Anda di halaman 1dari 3

NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

Refleksi Tutorial 4 :
Perincikan halangan-halangan yang dihadapi dalam era globalisasi ini untuk membendung
gejala sosial.

Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja
dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu
pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan
remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang menguasai diri remaja jika tidak dibendung
dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman
kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu,
segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak
terus mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota
masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja
pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006),
penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah
faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi
institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan
pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Antara punca gejala sosial termasuklah masalah institusi keluarga. Keluarga merupakan
benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal. Kita dilindungi daripada
masalah dan pancaroba di dunia luar. Maka, ibu bapa berperanan penting sebagai entiti mithali untuk
menyerap nilai murni ke dalam sanubari anak. Namun, sekiranya ibu bapa leka mengejar fatamorgana
mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pembentuk
keperibadian dan sahsiah remaja, mereka akan kehausan kasih sayang ibu bapa dan berasa tersisih.
Maka, mereka akan terdorong untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterisme
dan lain-lain. Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala sosial datang
daripada institusi keluarga yang kurang sempurna.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyumbang ke arah gejala sosial. Rakan sebaya
mengambil alih tanggungjawab ibu bapa kita semasa di luar. Rakan yang berpengaruh positif mampu
membentuk sahsiah yang mahmudah dalam diri remaja. Namun, rakan yang bersikap negatif akan
mengundang kemudaratan kepada kehidupan kita seperti api yang mampu membinasakan kehidupan.
Rakan sebegini mencabarkan remaja untuk melanggar peraturan sekolah dan menyebabkan mereka
terjerumus ke dalam lembah kemudaratan. La Rouchefoucauld pernah mengungkapkan "Keinginan
paling besar kadang-kala mempunyai komanya, tetapi sifat bermegah mengganggu kita tanpa titik
noktahnya". Lantas, remaja itu akan mengalami keruntuhan akhlak dan mempunyai masa hadapan
yang gelap kerana telah dicemarkan dengan niat yang salah.
Seterusnya, pengaruh media massa turut mengundang isu sosial dalam kalangan remaja.
Dalam menempuh era globalisasi yang sarat dengan alat teknologi yang semakin berkembang dengan

1
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

pesat bak cendawan tumbuh selepas hujan, remaja telah dipengaruhi oleh media massa cetak dan
elektronik. Terdapat segelintir remaja yang kurang berfikiran matang menyalahgunakan internet dan
dipengaruhi oleh paparan laman web yang kurang sihat. Misalnya, aksi-aksi keganasan, kelucahan dan
sebagainya. Remaja dipengaruhi oleh budaya hegemoni Barat yang mementingkan dunia hedonistik
semata-mata. Akhirnya, remaja akan melakukan gejala sosial seperti pergaulan seks bebas, berlari
dari rumah, menagih dadah dan lain-lain. Bak kata pepatah, nila setitik rosak susu sebelanga.
Natijahnya, masyarakat kita turut dianggap berminda kelas ketiga dan tidak aman. Terbuktilah bahawa
pengaruh media massa mampu mendatangkan penularan budaya negatif dalam generasi muda kini.
Punca dominan lain ialah tekanan di sekolah. Tatkala remaja diberikan terlalu banyak kerja
rumah atau tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan, mereka akan mencari kaedah untuk
melepaskan kemarahan dan tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah,
melakukan vandalisme dan lain-lain. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
seorang pelajar dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di sekolah.
Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi dan minda dalam institusi
persekolahan.
Oleh itu, peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu
bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak
mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain
itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah,
emosi dan keputusan. Tambahan lagi, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai
murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Melalui pendekatan akademik juga boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan
alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas. Tambahan, perlu mewujudkan sistem
perundangan di sekolah yang mana peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar sekolah, di samping dapat mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
Gejala sosial yang lebih berat perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang
kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-
pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini
kepada pihak polis. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor

2
NURUSYAHIRAH BIINTI ISMAIL EDU3093

yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan
kaunseling tersebut. Akhir sekali, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga turut memainkan peranan
yang penting dalam menangani masalah gejala sosial ini. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa,
penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya
menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama
KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI

Rujukan
Noriati a. Rashid, Boon,P.Y, Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Modul Pembelajaran IPG EDU 3093. (2014). Guru dan Cabaran Semasa.
file:///C:/Users/User/Downloads/MODUL%20EDU3093.pdf. Tarikh capaian pada 15hb
Julai 2017

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia

https://anymiehanzz.wordpress.com/punca-punca-gejala-sosial-dan-langkah-langkah-mengatasi/

http://umminaa.blogspot.my/2015/03/gejala-sosial.html