Anda di halaman 1dari 8

SJK (T) MERLIMAU

UJIAN BULANAN FEBRUARI 2016


BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 (KERTAS 1)
1 JAM 15 MINIT

BAHAGIAN A

(20 Markah)

Soalan 1 hingga Soalan 18

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Ali ___________ basikal ke sekolah.


A memandu
B mengayuh
C mendayung

Soalan 2, berdasarkan gambar 1

Gambar 1

2. Emak _______________ adik sebelum pergi ke pejabat.


A mencium
B menyayang
C memberi

Soalan 3, berdasarkan gambar 2.

Gambar 2

3. Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________


A perpustakaan
B kantin
C kelas

4. Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita binatang.


A Sang Kancil
B Sang Belang
C Sang Bedal

1
5. Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah perbuatan yang dilarang.
A menconteng
B melukis
C mengecat

6. Akhirnya, ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya ________________ Gunung


Everest.
A melalui
B mendaki
C merentasi

7. Ampun tuanku, _______________ datang mengadap, kata hulubalang itu.


A saya
B beta
C patik

8. ________________ pergi dahulu, saya akan menyusul kemudian, kata Aiman


kepada rakan-rakannya.
A Kami
B Mereka
C Kalian

9. Adik menangis _______________ lampinnya basah.


A dan
B lalu
C kerana

10. Buku itu kecil ________________ mahal harganya.


A dan
B tetapi
C kerana

Soalan 11, berdasarkan gambar 3

Gambar 3

11. Amzar makan dua ________________ roti semasa sarapan.


A keping
B papan
C buku

12. Abang menerima dua _______________ surat panggilan


temuduga daripada Muzium Negara.
A pucuk
B keping
C naskhah

2
13. _______________kah kejadian itu boleh berlaku? tanya Cikgu Aiman kepada
anak muridnya.
A Apa
B Berapa
C Bagaimana

14. Kawan saya telah _________________ dalam kemalangan


jalan raya semalam.
A penglibatan
B melibatkan
C terlibat

15. Sekolah saya mempunyai banyak ______________ untuk


sukan.
A termudah
B kemudahan
C dimudahkan

16. Pilih ayat yang betul.


A. En. Lokman telah menyiarkan tentang kecurian itu di Balai Polis Cendana.
B. Puan. Maimunah menyiang ikan di dapur dengan memakai apron.
C. Ravi berlari dengan kuat ke arah emaknya yang baru pulang dari kerja.

Soalan 17 hingga Soalan 20 berdasarkan kepada petikan.

Anak seluang merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia tinggal


bersama-sama ibu dan bapanya di bawah akar pokok bakau. Hidupnya gembira
kerana dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu dan bapanya.
Namun begitu, anak seluang tidak mahu dimanjakan. Dia mahu merasai pahit
getir hidup dengan berdikari. Dia mahu membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa
kecil jangan disangka anak, besar jangan di sangka bapa.
Anak seluang akan bangun awal pada setiap pagi. Dia mahu mengikut
bapanya mencari makanan. Anak seluang tidak suka duduk di rumah tanpa membantu
bapanya. Anak seluang mahu meringankan beban bapanya. Sebelum keluar mencari
rezeki, anak seluang akan meminta izin ibunya.
Pada pagi itu, anak seluang mengikut bapanya ke Sungai Pandan. Namun
begitu, pada hari itu mereka kurang bernasib baik. Banyak lumut dan rumpai air yang
mati. Anak seluang tidak berputus asa. Berkat kesabarannya, akhirnya anak seluang
menjumpai lumut yang segar untuk dibawa pulang ke rumahnya.
Pada keesokan harinya, anak seluang membantu bapanya mencari rezeki lagi.
Dia nekad untuk membawa pulang lumut segar yang banyak. Sebelum keluar mencari
rezeki, anak seluang meminta ibunya agar mendoakan mereka dimurahkan rezeki.

3
Sewaktu berenang-renang di belakang bapanya, anak seluang terdengar anak
puyu mengejeknya. Namun, anak seluang tidak mengendahkan ejekan itu. Sebaliknya
anak seluang terus berenang di celah-celah akar kayu. Banyak lumut tumbuh di situ.
Semakin hari, anak seluang semakin pandai mencari makanan untuk keluarganya.
Bapanya membiarkan anak seluang berdikari. Kini, setiap hari anak seluang akan
membawa pulang lumut untuk ibu bapanya di rumah. Anak seluang berasa sungguh
girang kerana dapat membantu ibu dan bapanya yang sudah tua.

17. Sebelum keluar mencari makanan, anak seluang akan


A mencari ibunya. C meminta izin ibunya.
B menasihat ibunya. D memberi ibunya harapan.

