Anda di halaman 1dari 8

PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

TAJUK 7 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep pengajaran dan pembelajaran yang meliputi konsep belajar
sambil bermain, pendekatan 3E dan mengaplikasi strategi danaktiviti yang bersesuaian
dengan bayi dan kanak-kanak di Taska

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit, peserta dapat;

1. Memahami konsep belajar sambil bermain sebagai pedagogi PERMATA

2. Menerangkan pendekatan 3E (explore, experiment and experience).

3. Mengaplikasikan pelbagai strategi dalam pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan

pedagogi untuk bayi dan kanak-kanak di TASKA.

TAJUK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PAKK

KANDUNGAN TAJUK 7:

1. Memahami konsep belajar sambil bermain sebagai pedagogi PERMATA


2. Menerangkan pendekatan 3E (explore, experiment and experience).
3. Mengaplikasikan pelbagai strategi dalam pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dengan
4. Pedagogi untuk bayi dan kanak-kanak di TASKA.

58
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

PENGENALAN
Pendidik/pengasuh perlu mengetahui perkembangan kanak-kanak sebelum merancang aktiviti
pembelajaran. Kurikulum PERMATA Negara memilih beberapa strategi untuk digunakan
semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti belajar melalui bermain, pembelajaran
melalui pengalaman (3E), amalan yang bersesuaian dengan perkembangan (ABP),
pendekatan bertema dan projek. PERMATA Negara memberi tumpuan pendekatan belajar
sambil bermain sebagai salah satu pendekatan untuk pembelajaran umur 0-4 tahun. Bermain
sebagai teras dalam pembelajaran ke enam-enam bidang pembelajaran PERMATA.

BELAJAR MELALUI BERMAIN


Pendekatan belajar melalui bermain merupakan kaedah yang paling berkesan untuk
menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Bermain merupakan satu aktiviti atau kerja kepada
kanak-kanak. melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat:

meluahkan perasaan dan mengurangkan tekanan kerana mempunyai perasaan


gembira,

menyelesaikan masalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancangkan oleh
guru,

membentuk sahsiah diri yang positif melalui kerjasama, berkongsi, mengikut aturan,
sukarela dan berkeyakinan.

mengembangkan kemahiran deria, motor kasar dan motor halus,

meningkatkan kecerdasan badan dan mengurangkan tenaga berlebihan.

Terdapat beberapa jenis permainan yang sesuai dijalankan dalam pendekatan belajar
melalui bermain seperti;

i. Permainan bebas
Permainan berdasarkan pilihan kanak-kanak. Kanak-kanak diberi peluang untuk memilih alat
permainan dan sudut yang disukai. Permainan ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

59
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

meneroka, bereksperimen dan memperkembangkan kreativiti mereka. Permainan bebas juga


memupuk potensi kecerdasan tertentu mengikut minat kanak-kanak itu sendiri.

ii. Permainan manipulatif


Permainan yang melibatkan kanak-kanak memanipulasi bahan atau objek semasa bermain.
Permainan ini menggalakkan kanak-kanak melahirkan idea, fantasi dan kreativiti sendiri. Jenis
permainan manipulatif yang disediakan perlulah mengikut umur kanak-kanak.

iii. Permainan bahasa


Permainan bahasa menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi, bertutur dan mendengar
melalui permainan seperti perbualan, bercerita, tunjuk cara, teka teki dan berpantun. Kanak-
kanak akan bermain setelah mendengar cerita daripada guru. Permainan mengenal abjad juga
salah satu daripada permainan bahasa.

iv. Permainan fizikal

Permainan fizikal ialah aktiviti harian yang boleh dilakukan di dalam atau luar bangunan.
Permainan ini melibatkan aktiviti fizikal yang membolehkan kanak-kanak menggunakan tenaga
dan meneroka ruang kelas. Kemahiran motor kasar dan motor halus serta koordinasi deria
merupakan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan kanak-kanak.
Permainan aktiviti fizikal di luar bangunan membantu kanak-kanak memahami dunia di
persekitaran mereka melalui penerokaan, pemerhatian dan pengalaman.

v. Permainan sensori
Permainan sensori ialah permainan yang melibatkan deria seperti deria dengar, lihat, sentuh
dan rasa. Permainan ini lebih tertumpu pada bayi dan kanak-kanak kecil seperti permainan
berkaitan tekstur dan bunyi. Permainan sensori juga dapat meningkatkan kebolehan kawalan
jari dan kepekaan deria sentuh kanak-kanak. Namun, ada juga permainan sensori yang
melibatkan kanak-kanak besar.

vi. Permainan kreatif


Permainan kreatif ialah permainan yang merujuk kepada imaginasi dan reka cipta kanak-
kanak. Permainan ini menggalakkan kanak-kanak mencipta permainan sendiri daripada alat
atau bahan yang terdapat di persekitaran mereka. Main peranan dan main olok-olok
merupakan salah satu daripada kategori permainan kreatif.

60
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

vii. Permainan kognitif


Permainan kognitif merupakan permainan yang melibatkan pemikiran logik dan penyelesaian
masalah serta pembelajaran awal matematik. Melalui permainan kognitif, kanak-kanak belajar
membuat perbandingan dan pengelasan. Permainan kognitif perlu dijadikan sebahagian
daripada aktiviti harian kanak-kanak supaya mereka dapat mempelajari konsep awal
matematik melalui permainan yang bermakna.

viii. Permainan tradisional


Permainan tradisional menggalakkan kanak-kanak bermain mengikut peraturan. Permainan ini
hanya sesuai dimainkan oleh kanak-kanak besar. Permainan tradisional perlu diterapkan di
TASKA kerana berupaya menyokong ke semua enam bidang perkembangan pembelajaran
PERMATA. Kanak-kanak juga dapat mempelajari nilai-nilai murni yang terdapat dalam
permainan tradisional seperti semangat bekerjasama, tolak ansur dan tolong-menolong.

PELAKSANAAN PENGAJARAN
Sebelum memulakan pengajaran, pendidik/ pengasuh digalakkan menyemak RPA yang
disediakan untuk memastikan permulaan pembelajaran menarik perhatian dan minat kanak-
kanak, sesuai dengan umur, kebolehan dan peruntukan masa. Rancangan Pelaksanaan
Aktiviti (RPA) yang disediakan oleh pendidik/pengasuh mestilah mengikut perancangan
tahunan dan bulanan yang telah dibina. Tujuan rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA)
disediakan adakah sebagai panduan untuk;

Melaksanakan aktiviti secara fleksibel bersesuaian dengan kebolehan dan tahap


kesediaan kanak-kanak,

Menentukan objektif pembelajaran mengikut tahap dan umur kanak-kanak, memilih


teknik pelaksanaan aktiviti yang berkesan, dan menggabung jalin bidang perkembangan
kanak-kanak mengikut kesesuaian aktiviti.

Permulaan Pengajaran
Pendidik/pengasuh digalakkan menyemak rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA), memastikan
permulaan pengajaran menarik minat kanak-kanak, sesuai dengan umur, kebolehan dan
peruntukan masa. Permulaan pengajaran ini dikenali sebagai set induksi

61
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Perkembangan Pengajaran
Pada sesi perkembangan pengajaran, pendidik/pengasuh perlu;

i. Membahagikan masa dengan sistematik,

ii. Menghubung kaitkan kemahiran dengan persekitaran dan pengetahuan sedia ada
kanak-kanak,

iii. Memberi fokus kepada proses berbanding hasil pembelajaran,

iv. Boleh berinteraksi dengan kanak-kanak dengan memberi maklum balas kepada kanak-
kanak dengan cara memuji, membimbing dan menjawab soalan,

v. Merangsang kanak-kanak dengan menyoal mereka untuk mendapatkan maklumat,

vi. Peka kepada keperluan kanak-kanak dengan mendengar soalan daripada mereka, dan

vii. Mengubah suai RPA yang telah disediakan jika perlu.

Sesi Penutup Pengajaran


Sesi penutup pengajaran boleh dijalankan dalam aktiviti ringkas yang boleh menggabungkan
penyoalan, pujian dan pengemasan barang.

