Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

PERKARA UCAPAN TINDAKAN


KATA ALUAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Indah berbalam si awan petang
Berarak di celah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang berusaha, En Nor Ali bin Subandi, Pengetua SMK Jalan Kota
Tinggi

Yang dihormati,
Pn Norashida bt Johar, Guru Pen Kanan Pentadbiran
En Hairudin bin Bahrom, Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Sakdiah bt Dollah, Guru pen Kanan Kokurikulum

Barisan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin


dan kurnia Nya, dapat kita bersama dan berkumpul bagi
menjayakan Majlis PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017.

NILAM
Hadirin sekalian,
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca, merupakan
penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah, dengan memberi pengiktirafan yang sesuai
kepada para pelajar. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian
pembacaan yang berterusan sepanjang tahun, dan markah
dikumpulkan secara kumulatif, sehinggalah pelajar tamat
persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat
membaca dalam kalangan pelajar.

UCAPAN
ALUAN GURU
Emas tempawan buat mu puteri,
PERPUSTAKAAN Busana indah buat rupawan,
DAN MEDIA
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan aluan dari
Guru Perpustakaan dan Media, Pn Azlina bt Adnan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan dan mengucapkan terima kasih kepada Pn
Azlina bt Adnan atas kesudian menyampaikan ucapan aluan
sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMIAN
Daun semulur di Pekan Sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis seterusnya menjemput, En. Nor Ali bin Subandi, Pengetua


SMK Jalan Kota Tinggi untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis PELANCARAN PROGRAM NILAM 2017.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Nor Ali bin Subandi atas


ucapan perasmian sebentar tadi.

GIMIK
PERASMIAN
Hadirin sekalian,
Tidak lengkap rasanya sesebuah majlis perasmian tanpa ada
gimik perasmian. Untuk pengetahuan hadirin semua, gimik
perasmian PELANCARAN PROGRAM NILAM pada hari ini telah
direka dan disediakan oleh En Yuszairi bin Hassan.
Tanpa melengahkan masa majlis menjemput Tuan Pengetua, En
Nor Ali bin Subandi dengan diiringi oleh Pn Azlina bt Adnan untuk
melakukan gimik perasmian. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Nor Ali bin Subandi atas


kesudian menyempurnakan gimik perasmian sebentar tadi.

PENUTUP
Hadirin dan hadirat sekalian,
Kita telah pun berada di penghujung acara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya bagi pihak ahli jawatankuasa PELANCARAN PROGRAM


NILAM 2017 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis
pada hari ini.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai