Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Kemahiran Asas Membaca dan Menulis Program Pemulihan 3M (PROTIM)


ialah suatu ujian diagnostik yang dikendalikan untuk murid yang belum
menguasai kemahiran membaca dan menulis. Praujian dan Pascaujian PROTIM
dijalankan bagi tujuan mengesan daerah kekuatan dan kelemahan serta tahap
literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid.

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu


Bahagian A - Kemahiran Membaca
Bahagian B - Kemahiran Menulis

PANDUAN PELAKSANAAN

Kandungan dan Pelaksanaan Praujian dan Pascaujian Kemahiran Membaca


dan Menulis

1. Bahagian A mengandungi 12 soalan.

2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah.

3. Bahagian B mengandungi 12 soalan.

4. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100 markah.

5. Praujian dan Pascaujian dijalankan secara individu.

6. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas. Bagi ujian kemahiran
membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja
atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0
markah.

7. Bagi kemahiran menulis, murid perlu diingatkan supaya menulis dalam


huruf kecil. Jawapan yang ditulis semua dalam huruf besar diberikan 0
markah, kecuali bagi huruf pada permulaan ayat dan nama khas.

1
8. Bagi item-item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan
menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak
jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan.

9. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang
tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah.

10. Tandakan 1 pada item yang dikuasai, dan 0 pada item yang tidak
dikuasai atau tidak dijawab dalam ruang ditepi item (kertas ujian murid),
kemudian jumlahkan skor yang diperoleh pada kotak skor pada akhir
setiap soalan.

11. Guru diminta memasukkan data murid (individu) dalam Borang


Pemarkahan Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis untuk
mengetahui aras pencapaian murid dalam praujian dan pascaujian dalam
Borang Analisis Pencapaian Individu (API)

12. Guru dikehendaki memasukkan maklumat dan data murid (skor) dalam
Borang Rumusan Sekolah (Borang 2 Rekod Sekolah)

13. Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90-100 % bagi
kemahiran membaca, dan skor 90-100 % kemahiran menulis dalam
praujian dan pascaujian yang diambil.

Anda mungkin juga menyukai