Anda di halaman 1dari 34

Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Isi Kandungan
m/s

Kata aluan 3

Kaedah Pelaburan Hartanah 6

1. Projek Usahasama 50 50 7
2. Projek Usahasama 30 70 9
3. Sistem Pawah 11
4. Sistem Menaikkan Harga 12
5. Sistem Pinjaman Bank 13

Plan Pelaburan Alternatif 15

Sistem Rumah Percuma Lima Tahun 17

Kaedah BBA 21

Kesimpulan 23

Persoalan Yang Timbul & Jawapan 24

Contoh Dokumen 27

2
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada pembaca ebook Rahsia


Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang. Tahniah saya ucapkan anda memberi
peluang kepada diri anda untuk memiliki rumah idaman & seterusnya
menambahkan lagi kekayaan.

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang mana ia mungkin akan dapat
digunakan oleh mana-mana individu yang ingin menceburi bidang hartanah
tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi.

Untuk makluman, saya sendiri pada peringkat awal menceburi bidang


hartanah hanya dengan RM3K sahaja, cukup untuk buka fail ubah syarat dan
pecah lot sahaja (RM2.5K) dan belanja untuk seminggu (0.5K).

Namun orang kata hendak seribu daya , tak nak seribu dalih. Dengan
berbekalkan RM3K, saya mencari orang yang hendak jual tanah tapi tak laku-laku
(tak dapat jual), mungkin kerana dia nak harga mahal. Bila jumpa orang yang
begitu, saya tanya dia, berapa harga nak jual tanah?. Dia cakap RM80K, untuk
luas 4.3 ekar. Saya termenung sekejap, lalu saya cakap saya tak ada duit sebanyak
tu, kalu nak juga kena buat pinjaman, itu pun makan masa 6 bulan dan belum
tentu lulus atau tak kerana tanah pertanian nilai rendah, walaupun nilai RM80K,
bank Cuma bagi RM40K sahaja (70% dari Nilai Jualan Paksa).

Bila mendengar sedikit penjelasan dari saya, beliau pula temenung, lalu
berbincang dengan isterinya. Kemudian saya cakap saya boleh beli tanahnya
dengan harga RM100K tetapi saya tak dapat nak bayar sekarang. Bila pakcik tu
bertanya mengenai tukar nama tanah, saya memberikan jawapan iaitu beliau tak
perlu menukar nama kepada saya, cuma beliau perlu memberi kuasa (PA) kepada
saya untuk menguruskan semua hal pecah lot dan jual tanah dan beliau hanya
akan terima duit sahaja selepas itu.

Pakcik tu pun tersenyum tanda setuju dan selepas itu, saya pun ambil
fotostat geran dan pergi jumpa peguam untuk buat surat wakil kuasa (PA), serta
jumpa jurukur swasta untuk buat urusan pecah lot, dapat sahaja draf pecah lot,
saya terus cari pembeli, saya bagi tawaran yang amat rendah dan pembeli terus
setuju kerana harga terlalu murah iaitu RM13K untuk 2 lot banglow, yang mana
pada hari ini ia boleh dijual dengan RM70K untuk 2 lot tadi. Dapat duit tu saya
bagi RM10K pada pakcik tuan tanah dan RM3K buat urusan kerja tanah.

3
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Begitulah urusan saya menjual tanah tanpa geran dengan harga yang
murah kerana duit tak ada, dari RM13K 2lot kepada RM15K 2lot dan RM25K 2 lot
dan seterusnya RM15K 1 lot hingga RM19K 1 lot.

Bila habis bayar duit harga tanah tersebut, Pakcik tuan tuan tanah tel. saya
suruh datang rumah dia dan dia bagi tawaran untuk tanah yang baru. Saya apa
lagi terus setuju walaupun saya tahu harga yang ditawarkan itu agak tinggi.

Saya buat macam yang dahulu juga, Cuma kali ni saya pusing sikit, di mana
saya jual dengan cepat dan dapat duit, sebahagian saya bagi pada dia dan
sebahagian lagi saya beli tanah lain dengan harga yang lebih murah, kerana bayar
tunai.
Pakcik tadi makin pandai, bila ada orang nak jual tanah dia suruh saya
bayar sebab duit dia ada dengan saya, kemudian dia jual pada saya dengan
untung yang agak lumayan. Begitulah urusan saya dengan Pakcik tuan tanah.
Orang kata win-win situation (situasi menang menang).

Dengan keuntungan yang begitulah saya mula membeli tanah dengan


harga yang agak murah, kemudian buat proses pecah lot dan ubah syarat sambil
menjualnya dengan harga 50% lebih rendah dari nilai pasaran. Bila dapat duit
saya cari tanah lain pula dan buat perkara yang sama .Hampir kesemua tanah,
saya jual sebelum keluar geran. Saya terpaksa buat begitu kerana untuk
mendapatkan modal pusingan. Kalau nak tunggu keluar geran dulu baru nak jual,
alamak tak berasaplah dapur.

