus) yang telah dibina.
Maksudnya, latihan yang diberikan bukan membentuk kebiasaan automatik tetapi untuk
membina kecekapan menggunakan rumus yang dibentuk.

KESIMPULAN
Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan
pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh
mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Tidak dinafikan bahawa sememangnya diakui teori
pembelajaran banyak membantu para guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan berpandukan ciri-ciri teori yang dipilih dan diamalkan. Setiap
teori membawa implikasi yang berbeza-beza mengikut kesesuaian waktu dan persekitaran bilik
darjah. Namun, kajian ahli linguistik mendapati setiap teori pemerolehan bahasa mempunyai
kekuatan dan kelemahan tersendiri. Justeru, guru perlu bijak menggunakan teori pemerolehan
bahasa mengikut situasi, objektif pembelajaran, kemahiran murid dan sebagainya.

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia, m.s. 6, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik, Terbitan Kedua, m.s. 32, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2010). HBML4103: Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR
Bahasa Melayu Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://cheonnonnlife.blogspot.com/2009/02/implikasi-teori-teori-pembelajaran.html

http://kulanzsalleh.blogspot.com/2009/teori-pemerolehan-bahasa.html

http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/kemahiran-bernilai tambah.html

http://www.scrib.com/doc/2540607/Teori-Pemerolehan Bahasa

http://www.scribt.com/doc/35694245/Kemahiran-Bernilai-Tambah

DI CAT AT O L E H MAS NI S AKIL AN

1 ULASAN:
Rohani Jusoh said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat bermanafaat ini. Saya mointa izin untuk
kongsi

12 J UNE 2017 AT 06: 1 6

POST A COMMENT

Newer PostHome

Subscribe to: Post Comments (Atom)

NUMBER 1 FOR ME

Create a playlist at MixPod.com

ABOUT ME

MAS NI S AKIL AN

Seorang isteri, ibu dan guru. Semoga diberi kekuatan untuk terus dedikasi dalam
mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Semoga diberi peluang untuk mencurah lebih
banyak bakti dan jasa dalam bidang pendidikan...selagi hayat di kandung badan...Amiin.

VI E W MY CO M PL E T E PRO FIL E

MY BLOG LIST

Blog Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Polis Kendalikan Kes Buli - Utusan Malaysia, 3 Julai 2017 -


2 weeks ago

Genta Rasa
PELANCARAN POTONGAN HARGA PAKEJ UMRAH NOV DIS 2017 - PELANCARAN
POTONGAN HARGA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1438H UTK PAKEJ
UMRAH NOV DIS 2017 JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD DAFTAR 1 ORANG =
DISKAUN RM1...
4 weeks ago

Fanzi Ruji
Friends Or Foe - Our school conducted a Composing A Poem competition for the students last
week and this poem was awarded The Best Poem. Looks naive Inside you, a knife...
3 months ago

GURU MALAYSIA - Recently Updated Pages


-

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

2012 (3)
o August (3)
Katalog Alamat Internet
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
kemahiran bernilai tambah

Powered by Blogger.

ILMU.::.IMAN.::.AMAL .Design by Pocket