Anda di halaman 1dari 6

SK BRUAN MAPAL, MATU

PENGENALAN
Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu dilaksanakan setiap tahun pada awal persekolahan
Tahun Satu. Program ini merupakan pengisian untuk tempoh kanak-kanak menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran dan pembelajaran yang berbeza daripada alam pendidikan di Prasekolah / Tadika
ataupun di rumah. Dengan itu, program transisi adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang
baharu masuk sekolah menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal sama ada di rumah
ataupun Prasekolah / Tadika ke alam pendidikan yang lebih formal di Tahun satu.

RASIONAL
Pelajar yang melangkah masuk ke tahun 1 biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan
latarbelakang yang berbeza. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek
pengurusan pembelajaran. Antaranya :
Tahap kematangan yang berbeza antara murid
Kesediaan untuk belajar
Pengetahuan dan kemahiran

TUJUAN PROGRAM
Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru Penyayang - Minda cerdas ... mata bercahaya.
Antara tujuannya ialah :
i. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru - guru dan rakan - rakan baru dalam
masa yang singkat.
ii. Guru dapat menyelaraskan keperluan pelajar dari segi kognitif, emosi dan jasmani secara
menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1.
iii. Meningkatkan semangat dan minat pelajar untuk terus belajar dalam suasana yang baru
iv. Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran tahun 1
v. Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam kelas tahun 1
vi. Menyatu padukan pendekatan PraSekolah dengan Program kssr di tahun 1

OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir program ini:
i. Kesinambungan pembelajaran di tadika / prasekolah ke tahun satu dapat dicapai.
ii. Dapat memudah dan mempercepatkan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang
di antara dengan yang lain.
iii. Dapat memudah dan mempercepatkan murid-murid berkenalan dengan guru-guru dan rakan-
rakan.
iv. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran secara
formal menerusi Program Transisi.
v. Dapat memudahkan murid-murid bersedia untuk memulakan proses pembelajaran secara
formal menerusi Program Transisi.
vi. Dapat memudahkan kesinambungan pembelajaran daripada pendidikan tidak formal ke
pendidikan yang lebih formal.
vii. Dapat membina keyakinan murid-murid untuk menghadapi pembelajaran yang lebih formal.
viii. Dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
ix. Dapat membantu guru menilai kemajuan secara berterusan dan menyeluruh.

VISI
Kesediaan belajar membentuk pembelajaan formal yang berterusan.

MISI
Semua pelajar Tahun 1 akan dapat mencapai visi Transisi dan Guru Penyayang SK Bruan Mapal, Matu
berlandaskan perkara-perkara berikut:
i. Hubungan mesra di kalangan murid,guru dan persekitaran budaya sekolah.
ii. Memupuk nilai murni,daya kreativiti dan sosio emosi terkawal.
iii. Penglibatan secara langsung dalam pembelajaran KSSR melalui pelbagai pendekatan
tematik,bersepadu,berkumpulan dan belajar sambil bermain.
iv. Berkeyakinan untuk terus menyayangi dan belajar terus di sekolah ini.

TEMA (MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA)


Minda Cerdas
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir
secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama lain serta
penglibatan menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukan minda cerdas.
Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka
malalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia
ada.Selain dari itu, malalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri dalam kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan
nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah.

Mata Bercahaya:
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-
sama dengan kawan-kawan,suasana,persekitaran dan guru-guru yang baru.Semangat dan minat mereka
akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan
sebarang permasalahan kepada sekolah,guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka.Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
Secara keseluruhannya, Minda cerdas Mata Bercahaya bermaksud kemampuan pelajar tahun 1
membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui pelbagai aktiviti berkumpulan
dan saling membantu diantara satu dengan yang lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti
- aktiviti yang terancang menunjukkan minda cerdas dan dapat merasakan keseronokan untuk terus
belajar bersama - sama dengan kawan - kawan , suasana, persekitaran dan guru yang baru.

PENYEDIAAN BILIK DARJAH UNTUK


TRANSISI

* Menyediakan jawatankuasa tahun 1 dan butir-butir


murid Tahun 1.

* Mewujudkan sudut-sudut yang kreatif dan menarik.

* Menyediakan sudut bacaan khas.

* Membeli perabot, kain langsir dan alas meja.

* Kerusi dan meja disediakan.

* Menyediakan tempat untuk bermain.

* Membeli barang mainan untuk Program Transisi.

* Memaparkan mural di dinding kelas tahun 1.


RUMUSAN
Program Transisi telah berjalan dengan lancar. Diharapkan agar program seumpama ini dapat
diadakan pada masa hadapan. Program ini juga memastikan semua murid Tahun 1 yang datangnya
daripada latar belakang,pengalaman dan sosio ekonomi akan melakukan proses pembelajaran di Tahun
1 melalui tahap pencapaian yang hampir sama.Keadaan sangat diperlukan agar proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan oleh guru Tahun 1 berjalan dengan lancar dan diikuti oleh muird tersebut
dalam keadaan yang gembira.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM TRANSISI DIJALANKAN

Anda mungkin juga menyukai