Kawan-kawan kata saya buat keputusan tak betul sebab jual tanah dengan
harga terlalu murah, saya cakap, tak apo sebab dah ada untung cuma tak
banyak. Kawan yang kata saya tak betul, akhirnya beli juga tanah dari saya.

Untuk makluman kawan-kawan, kalau anda nak main tanah tapi tak guna
kaedah ni, anda perlu ada paling kurang RM500K, tu pun baru boleh main kecil-
kecilan. Dan kalau tak kena cara atau tersilap perkiraan duit tersebut boleh beku
bertahun-tahun. Walaupun nampak mudah tapi ia perlu sedikit ilmu. Tapi
percayalah, kita adalah apa yang kita fikirkan.

Insyaallah dengan sedikit usaha akan dapat merubah hidup anda kearah
yang lebih baik dari orang lain, fikirkan boleh dan saya berpegang pada pepatah
biar kecil asalkan besar, jangan biar besar tapi kecil. Sekarang saya hendak
kembangkan kepada perumahan, itupun untuk persiapan anak-anak bila lepas
belajar nanti, kerana sekarang ini kerja susah.

4
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Saya berharap dengan perkongsian sedikit ilmu dalam ebook ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda mendapatkan rumah idaman anda tanpa perlu
menanggung hutang pinjaman sepanjang hayat.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pensyarah


Pegurusan hartanah UITM Perak (Sri Manjong 1990) dan UITM Shah Alam,
Puan Kamsiah, Puan Norlela, Tuan Haji Rahman, Puan Ainul Rusmin, Encik
Shahrul Zaman dan lain-lain yang banyak membantu saya.

Kepada Pensyarah MEDEC, Dr Humam, Dr Zainal, Encik Nik


Mustapha dan lain-lain, tak lupa kepada warga UITM Shah Alam tahun
1994-1996 yang telah menjadi pelanggan Vending Machine sewaktu saya
belajar berniaga di sana.

Seterusnya kepada warga Pejabat Tanah Besut, Gua Musang, Tanah


Merah dan Pasir Mas terutamanya buat Tuan Haji Norazmi, En. Mohd
Hafiz, En. Ridhuan, En. Kamarulzaman, Pn. Norazliana dan lain-lain dari
PTPM yang banyak membantu saya dalam menjayakan projek eBook
ini.Sesungguhnya segala kerjasama dari anda semua saya ucapkan
berbanyak terima kasih.

Akhir sekali saya ucapkan setinggi penghargaan kepada lebih dari


100 orang pembeli tanah yang pernah membeli tanah saya. Tanpa anda
siapalah saya

Ikhlas,

Mohd Khairuddin bin Ibrahim

Telefon atau SMS saya untuk pertanyaan dan


penjualan tanah di nombor :
5 0129227784 atau 0199627013
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KAEDAH PELABURAN HARTANAH


Dalam pelaburan hartanah terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan ,
terutama sekali bagi kita yang mempunyai modal yang terhad, iaitu:-

i) Projek Usahasama 50:50

ii) Projek Usahasama 30:70

iii) Sistem Pawah

iv) Sistem Naik Harga

v) Sistem Pinjaman Bank

6
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

i) PROJEK USAHASAMA 50:50

Untuk yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang hartanah anda
boleh menggunakan kaedah Projek Usahasama 50:50. Dalam kaedah ini kita
boleh berurusan dengan pemilik tanah yang mempunyai tanah yang sesuai untuk
dibangunkan lot-lot kediaman, kita buat perjanjian untuk membeli tanah beliau
tapi tidak dibayar terus secara tunai , tapi kita proses tanah tersebut menjadi lot
kediaman yang mana ia boleh dijual dengan harga yang agak tinggi berbanding
dengan lot asal tanah pertanian.

Tanah tersebut boleh dijual terus sebelum keluar geran tetapi harganya
agak rendah berbanding dengan yang dah siap geran. Bila tanah tersebut dijual
kita hendaklah membayar kepada Tuan Tanah sehingga habis harga tanah yang
telah dipesetujui bersama dalam perjanjian. Baki lot yang dikira untung boleh
samada dijual terus atau disimpan, Cuma ia perlu ditolak modal dan segala kos
yang terlibat, kemudian dibahagikan mengikut peratusan 50:50.
Tuan Tanah dapat jual tanah dengan harga yang berpatutan dan dapat untung
yang agak tinggi. Manakala pemaju dapat untung bagi lebihan lot yang tinggal
yang mana tanpa modal yang banyak kita sudah dapat memajukan tanah
bersama dengan Tuan Tanah.

Untuk memperjelaskan lagi perjalanan kerja, di bawah ini saya sertakan


contoh pengiraan bagi projek yang menggunakan kaedah Projek Usahasama
50:50

PROJEK USAHASAMA 50 : 50

Contoh:-

A ada tanah 3 ekar RM150, 000


B adalah pemaju keluar modal kerja RM 75, 000

Contoh Pengiraan:-

Nilai Pembangunan Kasar (NPK) RM360,000


3 ekar @ 6 lot perekar =18lot @RM20,000
7
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Tolak

i)Harga Tanah RM150,000

ii)Proses Pindahmilik RM 2,000


(1% dari RM150,000) +daftar p/milik)

iii)Penilaian RM 1,000

iv)Kos Ubah Syarat dan Pecah Lot


(termasuk premium RM2000 perlot) RM 36,000

v)Pemasaran RM 18,000
(Komisen jualan RM1000 perlot)

vi)Kerja Tanah RM 18,000


(Bersih tapak dan buat jalan RM1,000 perlot)

vii)Kos Luar Jangka 10%


(Jumlah ii hingga vi =RM75,000) RM 7,500

JUMLAH KOS KESELURUHAN RM232, 500

UNTUNG BERSIH SEBELUM BAHAGI RM127, 500

Keuntungan Dikira 50: 50

Pelaburan mendapat untung sebanyak RM127,500 dibahagi 50 :


50 = RM63,750 : RM63,750

Pelabur akan mendapat harga jualan tanah pada Nilai Pasaran dan juga
Untung Perkongsian dalam tempoh biasanya 24 bulan (2 tahun)

8
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

ii) PROJEK USAHASAMA 30:70

Projek ini lebih kurang sama dengan projek uasahasama 30:70, ia


menggunakan kaedah syer pelaburan yang dijalankan oleh bank iaitu 70%
keuntungan adalah milik pemilik saham, manakala 30% dari keuntungan adalah
milik bank. Cuma peratus keuntungan dibahagi setelah ditolak semua kos, yang
mana segala kos dari sekecil-kecil kos hingga sebesar-besar dikira dan ditolak dari
jumlah untung.

Bila dapat untung bersih barulah dibahagi mengikut kaedah 30:70. Sebab
itulah kita tengok bank atau mana-mana syarikat besar setiap 5 tahun dia buat
ubahsuai, yang mana dia dapat jaga imej dia dan juga tak perlu risau kerana kos
penyelenggaraan ditanggung bersama dengan pelabur. Siapa yang rugi?

PROJEK USAHASAMA 30 : 70

Contoh:-

A ada tanah 3 ekar RM150, 000


B adalah pemaju keluar modal kerja RM 75, 000

Contoh Pengiraan:-

Nilai Pembangunan Kasar (NPK) RM360,000


-3 ekar @6 lot perekar =18lot @RM20,000

Tolak

i)Harga Tanah RM150,000

ii)Proses Pindahmilik RM 2,000


(1% dari RM150,000) +daftar p/milik)

iii)Penilaian RM 1,000
9
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

iv)Kos Ubah Syarat dan Pecah Lot


(termasuk premium RM2000 perlot) RM 27,000

v)Pemasaran RM 18,000
(Komisen jualan RM1000 perlot)

vi)Kerja Tanah RM 18,000


(Bersih tapak dan buat jalan RM1,000 perlot)

vii)Kos Luar Jangka 10%


(Jumlah ii hingga vi =RM75,000) RM 7,500

JUMLAH KOS KESELURUHAN RM232, 500

UNTUNG BERSIH SEBELUM BAHAGI RM127, 500

KEUNTUNGAN DIKIRA MENGIKUT 30 : 70 DAHULU

30% X RM127,500 = RM38,250 , 70% X RM127,500 = RM89,250

KEMUDIAN DIKIRA IKUT MODAL DIKELUARKAN

RM150,000 + RM75,000 = RM225,000


RM75,000/RM225,000 x RM89,250 = RM29,750

PEMAJU DAPAT RM38,250 + 29,750 = RM68,000

TUAN TANAH DAPAT RM127,500 - RM68,000` = RM59,500

Kaedah ini dari mata kasar nampak menguntungkan Tuan Tanah tapi
setelah dibuat perkiraan baru kita nampak bahawa tuan tanah kurang
untung, berbanding dengan kaedah 50:50.

10
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

iii) SISTEM PAWAH

Sistem ini banyak diamalkan oleh orang yang ingin memajukan tanah
mereka tapi tidak ada atau malas hendak keluarkan modal, terdapat 2 kaedah
pawah iaitu:-

a) Pawah Tanah

Tuan tanah ada tanah tapi tidak ada modal atau tidak mahu keluarkan
modal untuk buat proses pecah lot dan ubah syarat, jadi kita boleh buat
perjanjian pawah dengan beliau untuk memajukan tanah beliau dengan syarat
tertentu, contohnya tanah 2 ekar dapat 10 lot banglow, 8 lot untuk tuan tanah
dan 2 lot untuk pemaju, bergantung kepada lokasi tanah, semakin tinggi nilai
tanah semakin kurang peratus syer pemaju.

b) Pawah Bangunan

Tuan tanah ada tanah tapi tidak ada modal untuk membina bangunan atau
rumah di atas tanah tersebut. Kita boleh buat perjanjian pawah di mana, kita
proses ubah syarat dan pecah lot kemudian membina rumah kepada tuan tanah
dengan syarat-syarat tertentu seperti buat rumah kepada tuan tanah, dimana
katakanlah tanah 2 ekar dapat 10 lot banglow, pemaju buat rumah, bila siap 2
buah rumah untuk tuan tanah, dan 8 buah rumah untuk pemaju.