18. Anak seluang belajar mencari makanan dengan


A mengikut ibunya. C mengikut anak puyu.
B mengikut bapanya. D mengikut rakan-rakannya.

19. Anak seluang berjaya menjumpai lumut yang segar kerana


A rajin dan ikhlas. C gigih dan rajin.
B baik dan rajin. D tidak putus asa dan sabar.

19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan tersebut.


A Anak seluang bangun lewat pada setiap pagi.
B Anak seluang dan keluarganya tinggal di bawah akar pokok bakau.
C Anak seluang sungguh manja dan tidak mahu membantu bapanya mencari
rezeki.
D Anak seluang gemar menghabiskan masa bersama-sama rakannya di celah-
celah akar kayu.

20. Rangkai kata pahit getir hidup dalam petikan bermaksud


A kesenangan dalam kehidupan.
B susah payah dalam kehidupan.
C kehidupan yang menyenangkan.
D pengalaman manis dalam kehidupan.

Bahagian B
4
(30 Markah)

Soalan 21
Garisi kata imbuhan yang tepat. (5 Markah)

a. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.

b. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.

c. Semua __________ (penonton / menonton / ditonton bertepuk tangan apabila


persembahan di pentas itu tamat.

d. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.

e. Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi

Soalan 22

Bina ayat tanya berdasarkan penyataan yang diberi. (10 Markah)

a. Amir tinggal di Batu Caves. (Di manakah)


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b. Pertandingan melukis itu diadakan pada hari Sabtu. (Bilakah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c. Jamuna berasa gembira kerana mendapat markah yang tinggi dalam ujian Bahasa
Malaysia. (Mengapakah)
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
d. Tun Dr.Mahathir Mohamad ialah Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
(Siapakah)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
e. Penyu boleh hidup sehingga 50 tahun lamanya. (Berapa)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Soalan 23

5
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba sebuah lori berhenti di
hadapan rumahnya. Lori itu sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang
menurunkan barang-barang itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu. Mereka bersalaman dan
memperkenalkan diri kepada jiran baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan
Puan Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Davidran dan Jayanti.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain membantu Encik Kumar mengangkat
barang-barang. Ibu Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barang-barang. Alya juga
membantu anak-anak Encik Kumar mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar
sekeluarga mengucapkan terima kasih atas bantuan jiran-jirannya itu.

a. Apakah yang sedang dilakukan oleh Alya apabila sebuah lori berhenti di hadapan

rumahnya? (2 Markah)

______________________________________________________________________

___________________________________________________________________

b. Apakah nama jiran baru mereka? (1 Markah)

_________________________________________________________________

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu contoh telah ditunjukkan.

(2 Markah)

En. Kumar dan Puan. Kamala


mempunyai dua orang anak.
Betul

Alya tidak membantu jiran


mereka mengemas rumah.
Salah

Ibu Alya membantu Puan Kamala


untuk mengemas barang-barang.

6
Soalan 24

Nyatakan jenis-jenis ayat dibawah. (5 Markah)

Ayat Penyata Ayat Seru Ayat Tanya Ayat Perintah

a. Siapakah yang telah mencuri duit saya semalam?

_________________________________________________________

b. Cis, berani sungguh kamu melawan kata saya!

_________________________________________________________

c. "Jangan bising di pusat sumber sekolah," kata cikgu Hisham.

__________________________________________________________

d. Ribut petir dikatakan akan melanda negari-negeri Timur bermula esok.

__________________________________________________________

e. "Mengapa kamu tidak datang ke sekolah semalam?" tanya cikgu Gayathri kepada

Suren.

___________________________________________________________

Soalan 25

Baca lagu dan jawab soalan yang diberikan.

Kamilah anak Malaysia


Cinta akan negara Harumkan nama negara
Di ceruk mana kami berada Di puncak kejayaan
Jati diri dijaga Tuntutlah ilmu taburkan jasa
Berbudi untuk negara
Setia akan negara
Taati akan raja Hargai trdisi kita
Berdiri tegak bumi dipijak Lambang negara kita
Di situ langit dijunjung Bersatu padu semua bangsa
Makmurlah Malaysia
Andai kata jauh di luar negara
Kekalkan tradisi budaya kita Sedarlah kawan semua
Kam rasa bangga Hargai jati diri
Jati diri diutama
Sedarlah kawan semua
Hargai jati diri
a. Apakah tajuk yang sesuai untuk lagu di atas? (1 Markah)
_____________________________________________________________
7
_____________________________________________________________

b. Apakah yang perlu kita lakukan di luar negara? (2 Markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

c. Tandakan () bagi ayat yang betul dan () bagi ayat yang salah. (2 Markah)

Kita perlu menghargai jati diri kita. ( )

Kita tidak perlu mengharumkan nama negara. ( )

Kita mesti setia untuk negara dan taat kepada sultan ( )

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai