Anda di halaman 1dari 1

PENANJONG GARISON, JUMAAT 24 Mac 2017 - Cawangan Kepimpinan

dan Pengurusan Pusat Evolusi, telah mengadakan Kursus Kepimpinan Dan


Pengurusan Sarjan Siri 2/2016 mulai dari 27 Februari 2017 hingga 24 Mac
2017.

Kursus ini adalah siri kedua yang bertempat di Institut Latiihan ABDB dan
melibatkan peserta yang terdiri daripada anggota unit-unit Tentera Darat Diraja
Brunei (TDDB), Rejimen Pasukan Khas (RPK), Institut Latihan ABDB (IL
ABDB) dan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang berpangkat pemangku
Sarjan. Jumlah keseluruhan anggota yang menyertai adalah seramai 40
anggota.

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan taraf kemahiran kepimpinan


dan pengurusan anggota menerusi penerapan ciri-ciri kepimpinan dan nilai-
nilai teras ABDB melalui pengasuhan bakat oleh pengendali kursus kepada
anggota di bawahnya serta memperturunkan ilmu pengetahuan, pengalaman,
keterampilan peribadi dan kemahiran pengurusan atasan mengikut peringkat
sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam
perkhidmatan melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam
melaksanakan tugasan supaya anggota boleh menjadi lebih bijak dan mahir
dalam pengurusan masa yang efektif dalam meningkatkan prestasi dan
produktiviti ABDB.

Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Yang
Mulia Mejar Siti Norlelawati binti Hj Emran, Pegawai Memerintah Sekolah
Pertukangan Tentera, IL ABDB dan diteruskan dengan penyampaian sijil-sijil
penyertaan kepada semua peserta kursus sebagai menghargai komitmen serta
kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang kursus ini.

Dalam ucapan tetamu kehormat, beliau mengingatkan kepada semua anggota


Pusat Evolusi dan penuntut kursus supaya sentiasa menjaga

. .

Penuntut Akademi terbaik telah dinobatkan kepada Sarjan XXXXX dari Tentera
Darat Diraja Brunei. Manakala penuntut penerbitan kertas kerja terbaik ialah
sarjan xxxxxxxx pembentangan Kertas Kerja terbaik pula ialah Sarjan xxxxxxx
dan Penuntut terbaik keseluruhan telah dinobatan kepada Sarjan XXXXXX.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai IL ABDB, jemputan-


jemputan khas dari Pegawai Polis Diraja Brunei, jurulatih-jurulatih kawad dan
guru-guru awam yang turut sama mengajar dan mencurahkan ilmu sepanjang
kursus ini dijalankan.