Anda di halaman 1dari 5

Nota Untuk Pihak Berkepentingan:

Panitia ini dianggotai oleh seorang guru sahaja.


Guru ikut serta bermesyuarat panitia dan
pelaporan mesyuarat dibuat secara berasingan.
Tiada pengesahan mesyuarat dan perkara berbangkit.

PELAPORAN MESYUARAT
PANITIA REKA CIPTA
1/2016

TARIKH : Januari, 2016 (Rabu)


MASA : 2.15 pm
TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN
1. En. Ahmad Zaini Bin Sulong - Guru Kanan Vokasional dan Teknologi
2. Pn. Siti Asiah Bt Mohd Arif - Ketua Panitia Reka Cipta

AGENDA
1. Ucapan Pengerusi
2. Dasar Kurikulum Sekolah
3. Analisis PT3 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2015 (Dialog Prestasi & Post Mortem)
4. Rancangan Pelajaran Terkini
5. Buku / Fail Persediaan Mengajar
6. Perancangan Program Akdemik (Utama, Sokongan & Sampingan)
7. Pencerapan (PdP, Latihan Murid, Bilangan Latihan & Jenis Latihan Murid)
8. Peperiksaan dan Ujian (Penyedia Soalan, Format & JSI)
9. Program Profesionalisme Panitia
10. Hal-hal Lain

Agenda 1.0 : Ucapan Pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Fail panitia perlu dikemaskini dengan maklumat terkini.
1.3 Satu salinan minit mesyuarat panitia 1/2016 perlu diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum.

Agenda 2.0 : Dasar Kurikulum Sekolah


2.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana system dan dasar
pendidikan kebangsaan.
2.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Batang Padang.
2.3 Guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai cara yang sah dan
beretika mengenai pendidikan dan kurikulum.
2.4 Program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung
dengan program lain, laluan untuk program akademik hendaklah diberikan keutamaan.
2.5 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun
bagi membincangkan pengurusan dan perlaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah.
2.6 Pengurusan menyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
2.7 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.8 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia dipertangungjawabkan sepenuhnya untuk
membuat pemantauan dan penilaian terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata
pelajaran.

Agenda 3.0 : Analisis PT3 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2015 (Dialog Prestasi & Post Mortem)
3.1 Semak markah bagi Tingkatan 5
TOV Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015 (Tingkatan 4)
AR1 Markah Ujian 2 2015 (Tingkatan 4)
AR2 Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2015 (Tingkatan 4)
AR3 Markah Peperiksaan Awal Tahun 2016
AR4 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016
AR5 Markah Peperiksaan Percubaan SPM 2016
3.2 Peperiksaan Akhir Tahun 2015 (Tingkatan 5) mengikut bilangan pelajar dang red (Rujuk Lampiran
2)
Calon SPM 2016 = 9 Orang

3.3

Agenda 4.0 : Rancangan Pelajaran Terkini


4.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan mestilah
disimpan di dalam fail sokongan panitia.
4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan disediakan mengikut minggu persekolahan (Rujuk Takwim).
4.3 Rancangan harian perlu disediakan mengikut tahap kebolehan pelajar.

Agenda 5.0 : Buku / Fail Persediaan Mengajar


5.1 Perlu dilengkapkan mengikut format tahun 2016.
5.2 Masukkan Jadual Waktu Mengajar, Rancangan Mengajar, Perancangan Kerja Tahunan ke dalam
buku / fail persediaan mengajar.
5.3 Buku / fail persediaan mengajar perlu dilengkapkan dan dihantar pada setiap hari Jumaat.
5.4 Format penulisan buku rekod sekurang-kurangnya perlu mengandungi maklumat:
5.4.1 Tajuk
5.4.2 Isi
5.4.3 Objektif
5.4.4 Aktiviti
5.4.5 Refleksi

Agenda 6.0 : Perancangan Program Akdemik (Utama, Sokongan & Sampingan)


6.1 Guru diminta untuk merancang program panitia sepanjang tahun semasa
6.2 Antara program yang dicadangkan ialah :
6.2.1 Pencerapan PdP dan semakan buku latihan murid
6.2.2 Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcara
6.2.3 Pakej Percutian Berjadual
6.2.4 Program Asahan Minda
6.2.5 Latih Tubi Berfokus
6.2.6 Pelaksanaan PBS Tingkatan 4 & 5

Agenda 7.0 : Pencerapan (PdP, Latihan Murid, Bilangan Latihan & Jenis Latihan Murid)
7.1 Dilakukan dua kali setahun berdasarkan jadual yang telah dikeluarkan oleh unit kurikulum.
7.2 Buku nota dan latihan murid perlu disemak dan dihantar untuk dicerap mengikut tarikh yang
ditetapkan di dalam takwim sekolah.

Agenda 8.0 : Peperiksaan dan Ujian (Penyedia Soalan, Format & JSI)
8.1 Semua soalan disediakan oleh guru mata pelajaran Puan Siti Asiah kecuali Soalan Percubaan
SPM. (Rujuk Lampiran 1)
8.2 Ujian Rasmi mengikut jadual waktu peribadi guru.
8.3 Set soalan perlu disahkan oleh ketua bidang bagi menjamin mutu soalan.
8.4 Skema jawapan perlu disediakan untuk setiap set soalan.

Agenda 9.0 : Program Profesionalisme Panitia


9.1 LADAP Mengikut slot program LADAP yang dirancang oleh pihak sekolah.
9.2 Mengikuti kursus-kursus Mata Pelajaran Reka Cipta yang dianjurkan oleh PPD atau JPN.

Agenda 10.0 : Hal-hal Lain


10.1 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok
10.1.1 Prosedur belian untuk tahun 2016 sama seperti tahun sebelumnya. Sebarang
pembelian barangan perlu mengikut prosedur. Ketua panitia perlu mengisi Nota Minta
dan dapatkan sokongan dari guru kanan bidang.
10.1.2 Urusan pembelian masih lagi di bawah tanggungjawab ketua panitia berdasarkan
anggaran perbelanjaan yang telah dibuat.
10.1.3 Pengurusan dan pengemaskinian stok barangan dan alatan perlu dilakukan
berdasarkan invois yang diterima.
10.1.4 Pastikan invois yang diterima dihantar ke pejabat untuk urusan pembayaran.

10.2 Markah PBS


10.2.1 Markah kerja kursus perlu ditandatangan oleh pelajar terlebih dahulu sebelum
dihantar kepada ketua bidang.
10.2.2 Pastikan kerja kursus untuk tahun semasa disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
Patuhi arahan penghantaran mengikut tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan
daripada kehilangan markah.
10.2.3 Gred Kriteria setiap aspek diberi berdasarkan bilangan penghantaran tugasan. Setiap
calon berhak ditaksir sehingga tiga kali bagi meningkatkan pencapaian.

PENSKORAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS ADALAH BERDASARKAN


JADUAL BERIKUT
PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN PENTAKSIRAN
PERTAMA KEDUA KETIGA

GRED MARKAH GRED MARKAH GRED MARKAH

A1 10 A2 9 A3 8

B1 7 B2 6 B3 5

C1 4 C2 3 C3 2

D1 1

Agenda 11.0 : Ucapan Penangguhan


11.1 jsakaskd

Agenda 10.0 : Ucapan Penangguhan


10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru atas kerjasama yang diberikan
sepanjang mesyuarat dijalankan. Beliau berharap guru terus memberi komitmen
yang baik sepanjang tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 pm.

Disediakan Oleh Disemak Oleh

.
(Siti Asiah Bt Mohd Arif)

Anda mungkin juga menyukai