Pembelajaran Melalui Pengalaman 3E (explore,


experiment and experience)

Pembelajaran 3E bermaksud explore, experiment and experience atau meneroka, mencuba


dan mengalami. Pendekatan ini selaras dengan Teori Piaget yang menyatakan kanak-kanak
belajar membina di persekitaran mereka melalui aktiviti penerokaan dan eksperimen. Sikap
kanak-kanak yang suka bertanya dan menyiasat adalah bersesuaian dengan penggunaan
kaedah pembelajaran melalui pengalaman. Kelebihan pembelajaran 3E ialah untuk memberi
peluang kepada kanak-kanak memanipulasi bahan dan melibatkan diri dalam penyiasatan
yang mendalam tentang bahan atau objek. Kanak-kanak juga diberikan peluang untuk

62
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

membuat pemerhatian terus, bereksperimen dan memahami dunia di persekitaran mereka.


Oleh itu, penggunaan kaedah ini perlu dioptimumkan untuk melahirkan kanak-kanak yang aktif
dan suka belajar

Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP)

Kurikulum PERMATA Negara dibina berdasarkan konsep amalan bersesuaian perkembangan.


Pendekatan ini adalah selaras dengan peringkat perkembangan, kebolehan dan minat mereka.
Terdapat tiga strategi yang dilaksanakan di Taska PERMATA yang mengambil kira konsep
amalan bersesuaian perkembangan seperti;

Mengelompokkan kanak-kanak mengikut umur dan perkembangan. Strategi yang


diambil ialah dengan menganggarkan bahawa semua kanak-kanak pada umur yang sama
akan mempunyai perkembangan yang sama.

Menggunakan amalan bersesuaian dengan individu iaitu mengamalkan pembelajaran


bersesuaian dengan kebolehan dan keperluan individu kanak-kanak. Strategi ini membantu
merealisasikan potensi, minat dan bakat kanak-kanak.

Pendekatan Bertema

Pendidik/pengasuh boleh menggunakan tema sebagai pembelajaran mingguan atau bulanan.


Pendekatan bertema ini boleh diintergrasikan dalam pembelajaran kanak-kanak di Taska yang
merangkumi koleksi idea, pembelajaran melalui pengalaman langsung, kemahiran dan
pemikiran kreatif.

Penilaian Pelaksanaan Aktiviti Bersama Kanak-Kanak

Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam program pendidikan awal kanak-kanak.
Penaksiran ialah proses mendapatkan maklumat berkaitan dengan perkembangan seseorang
kanak-kanak. Tujuan penaksiran dijalankan ialah untuk memahami keperluan setiap individu,

63
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

mengesan pertumbuhan dan tahap perkembangan kanak-kanak serta mengenal pasti


kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam sesuatu bidang. Penaksiran juga dijalankan
untuk mengesan kanak-kanak keperluan khas atau merancang aktiviti lanjutan.

AKTIVITI
Perbincangan Individu
a) Sediakan satu rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA) menggunakan tema yang dipilih bagi
kanak-kanak berusia empat tahun.
b) Sediakan satu rancangan pelaksanaan aktiviti (RPA) yang menggunakan sekurang-
kurangnya dua teknik pembelajaran dan pengajaran.

Perbincangan Berkumpulan
a) Pilih satu aktiviti berkonsepkan 3E dan bincangkan bagaimana pelaksanaan aktiviti tersebut
dapat dijalankan di TASKA.
b) Bincangkan bagaimana penaksiran dapat dijalankan dengan menggunakan teknik
pemerhatian sertakan nyatakan rekod- rekod pemerhatian yang digunakan.

64
PENJAGAAN DAN ASUHAN KANAK-KANAK PAK2064

Rujukan

1. Jabatan Perdana Menteri. ( ). Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak


Kebangsaan. Jabatan Perdana Menteri. Cyberjaya: Selangor

2. Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA). (2013). Kurikulum Permata


Negara: Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Jabatan Perdana Menteri.
Cyberjaya; Selangor

3. Bahagian PERMATA. (2014).Modul Pendidik/Pengasuh : Kursus Asuhan &


Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara. Jabatan Perdana Menteri. Universiti
Putera Malaysia. Serdang; Selangor

4. Standard Operating Procedures (S.O.P) Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)

65