Kadang-kadang tuan tanah telah buat proses pecah lot, cuma tidak ada
modal untuk membina rumah, kita boleh juga buat system pawah, cuma kita
perlu membayar kos proses pecah lot yang telah dibelanjakan atau kita
kurangkan syer kita kerana kita telah jimat masa dan wang. Kadang-kadang
dalam situasi begini kita boleh bagi syer yang lebih tinggi kepada tuan tanah
seperti , 10 banglow, 3 untuk tuan tanah dan 7 untuk pemaju.

Dalam sistem ini kita berada dalam zon selesa kerana tidak perlu
mengeluarkan modal yang besar, cuma untung kurang sedikit berbanding dengan
membeli tanah sendiri. Tetapi bagi saya kaedah (i) ini amat sesuai untuk orang
tidak ada modal yang banyak tetapi berminat menceburkan diri dalam bidang
hartanah.

11
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Kaedah(ii) sesuai untuk orang yang berminat untuk membina rumah tetapi
tidak mahu keluarkan modal untuk membeli tanah, kerana bagi mereka beli
tanah perlu modal tunai dan pecah lot makan masa yang lama.

iv) SISTEM NAIK HARGA

Kaedah ini biasanya saya amalkan bila hendak beli tanah tapi tidak ada
modal yang mencukupi, jadi saya cari kawan yang ada modal dan saya suruh dia
beli tanah tersebut dan menjualnya kembali kepada saya dengan kaedah beli
secara bayaran tertangguh, biasanya saya minta tempoh 6 bulan atau setahun
bergantung kepada keperluan.

Sebagai contoh kawan saya beli tanah dua ekar dengan harga RM100,000.
kemudian beliau menjual tanah tersebut kepada dengan harga RM120,000 bayar
dalam tempoh 6 bulan.

Satu lagi situasi yang boleh digunakan bila tidak ada duit yang mencukupi
ialah, Kaedah Naik Harga yang saya amalkan dalam cerita saya yang lepas, iaitu
beli dengan harga yang lebih tinggi dan bayar dalam tempoh tertentu. Dan segala
urusan beserta dengan perjanjian yang lengkap bagi memudahkan urusan kedua-
dua belah pihak.

12
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

v) SISTEM PINJAMAN BANK

Kaedah ini amat sesuai untuk mereka yang berpendapatan tetap dan juga
orang yang berniaga yang mana mereka boleh membeli tanah menggunakan
pembiayaan dari bank, walaupun mereka tiada wang tunai tapi kemudahan yang
mereka ada membolehkan mereka membeli tanah dan juga membolehkan
mereka memulakan urusniaga hartanah.

Langkah Pertama: Cari tanah yang sesuai untuk dimajukan, seperti tanah
lot pertanian yang sesuai untuk dijadikan lot kediaman atau lot perniagaan.

Langkah Kedua: Cari penilai berlesen yang menjadi Panel kepada Bank,
untuk membuat penilaian untuk diserahkan kepada bank yang hendak kita buat
pinjaman , contohnya Azami &Co buat penilaian untuk Bank Islam. Bila kita
rasakan harga tanah yang hendak dibeli lebih murah atau berpatutan berbanding
dengan Penilaian, maka kita boleh membuat perjanjian dengan tuan tanah untuk
membeli tanah tersebut.

Langkah Ketiga: Bawa fotostat geran dan salinan kad pengenalan tuan
tanah pergi berjumpa Peguam untuk membuat perjanjian jual beli, apa yang
penting ialah kita kena maklum kepada tuan tanah bahawa kita beli tanah beliau
menggunakan pinjaman dari bank. Dimana kita Cuma boleh bagi pendahuluan
sebanyak 10% (jika ada) dan wang baki akan dibayar terus oleh bank kepada Tuan
tanah melalui peguam yang dilantik.
Langkah Keempat: Selepas semua dokumen telah diserahkan kepada
bank, biasanya ia mengambil masa 3 ke 4 bulan untuk bank membayar kepada
Tuan tanah. Bila urusan jual beli selesai dan nama telah bertukar kepada pembeli.
Maka pembeli hendaklah berjumpa peguam untuk membuat permohonan ubah
syarat dan pecah lot keatas tanah tersebut.

Langkah Kelima: Apabila bank memberi kebenaran, pembeli hendaklah


membawa fotostat geran kepada jurukur untuk membuat proses pecah lot.
Jurukur akan membuat plan sepertimana yang diluluskan oleh Perancang Bandar
dan Desa.

13
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Langkah Keenam: Setelah plan diluluskan kita boleh menjual tanah


tersebut dalam keadaan geran belum siap, dimana harga lebih murah. Hasil dari
jualan tanah tersebut boleh digunakan untuk membayar proses pecah lot dan
juga kepada bank.

