Anda di halaman 1dari 2

Permainan teka hari jadi

Masukkan bulan bulan kelahiran anda (2)

Darab dengan nobor 3 (2x3=6)

Tambahkan dengan bulan kelahiran anda(6+2=8), kemudian tolak dengan nombor 4(8-4=4).

Darab dengan nombor 3 (4x3=12), kemudian darab dengan nombor 3 sekali lagi (12x3=36).

Tambah dengan bulan kelahiran anda sekali lagi(36+2=38), kemudian tolak dengan nombor 1 (38-
1=37).

Darab dengan nombor 3 kali keempat (37x3=111)

Sekarang, tambah hari kelahiran kawan anda (Saya gunakan 29 haribulan Februari contohnya,
111+29=140).

Darab nombor 3 kali kelima (140x3=420), dan sekali lagi(420x3=1260).

Akhirnya, tolak 12 (1260-12=1248), kemudian tambahkan bulan kelahiran dan hari kelahiram
(1248+2=1250, then 1250+29=1279).

Sekirannya kawan anda mengikuti langkah-langkah tersebut dengan teliti, kemudian anda boleh membuat
beberapa soalan Matematik yang mudah dalam minda anda untuk mengira dan mendapatkan hari jadi :-

Tambah nombor satu (1279+1=1280). Jawapan haruslah memberikan digit nombor sifar pada akhirnya.

Bahagi dengan nombor 10 (1280 / 10 = 128), Kemudian akhirnnya,

Tambah nombor 101 (128+101=229).

Permainan teka nombor budak

Masukkan nombor rahsia anda

Darabkan dengan 3

Tambahkannya nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi, kemudian tolak 5 daripadanya.

Darab dengan 3 sekali lagi, kemudian darab dengan 3 buat kali ketiga.

Tambahkan nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi setakat ini, kemudian tolak jawapan anda
dengan salah satu bulan kegemaran anda (anda tidak beritahu sesiapa bulan yang ke berapa!)

Darab dengan 3 kali keempat, darab dengan 3 kali kelima dan kemudian darab dengan 3 kali keenam.

Jawapan yang diperolehi tambahkan dengan nombor rahsia, kemudian tolak dengan hari kegemaran
anda dalam bulan yang tertentu (anda tidak perlu beritahu sesiapa nombor hari kegemaran anda).
Minta kawan anda tunjukan keputusan jawapannya

Sekarang, anda boleh meneka nombor rahsia kawan anda ... Nombor yang ditunjuk dalam kalkulator
mungkin agak besar, tetapi janganlah risau dan berasa gelisah - Nombor yang besar tersebut hanya akan
menunjuk betapa pintar anda dalam Matematik
Inilah caranya bagaimana anda dapat mengira dan mendapat jawapan tersebut:

Sekirannya jawapan kawan anda ialah nombor negatif, nombor rahsia kawan anda ialah nombor 1 (atau
dia telah cuba menipu anda)

Sekirannya keputusan jawapan kawan anda hanya mempunyai tiga digit, nombor rahsia kawan anda
ialah 2.

Melainkan, anda abaikan tiga digit yang terakhir, dan kemudian tambahkan nombor 2 kepada nombor
rahsia kawan anda! Kamu akan berjaya mendapat nombor rahsia kawan anda!