Anda di halaman 1dari 1

Penyelenggaraan Gen Set (Prime Mover)

Berdasarkan forum kumpulan industri Diesel Technology, penjana elektrik diesel boleh
membekalkan kuasa yang paling dipercayai sebagai penjana kuasa kecemasan atau tambahan dan
boleh membawa beban penuh kurang dari 10 saat sementara backup generators yang lain hanya
moleh berkerja antara 30000 hr atau lebih bergantung kepada penyelenggaraan malah sistem
penjanaan yang terbaik memerlukan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin untuk memastikan
penjana berkendali dengan baik semasa di perlukan. Apabila janakuasa tunggu sedia (backup
generator) gagal berkendali secara automatik seperti mana ia direkabentuk, ini pasti disebabkan
prosedur penyelenggaraan yang diabaikan. Berikut ini adalah tiga sebab utama penjana tunggu
sedia gagal berkendali atau beroperasi:

1. Suis atau butang START dianjakkan ke posisi OFF daripada kedudukan AUTO.
2. Bateri pemula telah ternyahcas atau mati.
3. Penapis minyak tersekat oleh kotoran atau penipis terlalu lama.
Kesemua isu-isu yang biasa ini boleh dihindarkan dengan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan
yang rutin yang dilaksanaka oleh seorang yang berkompitensi atau berkelayakan dalam bidang
teknikal yang sesuai. Technical Persons seharusnya kerap melakukan penyelenggaraan
pencegahan (preventive maintenance) ke atas penjana elektrik. Spesifikasi model penjana perlu
diperolehi daei pembekal dan menyimpan Manual Book sebagai panduan utama.

Berikut ini adalah senarai jenis penyelenggaraan yang dilakukan pada suatu ketetapan masa.
Sebagai tambahan, pemeriksaan dan pengujian sistem kuasa tanpa beban atau Running Test atau
juga Under Loads Test kedangkala juga dipanggil Unload Test seminggu atau sebulan sekali bagi
memastikan bahawa penjana dan sistem kawalan serta pensuisan beroperasi seperti yang direka.

Penyelenggaraan pencegahan (Preventive maintenance) :

Pemeriksaan am (General inspection)

Penyelenggaraan bahan pelincir (Lubrication service)

Penyelenggaraan sistem penyejukan (Cooling system service )

Penyelenggaraan bahan bakar (Fuel system service)

Penyelenggaraan dan pengujian bateri (Servicing and testing starting batteries)

Pengujian enjin biasa / berkala (Regular engine exercise)