Langkah Ketujuh: Apabila proses pecah lot telah siap dan geran telah
dikeluarkan, kita boleh membuat penilaian semula dan memyerahkannya kepada
bank. Bank akan memegang sebahagian sahaja geran tersebut kerana nilai tanah
bangunan biasanya 3 X lebih tinggi dari harga lot pertanian.

Sebagai contoh , tanah 4 ekar dapat 20 lot banglow, nilai gadaian 4 ekar tanah
ialah RM200,000. manakala bila siap pecah lot, 5 lot banglow sudah mencukupi
untuk menjadi cagaran untuk tanah tersebut. 15 lot lagi tanah tersebut dibuat
pelepasan gadaian dan boleh dijual dengan harga yang tinggi.

Langkah Kelapan: Setelah dapat duit kita boleh menjelaskan hutang


kita dengan bank keseluruhan lebih awal dari tempoh matang, yang mana bila
ada projek baru kita dengan mudahnya boleh mendapat pinjaman dari pihak
bank yang sama berdasar pembayaran yang baik (track record). Silap-silap bank
asyik telefon bertanya bila mahu buat pinjaman lagi.

Untuk kaedah ini saya menggunakan kaedah 50:50 yang mana tuan tanah
untung dan kita pun tak sakit kepala kerana tak perlukan modal yang besar untuk
memulakan perniagaan hartanah.

14
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PLAN PELABURAN ALTERNATIF TERBARU

(Pelaburan Rumah Percuma)

Setelah menjalankan urusniaga hartanah lebih dari sepuluh tahun, saya


dapat mencipta satu kaedah pelaburan yang mana ia membolehkan kita memiliki
rumah sendiri tanpa hutang yang lama, di mana kita hanya perlukan masa 6
tahun, berbanding dengan kaedah biasa (pinjaman perumahan) yang memakan
masa 25 tahun.

Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang baru kerja dan ditempatkan di
tempat yang jauh dan masa yang lama seperti guru semenanjung yang
ditempatkan di sabah atau Sarawak di mana ia memakan masa paling kurang 5
tahun baru boleh kembali ke tanah air, itu pun belum boleh balik kampung lagi,
jadi bila balik kampung kita sudah ada rumah atau duit yang mencukupi untuk
membina rumah tanpa perlu membuat pinjaman kerajaan.

Bersama-sama dengan ini saya sertakan satu plan pelaburan hartanah


yang boleh sama-sama kita laksanakan sekiranya pihak tuan/puan mempunyai
modal atau kemudahan pinjaman peribadi tetapi tidak yakin untuk
melakukannya sendiri.

15
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMILIKI


RUMAH IDAMAN TANPA HUTANG

16
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KEHIDUPAN BERMULA DARI RUMAH

Rumah adalah satu keperluan dalam kehidupan. Setiap orang memerlukan


rumah untuk dijadikan tempat tinggal,samada rumah seendiri atau rumah
sewa.Apa yang penting ialah kita memerlukan rumah yang selesa untuk
meneruskan kehidupan ini

Pada hari ini 1/3 daripada pendapatan bulanan,kita habiskan untuk


membayar pinjaman perumahan untuk tempoh 25 hingga 30 tahun dengan kata
lain bayar hutang sampai pencen

Secara peribadi saya amat kagum dengan orang tua kita dahulu yang mana
mereka tidak mana mereka tidak ada pendapatan tetap,hanya berhutang pada
aktiviti pertanian dan penternakan tapi mereka boleh membina rumah yang
selesa tanpa berhutang dengan mana-mana pihak..

Kita rasa kita hebat tapi sebenarnya mereka lagi hebat,jiwa mereka
hebat,perancangan mereka hebat,pengurusan mereka hebat,bahkan minda
nereka pun hebat.

Sebenarnya kita dapat jadi lagi hebat sekiranya kita menggunakan segala
kemudahan hari ini dan digabungkan dengan ilmu pengurusan orang tua kita
dalam kehidupan hari ini.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit cetusan idea yang kalau boleh dikongsi
bersama untuk sama-sama kita bebaskan diri kita dari menanggung bebanan
hutang rumah sampai tua.

17
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

SKIM RUMAH PERCUMA 6 TAHUN


Skim ini sesuai kepada kakitangan kerajaan dan swasta yang layak untuk
memohon pinjaman peribadi bernilai RM100,000 seorang atau pasangan suami
isteri boleh berkongsi pinjaman RM50.000 seorang.

Tempoh pinjaman sebaiknya sepanjang yang boleh untuk mengurangkan


bayaran bulanan pada bank contahnya 15 tahun pinjaman dengan bank rakyat
atau lain-lain.

Kaedah pelabuhan hartanah yang kami gunakan iaiah kaedah maju tanah
dimana kami atau pelabur sama-sama akan mencari tanah,biasanya tanah
pertanian yang sesuai @ berpotensi untuk dimajukan sebagai lot rumah
kediaman.

Setelah kaji selidik dilakukan dan kertas kerja potensi hantanah dalam
projek disiapkan kami akan mengadakan sedikit perbahasan terhadap projek
tersebut untuk memastikan ianya berdaya maju atau tidak ,sekiranya kami
berpuas hati kami akan menghantar penilai untuk menbuat penilaian secara
rasmi bagi menjamin keselamatan modal pelabur.

Setelah berpuas hati kami akan mengesyorkan mana-mana pelabur yang


berminat untuk melabur dalam projek tersebut ,sekiranya bersetuju pelabur
boleh samada hendak memasukkan namanya dalam geran tanah atau
menyerahkan urusan tersebut kepada peguam yang dilantik.

Setelah pindah milik dilakukan dan proses untuk memajukan tanah


tersebut boleh diteruskan dengan memasukkan fail permohonan di majlis daerah
dan pejabat tanah.

Proses pecah lot memakan masa yang agak lama juga,untuk berada dalam
zon selesa kami mengambil tempoh 2 tahun untuk menyelesaikan satu-satu
projek.

Di bawah ini kami sertakan senarai kos yang terlibat untuk projek tersebut.

18
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Setelah selesai projek pertama kami akan membawa untung dan modal dari
projek yang pertama ke projek seterusnya yang mana proses mengenal pasti
projek seperti langkah yang pertama tadi.

TERDAPAT 2 KAEDAH

A) KAEDAH USAHASAMA 50:50

B) KAEDAH Al-Bai` Bithaman Ajil (BELI SECARA BAYAR TERTANGGUH)

KAEDAH USAHASAMA 50:50

CONTOH PENGIRAAN

TAHUN PERTAMA

DENGAN MODAL RM100, 000.00 KITA BOLEH MENCARI TANAH SELUAS 2 EKAR
DIKAWASAN YANG ADA POTENSI.

NILAI PEMBANGUNAN KASAR

HARGA TANAH RM100, 000.00 2 EKAR @ 12 LOT @ RM23, 000 RM276, 000

TOLAK

KOS
1) HARGA TANAH RM100, 000

2) KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT RM 24, 000

3) KERJA TANAH RM 10, 000

4) PENGURUSAN RM 24, 000

5) PEGUAM RM 3, 000

6) PENILAI RM 3, 000

7) KOMISEN BROKER RM 24, 000

19
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

8) KOS LUAR JANGKA RM 12, 000

JUMLAH KOS ` RM200, 000

KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT RM76, 000


KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM38,000 UNTUK PELABUR RM38,000
UNTUK PEMAJU

TAHUN KEDUA

DENGAN MODAL ASAL RM100,000 DITAMBAH RM68,000 UNTUNG MENJADI


RM168,000 DIJADIKAN MODAL UNTUK MEMBELI TANAH 2 EKAR YANG
BERHARGA RM168,000 ATAU 3 EKAR RM168,000 MENGIKUT KESESUAIAN
PROJEK.

NILAI PEMBANGUNAN KASAR

HARGA TANAH RM168,000.00 3 EKAR @17 LOT @ 30,000 RM375,000

TOLAK

KOS

1) HARGA TANAH RM138, 000

2) KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT RM 30, 000

3) KERJA TANAH RM 15, 000

4) PENGURUSAN RM 30, 000

5) PEGUAM RM 5, 000

6) PENILAI RM 4, 000

7) KOS LUAR JANGKA RM 15, 000

JUMLAH KOS ` RM237, 000

KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT RM138, 000

20
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM69,000 UNTUK PELABUR RM69,000


UNTUK PEMAJU

TAHUN KETIGA

DENGAN MODAL ASAL RM100,000 DITAMBAH RM38 DAN RM69,000 MENJADI


RM207,000 DIJADIKAN MODAL UNTUK MEMBELI TANAH 3.5 EKAR MENGIKUT
KESESUAIAN PROJEK.

NILAI PEMBANGUNAN KASAR

HARGA TANAH RM207,000.00 3.5 EKAR


@20 LOT @ 28,000 (1 LOT TNB & MAJARI) RM560,000

TOLAK

KOS

1) HARGA TANAH RM207, 000

2) KOS PECAH LOT/UBAH SYARAT RM 40, 000

3) KERJA TANAH RM 20, 000

4) PENGURUSAN RM 40, 000

5) PEGUAM RM 7, 000

6) PENILAI RM 5, 000

7) KOS LUAR JANGKA RM 20, 000

JUMLAH KOS ` RM339, 000

KEUNTUNGAN BELUM BAHAGI/ZAKAT RM221, 000

KEUNTUNGAN SELEPAS BAHAGI 50:50 RM110,500 UNTUK PELABUR


RM110,500 UNTUK PEMAJU
21
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PENGIRAAN UNTUNG PELABUR

2 TAHUN PERTAMA RM38,000

2 TAHUN KEDUA RM69,000

2 TAHUN KETIGA RM110,500

JUMLAH RM217,500

JUMLAH UNTUNG RM217,500 (DAPAT SEBUAH RUMAH 1800KP)

(MENGGUNAKAN KADAR RM120.00 SKP-HARGA KONTRAK OLEH PEMAJU)


INI ADALAH CONTAH BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MELAKUKAN PROJEK
MAJU TANAH YANG LEPAS.

LEBIHAN 1 TAHUN (5-4) DIGUNAKAN UNTUK PEMASARAN DAN LUAR JANGKA


BAGI MEMASTIKAN PEMAJU DAN PELABUR BERADA DALAM ZON SELESA.

MAKLUMAN

Kaedah ini tidak sama dengan kaedah AL-BAI BITHAMAN AJIL,kerana


keuntungannya mengikut sistem mudharabah iaitu keuntungan tidak
tetap,tetapibergantung kepada keuntungan projek tersebut.

Kaedah ini sesuai untuk mana-mana individu atau saudara mara yang ada
tanah yang berpotensi tapi mahu dijual dengan harga mahal.Untungnya dapat
jual dengan hanga mahal dan dapat untung 50% lagi dari keuntungan projek
dengan kata lain 2 kali untung.

22
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

KAEDAH Al-Bai` Bithaman Ajil (BELI SECARA BAYARAN TERTANGGUH)

PELABURAN RUMAH PERCUMA 6 TAHUN @ PELABURAN LOT BANGLOW


PERCUMA 2 TAHUN

Kaedah in sesuai untuk mana-mana kakitangan kerajaan dan swasta yang


ada kemudahan untuk membuat pinjaman peribadi tetapi tidak tahu hendak buat
apa dengan kemudahan tersebut.Terutaman sekali yang mengajar di sabah atau
serawak atau mana-mana negeri yang memakan masa 5 ke 6 tahun untuk pulang
ke tanah air.

Kami mencadangkan satu plan pelaburan hartanah untuk dikongsi


bersama bagi menbolehkan pelabur yang menyertai program ini dapat memiliki
sebuah rumah secara percuma untuk tempoh 6 tahun@lotbanglow percuma 2
tahun.

Seperti yang kita tahu pada masa kini kita terpaksa berhutang selama 25
tahun untuk menghabiskan bayaran rumah,dengan kaedah ini insyaallah kita
dapat memiliki rumah bebas hutang dalam tempoh 6 tahun.

Kita cuma perlu tahan diri membeli kereka yang mahal dalam tempoh 6 tahun
bagi menyelamatkan bebanan hutang rumah selama 25 tahun.

Pelabur menbeli tanah dari kami atau mana-mana secara tunai kemudian
kami membeli balik secara bayaran tertangguh (AL-BAI BITHAMAN AJIL)dengan
keuntungan 40%setiap 2 tahun.

Semua urusan dokumentasi dibuat oleh peguam yang dilantik

23
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

CONTOH CARA PENGIRAAN

TAHUN MODAL PERATUS JUMLAH JUMLAH


RM % RM TERKUMPUL
2 TAHUN 100,000 40% 140,000
PERTAMA
2 TAHUN 140,000 40% 196,000
KEDUA
2 TAHUN 196,000 40% 274,400 274,400
KETIGA

JUMLAH TERKUMPUL SELEPAS 6 TAHUN = RM274,400

TOLAK MODAL RM100,000

JUMLAH KEUNTUNGAN = RM174,400

DENGAN RM174,400 KITA SUDAH DAPAT MEMBINA RUMAH BANGLOW


DENGAN KELUASAN 1500KPS (4 bilik tidur 3 bilik air)

24
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Kesimpulan

Ingatlah bahawa kita adalah apa yang kita fikirkan, renungkan,


Insyaallah dengan berfikir sejenak dapat membebaskan kita dari belenggu
hutang untuk 20 tahun tanpa menjejaskan kehidupan harian kita.

Alangkah nikmatnya memiliki rumah tanpa hutang, apa gunanya hidup


dalam rumah yang besar bak istana tapi terpaksa menanggung hutang
sampai mati.

Apa gunanya orang nampak kita senang tapi sebenarnya kita tertekan
dengan hutang yang membelenggu kehidupan kita

Berikanlah hak anda untuk menikmati kehidupan ini tanpa hutang.


Kebebasan abadi hari ini adalah bebas dari hutang.

Dengan sedikit perkongsian ilmu serta penerangan mengenai plan-


plan pelaburan tanah dalam ebook ini, diharap dapat membuka minda
Tuan/Puan untuk sama-sama kita membebaskan diri dari menanggung
hutang pinjaman sepanjang hayat demi mendapatkan sebuah rumah
idaman.

Sekiranya Tuan/puan berminat dengan plan pelaburan yang saya


cadangkan, Tuan/puan boleh berhubung terus dengan saya untuk
membuat temujanji bagi mendapat maklumat lanjut dari saya sendiri.

Diharapkan Tuan/puan dapat baca dan fahami betul-betul apa yang


saya tulis dalam ebook ini.

Apa yang saya tulis adalah dari pengalaman saya sendiri dan saya
tidak bertanggungjawab sekiranya Tuan/puan mengalami kerugian dalam
melaksanakan pelaburan hartanah sendiri. Sekian, terima kasih.

25
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

PERSOALAN YANG TIMBUL

1) ADAKAH KAEDAH INI DIBENARKAN OLEH BANK NEGARA?

J: Yang bank negara larang ialah memungut deposit,kita tidak


mengamalkan pengambilan deposit tapi kita menbeli,memajukan
dan menjual tanah.

2) BAGAIMANA HENDAK PASTIKAN BAHAWA WANG YANG


DILABURKAN TERJAMIN SELAMAT?

J: Wang yang dilaburkan digunakan untuk membeli tanah,yang mana


tanah tersbut boleh dimasukkan nama pelabur sekiranya mahu
atau kita buat surat wakil kuasa bagi mengurangkan bebanan CUKAI
KEUNTUNGAN HARTANAH (CKHT)

3) BAGAIMANA SEKIRANYA TANAH TERSEBUT TIDAK DAPAT DIJUAL?

J: Kita akan memastikan lokasi tersebut berdaya maju ,yang mana kita
akan mendapatkan khidmat penilai berdaftar untuk membuat
penilaian terhadap tanah tersebut,dimana penilai akan menbuat
penilaian nilai pasaran setelah selesai pecah lot.Jadi tidaak timbul
masalah tidak dapat dijual kerana kita akan pastikan harga yang
dijual dibawah harga pasaran.

26
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

4) KENAPA PEMAJU MENCIPTA SKIM INI ? KENAPA TIDAK BUAT


PINJAMAN BANK SENDIRI UNTUK MEMBELI TANAH, KERANA ITU
LEBIH MENGUNTUNGKAN PEMAJU?

J: Pemaju bukan tidak boleh pinjam dari bank untuk membeli tanah
,tetapi pemaju ingin berkongsi keuntungan dan maklumat yang
mana pelabur akan dapat untung dan pemaju akan dapat ramai
kenalan yang sama-sama akan memberi maklumat tentang tanah
dari pelbagai tempat dan juga secara tidak langsung akan
mempromosikan tanah tersebut kepada kawan-kawan.

5) BAGAIMANA KALAU KAMI AMBIL KAEDAH INI DAN BUAT


SENDIRI TANPA PEMAJU? LAGI BANYAK UNTUNGNYA

J: Kami alu-alukan kepada sesiapa yang hendak melaksanakan sendiri


sistem ini,cuma kena pastikan ianya betul-betul menguntungkan
tetapi kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya anda
mengalami kerugian,kerana apa yang anda laburkan di luar kawalan
kami.

6) BAGAIMANA PEMAJU BOLEH PASTIKAN SISTEM INI DAPAT


BERJALAN DENGAN LANCAR?

J: Kami telah mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam


bidang ini,kami juga mempunyai kumpulan sokongan profesional
seperti penilai,peguan dan jurukur yang dilantik khas untuk
mengendalikan sistem ini

7) ADAKAH PEMAJU AKAN MEMBINA SENDIRI RUMAH TERSEBUT?

J: Itu terpulang kepada pelabur samada melantik kita untuk membina


rumah tersebut atau mencari kontraktor sendiri atau membina
sendiri.Bila ada duit semua jadi.

8) ADAKAH SISTEM INI TERHAD KEPADA ANAK KELANTAN SAHAJA?

J: Sesiapapun boleh menyertai sistem ini,tidak kira dari negeri mana,


cuma apa yang penting ialah niat untuk memiliki rumah tanpa
hutang.
27
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

9) BAGAIMANA JIKA BUKAN ANAK KELANTAN MAHU MEMBELI


TANAH DI NEGERI KELANTAN?

J: Sistem ini bukan sahaja dijalankan di negeri kelantan sahaja tetapi


ianya boleh dijalankan di seluruh negara.Tapi kalau bukan anak
kelantan ,kita boleh uruskan melalui pakej PERKONGSIAN PINTAR.

28
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

TANAH UNTUK
DIJUAL
HUBUNGI 0129227784 / 0199627013 UNTUK
PERTANYAAN

29
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

18 Lot Banglo Untuk Dijual di Pasir Mas


Lokasi : 1.5 kilometer dari Perumahan SL Panglima
Harga : RM25,000 satu lot (boleh runding)
Status : Geran siap

30
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

27 Lot Banglo Untuk Dijual di Kampung Pusu 40


Lokasi : 4 kilometer dari bandar Pasir Mas
Harga : RM30,000 satu lot (boleh runding)
Status : Geran dijangka siap pada bulan Mac

31
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

Bahagian bertanda X sudah terjual

13 Lot Banglo Untuk Dijual di Tepi Lebuhraya Pasir Mas R.Panjang


Lokasi : 1.5 kilometer dari bandar baru Lubok Jong
Harga : RM58,000 satu lot (boleh runding)
Status : Geran siap

32
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

17 Lot Banglo Untuk Dijual di Pasir Mas


Lokasi : Lubok Kawah
Harga : RM58,000 satu lot (boleh runding)
Status : Geran siap

HUBUNGI 0129227784 / 0199627013 UNTUK


PERTANYAAN

33
Rahsia Memiliki Rumah Idaman Tanpa Hutang

34

Anda mungkin juga menyukai